Dalam hidup ini, terlampau banyak benda yang perlu kita buat keputusan. Dari se-enteng (semudah) kita mahu bangun pagi atau tidak selepas jam penggera telefon berbunyi sehinggalah bagaimana kita mahu keadaan ranjang kita sewaktu merebahkan diri bila malam tiba nanti. Itu baru keputusan-keputusan kecil yang kita buat untuk kepuasaan kecil peribadi. Belum lagi kita buat keputusan besar yang kemungkinannya merubah seluruh benda dalam hidup kita suatu hari nanti. Sebagai contohnya, pekerjaan, pertunangan, perkahwinan dan lain-lain. Dan itu, cuma sebahagian.
Ada keputusan yang kau kena fikir banyak kali - dengan mengambil kira semua aspek, kesan positif dan negatifnya, serta apa yang menyebabkan kau mengambil keputusan sedemikian rupa. Pastinya bukan sesuatu yang mudah memandangkan, perkara sebegini kebiasaannya besar dan akan memberikan impak yang bukannya sedikit. Sementelahan pula, cagarannya adalah hidup kau sendiri. Kau renung, kau tenung dan kau amati semua benda dengan mengambil kira kebaikan dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan jika bakal muncul. Dan kau sanggup duduk diam, demi kebaikan dan berusaha agar semuanya mengikut apa yang perlu selesaikan.
[Sumber gambar] |
Dalam membuat keputusan, pastinya perlu disertakan dengan keberanian. Dan keberanian itu datang dengan keyakinan. Adakah kita mampu buat keputusan yang mampu mengubah landskap kehidupan kita dan yakin di hujung nanti pasti kejayaan akan menjelma? Sudah tentunya dengan doa, usaha, tawakal - penyerahan serta keyakinan kita yang tinggi, memungkinkan segalanya. Tetapi adakah kita bersedia jika ia bukan ditakdirkan untuk kita?
Dan aku, tiada jawapan untuk itu buat masa ini.
Sekurang-kurangnya.
Zara : Kita dilahirkan untuk jadi diri kita, bukan menjadi seorang yang sempurna. Kita ada kerana kita jadi diri kita, bukan kita mahu hidup di bawah bayangan orang lain selamanya. (Shafaza Zara, 31 Mac 2012)
2 comments:
kadang2 keputusan tu akan berubah walaupun kita dah dapat kata putus.. begitulah susahnya membuat keputusan!
the hardest part in life is making a decision.kita tak boleh nak predict sama ada kita buat keputusan yang betul ikut rasional atau ikot emosional.
tapi mak pesan keputusan terbaik adalah dari gerak hati.hihi
Post a Comment