Tabiat
aku membaca sangat difahami oleh lelaki ini. Kalau aku diam, senyap
sunyi (dan bukannya tidur) --- aku biasanya sedang menguliti buku
terbaru yang aku beli.
Jadi, tadi, buat kali pertamanya dia nampak tabiat aku yang tidak
seperti biasa.
Dia : Kenapa awak letak buku awak begitu?
(Sambil tunjuk buku aku dah
jadi bentuk khemah pacak, segitiga sebab aku berhenti membaca dan malas
nak hafal muka surat)
Aku : Saya takde penanda buku. Entah mana penanda buku kesayangan saya
pergi. Hilang kot?
(Dia pusing - pusing lihat sekeliling, capai sesuatu
dan hulur pada aku)
Dia : Nah!
Aku : Ada air. Basah.
Dia : Nah! (Hulur yang lain)
Aku : Thanks.
Macam dalam gambar. Aku ada penanda buku baru --- syarikat penghantaran
makanan pantas.
Heh!
Kalau anda peminat Seksi Ovari, anda pasti akan minat Bibir Ceri Melati ini juga. Dari Fazleena Hishamuddin juga. |
No comments:
Post a Comment