Wednesday, October 20, 2010

Meluahkan Perasaan Cinta | Biarkan Sahaja Rasa Itu Mati Kerana Sedar Kekurangan Diri. Begitukah?


Moon sedang bahagia.
Moon pernah tertanya-tanya.
Tapi akhirnya dia berjaya.
Ada orang lain mahu bahagia, tapi ketakutan bermaharajalela.

http://fc07.deviantart.net/fs43/f/2009/142/8/1/walking_alone_by_mashat.jpg

A : Awak nak tegur siapa tadi?
F : Eh, tersilap. Untuk rakan saya.
A : Teman baru?
F : Bukan. Saya suka orang tu, tapi orang itu tak tahu.
A : Bagaimana pula?
F : Suka dan simpan dalam hati sahaja.
A : Kenapa tak beritahu?
F : Saya tahu saya tak layak untuk dia.
A : Bukan kita yang tentukan kelayakan itu.
F : Saya sedar saya tak layak. Saya belajar biasa-biasa, dia belajar tinggi.
A : Awak ada ijazah kan? Apa masalahnya?
F : Dia lebih bagus saya rasa. Belajar pun bagus.
A : Siapa tahu mungkin dia untuk awak?
F : (ketawa) Bukan. Saya sedang belajar untuk lupakan dia.
A : Belum luahkan dan awak sudah mahu lupakan?
F : Saya tidak mahu kecewa.
A : Luahkan sahaja! Luahkan!
F : Saya takut kalau kecewa, saya tidak boleh bangkit lagi.
A : Awak boleh!
F : Biarlah saya tengok dari jauh, biarkan begitu.
A : Awak sedang korbankan perasaan sendiri.
F : Saya nak dia gembira. Saya dapat tahu dia gembira saya dah cukup gembira.
A : Tergamak awak kan?
F : Awak tahu? Saya suka segala-galanya tentang dia. Cuma saya mungkin bukan untuk dia.

http://www.glogster.com/media/2/6/5/91/6059181.jpg

F dan A berkawan dan sering meluahkan atau berkongsi pendapat tentang apa yang mereka jalani dalam kehidupan seharian. Kadangkala berkongsi rahsia peribadi kerana mereka bukan sahaja diikat oleh jalinan persahabatan, tetapi juga dengan ikatan kasih sayang ibarat saudara jauh yang terpisah. Bahkan meluahkan itu dianggap sebagai satu terapi buat mereka berdua. 

F kebetulan terjumpa dengan seorang manusia yang dia suka tetapi takut untuk meluahkan. Jadi A sebagai kawan, mahu menolong F. Tetapi F seorang yang penakut dalam hal sebegini rupa sehingga A tahu, ianya akan memakan diri F sendiri. F seorang yang suka memendam rasa dan segala kesakitan akan dia hadam sendirian tanpa berani meluahkan kepada sesiapa.

A : Awak sedang bunuh perasaan sendiri.
F : Tahu.
A : Awak nak menyesal?
F : Mungkin tidak.
A : Awak tak nak dia tahu?
F : Dia tidak akan tahu.
A : Kenapa?
F : Sebab saya tahu, dia tidak akan palingkan diri dia tengok saya.
A : Itu jangkaan awak.

Nota Kaki :
Memahami kesakitan yang ditanggung di dalam cerita ini.

Zara : Lawak bila orang lain suka benar hidup dengan bertunjangkan duit. Tiada benda lain selain duit ke yang boleh kau fikirkan?

22 comments:

W3 tOgetHer said...

percaya atau tidak..aku berada dlm keadaan ini hampir 10 tahun...
kalo bergaduh dan bertekak..aku punya kuasa..tp bila tiba luahan hati..aku sanggup lupakan saja...cukuplah dengan memandang didepan mata....kerana rasa dirinya tinggi tak tercapai jangkaunya...

zharmin said...

kalau tak luahkan tak akan tahu jawapannya..tapi tak semua orang itu sanggup menanggung risiko..

ieda Qema said...

luahkan? yer! kamu sememangnya perlu lbh kuat utk bagun semula jika kecewa! huh!

PuanPepel said...

aku penah rasa sakit tu... sentiasa ada di sisi aku..bergurau..bergelak... borak... tp tak daya nk meluahkn rasa ati ni...

Anem Arnamee said...

Jika sakit, biar sendiri rasa. Tak semua kuat hadapi dunia nyata.:)

zino said...

memang payah nak keluar ayat2 tu hehe

Anonymous said...

tp kalo dia da jodoh kte...pendam2 pon bersama gak kn akhirnye???
cme lmbt ckit la kot....huhu

Paan Ovrtd said...

Kalau saya la kak...takut jugak kalau berdepan dengan orang yang terbuka ni. But, being honest is a good thing.

Miss Shizu said...

pergghhh...memang pedih biler jd cmnh....serius beb...aku penah pendam perasaan 5 taon kot...skt nyer aku sorg yg rase...smpai kesudah aku ta luahkan....skang 'die' pown da kawen...walau aku kate aku da lupe, tp kalau terserempak bohong kalau perasaan tuh ta dtg balik..cumer aku kene pandai2 kontrol...giler kan penangan cinta nh???

Unknown said...

tengah menghadapinya haha

EnCiK SHaH said...

saya rela jd cm ni dari dikecewakan akibat ditolak.. then, putus kawan ke.. biar lah kalau dia gembira bersama dgn org lain..

Aisy Zaidan said...

again, same thing goes to me...
till now, best fren adalah hubungan plg terindah....
tpi utk lbih dr itu, mgkin tidak.
kdg2 xnk korbankn pershbtn yg sedia indah.

biarlah perasaan ini terkubur begitu shj. :)

Jelly Beku said...

dasar mata duitan tol erk

emieysandra said...

'itu hanya jangkaan awak'
like this sentences..why not try luahkan dulu..:D

Anonymous said...

Sampai sekrg dh lebih 20 thn, saya & dia 'menderita' apabila dia memutuskan hubungan krn merasa dia tidak layak utk saya dan saya terlalu baik utk dirinya...

suffer8zine said...

sukar untuk diluahkan :P


Terkini : Unicorn Wujud?

Tieah Madian said...

Ermm..
Macam kisah aku dan shbt baik ku merangkap pendengar setia luahan perasaanku..
Haha..
Aku ibrat si F tu..
Kwn aku plak A..
Lbh kurang je perbualan..
Adoi..

ima said...

saya rasa ini.

nadia atilah said...

: sama nya situasi yang saya alami sekarang .

cik jaa said...

hai zara~
been stalked here since bila ye?? lupa~ haha. nak berkongsi jugak =)
anyway, pasal isu ni lah kan. saya pernah alami jugak. but in different way lah =) nearly 11 years now but alhamdulillah, slowly it heal itself bila kita cuba utk lepaskan dia dalam erti kata sebenar~ ikhlas dan redha. saya berterus-terang. awal2 dulu ade respon tp bila masing2 menjauh, hilang macam tu aje. but i keep dreaming on him.selalunya when his situation get worst -.-'' i keep contact him tapi dah takde respon mcm dulu. saya ikuti setiap perjalanan hidup die walau tak directly contact with him. dan sekarang ni, still mengikuti perkembangan tapi tak se'excited' dulu-dulu dah =) tahap nanar pun dah berkurang. hehe. ape pun, untuk meluahkan mmg payah. tapi kalau respon luahan tu +ve mcm moon punye kisah, kan bahagie tu?? yg penting redha aje. just move with the flow =)

The Poyo Me said...

Saya jenis orang yang pendam. tapi kawan sorang ni 100% terbalik.

pantang ada lelaki dia suka, mesti confess. direct2 depan muka, tanpa segan silu. "hadiah ni untuk awak, actually saya suka awak." FUH!!

rasanya yang saya tau ada 2-3 senior dah diconfessnya, yang saya taktau sure ramai lagi.

anyway, semuanya tak ada kesudahan baik (single sampai sekarang) tapi saya tetap respek budak ni. kerana dia buat apa yang kita semua tak sanggup buat.

kena reject? ah, tak apa. die move on kepada yang lain. no hard feelings. Siap boleh bergambar dengan ex crush, dia apa kesah?

serius saya nak jadikan dia idola. mampukah saya confess kepada buah hati dan telan rejection tu? hahaha

p.s. sorang lagi kawan ada confess dekat lelaki yang dia suka. bahagia sampai sekarang. agak kalau tak confess mungkin stay sinlge sebab lelaki tu stok pendiam!

anies_5566 said...

besnya if ada manusia yg tanpa segan silu luhakan ati perasan directly..
respect toing2 la..

wat about if jumpa some1 betoi2 kita dah suka..then finally kita tarik diri dlm perhubungan tu coz rasa we are lacking to many things..

rasa cam kita not good enough to completing him..

by tarik diri, we hope some other girls will make him more hepi..

bukan xsyg perhubungan tu...just rasa 'he deserve to get better girl..'

haish..

love mmg complicated..