Hari ni masuk hari keempat batuk, demam dan selsema secara pakej. Sejak hari pertama pulang ke Muar tempoh hari, batuk berlaku tiba-tiba sahaja. Mungkin cuaca terlampau kering dan bahang bagi aku. Menjadikan cuti panjang adalah kurang menarik apabila jatuh sakit. Suhu kejap naik dan turun, dengan batuk yang menyesakkan, aku cuma berdoa agar aku bertambah baik sebelum memulakan kerja semula.
Jadi, semalam dengan kepala yang berat, bergerak ke tandas bagi memenuhi tuntutan perut yang memulas. Sedang menunaikan hajat, hidung jadi tidak selesa. Memikirkan ia mungkin mukus akibat selsema, aku hembus sahaja keluar. Malangnya, yang keluar bukannya mukus. Tapi darah. Kelam kelibut dalam tandas, selesaikan urusan bersuci dan keluar. Teriak panggil suami yang baru nak bersiap untuk solat Maghrib.
Aku : Bang, hidung darah.
Suami : Apa? Apa?
Aku : Hidung darah. Ingat selsema.
Suami : Baring. Saya ambil ais.
Aku : (baring sambil tahan hidung guna tisu)
Suami : Panas sangat badan ni.
Aku : Tak tahu. Tak tahu.
Suami : Gaduh dengan tahi pun boleh darah hidung.
Aku : Apa?
Suami : Pergi buang air besar, sampai darah hidung. Gaduh ke apa?
Aku : Hahaha. Cet!
Sumber gambar : [pautan] |
6 comments:
Comel betul tahi. Warna warni.
aduh,,, mungkin cuaca panas sangat.. banyakkan minum air masak
p/s jangan lupa vote blog acik untuk favorite lifestyle blog ,cara-cara ada di blog acik
jgn lupa juga bykkan makan benda2 yg bervitamin C.....
dulu saya pun pernah kena hingus berdarah.....
ada buat entri ttg nie sebelum ini....
alhamdulillah ramai yg sudi ikut cara yang saya cadangkan tu....
Hahaha.. Sempat lagi cik abang tu buat lawak ye..Teehee
Aku skrg pun asik darah hidung gak.. Mungkin sbb terlalu panas. Tapi bila hujan 2 3 hari ni, Alhamdulillah.. Baru rasa hidung ok..:) Semoga cepat sembuh.
haha..cam gampang, lawak tahap guling2 nie
Post a Comment