Thursday, December 08, 2011

Awak, Tolong Jangan Curang Boleh?



Awak.
Kalau awak sudah tidak suka dia, awak boleh pulang.
Biarkan dia pergi dan menghilang.
Supaya awak akan lebih senang.
Untuk berkelakuan jalang.

Awak.
Penipuan awak bukan lagi satu rahsia.
Sudah terang lagi bersuluh, tapi awak masih buat drama.
Awak masih teruskan lagi pelbagai cerita.
Sudahlah awak, tidak pernah mahu berhenti buat dosa?

http://farm4.staticflickr.com/3338/3617786066_d04b6e68c7.jpg
[Sumber gambar]

Awak.
Masih terus mahu berpura?
Bila dia tanya, awak kata awak masih cinta.
Bila dia cuba selidik, awak kata semuanya biasa.
Bila dia sangsi, awak melenting kata dia sudah tidak percaya.
Tapi bagaimana dia mahu yakinkan diri bila segala kebenaran di hadapan mata?

Awak.
Hebat sungguh lakonan atas dunia.
Bila dia menjauh atas urusan kerja, awak berdendang sayang suka ria.
Setiap orang yang datang, awak bawa jalan merata.
Setiap orang yang mendekati, awak tabur duit belanja.
Setiap orang yang berbaik, awak habiskan masa bergembira.
Tapi dengan dia?

Awak.
Dia mahu pertahankan cinta.
Dia kulum rasa sakit demi mencari bahagia.
Dia hadam rasa perit demi mencari gembira.
Dia telan rasa mahu menjerit demi mencari erti setia.
Tapi awak, dia juga sudah penat mahu terus hadapi segala.

Awak.
Curang itu serupa tipu.
Bukan tiada orang yang nasihat dia jangan lagi menunggu.
Dia diamkan sahaja, tanggung hati pilu.
Dia terima segala kata-kata walaupun terselit rasa malu.
Dengan harapan awak akan sedar dan terpaku.
Bahawa perbuatan awak selama ini membunuh dia dalam sepi bisu.
Tapi, adakah awak akan tahu?

http://farm7.staticflickr.com/6160/6151036060_55d3ab31c9.jpg
[Sumber gambar]

Awak.
Bila dia telefon awak kata suasana belakang hiruk pikuk.
Bila dia hantar pesanan, awak kata awak sibuk.
Bila dia datang jumpa, awak kata dia penyibuk.
Sudahnya dia duduk terpuruk.
Menahan rasa yang menjeruk.
Hati yang sakit sendiri pujuk.

Awak.
Susahkah mahu buka mata?
Bila awak mengadu sesak kewangan, dia hulur duit belanja.
Bila awak mengadu perut kelaparan, dia datang bawa menjamu selera.
Bila awak mengadu sakit, dia bawa ke hospital untuk diperiksa.
Bila awak mengadu masalah, dia sudi jadi pendengar setia.
Tapi awak masih lagi butakan jiwa.

Awak.
Kalau awak masih ada rasa cinta, sila berubah.
Dia pastinya boleh terima walaupun payah.
Dia boleh pujuk hati untuk tabah.
Dia boleh hadapi segala susah.
Walaupun hatinya sudah bah.

Awak.
Satu demi satu mula terbongkar.
Tapi dia masih boleh tahan sabar.
Tidak perlu dia susah payah menyelongkar.
Segalanya sudah jelas terhampar.
Bukan bagai mencari jarum di dalam belukar.
Dan dia mula rasakan jiwa semakin hambar.
Kehadiran awak sudah patut ditukar.

http://farm7.staticflickr.com/6151/6184239210_01db1e3d74.jpg
[Sumber gambar]

Awak.
Awak masih sibuk lagi menipu sini sana.
Dia sudah tahu perbuatan awak serupa celaka.
Tapi dia mahu diamkan sahaja.
Mahu lihat sejauh mana awak mahu terus menduga.
Mahu lihat sejauh mana awak boleh tahan buat dosa.
Mahu lihat sejauh mana awak mampu teruskan sikap tercela.

Awak.
Tunggu nanti sampai satu masa.
Kalau awak tersungkur dulu, dia hanya mahu tersenyum sahaja.
Kalau awak masih mengelinjang, dia sendiri akan pergi dengan gembira.
Sebab dia tahu, awak bukan sesiapa.
Bukan sesiapa lagi sejak awak khianati cinta.
Dia cuma tunggu waktu yang sesuai untuk mulakan segala.

Awak.
Masih mahu terus curang?
Dia tidak akan naik berang.
Dia hanya mahu menghilang.
Dan tidak akan lagi mahu mengenang.

Nota Kaki :
1. Semalam aku menulis tentang 'perempuan kalau curang, adalah perbuatan paling memalukan'. Itu sejujurnya daripada apa aku lihat kebelakangan ini dan juga merujuk kepada seorang adik yang menyatakan kisah sahabatnya. Selepas itu habis orang di Twitter berkicau tentang tajuk yang sama.
2. CURANG adalah tajuk tulisan aku di Kitab Terfaktab.  Tulisan aku tentang isu curang boleh dibaca di label ini.

Zara : Senyum melihat ada orang yang tidak mahu kalah dan sentiasa mahu menang bicara. Walaupun ternyata salah, benang yang basah tetap mahu ditegakkan tidak mengira. Ah, orang begini selalu rasakan diri mereka terlampau bijaksana. Biarkan mereka menang, mereka akan bangga. 

17 comments:

diana lee said...

huhu..suke cara kamo sampaikan ttg curang ni..:)

Cik Bambam said...

pencurang.. stupid! =.='

cik LOLA said...

sukaaaaaaaaaaaasa sangat,
setialah pada yang satu,berkasihlah pada yang satu.)

karmilaillang said...

bestnya..kata2 awak..klu org yg pernh merasainya..pasti akan faham apa yg awak ungkapkan...

kueh bakar said...

mencurang itu satu seni
seni yang membunuh jiwa
seni yang mengubur rasa cinta
seni yang zalim

hati yang koyak
hati yang carik
walau kembali dijahit
ia tidak sama seperti dulu
parut hati yang dijahit tidak akan pernah hilang
ia 'cacat' kekal

kadang curang menjadikan hubungan lebih cinta
kadang curang menjadikan hubungan lebih sayang
tapi awas
sebab ia hanya kadang

selalunya
hubungan itu mati

Unknown said...

siyezzz..suke gaban entry nih :))

Unknown said...

suke entry nih :)

Aina said...

Cikgu, kenapa kalau perempuan tu curang, perbuatan dia dkira memalukan? Cer discuss kan sikit.. nak tau jugak sbb apa..

Unknown said...

nice.. sgt terharu akak membacanya.. kalau semua org tahu betapa sakitnya dicurangi.. xkn ada manusia curang dimuka bumi ni...

cg4dis said...

tolonglah jangan curang...

cubalah belajar setia...

reenapple said...

satu hari tu... rahsia pencurang tu akan terbongkar jua...

Admin said...

Kelihatan sungguh bodoh
bila ada yang nak menegakkan
benang yang basah ;)

Latest Post:
Kalau Tuhan Pisahkan Kita, Awak Marah Tuhan?

Anonymous said...

post nie buat sye menangis....kena dgn hidup sye...T.T

Anonymous said...

sedang mengalami :) dicurangi. tp x ape. x kn pergi kemane.

ALLAH MAHA ADIL.

^.^

Anonymous said...

mengalah jika mahu menang.
tak ada guna menang yang dapat hanya hidup kecundang.

Miss Naoko said...

suke ayat ni.. :) Please follow my blog ya! http://missnaokochan.blogspot.com/

dieyla said...

cubalah untuk setia..