Banyak perkara yang Tuhan berikan pada kita untuk kita lihat kembali --- untuk kita mengkaji adakah kita hambaNya yang bersyukur atau sekadar terima tanpa ada rasa apa-apa. Mungkin, kita menerima dan membawanya sedaya upaya tanpa menyedari setiap daripadanya adalah ujian kecil yang kita perlu tahu keadaan diri (dengan lebih lagi).
Satu benda yang aku cuba untuk memahami dalam kehidupan yang aku lalui adalah bagaimana untuk melakukan semua benda yang diamanahkan dengan tidak menyakiti hati sesiapa walaupun aku terpaksa berperang dengan jiwa sendiri atas pilihan yang aku buat. Duduk dan perhatikan setiap satu daripadanya --- aku yakin yang aku perlu bersyukur sebab aku tak menghadapinya sendirian. Dalam erti kata lain, cabaran satu demi satu muncul, tapi Allah berikan aku seorang teman yang akan sedaya upaya bantu aku. Pasangan aku.
Melihatkan perjalanan sampai ke dua belas, buatkan aku sekali lagi terfikir bahawa, perjalanan masih panjang dan aku kena yakin bahawa semangat yang kuat diperlukan agar aku tidak kecundang dengan cabaran yang mendatang. Bila kesihatan menjadi taruhan, keselamatan diri sebagai satu permainan --- tak akan aku mahu pandang enteng dan korbankan segalanya demi untuk memuaskan keperluan orang lain semata, bukan?
Instagram aku : [pautan] |
2 comments:
Kepentingan orang lain harus kita jaga selagi mana kepentingan kita sendiri tidak terabai.
Andai kepentingan orang lain menyebabkan kita abaikan kepentingan kita sendiri, ia adalah tanda untuk kita berhenti dan melihat adakah ia berbaloi?
Kemungkinan jawapanya adalah tidak. Itu masa untuk mengatakan tidak.
assalam,
salam ziarah dari bunda...
Post a Comment