Tuesday, December 20, 2011

Awak, Belajar Ucap Selamat Tinggal.



Awak.
Kesakitan semakin menghimpit.
Hati semakin perit.
Jiwa semakin sakit.
Puas menjerit.

Awak.
Sudah puas ditipu.
Sudah cukup menahan hati pilu.
Kepala berdenyut bagai dipalu.
Terduduk hanyut berteleku.
Hati panas bagai bertungku.
Apa lagi yang awak mahu tunggu?
Jangan jadi dungu.

Awak.
Masih banyak peluang depan mata.
Mengapa masa hadapan mahu dipersia?
Diberikan pada orang yang tak menghargai cinta.
Layakkah dia digelar manusia?
Itu awak sendiri boleh menjawabnya.

http://farm7.staticflickr.com/6050/6330094005_b50f6e3ee0.jpg
[Sumber gambar]

Awak.
Masa untuk berubah.
Tidak, ia tidak susah.
Tidak, ia tidak payah.
Cuma adakah awak mampu untuk tidak mengalah?

Awak.
Dalam hidup kadangkala manusia perlu kecewa.
Dalam hidup kadangkala manusia perlu derita.
Dalam hidup kadangkala manusia perlu berduka.
Agar mampu cari bahagia.
Agar mampu cipta gembira.
Tapi awak, sampai bila mahu kekal di takuk lama?
Sampai putus nyawa?

Awak.
Masih mahu terus menipu diri?
Masih mahu terus kemam sakit sendiri?
Awak tidak akan dapat meraih simpati.
Daripada dia yang mengkhianati.
Kalau ada pun sokongan di sisi.
Sampai bila awak mahu menanti?
Sampai mati?

Awak.
Sakitnya awak sendiri yang tanggung.
Sehingga mana awak mampu duduk canggung?
Ataupun sekarang sudah bertinggung?
Caci maki diterima boleh buat berdengung.
Dah itu awak katakan cinta agung?
Sudahlah, awak sedang bingung.
Air mengalir dari hidung.
Itu bukan resung.
Tapi kesakitan yang meraung.

Awak.
Sudah cukuplah bersedih.
Sudah cukuplah merintih.
Sudah cukuplah tahan hati pedih.
Sudah cukuplah jiwa mendidih.
Meletup meletus bagai bertih.

http://farm7.staticflickr.com/6059/6293791038_76de314513.jpg
[Sumber gambar]

Awak.
Ini mungkin masa paling sesuai.
Untuk awak hentikan buai.
Masa untuk menyelaraskan piawai.
Agar tiada lagi hati tergadai.

Awak.
Belajar untuk ucap selamat tinggal.
Agar tidak pernah rasa kesal.
Anggap sahaja masalah itu sebagai sesi suai kenal.
Yang mungkin pernah hentam kepala bagai mahu tertanggal.
Yang sakitnya seperti mahu meninggal.
Berlalu seperti kapal.

Awak.
Mungkin ada yang awak mahu renung.
Ambil banyak masa untuk awak termenung.
Buatlah keputusan bila awak tidak lagi murung.
Supaya hati seteguh gunung.

http://farm7.staticflickr.com/6179/6268226446_5e7445d9ff.jpg
[Sumber gambar]
Awak.
Masa untuk buat pilihan terbaik.
Supaya kehidupan tidak menjadi pelik.
Bahkan menjadi baik.
Dan awak sendiri tidak akan rasa jelik.

Awak.
Selamat berjaya.
Untuk terus hidup atas dunia.
Dengan perasaan gembira.
Buang segala duka.
Sebab awak masih seorang manusia.
Yang layak menerima bahagia.

Nota Kaki :
Sejuk hingga membawa kepada kesakitan yang sudah lama tidak menjenguk wajah duka. Kadangkala sedikit sentuhan walaupun sekadar teguran mesra sudah boleh buat hati panas, wajah berbunga bukan? Anehnya, sukar mencari perasaan sedemikian rupa.

Zara : Dalam kepayahan, ada sesuatu yang unik tentang persahabatan. Walau hanya berjumpa sekali dua, tapi ikatan yang terbina bagaikan sudah mengharung kehidupan bersama sekian lama. Buat manusia-manusia yang menjaga persahabatan, aku tabik hormat penuh bangga. (Shafaza Zara, 20 Disember 2011)


9 comments:

ciKk rynN said...

aku takut nak say gudbye sbab dia je sorg yg aku ada even dia berpunya.. & dia pn dah ckap yg dia x nak tggalkn dirinya... :((

theflow said...

aku dah bangkit dari kemurungan..
be tougher

HardiskHifni said...

really, its nice..

AziE said...

Halusi keperitan rasa maka belajar ucap Selamat Tinggal akan menjadi tak penting lagi. Tinggalkan saja.

Hehehe....brutal seyyyy

Noor Fatin said...

terima kasih datang blog saya. sangat hargainya. teruskan menulis. saya suka!! hehe..

xnak ucap selamat tinggal :(

gurlz~we~rulez~ said...

akan belajar jugak ucap selamat tinggal :)

Park Sang Hyun said...

blog walking,singgah la

kueh bakar said...

jika kau rasa kau betol
dan yakin kau betol
ucapkan selamat tinggal..
jika kau berani..

jika tidak
pergi saja
jangan diucap selamat tinggal

kerana
yang menunggu
adalah selamat datang
yang tidak pernah kau sangka

Atteya_Azmi said...

saat2 critical dan sedih mcm ni, puisi akak menjadi teman. puisi akak menjadikan sy berfikir. puisi akak membuatkan saya sedar. tq akak.. sgt susah untuk ucap selamat tinggal