Ada beza.
Antara pinjaman.
Dan pencurian.
Serta perampasan.
Ada beza.
Bila kau kata nak pinjam.
Bila kau minta izin untuk guna sementara hak milikan.
Atau kau guna dengan pemberitahuan.
Tak pernah kau anggap kau punya.
Sebab kau sedar itu pinjaman.
Tapi.
Bila kau ambil sahaja.
Dan anggap kau punya.
Itu memang salah besar gila.
Alangkah ambil barang orang pun dah salah.
Orang sidai baju di ampaian kau belasah.
Asal muat, kau berkenan, kau sesah.
Apa kau nak kisah.
Tiada mata jadi saksi sah.
Tuhan nampak tu kau kata urusan akhirat sana, mudah.
Macam ni la.
Kita ambil konsep senang.
Kalau barang kau hilang, mesti kau bising kan?
Kalau benda berharga, lagi kuat kau canang.
Bukan setakat polis, habis rumah jiran kau gendang.
Tapi itulah hakikat, kalau kau punya barang.
Kalau orang lain punya kau sebat dan hilang.
Apa benda kau nak gebang?
Kau senyap - tulikan diri dari bincang.
Kau enak minum petang.
Itu kalau barang.
Ni kalau cinta hati orang lain?
Baik kekasih, pasangan atau tunang?
Kau main sapu bersih kalah ikan melekap dinding lumut.
Alasan kau mudah - sebab dia kesepian.
Tapi betul ke alasan kau?
Bukan kau sengaja mahu sailang?
Ala, kau takut kena cop pailang?
(tarik nafas)
Barang hilang, orang beli baru.
Paling kuat mereka menangis sebab sayang.
Orang hilang, tak semua ganti baru.
Memang mereka menangis atau sedih.
Paling banyak, mereka simpan dendam dengan kau.
Dan kau lupa bahawa manusia adalah makhluk paling menakutkan?
Kalah hantu, jin dan syaitan.
Bila fikiran mereka tak tenteram?
Hentikan rampas hak orang.
Sakit sangat mata kau tengok orang lain gembira kenapa?
Kau tak boleh cari kegembiraan sendiri?
Kalau kau cukup tenaga nak rampas hak orang.
Mesti kau lebih kuat untuk cari milikan sendiri.
Tak.
Suami, isteri, kekasih, tunang orang bukan benda pinjaman.
Kau tak boleh pinjam dan pulang lepas digunakan.
Ini bukan tandas awam atau taman tema permainan.
Mereka manusia yang punya perasaan.
Boleh ke kau hadap suatu hari nanti.
Bila ada orang datang pada kau dan kata,
"Hey, pinjam isteri kau sehari"
atau
"Oit, suami kau bagi aku guna dulu. Nanti aku pulang"
atau
"Tunang kau nampak cantik. Swap dengan kereta aku 4 jam"
(tarik nafas)
Kau boleh terima ke semua tu?
Mereka di sisi kau jadi barang.
Yang dilambung bila nak, dipinjam bila suka.
Ataupun dirampas bila kau leka.
Tak tahulah kalau kau suka.
Macam tu, kau boleh tayang pasangan kau dalam bekas kaca.
Letak sekali harga.
Orang boleh beli, pinjam atau sewa.
Dan pulang bila tiba masa.
Atau jadikan hak sendiri bila mereka lupa.
Zara : Tak bolehkah kau belajar hormat mereka yang sudah punya seseorang untuk dijaga/menjaga dalam kehidupan mereka? Bukankah kau juga punya seseorang yang sedemikian rupa? (Shafaza Zara, 18 Disember 2012)