Thursday, February 04, 2010

Lelaki Bermata Biru - Maaf B, Simpan Dahulu Tawaran Kamu - Bukan Masa Untuk Memburu Kerana Aku Seorang Guru Yang Asyik Membaca Buku.


Menerima surat elektronik dari bekas teman wanita yang kini isteri orang.
Isinya banyak menceritakan betapa bahagianya dia kini membawa beberapa kilogram tambahan di perutnya.
Ah, ibu mengandung anak pertama, memang sungguh teruja.
Di akhir coretan, bakal ibu itu menulis mahu mengirimkan aku seorang jejaka bermata biru.
Sumpah wanita itu masih suka menggila.

Ketawa.
B, betapa Jejaka sangat beruntung punya kamu sebagai suri.
Sentiasa penghibur di kala suka dan duka.
Sila pulang ke Malaysia untuk melahirkan anak pertama.
Ini amara keras buat kamu berdua.
Ketawa.


B sayang.
Aku tahu kamu akan baca ini.
Maka aku sesungguhnya belum bersedia untuk kecewa lagi.
Aku hanya mahu hidup dengan gembira.
Kalau ada jodoh yang datang, aku mahu ia datang secara rela.
Bukan dengan aturan sesiapa.
Maaf sayang.

Kamu kenal aku.
Aku kenal kamu.
Aku tidak mahu dalam hati ada rasa sayu dan pilu.
Terbuku.
Aku sayang kamu.
Kerana kamu teman wanita terbaik aku.



B sayang.
Hari ini aku jumpa kawan baru.
Kawan yang buat aku sentiasa ketawa walaupun baru kenal seketika cuma.
Dia mengingatkan aku pada canda tawa kita bersama.
Walau aku dan dia berlainan jantina, dia buat aku teringat kamu - teman wanita tercinta.
Sungguh, dalam hati hanya tinggal padang bola.
Selagi tiada kata laluan sesuai, ia tidak akan terbuka.
Muka ukir wajah suka.
Ketawa.

Zara : Hari ini aku mahu senyum sahaja. Peluk tiang, gelak seorang. Cium buku, lukis wajah beku. Menari tanpa irama yang hanya aku tahu notanya.



Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di 
Terowong Kecil Cinta Zara ?

10 comments:

miss zahidah said...

bagitau b saya nak lelaki yang bermata biru jugak...hehehehehe

faqhrule said...

kalau hati tu padang bola, biarkan ada pemain atasnya, sudah ada gawang letakkan bola, pasti ada datang merebut punya.

p/s: chegu bermata coklat

NAZ said...

ia pasti datang :)

Mashii said...

tak faham...tlg saya...

YuSeNzE - KniGhT said...

Daku tahu, dalam dirimu masih tersimpan secebis rasa sayang padaku,
Daku tahu, dikau hanya berpura-pura membenciku...
Dan daku sedar kesilapan silam yang telah kulakukan menghantuimu...
Namun percayalah, jika takdir menentukan kita bersama... Akan kupastikan dirimu bahagia~~~(-_-")
Kwang3...

acap2405 said...

err..??
cikgu nak anak bermata biru ker..??

Amal said...

aku rindu teman wanita aku la kak.
T___________T

myQza said...

kenapa bekas pulak??

masih teman wanita kan?

IntanBerlian said...

huhu.kalo ade jodoh yang bakal dtg..aku doakan dia yang terbaik dan mampu membimbing kau zara.. yosh.doakn ko bahagia!

Anonymous said...

bestnya ada kawan karib