Manusia macam dia mungkin terlampau sukakan cabaran.
Suatu ketika dahulu, cinta pertama pernah dia lepaskan.
Dan mulai dari situ, dia gunakan segala kekuatan.
Perbaiki sedikit demi sedikit kelemahan.
Supaya hati tidak lagi jadi bahan mainan.
Manusia macam dia pernah tertanya-tanya.
Apakah semua orang mengejar rupa.
Apakah perasaan galang gantinya si kacak dan jelita.
Jadi yang kurang cantik, tiada tempat atas dunia.
Manusia macam dia tahu yang penting dalam hidup adalah ilmu.
Kegilaan dia membaca dia gunakan untuk mencari sesuatu.
Ceduk segala pengetahuan, hatta bukan dari buku.
Ya, dia bunuh segala cabang nafsu.
Hanya untuk cari maklumat yang itu.
Dia enggan kalah lagi bila dia mulakan hidup baru.
Manusia macam dia sangat gilakan Kimia.
Dia anggap diri dia ibarat satu bahan untuk mencuba.
Cuba satu demi satu apa yang dia telah baca.
Demi mendapatkan hasil seperti yang tertera.
Dia sanggup conteng dan teruskan mencari gaya.
Supaya dia tidak dianggap gila.
Manusia macam dia teruskan usaha.
Selagi tidak berjaya.
Hidup ini bagaikan satu ujikaji kimia.
Mungkin akan gagal pada kali pertama.
Mungkin kurang berjaya pada kali kedua.
Siapa tahu akan ada hasil lebih baik pada cubaan ketiga?
[Flickr aku] : Hasil ujikaji bermain dengan mata sendiri. Di tangan adalah buku Kontrol Histeria. |
Saat ini ujikaji masih berjalan.
Apakah ini yang dia mahukan untuk masa hadapan?
Apakah dia sanggup hadapi segala walaupun menghadam kepayahan?
Ujikaji masih belum ada keputusan.
Dia mungkin terlupa apa maksud hari telah siang.
Dia mungkin terlupa apa maksud sebenar kasih sayang.
Dia mungkin terlupa apa maksud dia bukan hidup seorang.
Tapi dia tidak akan lupa bagaimana cara memaut bayang.
2 comments:
hidup ini ibarat ujikaji. Setiap kali gagal.. cuba lagi. dan terus mencuba sehingga akhirnya sedar ujikaji itu tidak mungkin lagi akan berjaya. =)
Saya juga sering tertanya-tanya apakah semua manusia mengejar paras rupa. :)
Post a Comment