Tajuk memang boleh buat orang naik darah.
Sebelum menulis lebih lanjut, mari bertafakur di tepi katil sebentar.
Menguap besar-besar.
Hari Sabtu yang ceria bikin aku bosan dengan gelagat lepas buang air besar, tolong jiruskan ya?
Tetapi tidak mengapa.
Aku tujukan gambar ini khas untuk dia.
Ada aku kisah?
Gambar ini diambil semalam ketika aku bersama dengan teman wanita.
Ya, teman sebilik juga ketika aku tahun akhir di kampus selatan.
Oh, sangat berlagak muka aku dalam gambar ini.
Kalau sesiapa perlukan model yang berbadan besar dan gilakan kelipan kamera, hubungi aku.
Aku sukakannya.
Kata mahu berlagak macam penggiat seni yang berjaya?
Makanya harus ada gambar-gambar sebegini rupa.
Ketawa.
Terima kasih buat mereka yang memberitahu aku wujudnya komen nakal lagi dalam penulisan di bawah ini. Biarkanlah dia. Aku tahu, itu hanya beberapa sahaja berbanding kamu semua yang menyokong kewujudan aku dalam industri (sila lempang untuk sedarkan aku dari mimpi) seni yang kecil ini. Ayat penulisan kali ini memang tidak dapat dibendung tahap berlagak dan berpura-pura yang nyata.
Ketawa.
Menerima panggilan gembira daripada teman wanita yang kini isteri orang dan bakal ibu, B.
B : Teka cepat, teka cepat!
Aku : Walaupun di bumi asing-mata biru asli, sila beri salam wahai Puan.
B : Ya, salam.
Aku : Salam kembali. (ketawa)
B : Cepat teka berita gembira aku.
Aku : Tentang kandungankah?
B : Ya. Cepat teka.
Aku : Dah pergi tengok jantina bayi ke?
B : Belum lagi. Aku kalau boleh malas mahu tahu. Cepat teka.
Aku : Entah, malas mahu teka. Apa lagi ya tentang kandungan agaknya.
B : Eh, kenapa seperti tidak bermaya?
Aku : Tengah baca buku. Sekejap, kamu kedengaran sangat teruja. Mahu pulang bersalin di Malaysia?
B : Pandai! Ini baru guru muda yang sentiasa tepat meneka.
Aku : (ketawa) Sila pulang cepat-cepat. Boleh ambil gambar perut.
B : Itu kerja Si Jejaka. Pantang pakai baju ketat, nampak bentuk perut, dia yang teruja ambil gambar berlebih-lebihan.
Aku : Itu yang bagus. Kalau aku pun mesti rasa nak buat begitu.
B : Sekejap, kamu nak buat pada siapa?
Aku : Rahsia.
B : Keji betul.
Gembira.
Ya, sangat gembira dengan perkhabaran indah dari dia.
Aku bakal jadi ibu angkat untuk anak pertama dia.
Eh, apa khabar Hazami dan keluarganya?
Tiga anak comelnya juga adalah anak-anak angkat aku.
Ketawa.
Eh, ada lagi yang mahu cari bank sperma?
Ketawa.
Zara : Pertandingan Dunia Sebelah Zara bakal kembali. Tunggukan kemunculannya selepas ini. Entah ada atau tidak orang yang mahu sertainya. Senyum ceria.
14 comments:
hahaha
tajuk dia okay apa
bakal jadi makcik mata hitam!
yeah!
nampak riang je gambo tu suke2 :)
baru ku tahu zara seorang model yang hebat........
hehehehe.. kenapa si B ketika membca buku dia tidak bermaya??
wahhh teruja betul teman wanita itu...semoga dia dn kandungan akn selamat =)
bank sperma...indah betul bayangan itu dik:)
jom jadi model saya kak.hehe..
ok suke foto itu.
dan tetap syahdu dengar lagu dalam blog ni.huhu
alahai..
thrillnya kalau dengar cerita2 ibu mengandung ni..
congrats to ur fren tu k..
salam cikgu....anak laki ke pompuan ek?
Isteriku belum mengandung. wait, belum beristeri pon. haha
Mengambil gambar perut isteri mengandung.
Mungkin akan aku buat suatu hari nanti.
X mustahil jadi trend.
duduk-duduk atas rumput...wah macam di oversea kamu ya...tumpang gembira mendengar khabar teman wanita kamu itu... =]
macam di oversea
Post a Comment