Showing posts with label Kehidupan Berdua. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan Berdua. Show all posts

Sunday, April 19, 2015

Cara Tenangkan Diri Sendiri


Aku rasa bila umur mula menginjak ke nombor yang lebih besar, manusia akan jadi lebih sensitif. Aku rasa aku pun mula termasuk dalam golongan itu. Kalau selama ini aku boleh pura-pura ketawa kalau aku sakit hati sekalipun, tapi kebelakangan ini aku dah kurang mampu. Muka aku terus mencerminkan apa hati aku rasa. Hakikatnya dulu pun mudah tersentak, tapi sekilas boleh terus ubah macam cool.

Malangnya aku mungkin dah kurang cool.
Malangnya, dengan manusia, susahnya aku mendidik hati agar berlapang dada apabila disakiti. Aku cuba segala zikir, segala doa agar aku baik-baik sahaja, tapi bila terfikir semula hal berkenaan, aku jadi sakit semula. Bengang juga dengan diri sendiri, tetapi aku masih usaha lagi. Usaha untuk pujuk hati sendiri memandangkan kalau aku sakit hati macam mana pun, bukan golongan berkenaan akan tahu. Aku juga yang menanggung sendiri rasa sakit macam selalu.

Berita baiknya, selain daripada membaca buku, aku sudah ada kegemaran baru sejak beberapa bulan lepas. Sesiapa yang mengikuti aku di Instagram (@lordzara), mungkin sudah nampak apa yang boleh dihadiahkan buat aku nanti masa bulan Ogos. Heh! Bukan begitu, cuma kegemaran aku yang pantas dan menenagkan : sudah aku temui.

Hoyeah!

https://igcdn-photos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xfp1/t51.2885-15/1516305_875544719173879_1333843203_n.jpg
Hari ke-12 #listersgottalist

https://igcdn-photos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xaf1/t51.2885-15/11079028_365110607022176_234119634_n.jpg
Hari ke-13 #listersgottalist

https://igcdn-photos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xaf1/t51.2885-15/11142106_1563404917253857_1624220724_n.jpg
Hari ke-14 #listersgottalist

https://igcdn-photos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xaf1/t51.2885-15/11084857_880428052014373_1879797987_n.jpg
Hari Ke 15 #listersgottalist
https://igcdn-photos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xaf1/t51.2885-15/11084710_471521896335665_1630916876_n.jpg
Hari ke-16 #listersgottalist
https://igcdn-photos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xaf1/t51.2885-15/11116924_613086378791800_1355191461_n.jpg
Hari ke-17 #listersgottalist

https://igcdn-photos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xfa1/t51.2885-15/11094458_813472862067402_1999193735_n.jpg
Hari ke-18 #listersgottalist

Aku temui kegembiraan baru dengan menulis dalam ruang yang terhad, dengan menghias #feltdori aku dengan pelekat dan washi tapes. Jadi setiap kali aku rasa marah, geram, aku akan keluarkan planner aku dan mula menulis perkara yang menggembirakan aku. Heh.

Apa pula yang anda buat untuk tenangkan diri?

Tuesday, February 04, 2014

Gaduh Dengan Tahi.


Hari ni masuk hari keempat batuk, demam dan selsema secara pakej. Sejak hari pertama pulang ke Muar tempoh hari, batuk berlaku tiba-tiba sahaja. Mungkin cuaca terlampau kering dan bahang bagi aku. Menjadikan cuti panjang adalah kurang menarik apabila jatuh sakit. Suhu kejap naik dan turun, dengan batuk yang menyesakkan, aku cuma berdoa agar aku bertambah baik sebelum memulakan kerja semula.

Jadi, semalam dengan kepala yang berat, bergerak ke tandas bagi memenuhi tuntutan perut yang memulas. Sedang menunaikan hajat, hidung jadi tidak selesa. Memikirkan ia mungkin mukus akibat selsema, aku hembus sahaja keluar. Malangnya, yang keluar bukannya mukus. Tapi darah. Kelam kelibut dalam tandas, selesaikan urusan bersuci dan keluar. Teriak panggil suami yang baru nak bersiap untuk solat Maghrib.

Aku : Bang, hidung darah.
Suami : Apa? Apa?
Aku : Hidung darah. Ingat selsema.
Suami : Baring. Saya ambil ais.
Aku : (baring sambil tahan hidung guna tisu)
Suami : Panas sangat badan ni.
Aku : Tak tahu. Tak tahu.
Suami : Gaduh dengan tahi pun boleh darah hidung.
Aku : Apa?
Suami : Pergi buang air besar, sampai darah hidung. Gaduh ke apa?
Aku : Hahaha. Cet!


http://31.media.tumblr.com/tumblr_lwnzlqT0pO1r6s2pao1_500.jpg
Sumber gambar : [pautan]


Sunday, January 19, 2014

Lelaki Dan Penanda Buku.


Tabiat aku membaca sangat difahami oleh lelaki ini. Kalau aku diam, senyap sunyi (dan bukannya tidur) --- aku biasanya sedang menguliti buku terbaru yang aku beli. Jadi, tadi, buat kali pertamanya dia nampak tabiat aku yang tidak seperti biasa. 

Dia : Kenapa awak letak buku awak begitu? 

(Sambil tunjuk buku aku dah jadi bentuk khemah pacak, segitiga sebab aku berhenti membaca dan malas nak hafal muka surat) 

Aku : Saya takde penanda buku. Entah mana penanda buku kesayangan saya pergi. Hilang kot?

(Dia pusing - pusing lihat sekeliling, capai sesuatu dan hulur pada aku)

Dia : Nah!

Aku : Ada air. Basah.

Dia : Nah! (Hulur yang lain)

Aku : Thanks. 

Macam dalam gambar. Aku ada penanda buku baru --- syarikat penghantaran makanan pantas. Heh!


http://distilleryimage8.ak.instagram.com/4dfc5b5c810111e38936125381345354_8.jpg
Kalau anda peminat Seksi Ovari, anda pasti akan minat Bibir Ceri Melati ini juga. Dari Fazleena Hishamuddin juga.

Tuesday, December 24, 2013

Dunia Baru dan Konotasi Rasa.


Salam.
Lama sudah tidak menulis dan berkongsi cerita. Barangkali disebabkan oleh banyak perkara berlaku --- dan aku memilih untuk menulis di Twitter dan Instagram sahaja. Kekangan masa untuk duduk dan menulis menyebabkan malas dan akhirnya, DSZ sedikit terbengkalai.

Mungkin bagi yang mengikut aku di Twitter dan Instagram sudah tahu beberapa perkara seperti :

1. Aku sudah berhijrah mengikut suami ke Selangor.
2. Aku bakal memulakan tugas di tempat baru.
3. Aku sedang menyesuaikan diri dengan keadaan sesak bersama warga bandar.

Ha ha ha.

http://distilleryimage7.ak.instagram.com/446bc98c60d211e3bc0512cf84830b09_8.jpg
Hadiah perkahwinan yang kami buka selepas 6 bulan berkahwin. :D

Masuk ke rumah baru (sebenarnya apartmen kecil sahaja untuk berdua), banyak benda yang perlu dilaksanakan. Dengan deposit, dengan barang-barang keperluan --- Ya Allah, jumlah yang dibelanjakan bukannya sedikit. Sekadar peringatan kepada bakal-bakal pengantin, janganlah berbelanja secara menggila dengan niat meraih pujian dan meningkatkan status semasa majlis kalian --- duit banyak mahu digunakan nak memulakan hidup. Sekurangnya, kami bersyukur kerana memilih secara sederhana dan punya sedikit belanja mahu mulakan hidup bersama selepas 6 bulan duduk jarak jauh.

Benda paling penting buat kami berdua?
Internet.

Ha ha ha.

Dan ya, memandangkan ada yang bertanyakan apa benda asas yang aku dapatkan untuk diri apabila masuk ke rumah ini, jawapan aku ada 2 benda yang sangat kritikal bagi aku.

1. Peti sejuk.
2. Mesin basuh.

Sekadar rekod, aku ada dapat hadiah dapur masak. Kalau tak ada dapur masak, akan jadi tiga lah. :D Memandagkan rumah pun aku cari menggunakan Internet serta kaedah tradisional (yang mungkin aku akan kongsi nanti) --- dua benda tu pun aku beli menggunakan Internet. Ya, peti sejuk dan mesin basuh pun aku beli gunakan internet. 

Dalam berita lain, Terfaktab telah melancarkan buku baru iaitu Konotasi Rasa. Kitab Terfaktab ke-4 ini mengandungi dua artikel daripada aku. Kalau berkenan, bolehlah hubungi mereka dan dapatkan cara pembeliannya. Banyak artikel yang boleh dibaca di dalam tersebut yang barangkali berguna untuk anda semua.

http://distilleryimage10.ak.instagram.com/90998f54621e11e3a04a12011bcf227e_8.jpg
Dengan peneman paling setia.

Sampai di sini sahaja.
Sayang anda semua.

Wednesday, October 30, 2013

Lakaran Hidup.


Semakin menuju ke penghujung tahun 2013, banyak benda yang berlaku. Banyak benda yang dilalui, diatur satu demi satu. Sama ada mengikut perancangan ataupun tidak, itu diterima seadanya sebab hakikat manusia hanya mampu merancang tetapi Allah lebih Maha Perancang daripada kita semua.

http://distilleryimage9.ak.instagram.com/d9f77bca405911e3ab0222000ab5be36_8.jpg
Hasil lakaran aneh aku.

Dah lima bulan menjadi seorang isteri.
Aku rasa banyak benda belajar dengan hakikat bahawa suami tiada di sisi setiap hari. Sesetengah orang mungkin beruntung jumpa pasangan masing-masing setiap hari. Tapi bagi aku yang jumpa hanya pada hujung minggu, sekurangnya aku bersyukur bahawa ada orang yang mungkin sebulan sekali atau setahun sekali baru jumpa pasangan mereka.

Duduk jauh sebenarnya mengajar hidup berdikari seperti masa belum berkahwin dulu. Ke sana sini sendirian, cuma barangkali kali ini, jika penat, sakit badan --- kita boleh merungut sesekali. Kalau dulu, merungut dengan dinding sahaja. Walaupun dinding bukannya ada respon apa.

http://distilleryimage5.ak.instagram.com/3bb13e9e3e2c11e3a6b122000a9f3070_8.jpg
Kegemaran masing-masing bila ada waktu terluang.

Selain menonton filem yang dimuat-turun bersama, berbual tentang segala benda yang seminggu dikumpul (walaupun ada sahaja berhubung guna Twitter, iMessage, LINE, dll) tapi aku paling suka berbual berhadapan. Aku boleh tengok mimik muka. Ya, aku memang begini. Kalau berbual dengan kawan-kawan sekalipun, kalau boleh nak tengok muka. Skype pun jadi. Ha ha ha.

Oh ya, kami sukakan warna dan melakar apa sahaja. Aku kadangkala dengan warna-warna merepek seperti di atas. Kadangkala lukis benda yang aku nampak sana sini walaupun aku bukannya orang seni. Sengaja luangkan masa dengan mewarna bersama sebab kalau aku membaca, nanti ada orang kacau. (angkat kening) Ha ha ha.

Banyak benda nak cerita tapi aku rasa, keadaan sekarang semakin sukar. Banyak mata yang memerhati, banyak yang jadi tukang sampai tak bertauliah kepada orang lain. 

Susah.

Wednesday, September 25, 2013

#WW25 : #ProjectZS


Dan begitulah hidup.
Orang yang tiada kehidupan lain selain rumah - sekolah - rumah.
Kerja - membaca - kerja - menanda - membaca - kerja.

http://distilleryimage11.ak.instagram.com/8eccb07c25db11e3bd9722000ae80ebd_7.jpg
[Instagram aku] - Letak kerja ke tepi. Masa untuk buat kerja lain sekejap.

Macam buat folio sekolah.
Sekurangnya ia tak buat aku lelah.


Wednesday, September 04, 2013

#WW24 : Penang Dan Kami.


Aku suka Utara.
Selain daripada negeri aku sendiri, Utara adalah tempat yang aku suka. 
Kecuali kau kira betapa penatnya kaki melekat lama dalam kereta.
Jalan sesak serupa gila sebab cuti umum negara.
Selainnya, semua buat aku gembira.


http://farm6.staticflickr.com/5550/9653100818_5f4d306236.jpg
[Flickr suami] : Ini sangat mengingatkan aku pada Tok Rimau.

http://farm8.staticflickr.com/7429/9649901125_97d53f751d.jpg
[Flickr suami] : Perjalanan kami pulang, sudah hampir siap warna.

Selain Ipoh yang banyak benda aku rasakan berunsur seni, Penang pastinya ada banyak benda menarik di belakang-belakang lorong serta jalan yang tidak dijangka. Terima kasih pada suami yang kebetulan bawa sekali Pentax dia. Benda tidak dirancang, lepas sarapan terus ke bandar. Patutnya pulang ke rumah penginapan. Main belasah tanpa acara.
 
Dah.
Jom tengok sebahagian gambar.
 

http://farm3.staticflickr.com/2807/9649875395_aa27f0a688.jpg
Ini di Lebuh Campbell. Bukan sup cendawan tu.

http://farm8.staticflickr.com/7406/9653113876_557f1d601d.jpg
Baru nak rasa macam England, sekali ada perkataan Penang. Heh!

http://farm4.staticflickr.com/3736/9653131138_d5ebdd9d17.jpg
Armenian Street. Potong sungguh sebab ada orang letak kereta mereka depan ni. Tempat begini jangan letak kereta la hoit!

http://farm3.staticflickr.com/2833/9653132480_bd4e1bc964.jpg
Ini di kawasan Hokkien kalau tak silap.

http://farm6.staticflickr.com/5497/9653129312_a2c933f765.jpg
Aku tak faham kenapa banyak sangat Minions.

http://farm3.staticflickr.com/2842/9653122820_4a64f6fb0c.jpg
Bukan minah rempit.

http://farm6.staticflickr.com/5545/9649893829_60a30eeb34.jpg
Bukan merajuk. Bukan.

Dan yang terakhir sekali, kami jumpa sesuatu di dinding yang menarik hati. 

Isteri : 

http://farm4.staticflickr.com/3774/9649886623_7d7c2d6bc0.jpg


Suami : 

http://farm4.staticflickr.com/3780/9653121088_d731eb07e6.jpg


Lebih gambar boleh dilihat di Flickr Set : Penang Trip.

Nota kaki : Ke Utara semula untuk urusan kerja.

Monday, August 26, 2013

Tiga Purnama.


Satu.
Penuh ketawa kerana masih tidak percaya.
Kadangkala tersilap dengan keadaan semasa.

Dua.
Sekejap-sekejap periksa.
Betulkah bukan pemegang 'Cik' pada nama.
Mengamuk bila nampak Puan pada surat atas meja.

Tiga.
Pejam celik, buka mata.
Kuku di jari masih punya warna.
Walaupun berjauhan, tapi masih kongsi cerita.
Jarak bukan satu ukuran nyata.

http://distilleryimage5.ak.instagram.com/b8bb84c804e111e396d622000ae91256_7.jpg
Instagram | 14 Ogos 2013 | Kali ni nampak sikit mana satu jantina.

Selamat meraikan bulan ketiga.
Bersama dalam menyatukan rasa.
Menyemai cinta.


Friday, August 23, 2013

Persalinan Pernikahan.


Salam semua.
Memandangkan ada pertanyaan mengenai bagaimana persediaan bagi pakaian pernikahan yang aku terima, aku akan berkongsi sedikit bagaimana aku menyediakan pakaian pada hari pernikahan. Sebenarnya, itu adalah bergantung kepada bagaimana perancangan dan kewangan yang anda ada. Tapi, seperti mana yang aku jawab pada persoalan yang sama diajukan di Twitter, konsep pakaian aku adalah :


"Kita beli, pakai dan boleh guna semula pada waktu lain"


http://farm8.staticflickr.com/7445/8957998476_d28a291bff.jpg
Masa kena paksa ambil gambar sarung cincin pada suami. Paksa sebab sarung cincin sekejap je, tapi nak tunggu orang sudah ambil gambar, lebih 90 saat tangan aku kedudukan camtu. Cet!

http://farm8.staticflickr.com/7430/8958035728_eb65ed3cef.jpg
Dua-dua gambar bukan dari jurugambar rasmi. Tapi sebab dia tangkap dua sudut berbeza, kita ambil la.

Persalinan lelaki :

  • Beberapa bulan sebelum majlis, pergi beli kain di Jakel dan cari warna yang dipersetujui (di kedai itu secara serta merta). Beli mengikut ukuran dan di sini terpulang. Macam Encik Kopi, beliau suka kain yang tidak berkilat. Jadi, beli kain yang mengikut kesesuaian beliau.
  • Tempah dengan tukang jahit yang Kopi sendiri sudah terbiasa. Kemas dan selesa --- dan boleh diambil pada waktu yang dijanjikan. Parah kalau tak siap kan?
  • Pastikan juga ukuran menepati. Ikut suka hati sendiri.


Persalinan perempuan :

  • Selepas dapat kain lelaki, mulakan pencarian kain perempuan. Tapi dalam kes aku, aku cari baju siap yang sudah penuh dengan segala batu, manik dan 'lace'. Ya, aku memang lagi suka beli baju siap memandangkan kalau aku nak kira upah jahit, cari kain dan sebagainya lebih mahal. Ha ha ha.
  • Cari baju mengikut ukuran sendiri. Bergantung kalau nak besar atau kecil sedikit. Dalam situasi aku, aku cari baju yang sedikit longgar memandangkan kalau ketat (mengikut bentuk tubuh), selain daripada mengundang dosa, ia akan menimbulkan amarah Puan Mulia. *lap peluh*
  • Selendang? Harga RM 5 beli di pasar malam Keramat.
  • "Veil" pula adalah dipinjam daripada andaman dengan membawa pakaian yang aku sudah beli dan dipadankan dengan 'veil' yang sesuai. Oh ya, terfikir nak buat sendiri pada mulanya tetapi mengenangkan akan sedikit membazir, aku batalkan niat.

Oh ya, persalinan lelaki tuentah berapa kali Kopi dah pakai pergi ke kelas dan pejabat. Pakaian aku pula, aku belum pernah pakai lagi selepas majlis tetapi ianya dalam senarai baju raya aku memandangkan baju raya aku sehingga saat aku tulis ini (22/08/2013) belum disiapkan oleh tukang jahit.

Jimat kan?

Dah.

Thursday, August 08, 2013

1 Syawal Pasca Kawen

Idea menulis tersumbat dek kari kambing. Maka gambar saja. Dengan caption ringkas.

flipSampin
muo. ye muo.
marhaban
doa lepas marhaban
doa lagi
gambo dengan family
YB bagi duit
ni kasut
asal snap kene senget. tektik
notakaki: kompem bukan zara tulis.

Monday, August 05, 2013

Balik Beraya Mana?


Itu soalan paling banyak tahun ini.
Soalan yang tergantung tanpa jawapan.
Tiada keputusan hingga saat akhir barangkali.
Biarkan.

http://farm5.staticflickr.com/4017/4334438137_958ed2fa51.jpg
[Sumber gambar]

*pasang lagu : Dalam dingin Subuh, hatiku terusik, kenang .... (nyanyi dengan mendayu)*


Thursday, July 25, 2013

16 Ramadhan


Tahun lepas.
16 Ramadhan.
Aku jumpa dia.
Dia dan keluarga dia.

Kali pertama.

Tahun ini.
16 Ramadhan.
Tahun lepas masih pecah.
Tahun ini dah diikat.

Moga sampai sorga.


http://farm8.staticflickr.com/7257/7720568180_c0e5845209.jpg 


Dia tulis di Instagram sahaja.
[sini]

Monday, July 22, 2013

Pengalaman Baru Sebagai Isteri.


Salam semua.
Sejak mendirikan rumah tangga bersama kekasih yang telah dinikahi --- walaupun kenal tidak sampai setahun ketika berkahwin, aku banyak belajar benda baru. Banyak belajar tentang bagaimana hidup yang selama ini, tengok orang lain lakukan, tapi tertanya-tanya sama ada aku mampu hadapi ataupun tidak dengan keupayaan diri.

Lain orang, lain kisahnya.
Kan?

01. Tinggal berjauhan dengan suami.
Selama ini, lihat kawan-kawan yang setiap kali Jumaat menjelma, sama ada terus bergerak dari sekolah bertemu suami ataupun menunggu suami pulang dengan gembira. Ada yang ambil cuti rehat jika suami punya cuti yang lebih daripada mereka. Sebagai penghargaan adanya mereka yang dikasihi di sisi. Rakan-rakan lelaki juga kebanyakannya begitu. Pulang menemui isteri walaupun jarak yang jauh harus ditempuhi. Memanglah orang akan kata setakat Johor - Selangor, apalah sangat kan? Tapi dengan kekangan waktu dan kesibukan kerja, masih boleh berjumpa, aku rasa itu cukup gembira dah.

http://distilleryimage10.ak.instagram.com/cd11b75ee77b11e297d322000aaa0a71_7.jpg
[Instagram] : Sebelum bertolak dari Bangi jam 4.30 pagi pada hari Isnin sebab sekolah mula jam 7.30 pagi. Ya, aku memandu sendirian pulang ke Muar di pagi hari. Muka tanpa solekan sebab perlu berhenti di R&R untuk solat.

02. Pergi ke acara yang disukai bersama-sama.
Kalau aku dengan minat aku pada buku, pada seni yang dihadiri oleh kelompok kecil tapi menyenangkan hati walaupun dihiasi dengan nyanyian puisi, dikiran muzik, serta hembusan asap sigar dilentuk oleh udara cemar motokar --- Encik suami pula lebih kepada benda berkaitan fotografi dan elemen ketuhanan. Nampak macam sangat berbeza, tapi dengan benda yang aku suka, dan dia suka --- sebenarnya, ada nilai persamaan yang mampu dikongsi bersama.

Sudah lama jadi impian aku menghadiri majlis-majlis seni bersama dengan lelaki yang disukai, supaya dia tahu daripada mana aku mulakan langkah aku yang dia sendiri kenali, yang kadangkala tenggelam dengan pembacaan dek khayalnya aku pada aksara. Kalau dia sering kata aku dikenali oleh manusia lain yang aku sendiri tidak kenal, aku mahu dia tahu --- dikenali disebabkan aku tenggelam dalam benda yang aku suka.

http://distilleryimage6.ak.instagram.com/d8c29e84d62c11e2890322000a9e48f1_7.jpg
Arts For Grab - Central Market. KLAB13.
03. Beli baju raya bersama.
Mungkin orang lain masa bercinta dah buat perkara begini, tapi orang macam kami yang --- diam cari perkataan --- "Noob" bak kata suami, lepas kahwin baru buat semua perkara yang selama ini pasangan kekasih tanpa ikatan nikah buat. Ha ha ha.

Cari baju raya dalam kesesakan orang, cuaca panas dan bulan puasa sememangnya cabaran. Nasib baik pergi pagi. Kalau pergi petang, mungkin aku dah jadi anak kecil yang duduk sahaja menahan lapar dan dahaga. Ya, teman suami cari baju raya dia memandangkan aku anak banyak baju yang baru dipakai sekali tahun ini. Terima kasih pada baju tunang, nikah dan majlis kahwin. Baju tunang sahaja aku baru pakai 3 kali. Ha ha ha.

http://distilleryimage3.ak.instagram.com/a985ff0cf1c111e2934722000a9f3cae_7.jpg
[Instagram] Pakej baju Melayu dari KL Tradisional. Siap dengan samping. Butang baju Melayu beli dari kedai lain.

Itu sahaja buat masa ini.
Lain kali cerita lagi.
:)

Friday, July 12, 2013

WASH : Setahun.


“Woit aku suka hang!”
    “Kau salah hantar DM?”

    “Tak. Tak”
    “Kalau salah, aku abaikan”

    “Kau kosong?”
    “Kalau dalam erti kata, tiada orang punya, ya”

    “Kalau kosong, bolehlah ya?”
    “Kita kawan dulu boleh?”

    “Aku nak jumpa keluarga kau”
    “Seriously?”

*******

Terima kasih.
Terima kasih kerana secara tiba-tiba meluahkan rasa walaupun aku tidak kenal rupa kamu dan langsung tidak berjumpa apatah lagi mendengar suara. Terima kasih atas luahan hati yang sehingga kini kita masih tidak mengerti, bagaimana dua manusia yang tidak pernah saling kenal, boleh ditakdirkan jatuh hati sehingga sudah mendirikan rumah tangga.

Jodoh itu rahsia Allah.
Tapi macam yang kamu pernah katakan pada aku sebelum ini :

"Sebab ini semua adalah magis"

Terima kasih kerana memilih anak ini setahun yang lepas walaupun aku termangu-mangu aneh membaca pesanan kamu di Twitter ketika itu. Ya, melamar menggunakan Twitter tanpa tahu gambar sebenar kamu walaupun ada sahaja teguran tidak tentu hala tanpa ambil kira dan peduli siapa sebenarnya kamu. Menariknya, wajah juga langsung tidak diketahui bagaimana paras rupanya.

"Er, kau memang tak letak gambar sendiri eh?"
"Tak suka ambil gambar"

"Dah tu macam mana aku nak tahu kau siapa?"
"Aku ada gambar dekat Google+ kot?"

"Google+?"
"Aah"

"Kau ingat semua orang guna Google+?"
"Aku guna"

"Kat situ je ada gambar kau?"
"Aah"


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi8SzTeTc1MSPTNHbEnPi5PgkWwpSM1nJI_QctkOL8bCLdkzLFd9EJwCAen5KWD-ExFC7pd6uFfCvWKqEuBxqnBZfoe4C3gkVgCJ-lP7VhiqVPSYOzHbkL1HQ_Y1-T_mbeShwufmXJJqEQ/w583-h581-no/spek-baru.jpg
Ya, ada orang meluahkan perasaan dengan letak gambar ini sebagai avatar setahun yang lepas.

WASH!

Friday, July 05, 2013

#TripIpoh : Ipoh Dan Khizanat.


Kerja gila.
Benda yang paling aku impikan selama ini adalah buat kerja ikut kepala aku - kemas barang, letak dalam kereta dan memandu ke tempat yang aku rasa nak pergi. Selama aku bujang, benda tu selalu terbayang dalam kepala aku dan aku tahu aku tak boleh tunaikan disebabkan keluarga aku mesti tak benarkan aku pergi. Jadi, bila aku dah punya suami (eh, dah kahwin?) - aku berpeluang untuk melaksanakan impian tersebut, pada hari ketiga lepas menikah.

Ha ha ha.
Gila.

Jadi, berikutan dengan perjalanan aku yang singgah di Pesta Buku Selangor, kami terus menuju ke utara, lebih tepat Ipoh walaupun kami pun tak tahu sebenarnya nak pergi ke mana. Pernah kau jumpa dua orang makhluk yang memandu tanpa hala tuju? Kalau belum pernah, sekarang kau dah jumpa.

http://farm3.staticflickr.com/2816/8985153298_34499e3c46.jpg
Memang begini cara beliau memandu. Dah beliau pendek. Memang dekat dengan stereng.

Semasa dalam perjalanan, masih panas terik begini. Melalui kawasan Tapah dan sebagainya, masih lagi dibawah bayang-bayang matahari walaupun terdapat beberapa insiden yang boleh dikatakan hanya boleh ditemui di dalam filem. Patutlah filem selalu tunjuk, memang orang kita selalu terbuat perkara begini. Ke memang kita semua cepat sangat menjadi tua dalam masa beberapa hari?

Untuk pengetahuan para pembaca (ceh! Macamlah ada pembaca) - setakat ini jika kami dalam perjalanan ke mana-mana, tidak sekalipun radio itu perlu dibuka disebabkan ada manusia paling kuat bercakap dalam dunia sedang memandu (tenung cermin sambil tepuk bahu sendiri).  Jadi, selain berbual dan memerhatikan keadaan sekitar, kami juga suka bergambar. Er, lebih tepat, aku yang suka bergambar walaupun kaku dan kayu. Ah! Peduli apa aku!

http://farm6.staticflickr.com/5459/8983919285_cdb15e6fe3.jpg
Lantaklah orang nak kata cheezy ke apa. Dah halal.

Eh.
Jadi, berpandukan Waze (terima kasih suami) - kami menemui laluan mana yang patut diikuti. Aku sebagai pemandu yang berhemah haruslah mengikut sahaja kata-kata orang yang lebih memahami cara nak baca peta guna telefon. Nak mengharapkan aku? Ikut sedap hati tengok papan tanda sahajalah walaupun itu boleh menyebabkan kami mungkin muncul di tempat entah mana-mana.

http://farm9.staticflickr.com/8140/8983915573_18e22338f6.jpg
Masa ini hujan sudah mulai turun dengan lebatnya.

Apa pun, Alhamdulillah, tiba di Ipoh dengan selamat dan misi pertama adalah cari di mana hotel yang telah ditempah. Kami memilih Tunes Hotel sebab murah dan cantik (walaupun pandangan pertama aku telah dicemari dengan kejadian sewaktu mahu mendaftar keluar pada keesokan harinya)

http://farm4.staticflickr.com/3831/8983911387_4dec4032b7.jpg
Memang cantik bilik Tunes Hotel. Selesa pun ya juga.

Memandangkan ini adalah perjalanan kali pertama berdua bersama, dan tempat yang dituju pun main redah sahaja, tak tahu mana nak pergi. Nasib baik teringatkan ada MJ (Mohd Jayzuan) di Twitter pernah promosi tempat nama Khizanat. Terus tanya pada seorang kenalan yang aku temui di Central Market beberapa bulan sebelumnya tentang tempat tersebut. Janji dibuat dan dia akan bertemu kami di hadapan hotel.

Setelah menunggu hampir setengah jam, Min muncul dan rupanya Khizanat hanya perlu melintas dua jalan sahaja daripada Tunes Hotel. Hoh! Kalau tahu dah pergi sendiri tanpa menyusahkan orang. Akhirnya, Khizanat yang terkenal di Twitter sebagai tempat anak-anak seni di Ipoh berkumpul telah aku jejaki!

Hoyeah!

http://farm9.staticflickr.com/8393/8949790542_583ef44d8a.jpg
Burger D.I.Y. di Khizanat. Serius, kena makan sebab daging itu mereka buat sendiri.

http://farm4.staticflickr.com/3666/8949787630_34c8205400.jpg
Pernah kau nampak orang lain buat ulasan makanan macam aku? Tulis pada dinding.

Ya.
Di sini jugalah aku dipertemukan dengan seorang yang sangat istimewa. Seyn. Min memperkenalkan kami dan sungguhpun kali pertama berjumpa, dia anak yang sangat peramah macam telah bertahun dikenali. Barangkali sebab aku juga budak yang menulis secara indie, ataupun benang takdir telah mempertemukan kami.

Cewah!

Seyn : Korang dari mana?
Aku : Muo.
Seyn : Dari Muar datang Ipoh?
Aku : Ya.
Seyn : Buat apa datang Ipoh?
Aku : Saja.
Seyn : Korang baru kahwin ke? 
Aku : Ya.
Seyn : Bila?
Aku : Kelmarin.
Seyn : Gilalah! Apa korang makan malam ni semua aku belanja!
Kami : Serius? Jangan buat main.
Seyn : Aku suka meraikan cinta.
Kami : Terima kasih banyak-banyak.
Seyn : Esok korang pergi mana?
Kami : Entahlah.
Seyn : (sambil pandang Kopi) Ambil nombor telefon aku. Esok aku bawa korang jalan sekitar Ipoh.
Kami : Tak menyusahkan ke?
Seyn : Relaks. Tugas aku sebagai orang Ipoh.

Ya Tuhan!
Kali pertama bertemu tanpa kenal satu sama lain (dan akhirnya aku sedar bahawa aku pembaca tulisan beliau juga dalam Travelog Rabak) - aku bersyukur sebab bertemu dengan insan yang baik dan ceria ini. Tentang apa jadi esoknya, aku simpan dahulu.

Yang penting, malam tu aku dapat jumpa juga dengan MJ. Ya, salah seorang idola dari segi penulisan dan karya. Malangnya, aku tak ada ambil gambar. Deng!

Sunday, June 23, 2013

Empat Minggu


Empat Minggu lepas

p.s. Entri ini ditulis dengan buah berangan di tangan.

Siapa sangka dalam waktu begini, sudah berkahwin. Punya isteri, tanggungjawab yang lebih banyak serta amanah yang bakal dibawa hingga hujung nyawa.

http://farm3.staticflickr.com/2808/8958012068_437855791e.jpg
[Flickr]

http://farm8.staticflickr.com/7430/8958035728_eb65ed3cef.jpg
[Flickr]

http://farm8.staticflickr.com/7445/8957998476_d28a291bff.jpg
[Flickr]

http://farm4.staticflickr.com/3820/8956701691_19d3923af4.jpg
[Flickr]

Pakaian untuk nikah dan resepsi adalah baju-baju kami sendiri. Jadi sesiapa yang berminat nak pinjam/sewa, Puan Isteri kata beritahu dia. Kasut yang dia baru pakai dua kali pun dia nak bagi pada sesiapa yang katanya - "mahu-nampak-cantik-tinggi-tapi-sakit".

P/S : Gambar-gambar boleh dilihat di Flickr.