Monday, January 17, 2011

Perkara Pantang Apabila Aku Mengajar Di Dalam Kelas


Salam semua.
Ya, aku dah kembali setelah kehilangan semua pautan akibat menukar dari 32-bit kepada 64-bit. Baiklah, akibat kecuaian diri sendiri yang tidak menyimpan data atau pautan semua blog kegemaran dan apa yang diperlukan, dalam erti kata yang mudah, Sean dalam keadaan baru semula dalam masa kurang daripada sebulan selepas kali terakhir menjalani pemeriksaan kesihatan oleh bapa angkat dia, Si Busuk. Eh, bapa angkat ke pakcik angkat?
Ketawa.

Ehem, cantik teman wanita Busuk.
Bila nak kahwin?
Senyum.

Aku ditanya mengenai pekerjaan aku dan seperti biasa, apabila bertemu dengan rakan-rakan, mereka akan ketawa riang melihatkan aku yang masih bertahan dalam kerjaya ini walaupun kalau diimbau kembali, adalah mustahil aku berada di sini seperti yang dijangka dan diperhati. Ketawa.

Kawan : Kau belum masuk surat khabar lagi.
Aku : Apa dia?
Kawan : Kau belum mengganas di sekolah.
Aku : (=.=) Apa kau ingat aku penjenayah?
Kawan : Keganasan kau masa sekolah masih digeruni, dah jadi cikgu belum ada aksi?
Aku : (=.=) Aku tidak mengganas seperti zaman belajar.
Kawan : (ketawa) Rasa nak sangat tengok kau di sekolah.
Aku : (=.=) Silakan datang kalau berani.
Kawan : (ketawa) Perempuan ganas!
Aku : (ketawa)

http://farm5.static.flickr.com/4077/4931714506_4ecbb2856a.jpg
[Gambar : Agak-agak kau berani ke tidak aku pakai pewarna bibir sebegini?]

Ya, mereka semua memang selalu ulang dialog di atas sejak aku habis Tingkatan Lima bila aku berminat untuk mengisi borang BPG. Oh, tetapi tidak terpilih dan melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Johor sebelum menyambung pengajian di UTM Skudai dalam jurusan pendidikan. Jadi jangan sibuk tanya aku, adakah aku budak KPLI atau DPLI. Sesungguhnya bukan ya?
Senyum.

Kembali kepada tajuk yang dipaparkan, ada beberapa pantang di dalam kelas aku apabila pengajaran berlangsung. Oh, apa kau ingat amalan ilmu-ilmu atau petua sahaja yang ada pantang? Dalam kelas aku juga ada pantang, cuma tidaklah akan diserbu oleh Death Eater jika menyebut nama Lord Voldermort. Sudah mula merepek disebabkan dua hari tidak dilimpahi cahaya helios.

1. Bercakap, berbual secara kuat di dalam kelas.
Ini benda paling pantang. Bercakap sesama sendiri, berbual dengan orang sebelah, orang depan, orang belakang, kiri, kanan malahan di hujung kelas sekalipun amatlah tidak digalakkan kerana suara aku akan serta merta bertukar nyaring dan menyindir tepat ke muka. Sementelahan itu, sikap sarkastik aku dari dulu, kalau aku mengajar, dan ada orang bercakap, aku akan diam dan tengok orang yang bercakap.

Budak : (berbual)
Aku : (berhenti mengajar dan renung budak yang rancak berbual)
Budak-budak lain : (semua tengok pada budak yang aku sedang pandang)
Budak : (berhenti berbual dan tengok aku tanpa rasa bersalah)
Aku : Dah habis bercakap?
Budak : Dah cikgu.
Aku : Kalau belum habis, awak boleh angkat meja dan kerusi awak, duduk di luar, berbual sampai awak berdua gigit lidah sendiri.
Budak : Tak nak cikgu.
Aku : Kalau tak nak, boleh tengok apa saya nak sampaikan? Terima kasih.

http://farm3.static.flickr.com/2460/3598197018_df3f52887f.jpg
[Gambar : Nak bercakap juga? Sila bercakap dengan tangan saya]

Itu untung ditegur sedemikian.
Selalunya jika kesalahan berulang, aku dengan tidak sengaja, terbaling (aku dah kata tidak sengaja, kau lihat imbuhan TER- di situ), buku atau kapur atau pemadam papan hitam atau apa sahaja yang boleh dicapai oleh aku. Setakat ini hanya tiga benda sahaja itu pernah aku baling - pemadam papan hitam aku baling keluar kelas minggu lepas akibat marah dengan kebiadapan budak.

Tak seronok sebenarnya ada rasa marah semasa mengajar.
Perasaan akan menjadi lain dan keikhlasan untuk memberikan yang terbaik akan berkurangan.
Disebabkan itulah aku memang sedaya upaya menzahirkan diri untuk tahan marah dan perasaan.
Jangan meledak menjadi letupan.

2. Bersentuhan, bercuitan, berpegang tangan.
Baik lelaki atau perempuan, ada sahaja yang sambil bercakap, sambil bercuit-cuit, bertolak-tolak padahal aku sedang mengajar di depan. Bergurau senda hingga aku rasa nak makan seorang demi seorang hingga sendawa. Boleh begitu? Ketawa. Tak ingin aku makan budak-budak ini, banyak lagi makanan lain yang menyelerakan. 
Alahai.

http://farm4.static.flickr.com/3148/2929657330_03f89577da.jpg
[Gambar : Kau nak berpegang tangan begini? Boleh. Biar saya pateri dua-dua jari tu dulu]

Aku jujurnya pelik apabila budak lelaki bercakap sesama sendiri sambil bercuitan. Bukan aku tidak biasa melihat gaya mesra manusia, tetapi tidak begitu kena dengan cara dan budaya Malaysia barangkali. Bercakap, ketawa dan saling bertolakan itu mungkin, tapi bercuit-cuit sudah agak janggal di mata aku. Yang perempuan tidak perlu kata banyak, pergerakan tangan bagaikan sedang berpidato di khalayak ramai. Semakin dibiarkan, semakin kuat intonasi suara, semakin pantas gaya tangan seiring dengan bicara.
Sakit kepala.

3. Mata melingas tengok jam dan asyik tanya bila nak rehat.
Cukup suka bila masuk ke kelas yang tiada jam dinding. Ini bermaksud, budak bergantung kepada jam di tangan cikgu atau tangan sendiri atau tangan rakan-rakan mereka. Kebanyakannya akan memilih jam yang paling cepat supaya mata pelajaran cepat habis dan lebih-lebih lagi jika waktu itu sebelum rehat, mereka akan memastikan jam paling cepat akan digunakan (apa kau ingat jam aku salah ke budak-budak?)

Budak : Cikgu, hari ini dapat rehat awal tak?
Aku : Kenapa nak rehat awal?
Budak : Tadi pagi tak makan.
Aku : Siapa yang bising, jangan harap saya beri keluar. Saya boleh duduk di sini dengan awak semua sampai habis rehat.
Budak : (semua diam dan mungkin paksa diri untuk tekun bagi tiga puluh lima minit berikutnya)
Aku : (sengih)

http://farm3.static.flickr.com/2754/4334456172_f4d32f68f4.jpg
[Gambar : Budak-budak memang suka lagu Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku bila rehat hampir menjelma. Mereka akan mula mengira bila saat dapat keluar dari kelas]

Aku : Baiklah, kelas sampai di sini sahaja.
Budak - budak : (separuh dah sampai depan pintu)
Aku : Ada saya kata boleh keluar?
Budak-budak : (patah balik ke meja masing-masing)
Aku : Jangan lupa nak buku minggu depan, macam biasa. Terima kasih semua.
Budak - budak : Terima kasih cikgu (berlari mencicit ke kantin)

Masing-masing macam mangsa kebuluran padahal paginya aku nampak setiap seorang makan nasi lemak sebungkus selepas perhimpunan. Cepat betul dihadam agaknya (sambil geleng-geleng kepala).

4. Tak siap tugasan yang diberikan.
Bikin panas.
Bila kita kata kerja sekolah - dia kata kena buat di sekolah sebab kerja sekolah.
Bila kita kata kerja rumah - dia kata kena buat di rumah sebab kerja rumah.
Senang aku panggil tugasan, jadi peduli apa aku hendak dibuat di mana asalkan kerja aku akan dilangsaikan dan ada bila diminta.

http://farm2.static.flickr.com/1340/5132612818_b7355f7b86.jpg
[Gambar : Pernah bila kau minta hantar buku latihan, yang muncul adalah buku contengan penuh rojak?]

Bab ini adalah yang paling sadis dan menguji keimanan. Jarang dapat seluruh kelas menghantar buku yang aku minta. Pasti ada sahaja yang memenuhkan carta alasan yang boleh sampai termuntah-muntah mahu didengar. Benda yang sama berulang setiap kali, dari zaman aku sekolah bertahun-tahun lepas sampai ke hari ini.

Aku : Kenapa tak hantar?
Budak 1 : Buku lupa bawa.
Aku : Oh, hilang ingatan. Orang seterusnya?
Budak 2 : Tertinggal di rumah.
Aku : Siapa nak baca? Haiwan ternakan? Seterusnya?
Budak 3 : Buku hilang cikgu.
Aku : Dah jual ke bakar dalam tong sampah? Seterusnya?
Budak 4 : Kawan pinjam, tapi kawan tak datang hari ni.
Aku : Kalau saya suruh awak cari di rumah dia boleh?

Begitulah alasan akan berjela-jela.
Tahun ini aku bercadang tidak mahu mengugut sahaja seperti selalunya.
Mahu terus denda.
Ketawa.

5. Biadap.
Ini satu perkara yang sangatlah tidak boleh diterima. Setakat ini, sekumpulan murid Tingkatan Satu yang telah berjaya mencabar etika dan kesabaran aku sebagai seorang guru. Biadap dalam kelas aku, itu satu. Tidak pernah senakal-nakal murid lain sepanjang aku mengajar membuatkan darah aku menyangga hingga ke kepala. Kalau ada sekalipun, masih terkawal dan tidaklah menyerbu darah merah ke muka. Ini melampau hingga aku hilang kesabaran.

[Gambar : Kalaulah aku boleh melancarkan serangan tanpa belas kasihan kan? Baiklah, itu sesuatu yang sungguh mustahil sebenarnya]

Oh, akan berdepan dengan mereka lagi.
Apa perlu aku buat?
Seperti selalunya, ketap gigi dalam-dalam dan lemparkan senyuman bersahaja.
Ah, hati aku bukan rumah terbaik untuk menyimpan dendam kerana ia akan terbaja dengan subur oleh percikan syaitan dan iblis durjana. Baik sahaja aku buang fikiran yang menyesakkan bukan?
Senyum.

6. Tidur di dalam kelas.
Tiada siapa yang dapat enak membuai mimpi di dalam kelas aku. Kau tidur, aku datang kejut, aku goncang, goyang sampai kau bangun. Kalau tak bangun juga, aku akan suruh orang lain kejut. Tak bangun juga aku jerit biar tersentak. Biasanya cara ini berkesan. Jika tidak bangun juga, mungkin aku akan siramkan dengan air atau bacakan Yasin secara berjemaah di sekeliling mejanya sekiranya perlu.

http://farm4.static.flickr.com/3192/2476371119_bb497215ff.jpg
[Gambar : Setakat tahun lepas, semua yang tidur berjaya dikejut dan disuruh basuh muka di bilik air dalam masa kurang dari lima minit]

Walaupun ada orang kata lebih baik dibiarkan mereka tidur dari bangun dan mengacau orang, aku beranggapan yuran yang sudah dibayar adalah amanah yang perlu dipelihara dan dijaga. Gaji yang aku dapat setiap bulan sepatutnya hasil mengajar budak-budak ini menjadi manusia, maka seharusnya, kalau tidur, aku membangunkan mereka agar pengajaran aku dapat dilaksanakan.

Baiklah.
Itu perkara yang aku pantang dan amat jaki jika berlaku di dalam kelas aku. Lain orang mungkin lain gayanya. Aku tetap dengan apa yang aku pegang dari dulu. Itu sahaja.

Nota Kaki :
1. Isnin dan Selasa akan pulang lewat disebabkan ada latihan merentas desa.
2. Aku sudah lupa kehangatan matahari disebabkan cuaca sejuk sejak dua hari ini.
3. Tidak tidur lagi untuk kesekian kalinya minggu ini. Ah, persetankan dengan kesihatan diri, aku punya misi yang lebih penting dalam melunaskan kemarahan diri.

Zara : Semakin lama aku menyedari bahawa apa yang aku perlukan bukanlah apa yang aku lalui saat ini. Detikan dan kata-kata seseorang pada aku di hujung talian telefon mengingatkan aku betapa hidup aku berubah secara mendadak sehingga tiada apa yang diperjuangkan pertengahan tahun lalu dalam genggaman. Kosong. Hilang.

43 comments:

::nuRuLaDHar:: said...

hihi rindu dgn cikgu2 mse skola dulu...huhu

::nuRuLaDHar:: said...

hihi rindu dgn cikgu2 mse skola dulu...huhu

FARHANA said...

dulu ms sekolah selalu tdo dlm kelas..mkn nasi kawah terlebih kott

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

::nuRuLaDHar::

Moh, masuk sekolah semula.
XD

cerita-gadis-ini :

hahaha.
aigoo~
XD

Anonymous said...

ಠ_ಠ
gua budak nakal dulu.
4.5.6 itu lah gua...

Dzu Aamal said...

garang mak aii cg niey ..
sy yg jd cg tdika pun tak boleyh nk grang ..
asyik lmbut je (tak mudah marah)
hak3 ..
agak nye bdak2 niey blum ckup buat sy geram kot ,,

Anonymous said...

hu3...tibe3 teringat kat sekolah...he3.sy nakal bertempat...sabar yer, semoga dipermudahkan...

My recent post ►Fesyen : Fesyen Lenyap, Style Sama

Unknown said...

Ok la tu. Saya ntah macam mana nak berdepan dengan budak2 khas.v(^_^)v

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

MATAHARI :

Nakal tapi tak biadap takpe.
Itu moto daku.
XD

cik Ladies:

Ni garang?
ROFLOL!

►AdamXis◄ :

Woot!
Terima kasih Adam.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Aziani Zolman :

Good luck then.

cik mas said...

kau ni seorang guru yang tegas..aku faham dan aku sokong entry ni..masuk jiwa aku, otak semakin berjalan ... :)

Nadya said...

Budak² zaman sekarang macam² karenahnya..
Ehh,dulu pun sama,apa kurangnya..

noorafzan said...

huhu..
banyak tul pantang larang cikgu kita.

yang last tu mmg susah nak handle.
salah gaya, cikgu yang kena balik kan.
sabar je la.

shaerin syazwan said...

Wah , sama lah saya dengan student cikgu yang bab rehat .

"ada cikgu suruh keluar ?"

Cepat2 duduk atas meja kawan paling depan . Loceng bunyi pecut . Sebab dulu2 kecik , so malas nak berebut dgn yg besa kat kantin .

Peace .
Hehehe . Love ur writing !

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

♥..cik_mas..♥

oh, terima kasih.
:)

Nadya:

Dulu at least better kot?
XD

noorafzan:

hahaha.
yup.
itu cabaran :)


shaerin:

LOL!
Terima kasih
XD

avid said...

disebabkan aku pernah buat semua list yang ko tulis ni (kecuali no.2), aku nak kau tahu: jangan la benci aku.

Hasrol Nizam said...

pernah tertidur dalam kelas..err..

FaraCuna said...

LOL..mase ngajar kat skolah pon slalu mendiamkan diri kalau ade budak bising dlm kelas..hehehe..mmg efektif cara tu..

(wooahh..nnt praktikal kene ckp dlm bi..takowt bile betol2 marah nnt tergagap cakap bi..wat malu je)

piNky LuCiA said...

cikgu zara yang tegas rupanya. hehe

PointBlankShot said...

Paling nakal di sekolah dulu.

last2 kena lantik jadik prefect sebab selalu nyakat cikgu bujang kehkehkeh

(beliau masih bujang lagi)

syaftome said...

teringat dgn entry ko sblom nie...

sesetengah benda...memang janggal dan pelik...
apabila lelaki...even budak2...
bercuitan sesama sendiri...
or say "I love you" between guys...

kalau ko dah kata pelik...
apetah lg kami orang laki2...

PuanPepel said...

same!!!!!!!!!!!!!!!

takky said...

komen pantang 1: aku suke pandang tajam bile bdak seklas aku ckp kuat2 tyme aku tgh semangat nak blaja, bia die rase mcm aku nak makan dia...

komen pantang 2: yg lelaki x leh komen sebab x penah nmpak g but yg pompuan 2 mungkin mengidam nak masuk contest pidato @ syarahan...

komen pantang 3: disebabkan nak jage hati cikgu, bdak klas sebelah cite kat aku yg dorang akan taye rakan sekelas yg pakai jam tangan "how much?" bile tgk bdak klas len dh kua rehat...konon2 bukan ckp psal time rehat lor, hihihihiih

komen pantang 4: x branie komen sebab slalu buat especially time add math c(;

komen pantang 5: wow, truk nie...kene buat strategi supaye dorang tunduk hormat kat kak zara...

komen pantang 6: slalu TERtido bile cikgu slalu sgt pndang papan hitam..."Kami kat sini lor cikgu, bukan kat c2..."

itu ant komen2 saye, hihihiihihhii
^O^

ijatnuar87 said...

hehehhe...sma la kiter cikgu,memang teramat pantang,hehehe...terutama kalu bercakap dlm kelas,pernah panggil budak tu diri depan kelas,dier ngajo,saya ddk,belajar,hehehe

Ryan Yusof said...

Saya pasti setiap guru ada rahsia dan gaya tersendiri bila mengajar. Hakikatnya kita sentiasa kenal guru yang paling garang dalam sekolah. Juga mungkin guru yang tercantik dan terkacak dalam sekolah. Awak patut bangga jika awak seorang guru yang garang :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

avid gunner :

aku sayang kau.
boleh?
XD

Hasrol Nizam:

haip!
haip!

FaraCuna:

U can do it dear!
Jangan risau~
XD

piNky LuCiA :

hahaha~
lain eh?
XD

PointBlankRambler :

Gatal, nakal ya kau dik?
:)

syaftome :

Hahahaha.
Kan?
Budaya kita tak macam tu, so, itu yang jadikan ianya weird~'
XD

cikpepel:

Kata cikgu~
hahaha~
XD

takky :

LOL!
Kau hebat Takky!
XD

ijatnuar87 :

Daku tak nak buat camtu~
takut tangan naik kat muka orang~
XD

Ryan Yusof :

cikgu paling cool boleh?
XD

Neyra Shazeyra said...

gambar tangan 'speak' tu mcm 3D. atau aku dah mengantuk?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

neyra :

dua2 betul~
hahaha~

sopiah said...

kak zara, seronok dapat baca pengalaman yang ni. rasa tak sabar nak jadi cikgu, merasa sendiri. >.<
sabar ya, dugaan tu. hehehe

Anonymous said...

ampunnnn cikgu....part no.3 tu mcm slalu buat jek time skola dulu2...hahahah....asek lapaaaa je....time rehat lg la...berebut2 kua awl nk elak que panjang bli food kat kantin..ishhh kenangan2~ hehe

Rina said...

Sy penah jd cikgu..sandaran cuma..2 thn tp cukup membuat sy yg muda dpt tekanan darah tinggi..budak bodoh sy terima malah bersemangat nk ajar biar otak jd geliga tp budak BIADAP mmg rs ingin tumbuk mukanya biar pecah berdarah..dlm hati cuma dpt kata kau biadap sbb kau mkn babi..2 thn cukup..sy x sanggup terima lg..sesungguhnya sy bukan guru sejati..

bani jamian photography said...

salam kenal.menarik cerita yang ada di blog ini

farhana sahri said...

mmg masyuk..hehe

HEMY said...

selagi kamu boleh control kelas dan tidak dibiarkan tidur, maknanya kamu masih bagus mengajar zara, keep it up!!!

kamu mengajar tingkatan berapa ye?

akie said...

part yg tido tu mengingatkn penah skali tertidur dlm kelas.. bkan sbb sengaja, tp mmg ngantuk giler.. walopon duduk depan skali.. mse duduk mrsm dlu study hard kot(rindu).. haha..

maybe cikgu ley ks diorg kuota tok tido.. sebulan sekali ke, tido dlm kelas tanpa rase berslah.. tp kalo tido nnt kne jumpe personal utk dgr balik ape yg cikgu ajar tp dye tido.. cmbest je.. :) mungkin cikgu akan lebih disayangi :P

Melin said...

nice entry :)

Johari Hamzah said...

haha.. kalau masuk kelas lewat takpe ek?? :)

selalu masuk kelas lewat.. alasan digunakan bila cikgu tnya..

cikgu: asl lambat?
joe : bertugas cikgu.. jaga pagar.. :)

haha.. biar masa tu bru dtg dri asrama pown.. hehe..

k.e.r.i. said...

aku paling suka tidur dalam kelas.
lagi syiok dari tidur masa hujan.
LOL

zikeryhassan said...

kena take note ni.

BudakhutaN said...

Cikgu sangat garang ~_^

Fina Roslan said...

Saya suka tido time sekolah dulu.
Sgt kronik.hehe
Dan kemudianya berazam utk tidak tido lagi di universiti.
kalau tidak, mesti tak jadi orang:P

Anonymous said...

Takutnya dengan point ketiga!!! Errr...

Bidadari said...

pernah ade pengalaman mengajar setahun. tapi mengajar budak2 uni tempatan tak sama kot dengan pengalaman mengajar di skolah. sebab student adalah range umur 19-27 tahun. untuk marah diorang atas alasan tidur atau bercakap atau bermain2 dlm kelas sudah tak relevant kan? ape lagi yang masuk kelas 2-3 jam lewat. masing2 da dewasa. saya biarkan mereka sendiri fikirkan masa depan. saya tampal carry marks & tengok saja reaksi student menangis mintak tambah markah.mungkin lebih keji kot. tapi tak kan nak suruh mereka ulang jawab salam sampai kita puas hati ye x? hee