Tuesday, December 18, 2012

[Ulasan] : CERPEN - Khairulnizam Bakeri | Fixi


Untuk Nizambakeri.
Yang rajin balas teguran pagi.
Ataupun perkongsian minat minum kopi.
Terima kasih belum cukup untuk gambar isi hati.


http://farm9.staticflickr.com/8354/8283966502_838d2e36ef.jpg
[Flickr aku] : Ini tradisi. Tiada niat lain seperti yang terkandung dalam halaman 194-195. #CERPENNizamBakeri :)

Seperti yang aku catatkan dalam Goodreads.

Tarikh Tempah : 14 Disember 2012.
Tarikh Tiba : 18 Disember 2012.

Mula Baca : 1400 (18 Disember 2012)
Tamat Baca : 1700 (18 Disember 2012)

01 - Tahniah Nizambakeri. Tahniah atas kelahiran buku yang kedua. (Tabik hormat)

02 - Seperti yang dirumuskan oleh seseorang, karya/tulisan Nizambakeri adalah "mahal" isinya. Pengisian, penceritaan dan tulisan yang tinggi nilainya - walaupun bukunya boleh kau dapati dengan harga mampu milik bagi semua penggemar buku. Dan aku, setuju dengan rumusan seseorang itu.

03 - Kispen2 dalam CERPEN ini mengandungi gaya Nizambakeri. Gaya beliau dalam PECAH, gaya beliau dalam kicauan di Twitter serta di blog sekali.

04 - Kispen RAHSIA : Latar belakang, suasana kedai kopi (Nizam terkenal dengan kegemarannya pada kopi) - antara kispen yang cukup menarik pada aku. Selain INTRO (yang aku percaya tak ramai orang suka baca sebab tak sabar terus ke cerita, tapi bak kata Luc, benda yang orang suka tinggalkan tu adalah paling menarik) - kispen RAHSIA sebenarnya membuatkan kau akan terikat untuk terus membaca sampai habis buku ini. Ya. Menariknya tentang gaya Nizam.

05 - Selain itu, dalam kispen seperti RAHSIA, TEMUBUAL, dan beberapa kispen lain, ada cameo watak dalam PECAH - Inspektor Paul, Afnan, Hafizi, Dr Vivian, Hanis Herman (anak Herman?) yang membawa cerita yang berbeza tetapi masih menarik untuk dibaca.

06 - Kispen GEBANG : Bila baca, aku teringat, dalam satu hari yang entah bagaimana, aku boleh ternampak benda menarik yang dikongsi dengan ramai orang di Twitter. Dan, situasi dalam Hari 6 dalam kispen tersebut, aku mahu tersenyum nipis dan berkata, "Eh, macam tahu je situasi ni".

07 - Kispen PUJAAN : (halaman 194-195) - ada perkara yang macam rasa dilempang di muka, walaupun niat dan tujuan berbeza, tidak seperti yang dinyatakan oleh penulis tersebut. Hah!

08 - Kalau disuruh pilih mana kispen yang aku suka, aku mungkin akan kata semua (hakikatnya begitu) tapi aku akan beri markah lebih dari penuh untuk RAHSIA, GEBANG, PILIH, JENAZAH, PUNCAK dan GERABAK.

09 - Nizam ada menyelitkan nama-nama yang selalu kelihatan berkicau dalam susur masa dalam kispen-kispen dia. Ada nama yang aku kenal, mungkin kebetulan, tapi aku teringat, ada satu pagi yang Nizam nyatakan ada nama pengicau tegar dimasukkan dalam buku dia kali ini. Tiada nama aku. Heh! Tapi ada nama Kopi dan kopi. Hah!

10 - HANYA SEPULUH adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan. Baca. Sendiri.

Tambahan :
(Ini tiada di Goodreads)

11. Ulasan aku adalah berdasarkan pandangan peribadi aku. Tiada aspek teknikal yang akan aku nyatakan, sebab aku bukan berada di tempat yang sesuai. Pandangan aku adalah sebagai seorang pembaca.

12. Untuk mendapatkan naskah kamu sendiri, boleh cari di Kedai Fixi (sila Google, jangan malas), ataupun dapatkan di kedai - kedai buku berhampiran, barangkali sudah ada. Boleh sentiasa bertanya dengan pemilik Fixi sendiri di @BukuFixi.

Zara : Anehnya apabila ada orang menyelar tulisan-tulisan yang mengambil suasana keliling, situasi yang mereka hadapi, dengar atau baca sebagai sumber ilham mereka. Apakah mereka tidak tahu bahawa penulis itu sendiri adalah seorang manusia? (Shafaza Zara, 18 Disember 2012)

No comments: