Thursday, December 25, 2014

Macam Mak Orang





Cuti sekolah hampir tamat.
Aku sebenarnya berperang dalam waktu cuti ini dengan kehadiran si kecil yang punya pelbagai ragam. Cuti hujung tahun yang sangat berbeza berbanding apa aku lalui sebelum ini. 

Entah mungkin Muhammad tahu Bonda dah nak naik sekolah gamaknya, jadi, dia mahu hadiahkan Bonda beg yang lebih mahal di mata. Lebih mahal lebih bagus ya, Muhammad? Jadi, beg bawah mata Bonda ini sekarang apa? Hermes?

Jadi, bila aku mengadu pada suami aku pasal aku kurang dapat rehat siang dan malam, nanti dia akan tersengih.

Aku : Muhammad tak nak tidur. Saya tak dapat nak rehat pun hari ni.
Suami : Kesiannya. Muhammad nakal eh?
Aku : Dah macam apa dah saya ni?
Suami : Macam mak orang lah.
Aku : Ewah.
Suami : Macam mak-mak kan memang tak cukup tidur sebab jaga anak. Awak dah macam tu la sekarang.
Aku : Ya la. 
Suami : (sengih)

Sekarang ini, seiring dengan peningkatan usia, dia dah ada kemahiran baru. Bukan meniarap (sebab dia nak mengiring sahaja, bila aku tolong dia meniarap, dia menangis) --- tapi menangis dengan menjerit selantang yang boleh. Sampai keluar air mata, punyalah sayu meraung. Sentiasa nak Bonda atau Daddy dalam ruang pandangan dia. Kalau menangis, mahu diangkat. -.-"

Bukan aku tak nak layankan dengan sentiasa angkat, (hati Bonda sayu kalau dengar anak menangis), tapi, entah sejak hampir dua bulan ini, kedua-dua belah tangan aku sakit. Pelik juga sebab aku tak pernah terseliuh, atau punya kecederaan lain.

Jadi, lepas aku ke klinik dan dapatkan nasihat serta pandangan doktor, kes aku dirujuk pada Unit Rehabilitasi. Mengikut doktor, saraf kedua-dua tangan aku bengkak dan entah apa istilahnya, dan aku perlu menghadiri terapi. Nasihat yang paling aku payah nak hadam adalah --- "Puan, kalau boleh kurangkan angkat benda-benda berat. Kalau boleh, angkat anak pun kurangkan"

Macam mana Bonda nak buat begitu wahai Muhammad? Nampak awak menangis menjerit pun, Bonda dah berkejar nak dapatkan awak. 

Harap tangan makin baik. Nak naik sekolah dengan tangan sakit ni, nak menulis pun payah. Hatta nak buat kerja dapur pun jadi perlahan. Hmmm.


--- via iPhone.


10 comments:

chekgu Bani Hassim said...

aduhai tangan....
mohon segeralah sembuh...bukak sekolah ni double jugak tanggungjawab....
anak di rumah, anak di sekolah...
cikgu ek? :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Chekgu BaniHassim :

Haah.
Cikgu juga :)

reenapple said...

Tahniah atas status baru. :)

Nadia Havez said...

Bonda kuat! InsyaAllah.. :)

zainatul abu bakar said...

Kesian akk..smoga cpt sembuh :)

nini said...

hihi...macam mak mak orang eh....tak pe demi anak yang tercinta kan...=D

Anonymous said...

be strong zara. semoga dipermudahkan urusan menjaga muhamad.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@reenapple :

Teria kasih awak :)

@Nadia Havez :
AMin! Moga2 :D

@zainatul abu bakar :
Thanks awak!

@nini :
Haah.
Hahaha.

@Rapunzel Cikilolo :
Thanks!
Amin. AMin. Amin.

Anis Azalea said...

Hari tu kita pun lenguh tangan juga. Tapi buat dekkkk je. Ya kurangkan dokong anak dengan gunakan stroller bila di luar rumah. Kalau kat rumah terpaksa rela je. Kasih seorang ibu memang macam tu kan.

Penulis Hingusan said...

semoga cepat sembuh kak zara! ;)