Showing posts with label Luahan Perasaan Moon Dan Lelaki Kulit Cantik. Show all posts
Showing posts with label Luahan Perasaan Moon Dan Lelaki Kulit Cantik. Show all posts

Wednesday, February 16, 2011

Bila Jatuh Cinta Dengan Orang Yang Tidak Mengerti.


Diam mati.
Ini bukan masa untuk teruskan apa yang dikejar selama ini.
Tamat sebuah cerita tanpa seni.
Mustahil untuk benang takdir bercantum lagi.
Tiada alasan untuk berpatah balik kembali.
Senyum sendiri.


[Gambar : Apa yang kau renung dan dengar hanya sayu teriakan sebuah jiwa]

Pahit.
Sakit.
Kuat menjerit.
Apabila kita sebenarnya jatuh cinta dan menyimpan perasaan pada orang yang langsung tidak mengerti bahawa kita sejujurnya sangat menyintai dia tetapi terpaksa memendam perasaan akibat takut kehilangan manusia yang hadir dalam diri. Ada kalanya terpaksa mencari cinta lain sebagai satu alasan melarikan diri dari terus memikirkan manusia tersebut.
Sadis eh?
Entah.

Masih ingat tentang Moon dan lelaki kulit cantik?

Perkongsian dengan beberapa orang teman yang mulai risau akibat masih tidak mempunyai ikatan walaupun umur sudah semakin meningkat (baru dua puluh empat tahun pun dah risau ke? - Baiklah, itu pendapat masing-masing kan?) membuatkan aku terfikir betapa suatu ketika dahulu, aku sudah cukup bersedia untuk menjalani kehidupan sendirian tanpa ada teman di sisi sebelum menukar fikiran sebentar, walaupun sudah kembali kepada pemikiran, tanpa teman di sisi sekalipun, hidup perlu diteruskan.
Senyum lagi.

Kawan : Aku ada suka seorang ni.
Aku : Dia suka kau ke tak?
Kawan : Entah.
Aku : Cuba jaya kalau kau nak.
Kawan : Malu.
Aku : Kalau malu, kau tidak akan dapat jawapan.
Kawan : Habis tu macam mana?
Aku : Terpulang. Mana tahu kalau dia suka kau.
Kawan : Kalau tak?
Aku : Kau redha sahaja.
Kawan : Aku rasa aku dah tua sangat nak sebut perkataan cinta.
Aku : Baru nak masuk dua puluh lima kot?
Kawan : Macam budak-budak benda ni kan?
Aku : Apa yang kau cuba nak cakap sebenarnya ni?
Kawan : Cinta ni untuk budak-budak sahaja kan?
Aku : Cinta monyet, ke cinta anak anjing ke apa ke mungkinlah kot? Tapi yang dewasa tetap perlukan cinta kan? Kalau tak, mana mungkin terjadi perkahwinan tanpa cinta, kasih sayang?
Kawan : Aku takut.
Aku : Kau takut dengan jalan yang kau nak pilih?
Kawan : Bagaimana kalau pengakhiran dia tak sama macam yang aku nak?
Aku : Kau dah nampak ke?
Kawan : Tak.
Aku : Dah tu kenapa nak jadikan diri kau pesimis?
Kawan : Bujang lagi senang kan?
Aku : (ketawa) Nah! Kau mula menyimpang.
Kawan : Betulkan? Kalau tak, kenapa kau masih belum berteman?
Aku : (ketawa) Aku muda lagi mungkin, dan aku masih banyak perlu aku kejar. Soal teman hidup dan sebagainya ini biarlah datang seiring dengan perjalanan aku nanti.
Kawan : Macam mana ni Zara? Nak cakap tak pada dia tu?
Aku : Terpulang. Aku cadangkan kau tetapkan hati kau dulu, doa banyak-banyak, buat solat hajat, istikharah dan sebagainya. Kalau kau betul-betul pasti dengan ini semua, insyaALLAH, semuanya akan berjalan lancar.
Kawan : Tolong aku.
Aku : Eh, tolong macam mana?
Kawan : Tolong cakapkan.
Aku : Kau gila? 
Kawan : Kau seorang sahaja yang aku percaya.
Aku : Boleh tu boleh, cuma aku nak kau betul-betul yakin. Kalau kau yakin, aku akan cuba untuk kau.
Kawan : Betul ya?
Aku : InsyaALLAH.

[Gambar : Sayangi diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyayangi orang lain]

#Banyakkan doa, solat hajat dan sebagainya.
Itu benda termudah yang kau boleh lakukan. Siapa lagi yang Maha Menolong dan Mengetahui? Tentulah Yang Maha Pencipta. Pada Dia kita kena memohon bukan? Maka, banyakkan doa dan semoga, jalan yang kamu mahukan akan terbentang luas serta dipermudahkan.

#Usaha.
Ya, tiada benda yang akan datang bergolek begitu sahaja. Perlu ada usaha dari diri sendiri. Selain doa, solat dan sebagainya, persiapkan diri sendiri dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi perkara sebegini. Ada orang yang lebih suka memendam perasaan dan membiarkan perasaan itu berkubur begitu sahaja sehinggakan rasa menyesal menghantui diri sepanjang hidup. Apa kau nak hidup dalam keadaan begitu sahaja?
Sanggup?

[Gambar : Ada sesiapa yang berangan mahu jadi seperti Snow White ke? Tunggu putera raja datang cium dan membangunkan diri dari lena yang panjang akibat sumpahan ibu tiri yang kejam? Boleh kalau nak simpan impian, silakan]

Kau : Nak tunggu ada orang datang melamar.
Aku : Nak tunggu sampai bila?
Kau : Tunggu sahajalah. Kalau ada, ada. Kalau tiada, bukan rezeki.
Aku : Tahukah kau menunggu sahaja tanpa usaha seperti menunggu teksi atau bas datang?

******

"Cinta bagaikan masa menunggu teksi.
Tak datang juga walaupun sudah lama berdiri, tapi bukan pula tiada.
Kerana tiada teksi yang kosong, inilah yang paling membuatkan diri ini berasa marah.
Mungkin akan dapat jika menunggu di jalan yang sebelah lagi.
Akibatnya, hanyalah dalam sekelip mata sahaja teksi telah dinaiki orang.
Tunggu dengan senyap pun teksi tidak akan datang.
Mencari dengan sedaya upaya pun tidak akan dapat.
Kalau tidak dapat, memang tidak akan dapat.

Tidak!
Sepatutnya, orang yang tidak akan datang, memang tidak akan datang.
Apabila meninggalkan kerana putus asa pula, beberapa teksi yang kosong akan datang secara berterusan..."
[Dari sini dan sini dan sini]

http://farm5.static.flickr.com/4151/5064648324_73cd1aabe4.jpg
[Gambar : Siapa tahu suatu hari nanti kesabaran akan berbayar?]

Kawan : Hari tu aku jatuh cinta dengan dia, tapi bila ada lain yang melamar, aku terpaksa berusaha lupakan dia.
Aku : Tapi sekarang yang lain itu dah tiada kan?
Kawan : Ya, tapi dia tahu hari tu aku dah bersama orang lain walaupun hakikatnya hati aku tetap pada dia.
Aku : Jadi?
Kawan : Macam mana aku nak beritahu pada dia yang aku pernah sukakan dia dan masih sukakan dia?
Aku : Dia pernah tahu kau suka dia?
Kawan : Entahlah, cuma ada kawan dia yang mengusik kami berdua.
Aku : Reaksi dia?
Kawan : Entah, khabarnya dia hanya tersenyum sahaja.
Aku : Petanda baikkah?
Kawan : Entah. Pening aku.
Aku : Cubalah kalau kau rasa kau boleh.
Kawan : Tapi sejak kebelakangan ini, dia seperti sudah punya orang.
Aku : Ah, benar? Dari siapa?
Kawan : Dari percakapan dia hari itu, dia seperti sudah ada orang yang dia suka.
Aku : Kalau begitu, dapatkan kepastian.
Kawan : Kecewa aku. Sungguh.
Aku : Belum pasti lagi kan?
Kawan : Betul, tapi hati aku rasa terguris sendiri.
Aku : Alahai.

Moga segalanya dipermudahkan.
Semoga segalanya berjalan baik.
Itu sahaja doa aku.
Buat kamu teman.

Nota Kaki :
1. Sejak kebelakangan ini banyak terjumpa orang dengan ayat klise.
2. Menunggu kedatangan budak yang nampaknya ponteng lagi.
3. Memulakan sistem merit sendiri dengan memotong markah murid yang tidak menyiapkan kerja.
4. Sudah pandai menggunakan sistem disiplin. Habislah siapa yang tidak buat kerja selepas ini. Surat amaran pasti akan keluar berterbangan dari mesin pencetak.

Zara : Buat yang mahu menaburkan benih benci dalam hati aku, maaflah. Kamu sedang memilih tanah yang tidak subur untuk meluaskan kawasan adu domba. Carilah kawasan lain yang boleh dibajai dengan najis iblis dan syaitan.

Wednesday, October 20, 2010

Meluahkan Perasaan Cinta | Biarkan Sahaja Rasa Itu Mati Kerana Sedar Kekurangan Diri. Begitukah?


Moon sedang bahagia.
Moon pernah tertanya-tanya.
Tapi akhirnya dia berjaya.
Ada orang lain mahu bahagia, tapi ketakutan bermaharajalela.

http://fc07.deviantart.net/fs43/f/2009/142/8/1/walking_alone_by_mashat.jpg

A : Awak nak tegur siapa tadi?
F : Eh, tersilap. Untuk rakan saya.
A : Teman baru?
F : Bukan. Saya suka orang tu, tapi orang itu tak tahu.
A : Bagaimana pula?
F : Suka dan simpan dalam hati sahaja.
A : Kenapa tak beritahu?
F : Saya tahu saya tak layak untuk dia.
A : Bukan kita yang tentukan kelayakan itu.
F : Saya sedar saya tak layak. Saya belajar biasa-biasa, dia belajar tinggi.
A : Awak ada ijazah kan? Apa masalahnya?
F : Dia lebih bagus saya rasa. Belajar pun bagus.
A : Siapa tahu mungkin dia untuk awak?
F : (ketawa) Bukan. Saya sedang belajar untuk lupakan dia.
A : Belum luahkan dan awak sudah mahu lupakan?
F : Saya tidak mahu kecewa.
A : Luahkan sahaja! Luahkan!
F : Saya takut kalau kecewa, saya tidak boleh bangkit lagi.
A : Awak boleh!
F : Biarlah saya tengok dari jauh, biarkan begitu.
A : Awak sedang korbankan perasaan sendiri.
F : Saya nak dia gembira. Saya dapat tahu dia gembira saya dah cukup gembira.
A : Tergamak awak kan?
F : Awak tahu? Saya suka segala-galanya tentang dia. Cuma saya mungkin bukan untuk dia.

http://www.glogster.com/media/2/6/5/91/6059181.jpg

F dan A berkawan dan sering meluahkan atau berkongsi pendapat tentang apa yang mereka jalani dalam kehidupan seharian. Kadangkala berkongsi rahsia peribadi kerana mereka bukan sahaja diikat oleh jalinan persahabatan, tetapi juga dengan ikatan kasih sayang ibarat saudara jauh yang terpisah. Bahkan meluahkan itu dianggap sebagai satu terapi buat mereka berdua. 

F kebetulan terjumpa dengan seorang manusia yang dia suka tetapi takut untuk meluahkan. Jadi A sebagai kawan, mahu menolong F. Tetapi F seorang yang penakut dalam hal sebegini rupa sehingga A tahu, ianya akan memakan diri F sendiri. F seorang yang suka memendam rasa dan segala kesakitan akan dia hadam sendirian tanpa berani meluahkan kepada sesiapa.

A : Awak sedang bunuh perasaan sendiri.
F : Tahu.
A : Awak nak menyesal?
F : Mungkin tidak.
A : Awak tak nak dia tahu?
F : Dia tidak akan tahu.
A : Kenapa?
F : Sebab saya tahu, dia tidak akan palingkan diri dia tengok saya.
A : Itu jangkaan awak.

Nota Kaki :
Memahami kesakitan yang ditanggung di dalam cerita ini.

Zara : Lawak bila orang lain suka benar hidup dengan bertunjangkan duit. Tiada benda lain selain duit ke yang boleh kau fikirkan?

Sunday, October 17, 2010

Lelaki Kulit Cantik Dan Moon - Luahan Perasaan Itu Membahagiakan Walaupun Menahan Kencing


Moon : Saya sukakan awak.
Lelaki kulit cantik : Bahkan saya terlebih dahulu sukakan awak.

Salam hujung minggu.
Ingat lagi tentang Moon yang mahu meluahkan perasaan dia kepada lelaki yang diminati? Semalam Moon telah berusaha sedaya upaya untuk menyatakan perasaan dia kepada lelaki itu. Berita yang aku terima lewat malam tadi membuatkan aku tidur nyenyak dan bahagia yang disalurkan kepada Moon membuatkan aku terjangkit sama.

Moon : Berjaya!
Aku : Alhamdulillah. Cerita pada aku.
Moon : Baik. Makan malam macam yang dijanjikan, 4 orang. Berdebar sampai aku bawa beg kertas. Kalau malu aku terus nak letak kepala aku dalam tu.
Aku : (ketawa) Gila kau! Lepas tu?
Moon : Dah habis makan semua, sepupu aku ajak adik lelaki tu teman pergi tandas. Budak tu pun ikut sahaja, macam bagi peluang.
Aku : (nada teruja) Cepatlah sikit cerita.
Moon : (ketawa) Kau tak menyabar.
Aku : Penting ni. Apa jadi lepas tu?
Moon : Camni...

http://fc01.deviantart.com/fs42/i/2009/066/a/8/Ghetto_Screen_Saver__Love_by_elliesuhh.png

Moon : Saya ada benda nak beritahu awak.
Lelaki kulit cantik : Saya pun. Boleh saya cakap dahulu?
Moon : Saya cakap dulu boleh?
Lelaki kulit cantik : Saya patut cakap dahulu.
Moon : Saya yang ajak keluar, saya cakap dulu.
Lelaki kulit cantik : Tak, saya takde masa. Saya cakap dulu.
Moon : Eh, kenapa?
Lelaki kulit cantik : Saya sukakan awak. Suka awak sejak kali pertama nampak awak.
Moon : Eh? (terdiam)
Lelaki kulit cantik : Saya minta diri. Sekejap lagi saya datang semula.
Moon : Kenapa?
Lelaki kulit cantik : Saya punya takut nak meluahkan sampai tahan buang air kecil. Maaf ya?
Moon : Awak...
Lelaki kulit cantik : (dah bangun) Kenapa?
Moon : Saya pun sukakan awak.
Lelaki kulit cantik : (senyum) Kita sambung lepas ini ya?

http://th05.deviantart.com/fs39/300W/f/2008/361/f/3/Love_win_by_Alephunky.jpg

Aku : (ketawa gila) Dahsyat!
Moon : (ketawa) Siapa sangka kan?
Aku : Memang gila. Lepas tu?
Moon : Balik dari tandas, kami berbual dengan gembira. Sekurang-kurangngnya semuanya dah jelas kan?
Aku : Tak payah kau memendam perasaan macam badak berendam.
Moon : (ketawa) Gila keji kau punya perumpamaan.
Aku : (ketawa) Aku gembira kau jumpa jalan bahagia.
Moon : Nanti aku beri alamat.
Aku : Buat apa?
Moon : Supaya kau boleh jumpa jalan bahagia kau pula.
Aku : (ketawa) Itu belum pasti di mana.
Moon : Mungkinkah kau tutup mata selama ini?
Aku : Mustahil Moon. 
Moon : Aku dah buktikan cinta itu bukan mustahil.
Aku : (ketawa) Keajaiban itu sentiasa ada.
Moon : Buktikan pada budak rambut lawa pula!
Aku : (ketawa) Itu lagi gila. Kawan aku lah tu.
Moon : Manalah tahu kan?
Aku : Itu lebih mustahil dari mustahil.

Nota Kaki :
Aku gembira untuk Moon. Moon yang tua tiga tahun daripada aku menemui titik permulaan untuk menyulam kegembiraan dan kebahagiaan yang selama ini hanya diperhatikan oleh dia. Tidak salah menyimpan perasaan dan aku gembira, Moon dan lelaki kulit cantik (apa kes beri nama begini Moon?), masing-masing punya keberanian semalam.

Zara : Hujung minggu yang dihabiskan dengan berlatih menjadi seorang yang lebih tegar dalam menulis dan membuat kerja rumah serentak. Entah sejak bila rancangan televisyen semakin membosankan apabila tiba hujung minggu. Sama macam surat khabar Ahad.