Monday, December 29, 2014

Semangat Sekolah.




Dari zaman aku sekolah, sampai aku dah kerja jadi cikgu sekolah, aku memang suka persediaan sebelum memulakan sesi persekolahan. Sesuatu yang aku sangat tunggu walaupun semuanya sudah berbeza daripada dahulu.

Masa zaman sekolah, bergelar murid --- seingat aku, setiap kali sebelum penggal awal tahun bermula, Abah akan bawa kami pergi pasar raya. Beli alatan sekolah. Bukannya benda-benda mewah, alat tulis sahaja. Yang boleh dibeli dalam kadar yang banyak supaya boleh dikongsi untuk kami semua guna. Abah, Emak pun cikgu --- jadi, kalau beli kira pukul rata semua orang dapat bahagian masing-masing. 

Jadi, bila beli alat tulis, apa yang kami pegang tak semestinya akan dapat kami beli. Mesti ada justifikasi dan semuanya haruslah keperluan, bukan kehendak. Sebagai contoh, aku dapat beli warna pastel Buncho yang botol dua belas tu. Tapi bukan setiap tahun aku dapat ya? Katakan ada warna yang dah habis, aku boleh beli warna yang habis sahaja. Bukan mengada nak beli lain. Sama juga macam kami dapat pensel, pen, pembaris, pemadam baru tapi kalau bekas pensel kami masih boleh digunakan, maka bekas pensel tak boleh beli baru. 

Aku rasa, cara Emak dan Abah yang beli borong alat tulis termasuk buku latihan adalah salah satu benda yang aku ikut sampai sekarang. Aku akan beli barang keperluan aku, dalam kadar yang aku boleh guna sampai setahun atau lebih kadangkala. Salah satu sebab mengapa mereka beli dalam kuantiti yang banyak adalah, kalau kami kehabisan alat tulis (hilang selalunya -_-"), memang akan ada stok di rumah.

Memang aku gila begitu dan baru-baru ini aku jumpa alat tulis yang boleh dibeli secara atas talian, memang lagi gembira aku beli. Kebetulan pemiliknya adalah kenalan aku juga, dengan tawaran harga yang menarik, serta layanan yang bagus --- memang aku beli dengan gembira.

Beli dari @paperdorable. Pemilik dia kacak. Heh!

Siapa yang gila beli alat tulis macam aku juga?
Angkat tangan!

Ah!
Tadi aku baru beli beberapa barang keperluan lagi selepas Menteri Pendidikan mengumumkan sesi persekolahan 2015 akan ditangguhkan seminggu atas beberapa sebab. Tangguh maksudnya aku punya lebih waktu untuk bersama dengan Muhammad dan selesaikan beberapa kerja yang lain. 


--- via iPhone.

17 comments:

Cikgu Mas said...

Wohaaa... Kenapa sangat comel!!! Nak g beli juga lah.. Cantik2 buku RPH nnti :)

chekgu Bani Hassim said...

Ikutkan saya takde hobi membeli stationeries ni dari kecik, sbb tak mampu...
time dah berduit dan bergaji sendiri ni yg terlalu rajin kumpul benda ni semua...
kdg2 tu tak habis dan topup...
sampaikan satu masa tak habis dan jatuh hukum "harus" dibuang, dgn alasan dah rosak, padahal tak rosak pun...huhu...

selalunya benda ni jadi pada hjung tahun time kemas2 laci alat tulis...
membazir sungguh....bad habit, bad habit...hahaha

sharamli said...

Comel sampai nak guna pun sayang. Heh

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Cikgu Mas :

Silakan!
:D

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Chekgu BaniHassim :

Masa kecil pun saya takde hobi beli ni, tapi saya selalu menyimpan nak beli alat tulis :D

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@sharamli :

Kan Maksu kan?
:D

zainatul abu bakar said...

*Angkat tangan tinggi2* hehe. Rasenye org yg suka membca ni mmg suka alt tulis jgk. Sy pn mcm tu kak. Hehe. Wlpn x blaja lg tp msh ske bli pen, bku dll. Lg2 new year..mst nk bli diari bru. Hihi :)

Comel la alt tulis..btulke pemilik die kacak? Haha *merepek sudah*

Unknown said...

hehee. comel nyaa. rasa sayang nak guna. :)

cinta said...

anak cikgu rupanya.. sama. hee..
suka stationery.. sama juga. hehee..
suka persiapan sekolah.. pun sama. hehehee..

sekarang tengah buat persiapan untuk anak masuk tadika.

seronok tau.

Outbound said...

Mouse pointer MU nya bener-bener keren. Pake JS atau apa ya? Haha. Keren banget sumpah!

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
ieda Qema said...

semangat dah hilang sebab cuti tambah lagi semingguuuuu!

Izwan Komari said...

Comel!Pen warna warni wat nota senang nak ingat!

Unknown said...

hee comey je.

selamat sy jenis tak minat benda comey2, selalu beli ikut bajet je

bellaannrose said...

Alamak comel rasa nak beli jugak....

Anonymous said...

*angkat tangan!!! miza2...miza pun suka borong..even benda tuh dah ada dlm pencil case.. sbb comel :* hehehe

Rinie Borhan said...

baru kat sini..sukanya tengok..masih suka stationary comel2 eak..kita takde la guna yg opis bgi je..hehe..