Showing posts with label Ilmu Hati. Show all posts
Showing posts with label Ilmu Hati. Show all posts

Tuesday, November 10, 2009

"Belajar Bagus, Masuk Universiti Tapi Jadi Cikgu Sahaja?! Membazir Masa Dalam Kerjaya Yang Tidak Terkenal!"



Entah mengapa tiba-tiba terasa seperti sudah menang di medan peperangan. Oh, cantik baju ini bukan? Ia selamat tiba di rumah pada 9 November 2009. Terima kasih berkalung budi buat Bijan yang telah bersusah payah membelikan baju ini untuk aku dengan meredah hujan lebat. Oh, Bijan menulis mengenai ini di SINI.

Aku kelihatan hebatkah dengan T-Shirt Sindiket Sol-Jah ini? Menerima komentar dari Sinaganaga dan Tok Rimau di Mukabuku aku. Bangga sungguh rasanya.

*******
Usai pulang dari mesyuarat tengah hari tadi, aku menghabiskan masa dengan mengulangkaji tajuk yang diminta oleh pelajar Tingkatan Lima. Tajuk-tajuk yang agak panas dalam Kimia. Malahan Kimia itu sendiri panas. *ketawa*


Sambil mencari nota-nota lama, aku memeriksa kantung masuk Mukabuku aku. Ada kenalan lama yang menghantar pesanan di situ.

NI : Salam. Engkau ni SFZ yang sama-sama belajar dulu dengan aku kan? Kalau betul, terimalah permintaan nak berkawan (baca : friend request) aku tu. Kalau salah, maaflah ya?

Aku pantas meneliti kandungan peribadi dia. Memandangkan aku ingat-ingat lupa siapa dia, aku tunaikan sahaja permintaan dia. Fikir aku, mungkin boleh diselidiki siapa orangnya selepas itu. Cik YM aku berkelip. Ada permintaan mahu berhubung.

NI : Terima kasih sudi terima. Sekarang kau belajar lagi ke dah kerja?
Aku : Alhamdulillah, aku dah kerja. Kamu?
NI : Aku belajar lagi. Sambung Sarjana (baca : Masters). Kau tak sambung?
Aku : Alhamdulillah, bagusnya. Aku dah tolak.
NI : Kau dulu masuk Kampus Selatan ya?
Aku : Ya.
NI : Kau ambik kejuruteraan apa?
Aku : Aku ambil pendidikan.
NI : Hek eleh, ambil pendidikan? Belajar bagus, dapat masuk universiti yang baik, tapi kau jadi cikgu sahaja?
Aku : Ya, apa salahnya?
NI : Membazir betul kau ni.
Aku : Membazir apa? Aku tak nampak membazir apa pun.
NI : Rugi kau tak ambil kejuruteraan. Gaji besar. Kerjaya pun semua orang kenal. Terkenal lagi.  Kalau jadi cikgu, sampai tua kau buat kerja yang sama.
Aku : (dalam hati sudah bengang) *Ketawa* Tak mengapa. Aku senang dengan kerjaya ini. 
NI : Kerjaya yang akan sampai ke tua. *ketawa*
Aku : Eh, aku nak tanya sikit. Bila kamu konvokesyen? Bulan Ogos hari tu ke?
NI : Ya, kenapa?
Aku : Oh, kenapa sambung Sarjana? Memang suka belajar ya?
NI : Sekarang ekonomi mana bagus, susah nak dapat kerja. Banyak kilang buang pekerja. Dari dapat kerja tapi ada kemungkinan kena buang sebab masih muda, baik aku sambung belajar.
Aku : Oh, macam tu. Kalau macam itu, lepas belajar, kamu rancang nak jadi apa?
NI : Mungkin aku akan mohon jawatan pensyarah agaknya Cikgu. Eh, aku panggil kau Cikgu tak mengapa kan? *gelak*
Aku : Tak mengapa. Memang sampai tua pun orang panggil aku Cikgu. Kalau aku mati pun, orang akan kata Cikgu SFZ yang mati. *ketawa*
NI : Eleh, terkenal sebab itu sahaja. Gaji pun rendah.
Aku : Tapi kamu tahu tak?
NI : Tahu apa Cikgu?
Aku : Kerjaya pensyarah itu sama dengan guru. Mengajar manusia juga, dan jangan lupa, kalau tiada guru, kamu bukan di tahap ini sekarang. Bukan semua manusia lahir terus pandai tiba-tiba. Gaji bukan ukuran nilai tugas kami, tetapi melahirkan manusia yang berguna itu lebih bermakna.



Aku menunggu lima minit.
Tiada balasan, tiada jawapan.
Aku menunggu lagi dan membiarkan kotak perbualan terbuka begitu sahaja.
Lima puluh minit berlalu, aku terfikir mungkin di kawasan dia terganggu liputannya.

Zara : Usai menyediakan laporan sepanjang hampir tiga minggu melaksanakan tugas sebagai seorang guru. Esok pagi harus keluar awal daripada biasa.

Friday, November 06, 2009

Berminat Untuk Menjadi Guru? - Pastikan Kamu Punya Pembersih Alat Solek Dan Tisu Kapas Bersama.

Tahniah!
Tahniah!
Tahniah!

Entah pengaruh apa yang diikuti oleh pelajar sekarang.
Pergi sekolah harus kelihatan cantik, lawa - Bukan kemas seperti kita dahulu.
Bila kita kata kemas - "Eh, cikgu masuk Tadika KEMAS ke?"

Kita dulu, kalau pagi sebelum ke sekolah, pakai bedak debu sahaja.
Habis bedak sebab peluh, kita kesat muka dengan tisu, itu sahaja.
Budak sekarang?
Alahai, cuba tengok apa dalam bekas pensel yang berwarna-warni sana.
Ada lipatan kertas yang penuh dengan bedak.
Ada yang bawa botol bedak yang comel pula.
Eh, ada juga yang bawa bedak mampat (baca : compact powder).

Kamu minat jadi guru?
Boleh.
Pastikan kamu punya pembersih alat solek dan tisu kapas bersama.

http://www.allproducts.com/manufacture100/vinnerwetwipe/product3-s.jpg
**kalau tiada yang begini, guna sahaja tisu biasa**

Jangan ditanya dengan aku mengapa.
Pagi tadi ada dua pelajar yang masuk ke bilik guru mencari sesuatu. Kehadiran mereka diperhatikan oleh seorang guru. Pelajar itu dipanggil ke meja guru.

Guru : Awak bersolek ke?
Pelajar : Mana ada cikgu.
Guru : Muka, pipi merah, mata pun macam pakai pembayang mata sahaja.
Pelajar : Pipi saya memang merah cikgu, mata tak cukup tidur.

Guru itu mencapai tisu muka di atas meja.
Tisu muka dibasahkan dengan air.
Dikesatkan di muka pelajar yang ditanya.

http://i.ivillage.com/BS/makeup/makeup_forever/BS_MakeupForever_366.jpg
[Gambar penghargaan di SINI]

Tisu jadi merah sayang!
Eh, muka boleh luntur warnanya?

Tisu jadi gelap sayang!
Oh, kalau dapat mata panda akibat kurang tidur, boleh hilangkan guna tisu ya?
Hebat!

http://www.istockphoto.com/file_thumbview_approve/6852607/2/istockphoto_6852607-makeup-set.jpg
[Gambar penghargaan di SINI]

Siapa yang harus dipersalahkan?
Siri drama yang memaparkan pelajar sekolah memakai alat solek dan kelihatan segar bugar di sekolah?
Rancangan televisyen yang menayangkan muka pelakon yang dihias indah walaupun melakonkan watak pelajar?
Filem yang menonjolkan penampilan sedemikian rupa?
Entah...

"Guru pun pakai alat solek ke sekolah. Sebab itu budak tiru!"

Pelajar-pelajar sekolah yang disayangi...
Cikgu dulu pernah juga bersekolah.
Guru-guru cikgu juga bersolek ke sekolah.
Tidak pula cikgu memakai pembayang mata, pemerah pipi, dan sebagainya.
Tidak pernah!
Salahkah mengenakan solekan tipis di wajah setelah memulakan alam pekerjaan?
Alahai...

http://static-p3.fotolia.com/jpg/00/14/90/72/400_F_14907224_coWdqaocaLPHTtKLUgl4kz1Jhr8CWbjz.jpg
[ Gambar penghargaan di SINI]

Kalau ingin sangat meningkat dewasa, sila belajar bersungguh-sungguh.
Mata pelajaran Solekan dan Dandanan ada ditawarkan - ambil sahaja!
Boleh dicuba pelbagai gaya di situ.
Kalau terlalu ingin bersolek, boleh sahaja. Tiada siapa menghalang.
Tetapi harus kena tempat dan masanya.

Zara : Hujung minggu bakal menjelma. Enaknya dapat menikmati cuaca yang sejuk seperti ini~

Thursday, March 19, 2009

Setelah Puas Aku Cium dan Peluk, Akhirnya...


Akhirnya....
Setelah hampir 3 minggu aku berpeluk - peluk dengan dia,
hari ini, hasilnya keluar juga...

Sangat sakit.
Sangat parah.
Bukan jiwa sahaja yang merana, tapi hati ini juga.
Aduhai.



Muka pertama harus menarik minat serta mata pendengar.
Jangan kau cuba membuat manusia-manusia penat pada pandangan pertama.



Ini antara paparan yang menarik minat serta mata pensyarah aku yang amat jarang tersenyum.
Kalau dia mula tersenyum dan bertanya dengan penuh minat,
itu adalah isyarat bahawa kamu telah memenuhi kehendak pemikiran dia.
Ya, dia sangat kritikal dalam berfikir.
Jangan kamu cuba berfikir secara dangkal.
Neuron-neuron kamu akan rosak.



Aku susun secara abjad bagi beberapa petala pertama.
Aku lebih senang menggunakan bahasa kedua aku jika berbicara mengenai ini,
tetapi, tidak mengapa.
Demi kamu.

Ini bahagian terakhir yang aku sudahkan sebelum aku berpindah ke bahagian analogi.
Ini kerja secara berkumpulan,
aku seorang gadis di antara dua jejaka yang telah berpunya.

Kata orang,
kalau kita suka seseorang, kita ada hubungan Kimia dengan dia.
Aku ada Kimia sudah, ada orang yang mahu menjalinkan hubungan dengan aku?