Thursday, March 08, 2012

Percaya.


Ada orang pernah kata, kepercayaan itu seperti pemadam. Semakin lama, semakin banyak kita gunakan, ia akan habis akhirnya. Ya, kalau pemadam itu digunakan untuk menghapuskan rasa sakit hati, rasa dikhianati dan segala rasa yang tidak enak untuk dikongsi. Jadi, pemadam itu akan habis dan terhakis. Yang tinggal hanya debu kotor yang bergentel disebabkan, kesalahan itu dipadamkan (mungkin), tetapi kesan yang ditinggalkan masih ada. Sebersih mana sekalipun, habuknya masih ada, masih kekal sehinggalah angin membawa ia pergi. Mungkinlah kalau begitu.

Manusia mungkin juga begitu. Kita berikan kepercayaan, mereka khianati sesuka hati bagaikan apa yang kita berikan adalah suatu yang tidak berharga. Padahal, harga kepercayaan adalah sesuatu yang tidak boleh ditaksir dengan nilai mata wang. Berapa banyak kau boleh bayar untuk dapatkan kepercayaan orang? Yang berkepalakan serigala lapar mungkin akan membaham dengan deras tanpa mengira perasaan, tetapi yang masih berhati mulia, pastinya mereka memandang hina perbuatan tersebut.

Kalau kau, kau pilih wang atau nilai mulia?
Kasih sayang atau dihina?

[Sumber gambar]

Nilai kepercayaan itu secara jujurnya sangat penting bagi aku, dan bagi manusia lain secara umumnya. Siapa di antara kita yang sanggup ditikam dan ditipu begitu sahaja, sedangkan pertaruhan kita bukan sedikit dan bukannya tidak bermakna. Hati yang disakiti, masa yang dihabiskan serta pengorbanan yang pastinya tidak mahu dianggap sia-sia. Pengorbanan itu pastinya kita akan tutup mata sahaja, sebab benda yang kita lepaskan, pastinya tidak akan kembali balik pada kita, dan kalau kembali sekalipun, pastinya keadaannya sudah tidak sama seperti kali pertama kita meletakkan kepercayaan.

Kadangkala kita percaya orang akan buat macam kita mahukan sebab kita buat apa yang mereka mahukan. Sebagai contoh, kau sentiasa hantar pesanan ringkas pada kekasih kau. Kau sahajalah yang akan memulakan dulu, hantar pesanan, kicauan di Twitter dan sebagainya. Apa yang dia buat, mungkin balas ataupun tidak. Kau percaya, dia akan buat benda yang sama. Maka, pada suatu hari, kau tidak buat perkara rutin itu. Kau biarkan senyap tanpa apa-apa pesanan dengan harapan dia akan cari kau, dia akan rindukan seperti kau rindukan dia. Tapi malangnya, apa yang kau harapkan tidak berlaku. Kau percaya dia akan buat sesuatu seperti yang kau selalu buat untuk dia, tapi dia tidak lakukan. Apa yang kau rasa?

Kecewa?
Sedih?
Celaka?
Bodoh?

Apa yang kita percaya, tidak sama dengan orang lain, walaupun tidur sebantal sekalipun. Kalaupun percaya benda yang sama, pastinya keyakinan itu berbeza. Percaya itu datang sekali dengan yakin. 

Kalau kau percaya, maksudnya kau yakin.
Dan kalau kau yakin, maksudnya kau percaya.
Pening ke?

Kadangkala kau rasa kau boleh menangisi hubungan kau yang bersusah payah dibina, sebab kau rasa ianya istimewa, tapi hakikatnya, ia bukannya bermakna apa-apa. Pada dia, kau bukan sesiapa. Hanya kau yang percaya segalanya akan baik-baik sahaja, tetapi benda nyata yang kau enggan lihat adakah dia memandang kau, seperti kau melihat dia.

Zara : Benda paling berharga yang kau mungkin tidak sedar adalah bila bekas pasangan kau memandang kau yang tersenyum, itu adalah saat di mana mereka sedang bercampur baur rasa. Kecewa sama ada kau sudah mampu hidup tanpa dia dan mahukan kau kembali, ataupun gembira kau sudah bukan dia punya. (Shafaza Zara, 8 Mac 2012)

5 comments:

NIA SI DRUMSTICK said...

sy pon ade msalah yg sm zara..sedih sgt bila kt buat sumting org wat dunno je..kdg2 kt harap sgt dia anggap kite some1 yg penting dlm hdp dia..

♪..aq[daN]pUteraku..♪ said...

rasa nak nanges baca...;
bgitu ka dia? hrpla dia rasa yg sama.uhukss..

reenapple said...

jangan pernah mengharapkan kita akan dapat layanan yang sama kita bagi pada seseorang itu... =(

pelangi chenta said...

bg sy..sekali kepercayaan itu diragut memang susah utk kembalikan kepercayaan tue.
maybe percaya tapi dah x 100%

Yana Shaharuddin said...

And now he's happy with another girl.
I give up ):