Sunday, December 28, 2014

Perang Hampir Mula.




Mesyuarat pertama sudah dihadiri minggu sudah. Buku pengurusan aku dah perhati halaman demi halaman. Ada banyak benda baru yang perlu aku pelajari demi menghadapi tahun hadapan.

Fuh!
Sekarang ini masih Disember 2014, tetapi jadual aku untuk Januari 2015 sudah hampir penuh. Nampak gayanya, kehidupan aku memang akan dihabiskan di sekolah dan rumah tentunya seperti biasa. Cuma, tahun 2015 pastinya lebih sibuk memandangkan ada beberapa perkara yang aku menggalas kedudukan agak besar. 

Masuk tahun keenam berkhidmat, aku masih banyak perlu belajar. Nota untuk diri sendiri, tahun ini aku perlu mengumpul semua bahan tentang apa aku lakukan dan simpan segala dokumen berkaitan. Menuju ke tahun kelapan perkhidmatan, nampaknya kena lebih bersedia menghadapi pelbagai ujian dan dugaan.

Oh ya, masa aku mesyuarat kali pertama, Muhammad ke rumah pengasuh. Bekalan susu dihantar seperti biasa dalam 13oz. Habis dia minum, Alhamdulillah. Cuma yang aku khuatir adalah bekalan susu makin berkurangan dalam peti sejuk dan bagaimana nak menghadapi kekangan untuk itu semua nanti? 

Moga-moga bekalan susu sentiasa dapat dipenuhi untuk keperluan Muhammad. Moga-moga. 

Nampaknya, perang sudah mahu mula.



--- via iPhone

12 comments:

chekgu Bani Hassim said...

Dah meeting.....
OOO....banyak ke tugasan thn depan?
Kalau banyak mesti org penting tonggak sekolah ni...
Apepun, selamat menghadapi 2015!

cik chinta said...

Pnuh dah. Bgus btul siap2 plan. Tkot lupa nt

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Chekgu BaniHassim :
Takdenya penting.
Ikut sistem, giliran dah kena :D

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@chik chinta :

Betul.
Takut lupa.

nini said...

semoga dipermudahkan urusan ya

En iLHAM said...

semakin meningkat tahun perkhidmatan, semakin meningkatlah juga tanggungawab dan beban tugas kan kak..apapun selamat bertugas kak

Anonymous said...

masa untuk update planner...

huhu.

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. semoga dipermudahkan segalanya. sheila pun skrg busy kat ofis. mengepam dapat 2 sesi je. takleh nk curi masa mengepam. risau gak stop kais pagi kais petang ni...

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Terima kasih awak 😊

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Kita anggap sahaja semua amanah :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Ya betulllll 😊

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Waalaikumussalam. Stok saya susut teruk. Kat rumah tak boleh pam. Anak df.