Showing posts with label Tandas Lelaki. Show all posts
Showing posts with label Tandas Lelaki. Show all posts

Tuesday, September 21, 2010

Perkahwinan Campur Dan Kamar Rahsia Bahagia Menekan Twitter : Apa Signifikan Ke?


Perkahwinan Campur.

Berikutan dengan status yang ditulis di Twitter dan juga di Mukabuku, ramai pula yang menyangka manusia beku ini sudah dirisik orang. Malangnya wahai pembaca dan juga rakan-rakan, itu sama sekali tidak terjadi. Abaikan sahaja apa pemikiran orang tua yang aku sendiri tidak memahami dan tak boleh baca.


Budak ini hasil perkahwinan campur juga. Melayu-Jawa-Arab = MEJARAB?
Abah : Arab-Melayu
Bonda : Melayu-Jawa


Aku ditebak dengan soalan oleh seorang rakan yang entah kenapa suka mengintai gambar-gambar aku di blog dan Mukabuku. Ya, aku tahu kau akan baca ni juga kan? Bersedia untuk melihat nama kau muncul di blog peribadi aku pula. Ketawa.

Been : Kau kawan dengan semua bangsa kan?
Aku : Ya, dah kata Malaysia.
Been : Kau boleh terima perkahwinan campur?
Aku : Kenapa tak? Aku hasil campuran juga.
Been : Manalah tahu kalau keluarga kau tak suka.
Aku : Itu aku tak pasti. Kenapa? Ada calon untuk aku ke? *ketawa*
Been : *ketawa* Belum ada yang bersedia untuk dipotong.
Aku : Ayat tak macam rasa nak lempang orang kan?
Been : Kau kan suka tengok cerita apa entah dulu tu. Bakar, potong tu.
Aku : Oh. Kasi bakar, kasi potong?
Been : Ya, cerita Melayu.
Aku : Pontianak Harum Sundal Malam la.
Been : *ketawa* Tapi kalau ada, kau boleh terima kan?
Aku : Apa motif tanya aku berulangkali ni?
Been : Aku nak kahwin campur.
Aku : Sungguh?
Been : Ya.

Been, kau takut nak cakap dengan keluarga kau ke? Jangan risau. Kita buat sistem pertukaran yang keji mahu? Kau lebih tahu apa yang aku nak wahai perempuan ayu. Senyum.

Kamar Rahsia.

Kalaulah aku punya kamar rahsia secantik gambar di bawah ini, pasti mereka yang berada dalam garis masa Twitter aku akan pitam berkali-kali sambil menghentam aku semula. 

http://www.thelovelyroom.com/wordpress/wp-content/uploads/2010/01/bow_cute_pink_toilet_seat.jpg

Persoalannya, apa kaitan isu pertama dengan isu kedua?
Aku lebih gemar tinggalkan tanda tanya.
Noktah.

Pesanan Kaki :
Hazami Bahrin Daniel, jangan buat gila dengan kata aku menunggu budak rambut lawa. Nanti aku bertukar menjadi Ultraman, baru kamu tahu menyesal wahai kawan.

Zara : Ada pula kononnya orang datang melihat aku di rumah semalam. Aku lebih senang berfikiran positif yang mereka hanya datang dengan niat untuk beraya, bukan dengan niat lain yang aku rasa tidaklah perlu difikirkan terlalu banyak oleh keluarga.

Monday, May 24, 2010

Makcik, Boleh Beri Isyarat Kalau Ada Orang Datang? - Cubaan Terdesak Menggunakan Tandas Lelaki


Salam semua.
Hari Isnin yang menggila hampir tamat.
Baru terjaga selepas tertidur dalam air mata.
Jangan khuatir, hanya sedikit masalah dengan keluarga.
Nah, yang lainnya aku baik sahaja.
*Mata bengkak dan masih kesat air mata*

*Tarik nafas panjang, kesat air mata*
Baiklah, tadi ada peristiwa yang gila berlaku pada aku. Eh, sebenarnya biasa sahaja, cuma kali pertama aku buat di sekolah akibat terdesak. Oh, buat pengetahuan kalian, tandas guru perempuan di tingkat bawah, dan tandas guru lelaki di atas, sebelah kamar guru. Tidak adil bukan? 

*Ketawa, hambur air mata*
Disebabkan tandas guru lelaki di atas, kebarangkalian kami gunakan untuk basuh tangan di sinki selepas makan adalah tinggi. Kadangkala aku menyelinap juga untuk membasuh cawan yang digunakan setelah yakin tiada orang di dalam. Tetapi hari ini, aku sudah melangkaui lebih dari itu.

Kelas aku berderet dan masa untuk memulakan peperiksaan bahagian kedua hampir bermula. Kelas yang aku mahu tuju hanya beberapa langkah sahaja lagi, tetapi secara tiba-tiba rasa mahu membuang air kecil. Mahu turun ke bawah, ke tandas guru perempuan hanya akan memanjangkan masa, maka aku tanpa berfikir panjang membawa segala buku aku terus keluar dan bersedia untuk menggunakan tandas guru lelaki.

Sampai di luar, ada seorang makcik pekerja swasta sedang membersihkan luar tandas.

Aku : Makcik, ada orang di dalam tak?
Makcik : Takde cikgu.
Aku : Makcik, saya nak pergi kelas, tapi rasa nak terbuang air kecil. Boleh saya guna tandas ni?
Makcik : Ha?
Aku : Sekejap je makcik. Makcik tolong tengok kalau ada cikgu lain nak masuk ya?
Makcik : Baik cikgu.


Tidak, bukan begini tandasnya. Aku guna tandas biasa. (Gambar asal dari sini)

Setelah menggunakan tandas aku keluar dan makcik itu sedang menunggu aku di luar. Oh, nasib baik tiada orang lain yang mahu menggunakan tandas ketika itu. Eh, betul, memang aku guna tandas biasa. Di sekolah aku rasanya tiada tandas berdiri seperti di atas, aku rasa begitu. Tidak, belum gila untuk periksa satu demi satu. Tetapi di sekolah lama dulu, ya, memang punya tandas begini. Di asrama aku dulu dalam tahun tiga juga punya tandas begini dalam blok kami yang perempuan ini. 

Aku : Terima kasih makcik.
Makcik : Sama-sama cikgu.
Aku : Maaf sebab susahkan makcik.
Makcik : Tak mengapa, makcik memang nak bersihkan tandas ni pun.
Aku : Saya pergi kelas dulu ya makcik?
Makcik : *senyum*

Dan bila aku menulis tentang ini di Mukabuku, ramai yang memberikan reaksi. Antaranya :
1. Serius? - Ya, ini serius.
2. Berdiri ke duduk? - Mestilah duduk!
3. Biar betul? - Memang betul.
4. Wah, sampai begitu sekali - Sampai Syurga bak kata Faizal Tahir
5. Hah? - Hoh!
6. Ganas! - Ganas ke?
7. Memang ganas! - Adakah aku pengganas? *Ketawa*
8. Esok nak masuk tandas perempuan, Cikgu Zara ajar - Haip! Mahu kena rotan ke?

Dan aku, tidak bercadang untuk menggunakan tandas itu lagi buat masa terdekat kecuali aku betul-betul terdesak atau malas untuk turun ke bawah. Ah, kalau di hentian menunggu bas dulu, terpaksa berkongsi tandas dengan lelaki, payah mahu buat urusan, sampai jadi psiko di dalam tandas. Gila.

Nota Kaki :
1. Mata bengkak.
2. Hidung merah.
3. Mengadu dengan orang yang sedang bekerja buat aku rasa bersalah.
4. Tunggu Empunya Marga bangun.
5. Bila nak mula menulis 'Runut Irama Jiwa Kita' ni? 

Zara : Cuaca amat panas di luar saat ini. Tiada angin dan aku hanya mampu bersandarkan harapan kepada kipas angin yang kejap berputar laju, kejap perlahan. Dingin itu sesuatu yang mustahil. Hati yang membengkak cuba aku sejukkan tatkala air mata masih deras mengalir.

[Pertandingan] Tarikh Tutup : 31 Mei