Monday, December 14, 2009

Tiada Yang Percuma : Kamu Cium Sedikit Atau Banyak, Kamu Bayar!

 Menerima panggilan dari teman wanita yang kini merupakan isteri orang dan sedang menjalani pembesaran perut secara berperingkat akibat sakit buatan orang. Perlu menunggu sehingga sembilan bulan sebelum perut itu kempis semula. *ketawa*

B : Sayang, kamu betul!
Aku : Apa dia?
B : Memang tiada yang percuma di dunia ini. *teresak-esak*
Aku : Kenapa ni?
B : Aku cium sedikit sahaja, tapi tetap kena bayar banyak.
Aku : Kamu cium apa?
B : Ala, yang pernah kita cakap dulu, kamu tak ingat?
Aku : Oh, yang itu ke?


[Tiba-tiba teringat budak kecil yang sentiasa rela mencium dan dicium ini]

Kenangan mengusik minda aku.



Aku dengan B menghabiskan masa bersama.
Melihat telatah manusia serta objek di sekeliling membuatkan kami hargai alam ini.
Ya, agak ilmiah aktiviti itu.
Kami panggil sebagai kegiatan ilmu alam.

Aku suka lihat matahari.
B suka tengok pokok.
Aku suka tengok bulan.
B suka tengok aku yang tengok bulan.
Kami suka menonton perlawanan bola sepak.

Aku duduk di sebelah B.
Pandangan aku tebarkan di segenap kotak ini.
B menumpukan pandangannya ke hadapan.
Dia suka penumpuan.
Teknik yang bagus untuk melihat sesuatu.

B : Zara, aku nak tanya kau sikit boleh?
Aku : Apa dia?
B: Kalau aku cium yang biru tu, agak-agak kau berapa aku kena bayar?
Zara : Kalau badan jenis macam tu, murah je aku rasa. Tengok kat mana kau bawa dia lepas kau cium dia lah.
B : Macam tu ke? Kalau aku cium yang hitam itu? Badan dia nampak sedap.
Zara : Kalau yang itu, aku rasa tak mahal juga. B, kalau kau ada niat, ada duit, kau cium je. Tapi aku tak nak ikut.
B : Kenapa? Kau takut kena bayar ke?
Zara : Bukan sebab bayar. Tapi sebab aku sayang diri aku. Sebab tu, aku selalu ikat diri aku macam ni. Kau ikat diri kau jugalah.
B : Aku ikatlah sekejap lagi. Aku teringin sangat nak cium yang warna perak tu. Kau agak-agak, mampu ke aku bayar dia nanti?
Zara : Entahlah B. Mahu kering juga kalau kau nak cium dia. Aku takut kalau kau cium dia, kau yang terpelanting dulu.
B : Ganas betul kan? Aku tak nak cium dia lah.
Aku : Sudahlah B. Kau penagih ciuman juga ke?
B : Aku banyak baca blog kau lah ni.
Aku : Amboi...salah aku juga?




B : Zara, kamu ada lagi tak ni?
Aku : Ada. Aku cuma teringat kisah dulu.*ketawa*
B : Aku sedih. Sedikit pun kena bayar banyak.
Aku : Kamu cium siapa punya?
B : Jejaka punya.
Aku : Nasib baik Jejaka punya, kalau orang lain punya?
B : Orang lain punya memang mati aku nak bayar.

Eh, kamu ingat kami berbual tentang apa?
Biru = Kancil.
Hitam = Jazz
Perak = CRV
Jejaka punya = Civic

Zara : Ucapan takziah buat semua mangsa kebocoran gas di Melaka. Buat mereka yang cedera semoga cepat sembuh.

27 comments:

NAZ said...

aduh. i sensitif bacaan macam nie. patut dilabelkan 18sx haha.

ape2 jer said...

hahaha ingatkan apelah tadi huehuehue

Jard The Great said...

erkk.. ehehe.. meh cium Viva aku lak.. meh

lel said...

hitam memang mahal kak
teringinnnn sgt

Cik Lizi said...

suke tau wat entri suspen~
hik ;p

rizputra7 said...

boleh yer kamu cium kereta...huhu..

sharamli said...

cium dari belakang?

PuanPepel said...

nsible cium si jejaka punya...

erk..
cam ada bunyi2 kelusyahan disitu..ekeke

hans said...

hahahahah
nasib aku berfikiran positif sewaktu membaca entry nih

lumut said...

zara..sori x sempat jmpe..singgah muar kejap je
hu

Ibu Ammar said...

yes, banyak keta letak sticker "U KISS U PAY"..

oranglidi said...

ni buat wa nak cari seorang ni.

seorang kereta

Dak Wan® said...

Ermm.... nak beli kereta baru ke Zara? Ekekeke. Nanti jgn lupa bawak teman ronda2 k?

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Haha.. Kalau kamu tak label mmg ku pikir sesuatu yg lain.. Ahaks.. Tapi nape cium yek? Heee..

Azuan said...

suka cium yea hoho..

i'msosupernotcool said...

kalo gua cium pn gua mintak ganti rugi..
ahaks..

Nakamura Kazuki said...

ambe teringin nak cium civic..InsyaAllah lepas 5 tahun bukan setakat cium je, dakap, kepit,peluk, semur ambe nak buat..hahahaha..tapi kalau dapat skyline color hijau lumut perghhhhhhh 44 hari tak keluar bilik.........hahahaha

Unknown said...

uh..aku dambakan jejaka ensem kali ni..siyesss...hhahaa..

eh senpai...civic dah jadik cam bini dier plak..ahahaha

"menjalani pembesaran perut secara berperingkat akibat sakit buatan orang."
HUH! blur nye aku baca nih..

zella y said...

belum pernah cium lg huhu! ;)

Anonymous said...

uiks!!

entry nieyh..

bahaya betoi!

kiasan tggi nan amat!

said...

bila baca tang cium jejaka punya....daku terbayangkan benda lain

hahhahhahhaa

thanks call semlm...daku tergoda mendengar suara mu...kekkeke

Anonymous said...

uiks...memang mahal kena bayar tu...hati2 memberi ciuman dik!

Unknown said...

ish2 sungguh best berciuman...tp xbest kena bayar...cess walau pun org depan suh cium...

www.airkita.my said...

cium yang takder color la, it's free i guess

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

kereta rupa-rupanya...ekekeke =D

et said...

hek3..nape kalu cium kete kne bayar? huhuhuu..

fara said...

maknenye kete kwn ko ni dh langgar kete laen la ni kan.
Hahaha

Good one! hampir tertipu aku!

:P