Thursday, December 02, 2010

Dilamar Oleh Bekas Suami Makcik Sendiri : Maaf Gadis, Aku Tidak Mampu Berikan Jawapan Buat Kamu


Salam semua.
Badan kepenatan dan mahu menaip agak lambat disebabkan tangan yang masih belum sembuh. Alahai. Tadi jari-jemari hampir kejang. Nasib baik cepat dibuat segala yang diperlukan. Dan ya, semalam pulang dari mengayuh tidur di kem, bukan di rumah. Jadi, bila dapat katil tadi, alangkah bahagianya.

Senyum.
Oh, sedikit daripada Tumblr aku.

[Ada sebab kenapa mereka panggil aku Zara -Tumblr]

Tadi tertidur - menunggu orang jawab Twitter adalah sesuatu yang mencabar kesabaran bila perkara itu betul-betul penting. (kawal mulut dari marah-marah). Terjaga apabila mendapat panggilan telefon daripada satu nombor yang tidak dikenali. Dengan keadaan mamai, aku gagahkan diri juga menjawabnya. Rupanya daripada seorang kawan aku.

http://farm3.static.flickr.com/2474/4019738367_f275a0cb3c.jpg
[Gambar : Bercakap di telefon dalam keadaan mamai adalah sangat tidak digalakkan]

Kawan : Zara, apa khabar?
Aku : Baik, siapa ya?
Kawan : Aku lah, Mai. Ni nombor baru aku.
Aku : Oh, baik. Kenapa telefon?
Kawan : Aku nak tanya satu benda. Penting, jadi aku nak tanya orang.
Aku : Apa jadi?
Kawan : Aku dilamar teman lelaki aku.
Aku : Oh, baguslah. Dah sampai seru kahwin dah.
Kawan : Tapi masalahnya, teman lelaki aku tu bekas suami makcik aku.
Aku : (mata terbeliak, luas-luas, hilang mengantuk) Eh?!
Kawan : Ya, selama ini aku memang tak cakap dengan orang.
Aku : Habis tu macam mana ni?
Kawan : Boleh kahwin kan?
Aku : Boleh kot? Bukan ada hubungan darah ke apa. Keluarga kau tahu?
Kawan : Belum tahu. 
Aku : Dah tu bagaimana?
Kawan : Entah. Kau rasa bagaimana?
Aku : Kau rasa kau mampu hadapi tekanan yang besar begini?
Kawan : Entahlah, aku rasa kuat untuk mencuba.
Aku : Hidup ini mungkin satu ujikaji, tapi ini ujikaji yang bakal membunuh kalau tersalah arah.
Kawan : Kau fikir?
Aku : Serius aku tidak boleh bayangkan akibatnya.
Kawan : Kenapa kau tidak optimis?
Aku : Bukan aku tidak optimis, cuma perkara ini bukan main-main.
Kawan : Kau tidak menggalakkan?
Aku : Kau kena betul-betul fikirkan. Aku doakan yang terbaik buat kau.

http://farm5.static.flickr.com/4037/4292138905_d4e3ec7b38_z.jpg?zz=1
[Gambar : Hidup bukannya sentiasa manis seperti yang dimahukan tetapi kita boleh berusaha untuk mencapai kemanisan hidup yang diimpikan]

Mai, aku nak kau tabah.
Walaupun aku tidak dapat memberikan penjelasan  atau penyelesaian yang terbaik, tapi aku doakan kau mampu buat keputusan yang bakal merubah seluruh apa yang kau miliki saat ini. Pertembungan jiwa dan keluarga bukan satu perkara yang mudah. Itu kau perlu tahu kawan.

Senyum.
Hidup ini terlalu indah.
Terpulang sama ada kita mahu mencorakkan yang terbaik atau membunuh harapan diri kita.

Nota Kaki :
1. Terima kasih yang sentiasa membuatkan aku gembira.
2. Aku mungkin bukan yang terbaik dalam persahabatan.
3. Senyuman itu sentiasa diukirkan buat semua.

Zara : Kalau kau mencari kenangan di sebalik kepingan beku masa, aku percaya kau akan jumpa. Tapi bila kau mencari di tempat yang tidak sepatutnya, jangan pernah tanya aku kenapa kau tidak kenal erti bahagia. 

20 comments:

anum amir said...

sebab tu 0rang cakap cinta itu buta.. :D

The Poyo Me said...

satu soalan je.

Boyfriend?

How the heck did your uncle become your boyfriend girl?

time dia masih berkahwin kamu dah usha-usha ke? wakakak

(kejam mode ON)

Nana S. said...

kiranya kahwin dengan pakcik sendiri lah? wah. >.<

LynnAiza said...

susah jugak ye..
kalau dia teruskan langkah jugak,dia harus kuat nak menahan rintangan after this..hohoh..
bekas suami makcik..tp,kalau dah mmg jodoh..teruskan aje..=)
doa yg tbaik aje..=)

Mohd Hazwan said...

aiya susah jugak tu mau buat keputusan

Mrs Poyo said...

Boleh ke bekas suami makcik,nak saudara kahwin plak?Kena tanya orang yang sepatutnya.Benda ni bukan boleh buat main-main ni.

First time aku serius ni.

Hizami Li said...

hehe.
doakan yang terbaik buat kawan cikgu zara.
moga mendapat jodoh yg sepatutnya.
XD

pearl apple said...

ermmm...tak tau la apa nak cakap..tapi x salah pun kalau nak kawen..cuma sejauh mana kita mampu utk bertahan dgn cakap2 org la...mulut org bkn mcm mulut tmpayan...neway, moga si kawan itu bahagia..=)

izulman said...

erk? mesti kekok. umo berape? :S

Cik Puan Kocik said...

Salam...awak di tag di sini!

http://secretwordfromheart.blogspot.com/2010/12/award-blog-cantik-dan-menarik.html

suffer8zine said...

wow, dilema :P

Terkini : Sebab-Sebab Doa Ditolak

Emi said...

erk...boley buat novel nih..huhu

Rara Farah said...

hurmm...kdg2 org bercinta jd buta krn cinta...berkahwin itu boleh tp dugaan yg akan dye hadapi mmg besar..harap2 dye sbar..

ceksumolek's said...

kalau la sumi jugak ditanya soalan yg sama.. xboleh nak jawab ni.. semoga kawan zara dapat buat pilihan yg terbaik utk diri dia..

takky said...

sememangnya sukar untuk membuat keputusan...
apatah lagi ianya berkaitan dengan keluarga...
maaf kalau kate2 ku salah...
mohon maaf....

Tuan Din said...

Cinta itu buta, sebab itu orang bercinta selalu raba-raba!!!

suruh kawan zara tengok sejarah bf dia selama berkahwin ngan makcik dia!!
kalu bagus, mesti keluarga no prob!

Unknown said...

suh kawan cik zara istikharah...keputusan pape pn,mtk ptnjuk dr Allah lg berbaloi dan menenangkan..;)

Unknown said...

oh sulit sungguh nie..
eh silap..sukar

piNky LuCiA said...

hidup dia pilihan dia. bg dia masa untuk memilih. haha

CikLiyana Hati Getah said...

Hati & mental dia kena betul-betul kuat kalau nak teruskan perkahwinan tuh. Bukan senang keluarga nak terima lelaki tuh balik, & mungkin dorang takut peristiwa cerai tuh jadi balik kat anak dorang kan??

Mungkin kalau terima, dia akan digelar perampas, pemusnah rumah tangga keluarga sendiri...huhu sangat kejam & takut.