Ada benda yang kita nak, tapi kita tak dapat.
Ada benda yang kita nak, tapi kita dapat.
Ada benda yang kita nak, kita dapat tapi lambat.
Ada benda yang kita nak, kita tak dapat walaupun lambat.
Dan bila terjadinya perkara sebegini, kita akan berhenti merengek.
Kita akan berhenti menangis daripada tetap mahukan benda tersebut.
Benda yang kita nak, kita tak dapat, dan kita belajar untuk cari benda lain, benda baru.
Bukan semua benda kita dapat.
Benda yang kita nak, kita dapat.
Benda yang kita nak, kita tak dapat.
Perkara biasa kan?
Kita berhenti berharap dalam sesetengah perkara.
Ada benda yang kita nampak jadi milik kita, tapi kita tahu yang kita tidak akan dapat.
Jadi, tiada benda yang kita harapkan lagi.
[Sumber gambar] |
Sama macam kita sukakan seseorang.
Kita suka dia, kita nak dia, tapi tidak semestinya kita dapat dia. Kita mungkin hanya akan dapat suka dia, tapi akhirnya, dia akan jadi hak orang lain. Berusaha kuat macam mana pun, kita nak berada di samping dia, dia tidak berusaha, semuanya akan jadi tidak berguna. Jadi, tak semua benda boleh jadi macam yang kita mahukan. Kita mungkin berusaha lebih, tapi jika sebelah pihak tidak berusaha, segalanya akan sia-sia juga. Buat apa membazir masa? Angkat kaki mungkin pilihan yang terbaik.
Kadangkala orang terpaksa pura-pura faham, sebab dia malas mahu bertelagah.
Dia angguk, senyum sahaja disebabkan dia malas mahu banyak bising. Ulang benda yang sama, yang serupa boleh menjadikan sesuatu perhubungan itu membosankan. Nanti dikatakan mahu mengawal semua benda walaupun hakikatnya, dia cuma mahukan hubungan itu berjaya. Bukan setelah dia berusaha, segalanya akan terkubur begitu sahaja tanpa tanda.
Zara : Awak akan menyesal suatu hari nanti sebab mengabaikan manusia yang terlampau menyayangi awak. Awak layan dia sambil lewa sebab awak tahu dia bodoh dan hanya akan sayang awak seorang sahaja? Awak belum kenal lagi hati dia sepenuhnya. (Shafaza Zara, 18 Mac 2012)
13 comments:
lately all your post kena batang hidung sendiri bila baca.
arrrghhhhh !
#tetiba meleleh airmata. T_T
artikel yang bagus sangat bermanfaat, salam kenal dari penyuluh perikanan, kunjungi kami di
http://penyuluhpi.blogspot.com/
kita tukaran link
trims
suke sgt bace blog zara..dah mcm addict plak tggu zara update..most of ur post mcm kene sgt ng kite..n sumtime bg kt jln penyelesaian..thanx a lot zara..
ohoooo... agreee!!! Tak semua apa yang kita nak kita akan dapat.. Tuhan itu maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. =)
'harapan adalah sebuah mimpi yang tidak jauh'
hargai ape yg dah ade=)
takut nak mengharapkan ape yang tak pasti dalam hidup ini.=_=
nice~
kenapa saya terase dengan post ni. zara, u know evrythin :(
kan kan kan. sgt setuju semua yg kak zara tulis! love it :)
seriously, this post sgt "terkena batang idung" sendiri.
:'( Harapan tu mmg berat dan membebankan. Let it go..
n sometimes benda yg kita nk pergi kepada org lain...
x kira benda tu dalam bentuk manusia, kebendaan, impian,kehendak dan pelbagai lagi...
selalunya ianya tak kan datang kepada kite walau sudah cuba sedaya yang kita mampu...
betul kata kak zara .bila kita dah putus asa nak dpt sesuatu benda yang kita betul-2 tak mampu .kita belajar untuk cari yang lain . .kita tak boleh sedih sebab Allah nak bagi bagi yang lebih baik untuk kita :')
kdg2 kita terlalu amat mudah hati dan perasaan org lain
suit me very well...
Post a Comment