Salam semua.
Memandangkan ada pertanyaan mengenai bagaimana persediaan bagi pakaian pernikahan yang aku terima, aku akan berkongsi sedikit bagaimana aku menyediakan pakaian pada hari pernikahan. Sebenarnya, itu adalah bergantung kepada bagaimana perancangan dan kewangan yang anda ada. Tapi, seperti mana yang aku jawab pada persoalan yang sama diajukan di Twitter, konsep pakaian aku adalah :
"Kita beli, pakai dan boleh guna semula pada waktu lain"
Masa kena paksa ambil gambar sarung cincin pada suami. Paksa sebab sarung cincin sekejap je, tapi nak tunggu orang sudah ambil gambar, lebih 90 saat tangan aku kedudukan camtu. Cet! |
Dua-dua gambar bukan dari jurugambar rasmi. Tapi sebab dia tangkap dua sudut berbeza, kita ambil la. |
Persalinan lelaki :
- Beberapa bulan sebelum majlis, pergi beli kain di Jakel dan cari warna yang dipersetujui (di kedai itu secara serta merta). Beli mengikut ukuran dan di sini terpulang. Macam Encik Kopi, beliau suka kain yang tidak berkilat. Jadi, beli kain yang mengikut kesesuaian beliau.
- Tempah dengan tukang jahit yang Kopi sendiri sudah terbiasa. Kemas dan selesa --- dan boleh diambil pada waktu yang dijanjikan. Parah kalau tak siap kan?
- Pastikan juga ukuran menepati. Ikut suka hati sendiri.
Persalinan perempuan :
- Selepas dapat kain lelaki, mulakan pencarian kain perempuan. Tapi dalam kes aku, aku cari baju siap yang sudah penuh dengan segala batu, manik dan 'lace'. Ya, aku memang lagi suka beli baju siap memandangkan kalau aku nak kira upah jahit, cari kain dan sebagainya lebih mahal. Ha ha ha.
- Cari baju mengikut ukuran sendiri. Bergantung kalau nak besar atau kecil sedikit. Dalam situasi aku, aku cari baju yang sedikit longgar memandangkan kalau ketat (mengikut bentuk tubuh), selain daripada mengundang dosa, ia akan menimbulkan amarah Puan Mulia. *lap peluh*
- Selendang? Harga RM 5 beli di pasar malam Keramat.
- "Veil" pula adalah dipinjam daripada andaman dengan membawa pakaian yang aku sudah beli dan dipadankan dengan 'veil' yang sesuai. Oh ya, terfikir nak buat sendiri pada mulanya tetapi mengenangkan akan sedikit membazir, aku batalkan niat.
Oh ya, persalinan lelaki tuentah berapa kali Kopi dah pakai pergi ke kelas dan pejabat. Pakaian aku pula, aku belum pernah pakai lagi selepas majlis tetapi ianya dalam senarai baju raya aku memandangkan baju raya aku sehingga saat aku tulis ini (22/08/2013) belum disiapkan oleh tukang jahit.
Jimat kan?
Dah.
11 comments:
Baju raya tak siap..??
Susah sangat kot nak jahit baju tu... hehehe...
Mujurlah baju raya kastemer akak semuanya siap.. Lagipun baju dorang tu baju kurung biasa je.. Takde fesyen yang pelik2..
Tahniah dear. Terlambat..tp masih Pengantin Baru kan? Tahniah! Semoga berbahagia :)
baju raya xsiap?
pakai je raya haji.. hahaha
Takpe. Raya haji ade lagi =P
kesian baju raya x siap.raya kan sebulan :D
simple!
salam singgah disini. puisi generasi anak muda berjalan2 :)
sangat jimat... bersederhana lebih baik.. salam perkenalan.. sy silent reader je selama ni... :)
Bagusla u zara. I punya baju pun beli siap. Manik tak over sangat. Boleh pakai balik. Lalalala
bagus zara. jimat. baju nikah kite pon, kite pakai untuk raya walaupun sedikit sempit sebab ade baby dah hihi :D
Baju kawen tak leh pkai smula sbb sewa. Hahahaha.
Post a Comment