Tuesday, December 06, 2011

Perlu Kelulusan Untuk Tolong Manusia



Satu benda yang aku tak jangka adalah bila kita mahu menolong orang yang mempunyai masalah, sesetengah orang yang gatal mulut, perut (dan bulu?) - mula mempertikaikan kelulusan yang perlu ada dalam membantu manusia lain. Apakah perlu menghamparkan segala macam sijil, ijazah dan juga gulungan sarjana sebagai satu bukti untuk itu?

Secara jujurnya melayani karenah orang yang bertanyakan soalan, sama ada di blog aku ataupun di Mukabuku, Terfaktab (hatta di sekolah sekalipun) adalah penuh dengan pelbagai warna dan rasa. Ada yang buatkan kita ketawa, ada yang buatkan kita kecewa sebab soalannya agaklah tidak mencapai gaya bahasa yang normal (kebiasaannya soalan bergaya luar tabii aku singkirkan dahulu untuk memahami) dan pelbagai rasa lagi. Ah, bukanlah merungut tapi itulah, setakat ini tiada pula yang tanya, awak belajar kaunseling ke masa zaman universiti?

http://farm4.staticflickr.com/3227/3152915032_a73a1f114d.jpg
[Sumber gambar]

Setakat yang aku tahu (dan sering digembar-gembur) adalah kalau mahu memberikan ceramah agama dan sebagainya memerlukan tauliah. Ya, semua benda pun perlu ada tauliah, kelulusan - tapi kalau orang yang kau anggap sebagai kawan-kawan bertanya, dan kau diminta berikan pendapat, buah fikiran, lagi nak minta kelulusan ke?

Gila.
Adakah perlu sampai tahap begitu untuk benci manusia?
Mahu tanya segala benda sehingga ke dasarnya?
Semata-mata sifat dengki kalah haiwan melata?
Ah, cukuplah sifat penuh cela.

Tak tahu pula aku perlu perkara sedemikian rupa.
Orang ada masalah, mereka bertanya.
Mahu berikan pandangan, sijil segala diminta.
Bila ditanya mengapa, katanya apa kelebihan kita.
Ah, mengapa cari aku kalau kau tidak suka?
Hilang akal atau sekadar mahu menang bicara?

Aneh.

Nota Kaki :
Perjalanan sebuah ceritera mungkin sudah terhenti tanpa sebab musabab yang aku mahu gali. Biarkan sahaja, nanti kalau ada masa, mahu buka bicara, aku akan sedia menadah telinga.

Zara : Terhibur dengan gelagat manusia yang bising menyatakan bahawa cinta itu tiada nilai dan boleh digadai disebabkan ia mampu disemai. Ah, kalau begitu adakah kamu manusia yang menjual cinta?

3 comments:

aira said...

bila ada nama kaunseling di situ. adoi. sentap kejap. biasalah. manusia ini macam-macam uniknya. tabah menghadapi kerenah mereka yg buat diri ini tersenyum. :)

Latifah said...

hahaha~~~
Lepas ni kena angkut semua sijil segala bagai ke mana-mana... ;p

*lama tak singgah sini, makin comel :)

kueh bakar said...

apa yang dicakap lebih penting dari siapa yang bercakap..

cakap yang betul akan kekal betul tak kira siapa yang berkata..

begitu juga sebaliknya...