Sunday, December 25, 2011

#1441 : Dia Bukan Perempuan Yang Kau Kenal Dulu.




1441.
Dia bukan perempuan yang kau kenal dulu.
Dia bukan lagi budak yang kau boleh luku.
Dia bukan lagi budak yang kau berlaga siku.
Dia bukan lagi budak yang kau bersentuh bahu.
Dia bukan lagi budak yang kau boleh ejek berseluar kelabu.

1441.
Masa berjalan terlampau pantas.
Kau ingat lagi saat kau dan dia bersama mahu melintas?
Kau lari laju, tinggalkan dia memerhatikan bas.
Kau gelak dari seberang jalan sampai mahu terhenti nafas.
Kau ketawa tengok dia masih terpusing, elak kenderaan berterebas.
Kau kutuk dari jauh di bawah matahari panas.
Kau buat apa sahaja demi malukan dia sampai kau puas.

1441.
Kau ingat lagi budak perempuan yang duduk sebelah?
Yang kau kata - untung kalau lantai tak pecah.
Kau ejek dia anak gajah.
Kau kata badan besar itu bukan gagah.
Campur muka hodoh perangai tak semenggah.
Dia tahan malu sampai muka merah.
Tapi kau terus keluarkan kata-kata memanah.
Dia tahan walaupun telinga sakit mahu bernanah.
Ayat yang kau keluarkan buatkan jiwa dia bertambah parah.
Walaupun dia tidak menangis, perasaan dia berdarah.
Kau mana tahu sebab kau tidak ambil kisah.

1441.
Takdir kadangkala boleh jadi kejam.
Takdir kadangkala boleh jadi baik dalam diam.

http://farm7.staticflickr.com/6151/6184239210_01db1e3d74.jpg
[Sumber gambar]

1441.
Budak perempuan itu mungkin sadis.
Budak perempuan itu mungkin jiwanya kalis.
Budak perempuan itu mungkin perasaannya berkudis.
Menahan sakitnya dengan perbuatan kau kalah digilis.
Siapalah dia melawan kau ibarat paus bertengkar dengan bilis?
Walaupun ternyata kata kau setajam iblis.
Dia tidak pernah menangis.
Dia tiada magis.

1441.
Budak perempuan itu ada kisah hidup dia sendiri.
Dia hidup dalam keadaan sakit dan sepi.
Bukan dia tidak punya sesiapa yang bersimpati.
Tapi dia masih lagi mencari diri.
Diri yang hilang berkecai melalui kehidupan separuh mati.
Bukan sahaja sebab perempuan, tapi juga sebab lelaki.
Dia hidup dalam keadaan sentiasa dikhianati.
Dia tidak rela tapi dia berikan semua orang rasa puas hati.
Supaya dia lebih kuat suatu hari nanti.
Dan menuntut apa yang dirampas darinya kembali.

1441.
Budak perempuan itu hatinya beku.
Budak perempuan itu manusia yang telan perasaan pilu.
Budak perempuan itu manusia yang lap darah menitis di dagu.
Budak perempuan itu manusia yang tahan hinaan bagai dipalu.

http://farm7.staticflickr.com/6182/6038449021_ab622575c4.jpg
[Sumber gambar]

1441.
Kau pernah mengata dia macam-macam.
Apa yang dia buat hanya diam.
Kau tidak tahu apa yang dia pendam.
Walaupun pastinya tiada secalit dendam.
Sebab dia tidak mahu masa depannya kelam.
Seperti kau yang semakin lama semakin tenggelam.
Hanyut ditarik semakin ke dalam.
Dia seram.

1441.
Dia bukan perempuan yang kau kenal dulu.
Dia bukan lagi budak perempuan lemah yang pucat biru.
Dia bukan lagi budak perempuan yang lesu.
Dia bukan lagi budak perempuan yang akan duduk diam membisu.

1441.
Hari ini kau lihat dia.
Hari ini kau lihat betapa dia gembira.
Hari ini kau lihat dia sudah jumpa bahagia.
Hari ini kau lihat muka dia penuh rasa berbunga.
Hari ini kau lihat tiada lagi mata bergenang air mata.
Hari ini kau lihat tiada lagi mata berkaca.

1441.
Dia yang kau lihat sedang tersenyum nampak gigi.
Dia yang kau nampak sedang ketawa geli hati.
Kau hanya mampu berlalu pergi.
Ada sesuatu yang kau tidak mampu untuk selami.
Segumpal darah bernama hati.
Dia sedang memerhati.
Di saat dia tegar untuk setia, pastinya dia akan dicurangi.
Dan dia akan kekal senyum bagaikan dalam mimpi.

http://farm7.staticflickr.com/6062/6044085294_65a3411aff.jpg
[Sumber gambar]

1441.
Hari ini kau gagal.
Sebab dia semakin kebal.
Kau boleh mencuba sampai kau inzal.
Tapi pastinya kau tidak akan dapat menembusi  pertahanan diri terkawal.
Dan dia ketawa sampai mual.

1441.
Dia bukan lagi budak perempuan yang kau kenal dulu.
Dia sudah mati bila mana kau dan dia bertemu.
Anggap sahaja dia tidak lebih dari sekadar hantu.
Yang kau tidak harus ganggu.

Nota Kaki :
Minggu paling menyesakkan muncul. Minggu paling memudaratkan menjelma. Minggu paling menyakitkan terbit lagi. Moga dengan senyuman aku mampu hadapi segala. Ya, aku senyum bukan kerana semuanya baik, tapi aku tahu semuanya akan baik kalau aku senyum. InsyaALLAH.

Zara : Mengawal perasaan orang adalah lebih sukar daripada kau mengawal pengambilan makanan bagi perut sendiri. Apa yang kau berikan ada sahaja yang pastinya tidak dapat memuaskan permintaan mereka. Senyum sahaja. Oh,ini tulisan aku ke-1441 di Dunia Sebelah Zara.

11 comments:

reenapple said...

membaca ia seakan membaca kisah silam seseorang yang pernah aku kenal..=)

p/s- 1441 tu apa???

takky said...

owh...
baru paham apa maksud 1441...

ingatkan num kod sebab num kod bagi "kids the phantom thief" ialah 1412....
(maaf, terpengaruh dgn anime dect. conan)
huhuhhu

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@reenapple :

Sila rujuk pada ayat terakhir aku. Aku dah tulis kat situ. Kau tak baca ya?

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@takky :

LOL!
Acceptable :)

Imanina Wahidah said...

macam pernah jadi kat kite je..=,=

Naquiah Umairah said...

terasa mcm membaca tentang cerita lama yg xpernah aku lupa.. setiap 1 dari nama mereka tetap aku ingat.. bukan bermaksud tak memaafkan.. maaf tu dah lama diberi.. tapi untuk lupakan tu memang susah.. aku selalu ingatkan hati ni bila teringat kisah tu, "what ever happen in the past, just let it be the past.." sebab aku takkan biarkan lemah aku dulu melemah kan aku sekarang..

btw, aku sangat berterima kasih pada diorang sebenarnya.. sebab kalau bukan dengan menelan semua sakit dan pahit tu, sure aku tak setabah and sekuat sekarang dalam harung hidup sehari-hari..

Admin said...

Semoga 'dia' yang dicerita
akan bangit dan kuat jalani hidup~


Latest Post:
1. Rozita Che Wan Bertudung: Alhamdulillah
2. Tuan hakim tolonglah, dia tu psiko!

wani SWISS said...

fuh memang best wlaupun pnjang.

syafiq_lomotech said...

dia bukan perempuan yang aku kenal dulu
tapi dia tetap perempuan dan dia adalah cikgu

moga terus berkarya dan berkarya hingga sampai titik noktah yang tiada pemadamnya.

fiey ahmads said...

saye paling suka kak zara!
teringin nak kenal :)

From Another Side of me said...

saya suka.. maksudnya sangat mendalam.. pada saya..saya myb..