Salam semua.
Apa khabar kalian yang dirindui?
Ah, penulisan aku semakin buruk kebelakangan ini.
Entah mengapa, mungkin aku ketandusan ilham dan asyik memikirkan mengenai karya picis.
Senyum.
Aku mengajar diri untuk kuat.
Itu tidak pernah terlewat.
Cuma mungkin acap kali aku penat.
Dan lebih memikirkan rehat.
Malam ini malam yang hebat.
Syaitan Merah menang dengan Ayam Jantan Biru yang agak hebat.
Gergasi besar banyak tumbang ditaji cepat.
Senyum kelat.
Tahniah, kita agak kuat!

Tergamak adik aku tidak mahu beritahu kami semua dia ada Mukabuku (baca : Facebook) dengan alasan malas mahu ahli keluarga lain jumpa. Jangan lupa ya bang, Along ini hebat dalam membuat carian, dah jumpa kamu yang mana. Kalau tidak sahkan permintaan untuk menjadi kawan, awas, kamu tidak akan jumpa lagi apa itu Mukabuku.
*Ketawa kejam*
Malam minggu yang mulanya tidak begitu berkualiti sudah jadi sangat bermakna.
Si dia juga menyuntik satu rasa bahagia.
Walaupun dia tidak menyatakan terang-terangan, aku yakin pada dia.
Ah, malam ini mahu bertemu dalam mimpi agaknya.
Cepat berdoa.
Senyum sahaja.
Rindu Neon Argon Jiwa
Jiwa, aku tidak pandai bermadah peri.
Kilasan lintasan cahaya bintang di langit buat aku terus teringat mitos.
Aku kulum senyum dan lantas menaut tangan.
Dua belah erat dan tersenyum sendiri.
Titipan doa pada Yang Maha Esa.
Kerana aku percaya dengan apa yang kau kata.
Takdir tidak pernah akan kejam pada kita.
Bila kita percaya, Allah akan sentiasa bersama tiap masa.
Perasaan ini benar dan pasti.
Kenikmatan ia tidak dapat ditandingi.
Kerana kita bersatu bukan sekadar kerana seni.
Tapi tautan dua hati.
Nota kaki :
1. Sekadar puisi ringan yang terlintas di minda. Santapan jiwa nukilan bersahaja.
2. Masih tidak mendapat momentum untuk menulis LCA lagi.
3. Punya teman-teman yang memahami buat aku tidak rasa sendiri.
4. Ada seseorang yang mendirikan mahligai dalam hati.
5. Esok bakal membawa diri ke Melaka. Ada sesiapa mahu berjumpa?
Zara : Menitipkan kasih sayang buat semua pembaca yang setia. Aku masih berusaha dan akan kekal berusaha, bukan hanya demi karya, tetapi diri sendiri juga. Karya hidup bila aku juga hidup.