Friday, January 09, 2009

LCH : Prolog


LCH

Satu nama yang meniti di bibir aku semasa sekolah dulu.
Semasa aku memulakan sesi persekolahan Tingkatan 4.
Aku nampak dia beratur di kelas pertengahan.

Aku Tingkatan 4.
Dia Tingkatan 3.

Aku kira bilangan barisan di depan aku.
Sah, budak Tingkatan 3.
Aku menggigihkan diri aku untuk terus mengira nama kelas dia.
Aku dapat.

Kepala aku terus menggali nama-nama yang mungkin berada di kelas itu.
Aku memberi perhatian kepada ucapan cikgu di depan.
Mata aku mencuri pandang.

Waktu rehat, aku tahan seorang kawan.
Lagak seperti seorang penyiasat.

"Dayah, kelas kau ada budak baru?"

"Ada, budak lelaki Cina."

"Siapa nama dia?"

"LCH"
(aku guna singkatan sahaja, mana la tahu, manusia makin maju, nanti dia Google nama sendiri pula)

Aku pulang ke kelas.
Senyuman terukir di bibir aku.
Masa untuk memburu.