Tuesday, February 02, 2010

Saya Tahu Saya Artis. Sila Beratur Dan Dapatkan Cop. Kalau Tiada, Saya Tidak Mahu Tanda Autograf Ya?


Bila pelajar sudah berdiri mengelilingi aku dan menghulurkan buku untuk ditanda, memang sumpah rasa macam penggiat seni yang berjaya dan terkenal di seantero dunia.
Sumpah, memang terus jadi penggiat seni yang terkemuka.



Bukan calang-calang artis ya?
Ada lapan jenis muka cop yang bakal tercatit di buku pelajar.

Teruskan usaha.
Ada peningkatan.
Telah disemak.
Baiki tulisan kamu.
Cuba lagi.
Baik.

Hebat bukan?
Peminat setia sentiasa mengerumuni.
Mana yang culas, nah, dapat yang lagi hebat.

Sila jumpa saya.
Siap dengan nama penuh artis bersama nama ketua keluarganya.
Ketawa.
Indah.

Siapa mahu tanda tangan penggiat seni ini?
Sila beratur ya?
Jangan berkerumun.
Nanti saya panas.
Ketawa.
Gila angan sungguh.

Zara : Mahu ke kelas dan selepas ini ada latihan rumah sukan. Laksamana, sila dapatkan juara!



Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di
  Terowong Kecil Cinta Zara ?

Bila Dua Jasad Asyik Mencuri Pandang, Hati Menjadi Nanar Dan Tidak Keruan. Padang Bola Bukan Taman Bunga Lagi!



::Perlakuan Diri::
Sedang bertarung dengan kesakitan dan terjahan naluri mengantuk yang bukan sedikit.
Tabahlah wahai hati.

Dua pasang mata sedang memerhati.
Nah, aku cuba untuk tidak mahu berfikir lagi.
Satu masih menyarung seragam biru-putih - masih dititipkan oleh penjaga diri.
Satu lagi punya struktur diri seperti pelakon yang suka menari.

Tanah pasir gersang pernah disirami dan dibajai.
Bila musim kemarau hadir, kering segala apa yang disemai secara berseni.
Geram, ketap gigi.

Bila tanah pasir yang gersang mula ditumbuhi rumput, ia bertukar menjadi padang bola.
Dijaga dengan penuh ceria.
Suka, duka, gembira, luka - sendiri main, sendiri cedera, sendiri mengaduh manja.
Bila ada yang datang menjengah dengan dada lapang terbuka, padang bola bertukar jadi padang bunga.
Gembira.
Tiang jaringan bukan milik sendiri dan sekadar suka-suka.
Sudah punya penjaga.
Bila musim kecederaan dan penjualan pemain bermula, penjaga gawang hilang entah ke mana.
Bibir melengkung, muka pernah ukir wajah duka.

Kini taman bunga sudah kembali menjadi padang bola.
Kembali ke azali, tapi bertambah kuat jika dijengah ke dalamnya.
Tiada pembinaan boleh bermula.
Tiada pengubahsuaian boleh diminta untuk direka semula.

Bola ada sebiji.
Biar dia tendang sendiri.
Kalau masuk ke gawang, biar dia sorak seorang diri.
Dia sendiri suka hati.
Dia sendiri yang jaga diri.
Bukan diskriminasi.
Itu adalah realiti.

Pintu gawang tuan punya sendiri jaga.
Pintu tiket dia juga yang tempah semua.
Tempat duduk ada satu sahaja.
Dua kali pernah diduduki dan tiada istilah kekal tercipta.
Terbukti dunia adalah sementara.



Bila aku ukir sesuatu mengenai diri.
Ia akan bermula dengan rangkap ini.
Suatu masa dahulu yang sudah berubah menjadi kini.
Dan berakhir dengan suatu sisi.
Cerita ini tiada penambahan isi lagi.

Zara : Selamat datang hari Selasa. Moga kedatangan kamu meleraikan erti kekusutan yang sedang melanda. Moga itu semua hanya ilusi yang cuba mengaburi mata. Tiada kekuatan untuk menghadapinya buat kali ketiga.



Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di
  Terowong Kecil Cinta Zara ?

Monday, February 01, 2010

Perhatian - Sila Lihat Tanda Bacaan Yang Kamu Gunakan Sebelum Menghantar Pesanan Pada Aku.


Acapkali aku keliru bila menerima pesanan.
Nah, tidak kira pesanan ringkas ke telefon genggam atau ke Mukabuku, aku amat mementingkan tanda bacaan. Oh, bukan namanya aku seorang yang cerewet, tapi itu pesanan.
Sesuatu yang kaku.
Aku tidak boleh baca perasaan yang kamu mahu sampaikan.
Pesanan itu masuk, kejung.

Aku beri contoh.
"Zara, kamu buat apa?"

Apa bezanya dengan ini pula.
"Zara, kamu buat apa?!"

Nah, bukankah sudah berbeza?
Yang pertama kelihatannya pengirim mahu bertanya aku sedang melakukan apa aktiviti ketika itu.
Yang kedua seperti mahu memerangkap kesalahan, atau ditangkap atas sesuatu sebab.
Nah, lebih kepada disergah barangkali.
Aduhai.

"Awak tahu tak???"
dengan
"Awak tahu tak?"
Yang pertama itu lebih kepada pertanyaan gila pada aku.
Kelihatan tidak begitu menyenangkan.
Ya, aku memang mahu menjaga perasaan orang dan perasaan aku sendiri, maka, aku perlu tahu apa yang mahu disampaikan dengan nyata.

Aku juga pantang bila menerima pesanan dengan huruf besar semua sekali.
Bagaimana ada yang tidak kena.
"Terima kasih. Maaf, lain kali sahaja ya?"
atau
"TERIMA KASIH. MAAF, LAIN KALI SAHAJA YA?"

Yang kedua agak seperti sindiran.
Menggeletar.
Fikiran celaru.

Oh, baru menerima jadual baru.
Agak sedih.
Tidak mengajar Sejarah Tingkatan Dua lagi.
Harus mengajar kelas Sejarah Tingkatan Satu.
Aku sudah jatuh cinta dengan Sejarah Tingkatan Dua.
Lagi, kelas Sejarah Tingkatan Dua sudah digantikan dengan penambahan kelas Sains Tingkatan Empat.
Oh, maknanya kini sudah ada dua kelas yang akan diajar Sains Tingkatan Empat.
Murung.
Sedih.
Pilu.
Sayu.

Zara : Mahu pulang ke rumah dengan senyuman hari ini. Mahu lupakan kegelisahan, dan ganti dengan kasih sayang untuk hari esok. Mahu ukir senyuman bahagia juga.


Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di

"Siapa Curi Dosa, Mati Seksa" - Along Tulis Di Belakang Ya?


Esok hari Isnin.
Mari bersorak ramai-ramai.
Esok sekolah.
Gembira rasa di hati ini.

Adik : Along, mana buku lukisan? Dah malam ni.
Aku : Kata tadi nak guna hari lain?
Adik : Dalam jadual esok ada Pendidikan Seni.
Aku : Pergi minta duit dengan Abah. Suruh Abang Ngah beli.
Adik : Along pergi cakap dengan Abah.
Aku : Along juga kena?

Aku : Abah, adik nak beli buku lukisan.
Abah : Abah ada beli banyak masa nak naik sekolah.
Aku : Mana?
Abah : Cari atas meja belajar.
Adik : Mana ada (muka sudah cebik-cebik pada aku)
Abah : Ada, tengok betul-betul.

Abah bangun tolong cari.
Tarik buku lukisan bawah timbunan buku.
Beri pada adik.


Adik : Along jangan lupa tulis nama kat muka depan buku tu.
Aku : Ya.
Adik : Di belakang Along tulis - "Siapa curi dosa, mati seksa".
Aku : Huh, nak kena tulis ke?
Adik : Tulis, nanti orang curi.
Aku : Macam itu baik Along cop sekali guna cop Abah.
Adik : Biar Ayim ambil cop atas meja. Dengan yang hitam tu sekali. Along tolong cop.
Aku : Ya, baik.

Sedang sibuk cop buku lukisan budak Darjah 4.
Depan buku lukisan ada nama siap nama kelas dan nama sekolah.
Di belakang buku ada nama serta tulisan - "Siapa curi dosa, mati seksa"
Setiap helaian ada cop nama Abah beserta jawatan yang disandang ketika ini : Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Awas bagi siapa yang mahu mencuri.

Zara : Nampaknya esok perlu memandu ke sekolah. Bersedia untuk masuk minggu kelima Zara. Esok ada kelas Sejarah Tingkatan Dua, Pendidikan Sivik Tingkatan Empat, Perdagangan Tingkatan Satu.



Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di
Terowong Kecil Cinta Zara ?