Friday, December 07, 2012

Bilik Impian.


Dedikasi untuk mereka.
Demi ruang yang mereka buka.
Terima kasih atas segala jasa.

Manusia macam aku ada impian yang aneh. Bila orang lain sibuk baca buku cinta – aku tenggelam dalam keasyikan himpunan sastera dan entah apa lagi yang orang selalu pandang sebagai sesuatu yang tidak berharga. Jadi, semakin aku meningkat dewasa, aku lihat yang buku-buku adalah sebahagian daripada nyawa dan ilmu yang aku terima daripada pemerhati masyarakat paling setia membentuk jiwa.

Coretan aku pada ruang yang paling orang suka langkau setiap kali selak halaman buku – adalah menggambarkan JIWA – tulisan penuh aku, dengan jiwa membayangkan kegilaan aku pada aksara walaupun aku marhaen yang gilakan bahan kimia dan peluh gembira bila berjimba penuh hemah atas padang sekolah. JIWA adalah catatan perasaan jujur aku pada manusia di sekeliling aku dengan tidak mengira apakah pandangan manusia lain yang suka mencemuh. Lagi pula, sekuat mana pun kau atas dunia, kau bukan boleh beli masa dengan malaikat pencabut nyawa, apatah lagi mahu beli jiwa manusia.

Dengan bayangan aku yang tidak pernah kekal dalam mata sesiapa, aku hanya mampu doa tulisan aku bisa bikin orang yang luangkan masa untuk membaca dapat sesuatu. Kalau baik untuk mereka, biarkan mereka tenggelam dalam bahagia. Kalau bikin mereka terluka, aku mohon jangan sampai dalam cedera.

JIWA adalah bukti wujudnya manusia beku bertopengkan gumiho bernama Shafaza Zara Syed Yusof. Lahirnya JIWA dengan dorongan sahabat baik atas dunia yang bergelar Pali – menyumbang bukan sedikit dalam memastikan aku terus bernyawa dan tarik aku bila aku terhempas kuat hingga berdarah. Dinding beku biru empat persegi menyimpan banyak rahsia – dari kerja, peribadi hinggalah tangisan rapuh manusia. Buat Kerat Studio, terutama Luc yang masih misteri serta banyak membantu, kau hidangkan aku jalan yang aku perlu. Terima kasih.

Kalau ada juga yang mencuri harta kecil ini untuk keuntungan peribadi dan juga kononnya mahu menempa nama daripada aku yang bukan sesiapa, aku redhakan sahaja. Sebab, aku tidak akan tahu dan kita buka meja rundingan di akhirat kelak sana. Padang Mahsyar khabarnya besar, jadi aku harap kita akan berjumpa.

http://farm8.staticflickr.com/7276/7555587538_caff60473f.jpg
[Sumber gambar]

Zara : Untuk manusia yang tidak punya daya dan mahu berputus asa bila dihimpit kesesakan dunia, ucapkan selamat tinggal kepada kepayahan dan bangkit gagah untuk teruskan senyuman. (Shafaza Zara, 4 Disember 2012)


3 comments:

Unknown said...

Suka sekali menatap tulisanmu... =)

takky said...

bile bce pasal malaikat pencabut nyawa 2...
teringat 1 scene gaduh dgn adik...

bila adik ckp yg lebih baik saya mati cpat supaya x susahkan dia....
saya balas balik ckp dia dgn kata2 nie:

"ko nk aku mati cpat sgt ek? ko p wat appoitment dgn malaikat mintak amek nyawa aku cpat, kalau x wat appoitment dgn dia jgn dok byk sgt bunyi ye"...

Umi Nazrah said...

kerana manusia sukar dimengertikan.