Thursday, September 02, 2010

Selamat Jalan Kawan. Tahun Ini Masih Tiada Rezeki Untuk Satu Pertemuan.


Salam semua.
Bangun jam 3 pagi disebabkan malam tadi tidur terlalu awal.
Sebelum Isyak aku pasti.
Jadi, bangun pagi untuk solat Isyak dan juga Terawikh serta apa-apa yang sewaktu dengannya.

Dan, malam tadi (2 September - jam 1.30 pagi), kawan aku sudah berangkat pulang ke tempat belajar dia semula. Seperti tahun lepas, tahun ini juga tidak dapat mencari ruang dan peluang untuk satu pertemuan. Betapa sedih di hati, tetapi tidak mengapa. Hanya mampu berdoa, jika dipanjangkan usia, akan berjumpa juga suatu hari nanti.

Helmi,Zara,Green Couch,Love,Friendship,Blog,Circus
Ini pernah menjadi kepala blog suatu ketika dahulu. Rasa macam nak letak semula pun ada.

Dan untuk kamu yang aku maksudkan, dah tiba di NTU, sila jangan lupakan aku. Oh, selamat hari raya buat kamu juga. Tahun ini beraya di perantauan lagi nampak gayanya. Senyum. Jaga diri kawanku!

Zara : Hati masih pedih akibat peristiwa semalam. Moga hari ini lebih baik untuk aku. Sudah 2 kali minggu ini aku bergegas ke klinik membawa murid. 


Wednesday, September 01, 2010

Ramadhan #22 : Awak, Kenapa Tak Puasa? Apa Alasan?


Emosi kurang stabil.
'Suami' tercedera.

Pagi tadi di bengkel aku berbual dengan beberapa orang budak yang sibuk bertukang. Sambil bertukang mulut masing-masing berbual dengan kuatnya tentang apa yang mereka buat. Aku sengaja duduk berhampiran, memerhatikan kerja yang mereka lakukan.

Aku : Puasa ke tak semua ni?
A : Puasa cikgu.
Aku : Betul? Ada tinggalkan tak?
A : Ada. Semalam.
Aku : Kenapa?
A : Haus sangat cikgu.
Aku : Jam berapa minum tu?
A : 3 petang lebih.
Aku : Ruginya! Kenapa buka?
A : Penat perambat lembu masuk kandang.
Aku : Dah tu minum air apa?
A : Air oren sejuk. (ketawa)

http://www.thedailygreen.com/cm/thedailygreen/images/FI/orange-juice-potassium-lg.jpg

Aku : Orang lain ada yang ponteng puasa gak.
B : Saya tak puasa 3 hari sebab demam.
H : Saya sehari sebab dia goda saya hari tu (jari tunjuk kawan dia)
Aku : Awak goda dengan apa?
N : Saya minum 100 Plus sejuk. (ketawa)
H : Nampak sedap waktu cuaca panas, lepas tu dia ajak minum, saya minum.
Aku : Cait! Perangai cam hantu, goda-goda orang. Awak seorang je minum?
H : Ada lagi 5 orang.
Aku : Choi!

Itu budak Tingkatan Satu. Masih mentah agaknya, aku cuba berfikiran sedemikian walhal aku sendiri serta adik beradik yang lain, semenjak umur 6 tahun sudah berpuasa penuh. Adik yang bongsu, umur 5 tahun rasanya dah puasa penuh.

Masuk ke kelas Tingkatan Empat. Waktu Sains jam 12.30 memang akan membuatkan budak-budak itu menguap beribu kali. Betapa kuat suara aku, betapa benda itu menarik, semua kepala akan berada di atas meja, memandang aku dari celahan buku ataupun celahan siku. Yang baik sedikit, akan bersandar di kerusi dan mata pandang ke depan sambil aku tertanya-tanya, apakah tumpuan diberikan atau kepala menerawang ke tempat lain. Dan budak-budak itu, satu cara untuk menghilangkan mengantuk mereka adalah dengan mengajak mereka berbual seketika. Oh, kelas ini hanya punya seorang perempuan dan kebetulan budak itu tidak datang. Jadi, penuh dengan lelaki.

Aku : Kelas ini semua puasa penuh tak?
Kelas : Tak.
Aku : Huh? Siapa sini tidak ada yang tinggal puasa?

Hanya dua orang yang akan tangan... (Tiba-tiba rasa hening di jiwa)

http://i269.photobucket.com/albums/jj72/myem0/01/cute-bear-2-006.gif

Bila aku tanya seorang demi seorang, ada yang langsung tidak berpuasa. Ada yang baru berpuasa dua hari, lapan hari dan sebagainya. Aku, terpempan dengan jawapan sedemikian rupa. Apakah yang berlaku sebenarnya dalam masyarakat? 

Aku : Kalau tak puasa, makan kat mana?
Budak : Luar rumah.
Aku : Maksudnya?
Budak : Jangan makan dalam kawasan rumah.
Aku : Er, masak kat mana?
Budak : Masak kat rumah.
Aku : Mak awak tak marah ke?
Budak : Mak saya tahu saya tak puasa.
Aku : (terdiam) Awak semua kena ganti puasa tahu?
Budak : Baik cikgu!

Aku terfikir sesuatu. Itu baru dua kelas yang aku tanya. Kalau aku tanya semua kelas? Entah apakah jawapan yang aku bakal terima agaknya. Dan, apakah mereka akan benar-benar menggantikan puasa itu? Sedangkan Ramadhan yang wajib ini tidak dilaksanakan. Moga-moga pintu hati mereka terbuka. Aku mohon dengan sangat.

Nota Kaki :
Hati aku masih lagi sakit dan tercalar melihatkan sedikit bahagian bawah (walaupun tidak kelihatan di mata kasar), 'suami' tercalar sedikit. Ya Allah, terus tidak dapat melelapkan mata aku ini.

Zara : Sedikit sebanyak aku mula mengerti dengan lebih jelas mengapa aku mencintai kerjaya ini sepenuh hati. Aku bukan mengajar sahaja, aku perlu juga mendidik mereka. Walaupun aku mengajar mata pelajaran Sains, Kemahiran Hidup, Sejarah dan sebagainya, aku tahu, pendidikan ini bukan sekular. Agama dan itu semua jangan pernah dipisahkan.


1 September - Aku Masih Menunggu Ketibaan 'Hogwarts Express'


Salam semua.
Selamat memasuki bulan baru.
Hari ini sudah 1 September dan adakah kalian masih berpuasa?
Alhamdulillah, aku belum ada bercuti lagi.

Fasa 4 bulan terakhir dalam tahun 2010 sudah tiba. Di dalamnya terdapat pelbagai perkara dan salah satunya, Ramadhan sudah memasuki fasa sepuluh masa terakhir. Usaha mencari Lailatul Qadar, itu yang dipesan kepada diri sendiri setiap kali. Dan, moga-moga kalian juga menemuinya.

http://steampunkary.com/wp-content/uploads/2010/02/hogwarts-express-train.jpg
Hogwarts Express [Penghargaan]

Tempat bertolak : Platform 9 3/4 Stesen King Cross, London
Masa : 11 pagi
Tempat tiba : Stesen Hogsmeade (berdekatan Hogwarts)

Hari ini minda lebih ceria. Aku ke tempat kerja dengan hati yang senang dan minda yang lapang. Seperti selalunya, pasti segala yang menyakitkan atau menyedihkan akan ditinggalkan di suatu tempat sebelum beraksi di hadapan murid-murid yang merupakan pelanggan utama pekerjaan aku. Ya, kenapa aku katakan pelanggan? Ini disebabkan, asas pekerjaan aku adalah mereka, maka memberikan yang terbaik kepada mereka adalah yang paling penting.
Alamat Kad Perkahwinan.
Sudah ramai yang menghantar pesanan ringkas ataupun pesanan di Mukabuku untuk meminta alamat menghantar kad perkahwinan. Kebanyakannya rakan-rakan yang dikenali daripada sekolah, matrikulasi ataupun zaman universiti. Tahniah diucapkan. Ada juga bakal pengantin yang terus menelefon aku. Nah, kawan-kawan begini, segan juga mahu menghampakan kalau tidak dapat pergi.

Kawan : Minta alamat.
Aku : Nak hantar kad raya ke kad kahwin.
Kawan : Kad kahwin lah. Kad raya guna telefon sahaja nanti (ketawa)
Aku : Nasib baik kad kahwin nak guna manual.
Kawan : Kalau aku 'tag' kau kat Mukabuku, mesti kau buang nanti.
Aku : (ketawa) Kata aku saksi paling banyak tengok kisah cinta kau?
Kawan : Keji gila ayat.
Aku : (ketawa) Dari bercinta dengan A, berpisah dengan A, bercinta semula dengan A, berpisah semula dengan A, bercinta lagi dengan A, berpisah lagi dengan A, bercinta dengan B, bertunang dengan B dan nak kahwin dengan B, aku berada disebalik cerita kan?
Kawan : Kan senang kata 3 kali bercinta, 3 kali berpisah dengan orang yang sama?
Aku : (ketawa) Nanti tak nampak banyak.
Kawan : Kejam.
Aku : Aku ketawa sambil pejam mata.
Kawan : Gila perempuan ni.
Aku : Baru kau tahu?
Kawan : Sebab dah tahu lama lah, kau kekal jadi kawan aku. Orang yang takkan menyakiti aku.
Aku : Tiba-tiba nak rasa terharu.
Kawan : Poyo kalau kau menangis.
Aku : Buat rosak solekan aku.
Kawan : Baru nak puji kata baik. Bila tiba giliran kau?
Aku : Eh, hari ini berapa hari bulan?
Kawan : Nak tukar topik lah tu.
Aku : Aku tanya serius. 1 September kan?
Kawan : Ya, dan apa kena mengena dengan jawapan yang aku patut dengar?
Aku : Masih menunggu ketibaan kereta api untuk bawa aku pergi. 
Kawan : Kereta api apa pula?
Aku : Hogwarts Express.
Kawan : Choiii! Terpengaruh sangat dengan filem dan novel!
Aku : (ketawa) Hakikatnya memang begitu.

Kenapa aku kata begitu? (sambil tahan ketawa)
Kasih sayang dan cinta itu kadangkala macam kau menunggu di stesen kereta api. Kadangkala kereta api akan sampai, tapi bukan ke destinasi yang kau mahukan. Kadangkala, kereta api akan terlepas walaupun telah lama menunggu. Kadangkala tersalah membeli tiket. Menunggu terlalu lama, tetapi kereta api tidak juga kunjung tiba mengikut jadual. Bila terlalu lama menunggu, mula putus asa, tetapi akhirnya kereta api tiba.

Begitu juga dengan hakikat kehidupan.
Biarlah aku meneruskan apa yang aku ada dengan gembira tanpa perlu mencomotkan solekan wajah dengan garis duka. Anak ini masih lagi mahu berdendang sayang di atas dunia dengan memeluk erat keluarga seiring dengan kerjaya. Bukan menolak hakikat perlunya teman mencari bahagia, tetapi biarlah kebergantungan kepada masa.

Senyum.
Dan aku setuju dengan apa yang dinyatakan oleh Kahlil Gibran. Dia menyatakan, "nilai dari seseorang itu di tentukan dari keberaniannya memikul tanggungjawab, mencintai hidup dan pekerjaannya. "

Zara : Sedang membuat latihan topikal Sejarah Tingkatan Satu sambil membuat rujukan satu persatu di buku. Ah, kalau anak murid tidak sebegini rupa, mahu sahaja aku gigit seorang demi seorang bila aku pungut kerja sekolah nanti. Ketawa.


Selamat Pulang Rasa, Ke Asal Jiwaku | Oh, Aku Memang Suka Lagu Tiba Dendangan Jejaka Panas


Selamat pulang rasa, ke asal jiwaku.
Selamat kembali aku, ke jalan lurusmu
Selamat datang cinta, ke ruang hatiku
Hari ini yang menunggu.
Hari yang selalu penuh baru.

Itu adalah sebahagian daripada lagu Tiba dendangan Faizal Tahir, Faizal Ismail dan juga Shahir. Kerap mendengar lagu ini yang dipetik daripada album 'Hangatnya Raya' setiap kali aku mendengar stesen radio kegemaran di dalam kenderaan.

Lagu ini agak dekat di hati. Entah kerana aku sukakan Faizal Tahir atau apakah, tadi mendengar bait demi bait membuatkan aku rasa lagu ini tidaklah menjurus ke arah raya semata-mata. Masih boleh diaplikasi kepada situasi lain juga. Dan bila aku menyanyi lagu ini perlahan-lahan, seorang kawan menegur aku.

Kawan : Lagu cinta ke?
Aku : Eh tak. Lagu raya.
Kawan : Sebab bahagian yang kau ulang-ulang nyanyi macam lagu cinta.
Aku : Setakat ini bahagian itu yang aku ingat.
Kawan : Ceh!

http://ny-image1.etsy.com/il_fullxfull.47143489.jpg

Selamat pulang rasa, ke asal jiwaku.
Ini bait yang sangat mendalam pada aku. Jujur aku melalui kehidupan yang bukannya mudah untuk sampai ke tempat yang aku berada saat ini. Walaupun mungkin tidak sebaik orang lain, tapi aku merasakan yang aku telah beri segalanya untuk mencapai apa yang aku mahukan. Pernah menjadi kejam dengan diri sendiri, demi dapat apa yang aku mahu dan sekarang ini, apa rasa yang pernah ditinggalkan, sudah kembali ke jiwa, ke marga aku semula.

Lirik Lagu Tiba - Faizal Tahir, Faizal Ismail dan Shahir

Separuh dari hatiku
Ingin terus tinggal bersama denganmu
Sehingga umurku membawa
Kembali ke hari pertama
Pasti aku tunggu

Aku mula dengan baru
Aku pulang ke asalku
Membiar kau mengisiku yang pudar
Bertahan bersaksi berbagai
Patah tumbuh hilang berganti
Pasti ada kamu

Selamat pulang rasa
Ke asal jiwaku
Selamat kembali aku
Ke jalan lurusmu
Selamat datang cinta
Ke ruang hatiku
Hari ini yang menunggu
Hari yang selalu penuh baru

Bergema sempurna
Dalam diri yang teruja
Jiwa penuh cahaya
Menghias setiap seudut alammu

Dapatkah kau rasa?
Apa yang ku rasa?
Engkau dan aku
Sama tahu
Harinya telah tiba



Walaupun ada yang menyatakan kurang enak lagu raya begini, tapi aku sudah nyatakan pendapat peribadi aku. Lagu ini tidak menjurus kepada raya semata-mata aku rasa. Lain orang lain penilaian, maka terpulang kepada selera masing-masing. Yang bercorak tradisional masih tetap di hati dan aku tidak begitu memilih asalkan kena dengan jiwa aku.

Nota Kaki : 
Ada yang bertanya kenapa runut bunyi untuk cerpen BELAHAN JIWA AISHAH MERDEKA bukanlah lagu daripada Faizal Tahir, disebabkan aku meminati Faizal Tahir. Jawapannya kebetulan sudah diberi oleh Pengetua aku. Ini disebabkan runut bunyi itu lebih sesuai dengan cerpen.

Zara : Masih senyum melihat kawan aku yang sepet itu. Betapa bahagianya jalan yang dia lalui saat ini serta toleransinya gadis yang bersamanya. Rupanya gadis tersebut yang mengingatkan dia ulang tahun kelahiran aku disebabkan keunikan tarikh 29 yang kebetulan sama dengan ulang tahun kelahiran kawan aku yang sepet itu. Cuma aku bulan Ogos, dia bulan lain. Senyum. Semoga kalian berdua akan cepat-cepat menikah!