Showing posts with label Nokia 5130 XpressMusic. Show all posts
Showing posts with label Nokia 5130 XpressMusic. Show all posts

Friday, December 11, 2009

Bila Kasih Terselit Di Celah Gigi, Itu Sebuah Cinta Disulam Gusi


Salam semua.
Petang tadi sudah menabur wang di jalan yang benar.
Mereka yang berhak sudah tersandar kekenyangan.
Wajah puas dan senyum riang mereka yang sentiasa mendoakan kejayaan aku sehingga kini.
Ya, mereka keluarga.
Darah daging.

Malangnya tiada gambar.
Kerana renungan tajam Tuan dan Puan pemilik rumah buat aku menyimpan Si Merah dan Si Perak ke dalam kantung serta-merta.
*ketawa*





Rindu mahu membunuh bersama mereka semua.



Tak dapat masuk muka, masukkan beg yang comel pun sudah buat aku gembira gila.
Tidak.
Aku tidak gila.

Zara : Hati mahu menangis. Seorang teman mengadu dia tidak ditempatkan di mana-mana. Aduhai. Sedang melatih diri menjadi pembaca senyap selama beberapa hari ini. Ada kalanya sukar membendung nafsu melihat tulisan-tulisan yang membuat diri teruja.


Thursday, December 10, 2009

Awak Duduk Atas Meja, Saya Duduk Atas Kerusi : Boleh Saya Cium Awak?




Kenangan kadangkala mengajar kita lebih daripada makna kehidupan itu sendiri.
Kita tersenyum bila mengenang yang manis.
Kita menangis bila mengenang yang pahit.
Ada kalanya kita akan menangis juga bila mengenangkan yang pahit.
Ada kalanya kita tertawa bila mengenangkan yang pahit.
Itu kenangan.
Kenangan yang kita cipta berdua.


Aku duduk dengan dia.
Aku duduk atas kerusi.
Dia pula di atas meja.

Aku senyum - ramai orang dalam bangunan empat persegi ini.
Aku duduk tengok dia.
Aku senyum lagi.
Tangan aku ligat menulis sambil aku tengok dia.

Aku tekun menulis.
Aku sentuh dia.
Dia tetap tengok aku.
Aku teruskan menulis sambil aku pegang dia.
Dia tak menolak.
Aku senyum.

Orang lalu lalang tengok aku dan dia.
Ada juga yang berjalan terus tetapi ada yang menjeling ke arah kami.
Aku hanya tersenyum, dia pula tidak menghiraukan mereka.

Aku sudahkan menulis.
Aku selak baju dia.
Dia tidak menolak.
Aku selak lagi - dia tetap biarkan.
Aku tahu, dia tak akan menolak.
Aku pasti.

Aku pegang dia.
Kemas dan kejap.
Aku menebar pandangan ke sekeliling - tak ramai orang dalam waktu macam ini.
Semua orang sibuk dengan urusan masing-masing.

Aku tengok dia.
Teringin.
Sangat teringin.
Aku senyum.

"Takkan ada orang nampak kan?", aku tanya dia.
Dia tetap tengok aku.
Dia rela barangkali.


Aku lihat sekeliling lagi.

Chup!
Aku cium dia sekali.
Aku senyum.
Aku kemas barang.

Aku bawa dia ke mesin pinjaman keluar.
Letak kad pelajar aku di tempat pengimbas.
Masukkan kata laluan.
Aku letak dia di atas alas hitam.

"Gedebuk"
Mesin baca dia.
Tarik kad pelajar.
Resit dikeluarkan.

Aku pegang dia kejap-kejap.
Bawa dia keluar dari rumah dia buat 10 hari.
Dia tidak kisah.



Ah, kenangan memang indah.
Kenangan memang membuatkan aku mahu menoleh ke belakang.
Memungut segala yang manis dan yang pahit.
Mahu simpan kejap-kejap, kemas dalam ingatan.
Senyuman mesra, tawa dan tangisan dalam hujan.
Biar ia menjadi yang terbaik pernah dilayar dalam ingatan.

Zara : Usai berbual dengan dua teman wanita yang sungguh istimewa. Kedua-duanya guru muda. Seorang bertugas di Kapit, Sarawak. Seorang lagi di Port Dickson, Negeri Sembilan. Kata-kata nasihat yang mereka curahkan dalam membantu aku membuat keputusan, membuat aku tersenyum lebar. Mereka mengerti hati adik mereka ini.

Wednesday, December 09, 2009

Awak Buat Saya Bahagia Sampai Sanggup Mati Tiga Kali.




Sedang berguling mengira waktu untuk lari pulang ke rumah.
Sudah menyelesaikan urusan menjaga pelajar yang mengambil peperiksaan hari ini.
Berguling ke kanan, berguling ke kiri.



Si Merah berbunyi.
Ada pesanan ringkas dari seorang teman.

Teman : Tengah buat apa?
Aku : Kat sekolah. Bertugas.
Teman : Hidup macam mana sekarang?
Aku : Hidup aku berbentuk jantung dan petak.
Teman : Hidup basah lagi?
Aku : Tidak.
Teman : Masih tengok langit?
Aku : Setiap hari.
Teman : Awak buat saya bahagia sampai sanggup mati tiga kali.
Aku : Kau nak mati tiga kali? Gila.
Teman : Salah hantar. Itu untuk kekasih hati. Abaikan sahaja.
Aku : Oh, nak aku tolong jawabkan?
Teman : Nak jawab apa?
Aku : Kalau awak mati tiga kali, saya kena sediakan kain kapan tiga kali, kenduri pun kena lebih lagi.
Teman : Macam haram.
Aku : Aku menyatakan yang tersirat.

Zara : Rindukan perkataan bahagia yang semakin sirna dalam kehidupan sebagai seorang wanita muda. Kegembiraan pati terpenting dalam kehidupan dan aku sedang menghirupnya dengan rakus dan gembira.


Saturday, December 05, 2009

Bila Aku Ditegur Tanpa Kaca Mata Yang Mewakili Cinta Seimbang : Putih Dan Hitam Itu Warna Kehidupan Aku Yang Mesra.




Bila aku ditegur oleh pembaca yang mempunyai Mukabuku aku tentang wajah yang kelihatan pelik tanpa kaca mata, aku sedikit tersentak dan tertanya.
"Berubahkah wajah aku tanpa kaca mata?"

Garang, bersahaja, tiada emosi, kejam.


[Gambar yang diambil ketika kejadian yang kamu boleh baca di SINI]



Mungkin memang agak berlainan dan kelihatan seperti berpura-pura gembira selepas kejadian itu.
Makhluk yang bertanggungjawab mengambil gambar ini mempunyai blog juga.
Mungkin aku perlu rahsiakan siapa gerangannya.


Zara : Sudahkah kamu menyertai pertandingan yang aku anjurkan? Ada yang bertanyakan hadiahnya. Jawapan aku mudah sahaja. Aku akan beri berdasarkan peribadi mereka sendiri.  Mahu direnung dengan mata bulat yang menggila ini? *ketawa*

Pertandingan Sempena Ulang Tahun Pertama Dunia Sebelah Zara : Terbuka Untuk Semua Pencinta Yang Berkunjung Dengan Mesra Dan Ceria!




Salam buat semua pengunjung Dunia Sebelah Zara.
Seperti yang telah dicanangkan sebelum ini, sempena dengan ulang tahun pertama Dunia Sebelah Zara,
satu pertandingan berskala sederhana ingin diadakan bagi menghargai kedatangan semua pengunjung.
Tidak kira sama ada kalian meninggalkan jejak atau tidak, kalian tetap di hati aku.



Caranya senang sahaja wahai sahabat dan teman sekalian.

Pertama : Berikan nama yang sesuai untuk beruang putih pemberian kakak kursus aku sempena istiadat graduasi aku. Sehingga kini aku hanya menggelarnya, Encik Putih. Berikan nama dalam DUA PERKATAAN sahaja. Contoh : Adam Zarith.

Kedua : Berikan LIMA KENYATAAN mengapa anda mengunjungi Dunia Sebelah Zara. Sama ada SUKA, BENCI atau SECARA TIBA-TIBA termasuk ke sini. Anda boleh menulis mengenai apa sahaja mengenai perkara tersebut. Aku rela. *senyum*

Ketiga : Pilih satu penulisan Zara yang kamu paling suka dan nyatakan mengapa.

Keempat : Lengkapkan slogan ini.
"Selamat Ulang Tahun Pertama Dunia Sebelah Zara. Dunia ini memberikan ................"
(tidak melebihi 20 perkataan)

Syarat Penyertaan :
1 - Tulis mengenai ini di blog anda. Tinggalkan alamat penulisan anda di ruangan komen ini. Aku akan terjah untuk membacanya. Jika mahu memautkan (baca : link) kepada aku juga dibenarkan.
2 - Anda dikehendaki menulis dalam Bahasa Melayu. Jangan risau, bukan aku hendak memeriksa tatabahasa dan nahu kalian. Cuma, sejarah penubuhan blog ini adalah demi aku menulis dalam bahasa pertama ini.
3 - Letakkan pelekat penyertaan ini di dalam blog anda.
(di sisi blog anda : lokasinya di tepi blog anda : perlu ada sehingga pertandingan ini tamat)

Photobucket

<a href="http://shafaza-zara.blogspot.com/2009/12/pertandingan-sempena-ulang-tahun.html" target="_blank"><img src="http://i937.photobucket.com/albums/ad214/Lord_Zara/ContestDuniaSebelahZara.gif" alt="Photobucket" border="0" /></a>

Tarikh tutup penyertaan : 30 Disember 2009 (12.00 malam)
Pengumuman Pemenang : 1 Januari 2010 (Ulang Tahun Pertama D-S-Z-)

**Tambahan**
Jika anda tidak memiliki blog sendiri, anda boleh menghantar penyertaan di alamat surat elektronik aku.
lordzarasean87[@]gmail.com
Buat mereka yang bertanya perlu menjadi pengikut (baca : follower) atau tidak, aku ingin menyatakan itu terpulang kepada kalian. Jika bukan juga boleh menyertai. Nah, kan aku kata semua orang adalah layak?
*senyum*

Zara : Aku mengalu-alukan penyertaan kamu semua!

Friday, December 04, 2009

Ini Bukan Kali Pertama Aku Merayu Dan Ditolak : Walaupun Maskara Menjadi Pilihan Ketika Berdandan, Maskara 18 Terpaksa Aku Lupakan.




Ini bukan kali pertama aku merayu pada keluarga agar dilepaskan.
Ini bukan kali pertama aku memohon agar aku mampu duduk bersama dalam majlis yang aku suka.
Ini bukan kali pertama.

Setelah beberapa edisi berlangsung, aku masih di sini.
Hanya mampu membaca dan menjenguk di laman-laman mereka yang menyertai.
Benci, geram, marah.
Sabar hati.
Sabar.

Darah muda.
Darah manis.
Bahaya seorang diri.
...dan pelbagai alasan lagi.
Eh, aku sudah mendengar alasan yang sama berulangkali.
Aduhai.



Pesanan yang diterima di Mukabuku daripada Tok Rimau dan Op Zaharin makin membuat hati teruja.
Menunjukkan muka manis kepada tuan pemilik rumah.
Masih memohon ingin menyertai.
Moga hati pemilik rumah bakal memikirkan semula keputusan dia.
Moga hati pemilik rumah bakal memberikan kebenaran kepada anak sulungnya.
Diam.
Sedang berdoa.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCHnqK7HCbg9nxnDwwFDG2kvnusQNKaRHtL8ABCW8nvv95U117eiM5tK0USMFpyoB5h7kIQcjHw01kHnmhyphenhypheni23vJLW-yn1L0fNXXuml7wPhyphenhyphenUreXA-yhOlpANfCMX2Rglhs88OaouPyg/s1600/maskara18.jpg

Buat rakan-rakan yang dapat meluangkan masa dan pergi, aku sangat berbesar hati jika kalian dapat pergi.
Tembakkan aku satu dua gambar.
Hebahkan walau satu patah perkataan.
Sumpah, aku akan gembira dan tersenyum mesra.

Tempat: Rumah Pena
Tarikh: Sabtu, 5 Disember 2009
Jam: 8:30 malam
(Nah, kalau kamu tidak jumpa di mana tempatnya, sila tekan SINI dengan mesra)

Eh, kamu tidak kenal siapa mereka?
Di mana kamu tinggal selama ini?
Cari mereka.
Maklumat lanjut di blog mereka, Sindiket Sol-Jah.

Mendongkol hati.
Penat berdandan.
Tolak ke tepi pembayang mata.
Tolak ke tepi gincu bibir.
Tolak ke tepi pemerah pipi.
Aku hanya mahu Maskara.

Aku pernah menulis mengenai mereka atau sekurang-kurangnya menyokokng  di SINI dan SINI.

Zara : Masih merungut-rungut mahu pergi. Tunggu aku punya kenderaan sendiri. Pasti tiada punya alasan untuk tidak memberi kebenaran. *ketawa nakal* Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung Dunia Sebelah Zara.



Thursday, December 03, 2009

Sayang, Lagu Apakah Yang Bakal Kamu Dendangkan Buat Aku Jika Kita Dapat Bersama? Adakah Sesuatu Yang Dinukilkan Olehmu Demi Cinta Kita?




Sayang.
Sayang.
Sayang.

Kamu tahu aku suka lagu?
Kamu tahu aku dambakan bunyi yang merdu dalam hidup aku?
Mungkin kamu pernah tertanya, lagu apakah yang bersenandung dalam hati aku ketika melihat kamu.
Entah.
Aku sendiri kurang pasti.

Sukarnya untuk memiliki kamu.
Puas aku mengintai di sebalik helaian kasih sayang.
Puas aku menabung demi memiliki kamu.
Ah, aku benci hanya melihat kamu.
Sudah tentu aku mahu menyentuh kamu.
Melarikan jari-jemari di atas tubuhmu.
Mengusap lembut dan membelai setiap inci fizikal kamu.



Aku tahu.
Aku mengerti.
Dengan melayanmu dengan baik, aku akan mencapai sedikit kegembiraan.
Pasti kamu akan mendendangkan lagu terbaik.
Irama terindah.
Bait menarik.
Puisi cinta bagi mempertahankan kasih kita.

Diam.
Senyum.
Tapi sayang, tatkala tangan mahu menggapai, hati melonjak gembira, aku tersentak melihat satu nota.
Nota yang terselit yang membuatkan aku gusar adakah aku bakal memiliki kamu.
Ah, terketar jantungku.
Terkesima hatiku.

Raja Kamil seorang usahawan internet sepenuh masa mengadakan cabutan bertuah lagi.
Hadiah kali ini lebih lumayan daripada sebelum ini.
Begitu juga dengan syaratnya, paling mudah, tak sampai seminit pun masa diperlukanuntuk peluang memenangi hadiah beliau.
Jika anda hendak memenangi sebuah MP3 Player berkapasiti 2GB, baca lanjut di cabutan [SINI]
http://www.asia-product.com/images/mp3shuff.jpg

Sayang.
Mungkinkah dua hati akan bertemu menjadi satu?
Mungkinkah?
Aku hanya mampu berharap sehingga fajar tahun baru menjelma tiba.

Zara : Dalam penulisan sebelum ini, aku menulis tentang gaji pertama yang baru masuk hari ini. Bukannya tentang malam pertama. Alahai.

Kalau Kamu Cinta Aku Tetapi Tidak Boleh Berpaling Dari Dia, Kamu Wajib Menyediakan Puding Sebagai Santapan Terakhir Sebagai Kenangan Bersama.




Benci.
Kamu panggil aku sayang.
Aku panggil kamu sayang.
Tetapi hati kamu bukan milik aku.
Hati kamu milik dia.

Dunia kamu dan dunia aku berbeza.
Dunia aku kurang warnanya.
Dunia kamu meriah.
Dunia aku mungkin kosong sayang, berbanding dengan kamu yang anggun bergaya.



Walau hati kamu milik dia, kamu tetap menjadi pilihan setiap kali aku berada di alam maya ini.
Aku tahu kamu tidak akan berpaling dari dia walaupun aku terpaksa membelah dunia.
Walau aku mengamuk dan menjerit hiba.
Kamu tetap akan kekal di samping dia.

Tapi tidak mengapa sayang.
Aku dapat menerima kekalahan tanpa bertanding.
Aku dapat menerima itu semua.
Biarlah walau aku mengerti kamu lebih cantik, lebih hebat, lebih teratur dari aku.
Sebab apa?
Sebab aku sayang kamu.
Aku cinta kamu.
Tulus ikhlas.



Akan tetapi sayang, aku punya permintaan terakhir.
Sebelum kamu meningkat dewasa, sebelum segalanya terlambat dalam menoktahkan cinta kita.
Sudikah kamu menyediakan santapan terakhir buat aku?

http://albad.net/images/puding-000.jpg

Aku teringin ini sayang.
Aku teringin sejak kamu meletakkan ia di dunia kamu.
Aku suka bila kamu menyerlahkan bakat kamu di situ.
Sungguh aku suka sayang.
Lebih-lebih lagi ia menyerlahkan sisi kamu yang aku boleh nikmati dengan sepenuh hati.
Ah, kata orang, kalau kita menyukai seseorang itu, pasti ia akan menjadikan makanan yang kita hadam bertambah lazat bukan?
Bolehkah kamu sediakan ini untuk aku sayang?
Demi kasih sayang kita.
Demi cinta kita.
Sebelum kamu menukar nombor dua ke nombor tiga di belakang usia.
Boleh ya sayang?


Zara : Hari ini aku menulis demi seorang teman yang aku sayang. Walaupun jarak kami dekat, kami masih belum punya masa untuk bertemu. Sungguh, aku menanti pertemuan dua pasang mata, dua fizikal yang berbeza. Selamat ulang tahun sayangku Intan. Oh ya, ini juga satu bentuk pertandingan sempena ulang tahun kelahiran dia pada 10 Disember ini.




Wednesday, December 02, 2009

Panggilan Lewat Malam : Kehadiran Kamu Di Antara Mereka Bertiga Membuatkan Hati Aku Nanar Untuk Membuat Pilihan Terbaik. Ini Soal Lima Hati Sayang!




Sayang.
Maafkan aku.
Sungguh, aku pohon ampun dan maaf dari kamu.
Selama ini aku hanya melihat kamu dari jauh tapi aku tidak mampu merasai kenikmatan bersama kamu.

Sayang.
Tarikh itu hampir tiba.
Mungkinkah ada jawapan bagi segala persoalan yang melanda aku?
 Teman wanita pertama?
Kekasih gelap yang cerah?
Cinta ketiga yang bakal bernikah?
Atau kamu yang baru ku temui?



Ia melibatkan hati sayang.
Bukan seorang.
Tetapi kita, kita berlima.
Aku, kau dan mereka bertiga.
Maaf sayang, kamu yang keempat.

Sayang.
Mulanya aku menjangkakan hanya ada dua dalam hidup aku.
Teman wanita pertama yang kini sendiri dan mencari bahagia.
Kekasih gelapku yang cerah yang sedang enak mengulit cinta.
Tarikh itu tidak luput dalam ingatan aku.
Tapi, tatkala aku menerima warkah dari cinta ketiga aku, aku tersentak.
Dia juga punya hak untuk menuntut kelebihan kasih sayang aku.
Sungguh.
Walaupun cinta kami telah direnggut oleh seseorang yang bakal dia nikahi, tapi aku pasti dia masih milik aku.
Degil bukan hati aku?
Nah, kamu muncul membawa sinaran yang membuat hati aku berkocak gagah.



Sayang.
Sudah tentu aku mahu buat kamu bahagia.
Sudah tentu aku mahu buat kamu ceria.
Lupakan teman wanita pertama dan kekasih gelap yang berkulit cerah buat seketika.
Usia mereka bakal menginjak juga, tetapi kamu lebih muda, lebih bergetah.
Abaikan cinta ketiga yang bakal bernikah dan meninggalkan aku.
Kerana apa?
Aku punya kamu sayang.

Sayang...
Kita mungkin jauh terpisah tetapi aku mahu kamu selalu mengingati aku.
Mengenangi kasih sayang kita sepanjang waktu.
Setiap saat, detikan yang berlalu, hanya aku yang mengisi kalbumu.
Bukan mereka yang hanya akan lalu lalang dalam hidupmu.
Maka sayang, bila aku sudah bicara mengenai waktu, aku hanya terfikirkan sesuatu.

http://d2g465z57r2u8t.cloudfront.net/photos/18902/Diesel-D21200-Pink-Watch-Final-1.jpg

Ia akan berada dekat denganmu.
Ia akan sentiasa berada disampingmu.
Di setiap denyut nadimu yang bergerak, detik waktu turut sama menginjak.
Maka, aku rasakan inilah yang terbaik di saat kamu mahu menginjak usia.
Meninggalkan nombor satu di hadapan.
Dan menyalin nombor dua sebagai ganti usia.

Sayang.
Sekali lagi aku dambakan kamu sudi memiliki ia.
Biarpun ia hanya sesuatu yang biasa, tetapi ia penting dalam kehidupan kita.
Aku harap kamu sudi sayang.
Menerima dalam setiap helaan nafasmu.
Menerima dalam setiap denyut jantungmu.



Selamat ulang tahun Ween sayang.
Biarkan aku lupakan teman wanita pertama dan kekasih gelap yang bakal menyambut ulang tahun pada hari yang sama.
Biarlah aku lupakan cinta ketiga yang bakal bersanding pada tarikh yang sama.
19 Disember 2009.
Biar ia hanya milik kita berdua.

Ween tuan punya Alam Maya Saya.

Zara : Sekali lagi, ini adalah penulisan khas untuk pertandingan yang dianjurkan oleh Ween (Alam Maya Saya -AMS) sempena ulang tahun kelahiran dia yang bakal tiba pada 19 Disember 2009 ini. Oh ya, memang benar teman wanita dan kekasih gelap bakal menyambut ulang tahun mereka juga. Cinta ketiga juga bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya. 


"Tutup Mata Kamu Dan Aku Akan Cium Kamu" : Dikatakan Sebagai Penyiasat Kesepian Apabila Si Merah Mendendangkan Lagu Yang Saling Bercanggah.



Dia : Awak, saya rasa saya suka awak. Kita bersama ya?
Aku : Lawak sungguh.
Dia : Apa yang lawak?
Aku : Apa perlu kita bersama?
Dia : Saya sendirian, awak sendirian. Manusia perlukan teman.
Aku : Mungkin, tapi itu bukan satu alasan.
Dia : Awak perlukan waktu?
Aku : Saya sukakan hidup saya ketika ini. Maaf, awak hanya seorang rakan.



Petang yang indah. Duduk berbual dengan teman wanita. Si Merah berbunyi. Satu pesanan ringkas diterima.

Teman wanita : Kamu ini gila mahu menjadi penyiasat atau terpengaruh dengan rancangan televisyen?
Aku : *ketawa* Kenapa?
Teman wanita : Lagu CSI Miami tu kan?
Aku : Memang. Pandai kamu.
Teman wanita : Kamu suka Horatio ke?

Si Merah berbunyi lagi. Satu panggilan diterima. Soalan teman wanita tergantung tanpa jawapan. Aku menjawabnya dengan tenang. Panggilan dari salah seorang ahli keluarga.

Teman wanita : Kamu penyiasat yang kesepian.
Aku : Alahai, kenapa pula?
Teman wanita : Itu kan lagu "Alone".
Aku : Ya.
Teman wanita : Hati kamu kesepian?
Aku : Itu cuma lagu di dalam perut Si Merah. Tiada kaitan dengan kehidupan aku.
Teman wanita : Saling bercanggah lagunya. *ketawa*

Kehidupan terlalu indah untuk dipersiakan.
Hidup terlalu singkat untuk dilunaskan.
Terlalu banyak untuk dilalui.

Zara : Walaupun aku menulis bahawa kadangkala aku keliru dengan jantina sendiri, itu bukan bermaksud aku adalah seorang homoseksual. Janganlah tulis begitu di kotak "Luahan Cinta" aku begitu. Tuduhan yang kurang memberangsangkan tahu? Aku tidak pernah mendiskriminasi orientasi orang lain, jadi jangan cuba buat begitu pada aku.


Tuesday, December 01, 2009

"Ala, Kalau Kamu Kurus, Kamu Memang Tak Lawa Juga" - Peperangan Meletus : Perjanjian Damai Penyokong Syaitan Merah Dan Si Biru




Hari Ahad lepas, manusia-manusia yang pernah menjalani kehidupan menengah rendah dan menengah atas bersama telah berkumpul bagi menyatukan hati-hati yang telah jauh terpisah. Panas yang membahang telah dicemari dengan mendung yang berjaya ditepis laju selepas itu. Oh, bila kamu bertemu guru, kamu harus tunduk dengan kata-kata kejam bila dia dihentam.

Perbualan di meja yang hangat dan dihadiri oleh mereka-mereka yang hangat juga. Separuh daripada bahagian atas restoren telah kami kuasai dengan lantangan suara yang merdu dan gemuruh. Eh, mengapa tiba-tiba teringat pada Abang Faizal Tahir? Sihatkah beliau?

Perbualan yang pada mulanya hanya berkongsi pendapat tentang makanan tambahan syarikat jualan langsung, telah dicemari oleh insiden yang hampir membuatkan meja makan diterbalikkan oleh seorang guru muda dan secara pengiraannya, memang paling muda di antara mereka semua.

Gadis Ayu : Kenapa kamu nak kurus lagi? Dah baik saja badan begini.
Aku : Bukan nak kurus sampai jadi lidi. Nak kurus sebab budak-budak suka cikgu yang cantik. *ketawa*
Gadis Ayu : Eh, kamu ni. Dah cantik dah sekarang ni.
Aku : Orang selalu kata, kalau kurus baru cantik.
Joe Cole : Ala, kalau kamu kurus, kamu memang tak lawa juga. *ketawa*


Senyap sunyi seperti dewa maut lalu membawa sabit kecil.
Semua yang hadir menumpukan perhatian kepada apa yang bakal terjadi.

Gadis Ayu : Tak baik apa yang kamu cakap tu (sambil memandang marah pada Joe Cole) 
Aku : Keji gila kamu! Tahu lah aku tak lawa!
Joe Cole : Bukan itu maksud aku!
Aku : Dah tu apa dia?!Malas aku nak dengar!
Joe Cole : Dengarlah dulu. Aku tak bermaksud kata camtu.
Aku : Tak dengar, tak dengar...
Gadis Ayu : Ala, jangan camni (sambil memujuk aku)
Joe Cole : Maksud aku, sekarang ni pun kamu dah bagus. Nak jadi macam mana lagi?
Aku : tahulah kamu kurus.
Joe Cole : Aku dah makan banyak, tapi badan aku tak naik pun. Jangan macam ni.Aku memang bercita-cita nak naikkan sikit badan aku.
Aku : Aku doa, bila kamu kahwin, badan kamu naik, bulat-bulat.

Ada pihak yang mahu masuk campur tetapi aku sudah mengugut dengan lebih kejam lagi. Eh, aku kalau sudah jadi kejam dan keji, jangan pernah mahu mengacau. Habis akan aku amukkan seluruh Nusantara. Oh, Geografi memang banyak membantu dalam hidup ini. *ketawa*


[Zara Ferguson dan Joe Cole]

Kami menandatangi perjanjian damai sebelum pulang. Kira gambar ini adalah bukti perjanjian damai bagi dua pihak yang bersengketa tanpa sengaja. Oh, Syaitan Merah dan Si Biru. Walaupun Si Biru di takhta liga, tapi tidak mengapa, Syaitan Merah tetap akan memburu kejuaraan!

Malam itu, Joe Cole ada menghantar pesanan ringkas bagi meminta maaf atas keterlanjuran kata-kata dia. Sudah dimaafkan kerana aku memahami itu hanya gurauan daripada rakan-rakan sekolah lama. Walaupun begitu, maaf itu sudah berkubur disebabkan jam 2.30 pagi itu, aku menerima pesanan ringkas dari dia yang menyatakan kemenangan besar Si Biru. Benci!


Zara : Mengharungi sebuah kehidupan membuatkan aku sangat menghargai nilai persahabatan yang telah terjalin selama hampir sepuluh tahun dengan mereka yang aku temui pada hari Ahad yang lalu. Dan sudah tentunya kamu sekalian yang mewarnai Dunia Sebelah Zara.



Thursday, November 26, 2009

"B, Maafkan Aku Sayang. Ini Bukan Korban Cinta. Itu Hadiah Cinta. Tahniah Kerana Pintu Telah Dibuka Selepas Jejaka Berenang Pantas!"




Senja merangkak pergi tatkala laungan takbir memecah kehinangan langit yang bertukar warna.
Kegelapan menjelma.
Si Merah mengalunkan irama kesepian dendangan penyanyi antarabangsa.
Oh, lagu yang berada di tempat pertama dalam blog ini.
Mata tertancap melihat nombor telefon yang tidak dikenali.
Si Merah diangkat.
Kedengaran salam dihulurkan.
Suara yang dirindui.
B!

Aku : Salam. B, apa khabar kamu sayang?
B : Aku baik sahaja. Aku dapat tahu kamu yang kurang sihat kebelakangan ini. Betul ke?
Aku : Eh, mana ada sayang? Aku baik sahaja.
B : Jangan bohong Zara. Aku tahu. Aku dapat rasa.
Aku : Maaf sayang. Kamu baca blog aku ke Mukabuku?
B : Aku baru baca blog kamu. Patut pun Jejaka tak benarkan aku guna Internet kebelakangan ini. Mesti dia tak nak aku tahu dan terkejut.
Aku : Alahai sayang. Bukan apa pun. Aku tak menangis kalau itu yang kamu mahu tanya.
B : Aku tahu kamu tak menangis sebab kamu tahan. Cerita dengan aku Zara, tolonglah.
Aku : Malas aku.



B : Kalau kamu tak cerita, aku pun malas nak beritahu kamu sesuatu sayang.
Aku : Apa dia? Ada lelaki mata biru untuk aku? *ketawa*
B : Jangan nak menggatal. *gelak*
Aku : Sekarang boleh, dulu tak boleh.
B : Cepat cerita dengan aku!
Aku : Ya lah. Memang kaki mendesak betul ni. *cerita apa yang perlu pada B*
B : Oh, begitu. Sekarang saat yang dinanti.
Aku : Apa dia?
B : Nak aku cakap ke Jejaka yang cakap atau kamu nak teka? Teka kalau kamu pandai.
Aku : Kamu nak balik Malaysia?
B : Bukan. Peluang terakhir. *ketawa*
Aku : Kamu mengandung?
B : (ketawa) Pandai!
Aku : Tahniah sayang!
B: Jejaka nak cakap dengan kamu.

Orang di seberang talian bertukar. Senyuman menguntum di bibir aku.

http://www.snapshots.net/cartoons/00690-funny-cartoons-sperm-cell.gif

Jejaka : Salam Cikgu Garang.
Aku : Salam bakal bapa. Tahniah! Laju berenang. *ketawa*
Jejaka : Oh, keji pernyataan itu cikgu. *ketawa*
Aku : Jaga B elok-elok. Bincang dengan dia baik-baik. Nak bersalin di mana nanti?
Jejaka : Dalam kapal terbang boleh? *ketawa*
Aku : Boleh. Nanti kamu boleh jadi terkenal.
Jejaka : Aku dan B dah bincang sesuatu. Kami mahu kamu jadi ibu angkat anak kami nanti. Boleh?
Aku : Aku sudah jadi ibu angkat pada 3 orang budak. Anak Hazami Bahrin.
Jejaka : Anak HB? Alahai, baru 3. Boleh kan?
Aku : InsyaALLAH, aku terima.



Jejaka : Terima kasih Zara. Jaga diri kamu. Kami sentiasa memantau kamu. *gelak*
Aku : Pengintip. Salam aku buat B. Jaga diri kamu semua.
B : Sayang, betul kata Jejaka. Kami akan tahu kalau kamu sembunyikan sesuatu.
Aku : *ketawa* Selamat Hari Raya.
B : Sama juga sayang.

Ini hadiah terbaik sempena raya kali ini.
Hadiah terbaik dari dua sahabat yang sudah mendirikan mahligai mereka.
Hati gembira.
Hati berbunga-bunga.
Bibir menguntum senyum.



Zara : Selamat Hari Raya Aidiladha semua! Moga kalian mempunyai hari raya yang menggembirakan. Moga kalian bertemu dengan makna sebenar pengorbanan. Selamat berhujung minggu semua!