Saturday, August 18, 2012

#29 Ramadhan : Ini Mungkin Terakhir.


Bagi sesetengah orang, ini sudah menjadi Ramadhan terakhir buat mereka. Bukan permintaan mereka - tapi sudah tertulis dalam qada' dan qadar Allah. Dan bagi sesetengah daripada kita, mungkin kita semua menyedari bahawa entah bila akan bertemu dengan Ramadhan kembali. Mungkin ini yang terakhir - kita sendiri tidak tahu. Buat yang sudah ghairah menanti lebaran, Syawal menjelang - kita doakan agar mereka juga menyedari hakikat ini dalam keterujaan beraya nanti.

Apa pun, selamat menyambut Syawal buat semua pembaca Dunia Sebelah Zara. Maaf jika sepanjang menulis ada membuatkan kalian terasa atau ada sahaja yang kurang elok pada daya pembacaan. Maaflah, saya hanya penulis BMR (Bahasa Melayu Rendah). Tidak mampu untuk petah dan tangkas menulis dengan kudrat yang tidak seberapa.

Alhamdulillah. Orang yang ditunggu sejak sekian lama oleh semua orang sudah pulang akhirnya. Terima kasih Ya Allah kerana mendengar permintaan kami semua yang lemah ini. Moga pulangnya memberikan cahaya dan kegembiraan buat mereka yang menunggu penuh sabar.

[Sumber gambar]

Ini Ramadhan pertama.
Ini mungkin juga Syawal pertama.
InsyaALLAH.

4 comments:

cik puan rrai said...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI !

Unknown said...

insyallah, akan berjumpa ramadhan dan syawal lagi pada masa hadapan.amin. Selamat hari raya :D

kueh bakar said...

selamat hari raya.

ini tempat - sesat yang mengasyikkan..

Unknown said...

salam aidilfitri zara.