Saturday, August 04, 2012

Perkenalan Dan Lamaran.


Kadangkala kita sudah kenal seseorang itu lama. Kenal dalam erti kata dia wujud dalam hidup kita selama beberapa tahun, tetapi anehnya dia hanya manusia yang kalau ada dan tiada - tidak banyak beza. Hidup kita masih sama. Hidup kita masih lagi berjalan tanpa kehadiran dia. Wujudnya dia sebagai satu manusia - kalau dia bertegur sapa dengan kita. Kalau tidak bertegur sapa, hanya nampak kelibat - itu hanya satu bukti kewujudan.

Sebab itu, Kahlil Gibran pernah menyatakan - "Usia perkenalan bukan suatu jaminan kita mengenali seseorang". Mungkin kita mengenali seseorang itu dalam tempoh yang cukup lama - bersama, kenal antara satu sama lain, tahu baik buruk segala - tetapi malangnya orang itu bukan untuk kita. Bukan untuk kita bersama-sama menjalani kehidupan yang kita mahukan. Bahkan, kehadiran dia mungkin hanya bawa lebih kesakitan yang kita sendiri tidak mahu bayangkan.

Tetapi, orang yang kita mungkin anggap wujud serupa tak wujud dalam hidup kita - yang hanya bertegur sapa sesekali sekala memberikan makna yang besar dalam hidup kita secara tiba-tiba. Kita tidak boleh menjangka sesuatu perkara akan berlaku sekelip mata di saat kita sedang bergelak ketawa - dan orang itu muncul begitu sahaja. Kadangkala kebahagiaan yang direnggut pergi mahu digantikan oleh kasih sayang yang lebih beerti. Kita tidak akan tahu rahsia Maha Pencipta.

[Sumber gambar]

"Woit, aku suka hang!"

5 comments:

Unknown said...

aku suka dia! ;p

missina said...

Kenal lama pun bukan jaminan utk mengenali sepenuhnya...:)

reenapple said...

usia perkenalan bukan suatu jaminan dia itu beerti dalam hidup kita. Aku suka ini. =D

4feet8 said...

suka tak bermakna ingin hidup bersama hingga ke akhir usia.. definisinya terlalu besar, kan..?

Unknown said...

Diganti oleh kasih syg yg lebih bererti.. Suka ayat tu :-)