Monday, May 27, 2013

Kehidupan Baru.


Bangun pagi.
Masih tertanya-tanya lagi.
Betulkah ini yang kita panggil "destiny"?

Orang yang selama ini pada waktu pagi hantar pesanan ringkas di aplikasi telefon pintar, sudah terjaga dan senyum sambil ungkapkan ayat yang serupa. Ah! Perasaan sungguh berlainan hari ini. Bangun dan mahu ketawa tapi nanti dibilang orang gila.

kalau dulu boleh bersilat dan bermalasan.
Semoga tidak lupa diri untuk bangun sedia sarapan.
Tak kenyang dengan senyuman.
Tak hilang dahaga dengan kenyitan.

Senyum sendiri.
Tampar perlahan pipi.
Hey, kau tak mimpi.
Memang itu Kopi!

http://farm9.staticflickr.com/8015/7625013548_899b01f61e.jpg
[Sumber gambar]

Sunday, May 26, 2013

Segalanya Bakal Berubah.


Hari ini aku bangun dengan pelbagai perkara.
Bangkit dengan pelbagai rasa.

Adakah ini yang aku mahukan dalam hidup selama ini? Apakah mungkin keputusan ini adalah yang terbaik buat diri sendiri, keluarga dan segala macam manusia yang menyokong dalam menjadikan siapa aku sebentar lagi? Barangkali aku terlampau banyak berfikir sehingga aku lupa hakikat aku perlu berhenti rehat dan lepaskan segalanya dengan tenang tanpa ada paksa.

Ah!
Aku cuba untuk jadi diri sendiri tetapi malangnya, hari ini bukan untuk aku lepaskan segala laku dan kebiasaan peribadi. Banyak mata yang bakal memerhati dan aku ternyata lebih gemar untuk memuaskan hati orang lain yang aku sayang dan menyimpan sebahagian daripada diri aku ke dalam. Biarlah. Asalkan semuanya gembira.

Kan?
Sebentar sahaja lagi.

Jantung berdegup bagaikan gendang dipalu sekuat hati, bagaikan kayuhan tanpa henti mengejar siren kecemasan yang sedang berbunyi menandakan perlawan hampir tamat bila matahari mula tercacak tinggi. Oh, aku tahu dan mengerti. Ini apa yang aku mahukan selama ini. Sesuatu yang aku boleh khabarkan sebagai milikan sendiri walaupun sekadar pinjaman Ilahi.

Bismillah.
Tenangkan hati aku, Ya Allah.
Ini jalan yang aku pilih dan aku mohon Kau merahmati.

http://farm9.staticflickr.com/8030/8055417344_28f85bb2b0.jpg
[Sumber gambar]

Saturday, May 25, 2013

Perjalanan 30 : #30


Dari kanak-kanak yang jatuh, ada yang tarik kembali.
Dari remaja yang mengganas, ada yang paut sedar diri.
Sehingga dewasa ini.

Dalam satu perjalanan yang jauh, ada kalanya perlu singgah ke beberapa destinasi. Perlu belajar banyak benda baru yang langsung tidak pernah termimpi oleh diri. Yang perlu dihadam walaupun sakit, walaupun menyeret tubuh sehingga pucat lesi.

Penghujung hari ini.
Garisan penamat tiba lagi.
Bermulanya tahap seterusnya.
Yang perlu dimulakan dengan kenal akar umbi.

Selamat tinggal.
Semoga kita jumpa lagi.

http://farm9.staticflickr.com/8085/8556572752_6c869aa881.jpg
[Sumber gambar]

Friday, May 24, 2013

Perjalanan 30 : #29


Dalam sering tertanya-tanya sama ada aku mampu mengecapi nikmat bahagia seperti yang dialami oleh manusia lain, aku lebih senang untuk bersyukur dengan apa yang telah Allah pinjamkan aku sehingga hari ini. Kenyataannya tidak semua yang aku mahukan bakal menjadi milik sendiri. Ada yang barangkali hanya satu persinggahan supaya aku tidak pernah bongkak dan ujub dengan bertongkatkan langit, berpaksikan bumi.

Ada satu hari di mana aku pernah berlari tidak tentu arah pada waktu malam sewaktu zaman belajar. Berlari dalam erti kata mengawal perasaan amarah dengan diri yang telah aku hamburkan dalam satu karya yang telah terbit sebelum ini (buat sesiapa yang terbaca, mereka mungkin mengerti) --- aku mencari di mana kesilapan aku sehingga diperlakukan sesuka hati oleh manusia yang aku sayangi.

Di saat aku berhenti dan renung tasik seorang diri, aku mengerti hakikat bahawa sekuat mana aku perjuangkan suatu benda itu, ada saatnya aku perlu lepaskan tatkala ia bukan milik aku lagi. Barangkali sebagai yang pertama wujud, aku belum mampu jadi yang terbaik --- yang pertama barangkali bukanlah yang paling sempurna, tetapi yang pertama itu mengajar banyak benda.

Aku sudah berhenti berlari.
Pulang dengan senyum sendiri.
Berjalan sambil renung bintang di sebalik pohon tinggi.
Dengan impian untuk digelar manusia menjadi.

Itu kenangan yang membawa kepada siapa aku hari ini.
Yang senyumannya pernah mati.
Bangkit kembali.

http://farm8.staticflickr.com/7135/7777382380_39ec135ab2.jpg
[Sumber gambar]

Thursday, May 23, 2013

Perjalanan 30 : #28


Semuanya berjalan baik-baik sahaja.
Tangan sudah menunjukkan perubahan yang baik walaupun sakitnya masih terasa. Syukur ke hadrat Allah, kehidupan masih berjalan dengan baik walaupun ternyata, ada harga yang perlu dibayar untuk menjadikan hidup lebih baik daripada yang sebelumnya.

Senyuman semakin terang.
Memandangkan terlampau banyak benda yang mendatang, bersedia atau tidak --- segalanya perlu ditempuh dengan doa semuanya bakal baik-baik belaka. Barangkali manifestasi setiap orang berbeza dengan yang lainnya. Barangkali juga disebabkan perbelanjaan bukan sedikit, maka apa yang diusahakan mahu dilaksanakan dengan bersungguh juga.

Aduh.
Moga baik-baik sahaja.

http://farm9.staticflickr.com/8188/8088148816_af73f6b1b5.jpg
[Sumber gambar]



Wednesday, May 22, 2013

Perjalanan 30 : #27


Malam sebelumnya, seseorang yang sentiasa mendapat hormat tertinggi daripada aku memberikan teguran dan nasihat yang aku rasa, tiada orang lain mampu sentuh kecuali dia. Dalam tutur katanya, walaupun selalu menjerit kuat dan membantah kelakuan aku selama ini, kelmarin --- aku dengar kembali, suara berbentuk nasihat ketika aku putus cinta buat kali pertama dalam hidup pada tahun 2007. Aku dengar kembali suara lirih, penuh dengan pengharapan.

"Duduk sini. Duduk depan"

Akur.
Memang salah aku (sebahagiannya --- jahanam! Tak nak mengaku salah juga), tapi aku buat perkara sedemikian disebabkan aku sangat memerlukan khidmat nasihat berkaitan kesihatan daripada seorang teman. Malangnya, akibat berlainan jantina, itu menimbulkan amarah dan boikot besar daripada sang wanita yang aku puja. Alhamdulillah, aku dapat nasihat yang aku perlukan walaupun aku sendiri kurang pasti sama ada aku bakal ikutkan ataupun tidak daripada doktor tersebut.

Berbalik kepada nasihat itu, ayat paling menyentuh hati yang aku sengkang mata aku daripada mengalirkan air mata dan hanya duduk mengangguk sahaja apabila diberikan arahan untuk mendengar kata. Ah, sekeras mana aku sekalipun --- bila berdepan dengan manusia yang aku sanjung tinggi dan wanita yang aku puja, aku akan jadi selemah-lemah manusia. Tanpa redha daripada mereka, siapa aku mahu mengharapkan redha Allah kan?

"Siapa sangka, anak lincah ini bakal meninggalkan kami semua? Bakal meletakkan sepenuh daya tumpuan kepada orang lain pula selepas ini? Walaupun duduk bersama, tapi kesetiaan dan penghormatan itu bukan milik kami sepenuhnya lagi"


Dan semalam, buat kali pertama dalam hidup, aku hampir menangis sewaktu ke klinik. Tangan kanan entah kenapa bengkak yang teramat sangat dan setelah diperiksa, aku mungkin terkena sengatan dua binatang berbisa tanpa aku sedari. Bengkak sampai aku rasa menggigil. Memandu sendiri ke klinik dan nasib baik, akibat dikenali oleh pegawai perubatan disitu, aku menerima rawatan terus di kaunter (sebab dia tahu aku perlu balik mengajar ke sekolah).

Lima belas biji ubat sekali masuk dalam perut, aku rasa aku memang mamai segilanya.
Lima biji steroid.

Moga hari ini berkurangan sakitnya.
Ujian.

http://farm9.staticflickr.com/8480/8154397682_d546cb0edc.jpg
[Sumber gambar]


Tuesday, May 21, 2013

Perjalanan 30 : #26


Semalam aku belajar banyak benda baru. Benda yang sebelum ini tidak pernah aku jangka, aku buat dengan manusia yang aku letakkan kepercayaan untuk berkongsi banyak benda. Kerjasama yang wujud antara kami membuatkan aku sering tertanya-tanya, adakah kami memang tidak pernah hidup dalam suasana persahabatan semata-mata ataupun benang takdir membawa kami ke arah yang kami sendiri masih ketawa --- adakah itu jalan yang kami mahukan selamanya?

Itu semua suatu bentuk pelajaran.
Di mana kami memilih satu persinggahan untuk lari daripada apa yang diperjuangkan selama ini. Barangkali kami sudah letih pamer senyuman kepada mereka yang tidak mengerti ataupun kami memang menyampah dengan kenyataan bahawa kami hidup demi memuaskan hati orang lain.

Ha ha ha.
Kenyataannya kami sudah jumpa tempat di mana kami perlu rancangkan hidup lebih bahagia --- hidup lebih penuh kisah suka dan perjalanan yang hanya mahu penuh ketawa gembira. Lari dari kepenatan walaupun seketika cuma. Begitulah, kami masih anak-anak kecil yang mahu dipegang dan dimanja tapi kami gagal untuk tunjukkan itu semua. Tanggungjawab barangkali buatkan kami lebih bersikap terbuka, dan memilih untuk tinggalkan benda yang tidak menjanjikan gembira.

Hello Utara!

http://farm7.staticflickr.com/6152/6191433473_596982412f.jpg
[Sumber gambar]


Monday, May 20, 2013

Perjalanan 30 : #25


Bangun pagi.
Sakit perut.

Malam semalam.
Tidur dengan perasaan cemberut.

Dimarahi dengan sepenuh hati.
Tidak melawan bukan bermaksud penakut.

Kemarahan menular dalam diri.
Diamkan tidak bermakna kecut.

Biarlah semua berlalu pantas.
Macam orang lari pecut.

http://farm9.staticflickr.com/8055/8110330740_dfe8b76c7e.jpg
[Sumber gambar]

Sunday, May 19, 2013

Perjalanan 30 : #24


Sejak aku berhenti daripada cari tempat berlindung yang boleh dipanggil rumah atas alasan tertentu (tetapi aku memang ucapkan terima kasih yang banyak membantu) --- disamping ada perubahan dalam perancangan dengan aku menolak beberapa peluang atas sebab kedudukan yang mungkin berlainan dan kestabilan diri sendiri dalam beberapa bulan mendatang, aku mula mencari tempat aku boleh melarikan diri dari kesibukan hidup aku sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Bulan lepas aku ada ke Cameron Highlands, tetapi memandangkan aku pergi bersama satu bas anak-anak remaja yang sepanjang perjalanan pergi dan balik mengeluarkan pelbagai bunyi serta bau (akibat muntah dan sebagainya), aku tidak merasakan percutian sebenarnya. lebih kepada kerja. Ha ha ha. Macam aku pergi ke Penang, Kelantan dan Terengganu sebelum ini --- bukan percutian seperti orang lain fikirkan. Memang aku bekerja. Aku sendiri merasakan setiap kali ada anak pelajar bersama aku bila aku ke mana-mana, itu adalah satu amanah, satu tanggungjawab dan dalam erti kata lain, aku sedang KERJA.

Ha ha ha.
Dan aku memang lupa diri setiap kali aku kerja. Percutian yang boleh dikira bercuti mungkin perjalanan ke Surabaya pada tahun lepas. Itupun bersama kawan-kawan sekerja dan ditemani Puan Mulia, makanya aku berperangai baik dan senonoh. Kalau tak, mungkin aku dah ditemui dalam "Koran-koran" di sana. Dipukul Puan Mulia supaya well-behave. Ha ha ha.

Semalam aku berbual dengan seseorang yang aku panggil adik. Ada beberapa tempat aku cari untuk menghabiskan masa untuk lari (?) dan mungkin bekerja kalau aku bosan dan kebetulan, tempat yang terkenal dengan tasik menenangkan itu berdekatan dengan tempat tinggal beliau. Sesudah berbual dan bertanyakan serba sedikit tentang kawasan tersebut, dia bertanyakan perasaan aku yang mungkin diketahui sedikit serabai ini --- yang tiba-tiba mahu pergi ke kawasan tersebut yang tenang dan sunyi.

Dia : Macam mana perasaan kakak?
Aku : Perasaannya boleh bangun pagi nampak muka budak yg selalu hantar mesej "morning". Nak bangun pagi dengar suara plak.
Dia : Amboi.
Aku : Ha ha ha. 

Aku cuma perlukan tempat untuk lari.
Jauh dari kesibukan sejak aku mula kenal diri.

http://farm9.staticflickr.com/8335/8138417921_38e713a4cb.jpg
[Sumber gambar]


Saturday, May 18, 2013

Perjalanan 30 : #23


Dalam satu perjalanan, kadangkala apabila menuju ke bahagian paling kita suka, pastinya ada sahaja yang muncul menjadikan segalanya berpusing-pusing, kalut dengan pelbagai cerita. Menyakitkan pastinya melihatkan perkara yang sudah terlalu hampir untuk digapai, terlepas dan kita tercarut dengan perkataan yang boleh menyebabkan mulut berdarah di lempang atau kepedasan dilumur cabai.

Diam.
Teruskan pekerjaan seperti biasa dengan memendamkan perasaan melihat pelbagai tawaran yang dilepaskan. Hatta dari impian ataupun barang-barang yang dalam senarai pemburuan. Terpaksa bersabar walaupun itu sesuatu yang sangat diinginkan.

http://farm9.staticflickr.com/8345/8270829738_8e59231b25.jpg
[Sumber gambar]



Friday, May 17, 2013

Perjalanan 30 : #22


Setiap kali mahu merasakan kegembiraan, pastinya ada sahaja disusuli dengan kecederaan. Aku rasa memang ditakdirkan, segala kemenangan perlu ada kepahitan dan malangnya, kepahitan itu yang menemani aku sepanjang malam. Sisa kegembiraan hanya pada sorakan lima minit, tetapi kesakitannya sepanjang siang membawa ke malam hinggalah sekarang.

Mesti kau dah lupa apa yang kau bakal lalui kan?
Sampai menggadai kesihatan.

http://farm9.staticflickr.com/8496/8332822881_c976e660f5.jpg
[Sumber gambar]

Thursday, May 16, 2013

Perjalanan 30 : #21


Semalam aku belajar suatu benda.
Bahawa dalam kegembiraan dan kesungguhan kau cuba menjaga hati orang lain, walaupun kau bersusah payah tekan diri sendiri dengan menanamkan sifat dan sebagainya, tetapi akan ada orang lain yang membunuh dalam diam, sengaja membenihkan perasaan amarah. Supaya segala apa yang kau cuba empang, terhambur keluar begitu sahaja.

Senyum.
Orang begini perlu dilayan dengan senyuman cuma. Betapa kuat mereka menyindir, menganjing sekalipun, moga-moga dengan senyuman manis, mereka akan telan semula segala kepahitan yang mereka hamburkan pada kita. Supaya mereka sedar, benih kebencian yang mereka tanamkan dalam diri itu adalah hasil yang ditabur oleh syaitan ke dalam hati mereka.

Oh.
Lupakan segala yang menyakitkan hati.
Merengsakan jiwa hingga separa mati.

Ah.
Hari ini hari baik.
Hari ini hari bahagia buat semua warga pendidik.

Selamat hari guru.
Terima kasih atas segalanya.
Cikgu.

[Sumber gambar]

Wednesday, May 15, 2013

Perjalanan 30 : #20


Sepanjang malam aku habiskan dengan mencari kawasan penempatan yang sesuai untuk aku mulakan kehidupan baru. Tetapi segalanya berakhir dengan jalan buntu. Satu demi satu peluang sudah dicuba, dan aku nampaknya boleh menasihatkan diri untuk berusaha lebih kuat. Bukan tidak dicari sebelum ini, tetapi memandangkan aku tidak menjumpai apa aku mahukan --- malam tadi, usaha dilipat-gandakan.

Buntu.
Letih.

Impian kecil.
Untuk punya satu tempat yang aku boleh panggil sebagai rumah. Untuk aku kekal berlindung sementara, mencari kebahagiaan yang aku perlukan selama ini. Mencari kegembiraan memulakan satu kehidupan lain, lari daripada aku yang sekarang ini. Lari barangkali kurang tepat. Yang lebih tepatnya adalah berubah mengikut suasana yang diperlukan.

Berpura-pura?
Menahan sabar.

Perjalanan semakin menghampiri garis penamat tahap pertama. Di hujung garisan penamat itu sebenarnya bermulanya satu lagi tahap baru yang perlu didaki dari asas. Dari tiada pengalaman sehinggalah menjadi matang yang entah bagaimana diukur oleh orang. Tapi di situ, tiada siapa yang mahu dipedulikan. Hidup yang seterusnya, kepentingan sudah berubah. 

Ada lebih banyak hati perlu dijaga.
Ada lebih banyak kesabaran bakal tersisa.

http://farm9.staticflickr.com/8095/8474869274_3604e8f91e.jpg
[Sumber gambar]

Tuesday, May 14, 2013

Perjalanan 30 : #19


Kesibukan menyebabkan aku rebah awal hampir setiap malam. Badan semakin lama semakin memberontak kerana selama ini aku tidak beri apa yang diinginkan. Ya, rehat. Sepanjang hampir empat tahun ini, aku tak pernah betul-betul memuaskan keinginan tubuh yang mendambakan satu keadaan tenang yang dipanggil rehat, tidur. Dan entah kenapa, setiap kali aku tidur --- aku bahkan akan terjaga dengan resah (tidak termasuk cuaca panas membahang) dengan pelbagai benda bersusun dalam kepala mahu diuruskan.

Gila.

Sudahlah badan semakin letih, menghadapi kehidupan juga menyebabkan tenaga aku diperah sehingga maksima. Cubaan memuaskan hati banyak pihak barangkali buat aku hampir gila. Gila dengan disini mahu dilayan dengan senyuman, yang disana juga mahu diberikan senyuman patuh menyelesaikan kerja. Barangkali aku patut tinggalkan semua benda dan cuma pergi selesaikan apa yang aku suka.

Sakit kepala.

Malangnya, aku tiada kekuatan untuk bangkit dan tinggalkan segalanya. Setiap benda yang diberikan kepada aku adalah amanah dan walaupun banyak benda boleh menaikkan amarah, aku perlu sedar bahawa aku perlu mengawal sedaya upaya. Bukankah sikap panas hati dan darah itu sudah banyak berubah? Peningkatan usia, perbezaan jawapan setiap kali aku berikan persoalan pada diri dan ya, aku lebih senang untuk duduk dan habiskan masa sendiri. 

Sumpah.

Banyak benda yang aku cuba langsaikan. Dan setiap daripadanya memerlukan pengorbanan. Tetapi dijauhkan dari kebodohan harapnya.

http://farm9.staticflickr.com/8250/8509487473_d09206ee75.jpg
[Sumber gambar]

Monday, May 13, 2013

Perjalanan 30 : #18


Bercakap sesuatu isu dengan orang yang memahami situasi kita seringkali menjadikan segalanya lebih baik dan tenang berbanding merungut dengan orang yang tidak mengerti apa-apa. Mereka yang tidak melalui benda yang serupa menjadikan kita akan termangu dengan reaksi yang diberikan. Apakah itu penyelesaian ataupun sekadar jawapan untuk memuaskan pertanyaan?

Begitulah barangkali yang sesetengah dari kita rasakan.
Meluahkan rasa sakit dengan sesuatu perkara dengan mereka yang lebih mengerti menjadikan beban itu bagaikan diangkat dari bahu. Mendendangkan rasa kelegaan apabila apa yang dirungutkan mendapat salah satu cadangan penyelesaian. Mana mungkin mahu digalas beban ke sana ke mari sehingga menyusahkan diri sendiri?

Kerana itu, manusia itu unik dan tersendiri.
Berhentilah dari mencari kesalahan mereka yang kau sendiri tidak ketahui hujung pangkalnya. Hanya berdasarkan pemerhatian dan rasa sakit hati kau yang entah apa-apa, kau menanamkan rasa benci kepada yang lain juga. Kalau itu membuatkan kau menerima penghormatan yang tinggi dalam usaha kau menjadikan diri kau dilihat oleh orang lain, dipersilakan. Setiap daripada manusia yang ada di dunia ini mengerti manusia lain yang wujud dan kekurangan kasih sayang.

Merampas orang lain bukan jalan penyelesaian.
Itu hanya menjadikan kehidupan kau lebih perit dari apa kau bayangkan.

http://farm9.staticflickr.com/8113/8642610209_c8c8c52db3.jpg
[Sumber gambar]



Sunday, May 12, 2013

Perjalanan 30 : #17


Bila melihatkan orang menilai manusia lain dengan bangsa, agama --- seringkali terfikir, apakah dalam hidup mereka, mereka sendiri tidak pernah dinilai sedemikian rupa. Adakah dengan membezakan setiap orang dan mengganggap mereka semua adalah jahat, itu menjadikan hidup anda lebih baik?

Entahlah.
Padahal benda begini sudah dipupuk sejak dari kecil. Kita diajar melayan setiap orang sama rata, tidak mengira siapa pun mereka. Apa latar belakang mereka dan sebagainya. Adakah kalau kita sakit dan pergi ke pusat perubatan yang di mana pengamal perubatannya tidak sama bangsa dan agama dengan kita, kita akan dihalau pergi begitu sahaja?

Sesuatu untuk difikirkan barangkali.
Begitu juga dengan orang yang melihat warna kulit, saiz tubuh badan dengan pandangan hina dan mengagungkan warna kulit serta saiz badan dia dan keluarga dia sebagai yang ideal. Jadi, bagaimana dengan orang lain yang tidak serupa? Hinanya mereka di mata manusia yang berperangai sedemikian rupa ya?

Barangkali sebagai manusia yang baru mendaki tangga kematangan --- banyak benda yang perlu dipelajari. Tapi aku jujurnya tidak mengerti bagaimana boleh wujud manusia yang membezakan manusia hanya disebabkan paras rupa, warna kulit dan saiz tubuh badan. Dengan kenyataan bahawa jika bersama dengan orang yang 'kekurangan' dalam segi paras rupa, fizikal ini menjadikan keturunan tidak dikembangkan dengan baik, aku hanya mampu meraup wajah mendengarkan ada lagi yang berfikiran dangkal sedemikian rupa.

Terjaga awal pagi dan terbaca satu pesanan begini di kumpulan FB :

"Tidak diakui kewujudan sebagai ahli keluarga baru disebabkan kekurangan dari segi fizikal berbanding keluarga si dia yang kebanyakannya berkulit putih, berwajah mulus, bersaiz kecil dan kurus. Apakah salah saya disebabkan dalam keturunan sebelah saya kebanyakannya berangka badan besar, gemuk dan berkulit gelap? Adakah saya mahu menyalahkan Tuhan yang menjadikan saya sedemikian walaupun saya sudah berpuluh kali menjalani diet, rawatan dan sebagainya sejak usia remaja bila diejek sebegini? 

Luluh hati apabila terdengar kenyataan : "Bukan dia tak baik, bukan dia tak bijak, tapi sebab kulit dia hitam, gelap. Lepas tu, kau tengoklah badan dia gemuk. Gempal. Pendek pula tu. Bosanlah bila keturunan kita pendek, rendah, rendang selama ni. Kenapalah kau boleh pilih budak macam dia tu? Macam mana dengan keturunan kita nanti? Takkan selamanya nak pendek, rendang semata? Anak yang bakal lahir nanti, kalau mengikut dia macam mana? Nak akui keturunan pun malu?"

Apakah demi memenuhi tuntutan keluarga baru yang mahu fizikal terbaik pada saya, saya perlu buang rangka tubuh saya dan mengubah diri saya sepenuhnya seperti mereka untuk diterima dengan baik? Tidak cukupkah dengan taraf akademik, pekerjaan dan layanan saya? Mengapa manusia mahu melihat kepada ciri fizikal lagi?"

Dalam keadaan manusia makin maju, lebih canggih rupanya ada manusia yang dangkal dan daif pemikirannya. Kalau paras rupa yang menjadikan seseorang itu hebat dan bukan amalannya, perlakuan dan akhlaknya, barangkali tidak ramai yang layak menjadi baik. Lebih ramai yang akan beratur untuk mengubah penampilan, tubuh yang telah Allah kurniakan.

Bagi sahabat yang aku pinjam luahan hatinya ini, ketahuilah bahawa aku sangat mengerti apa yang kamu lalui. Barangkali tidak berada di tempat kamu, tapi aku sangat mengerti dibezakan oleh masyarakat dan oleh orang sekeliling aku disebabkan oleh paras rupa dan fizikal.

Dunia tidak kejam.
Hidup tidak kejam.
Manusia-manusia yang hasad dengki menjadikan ia kejam.

http://farm9.staticflickr.com/8383/8679950143_57252b30e6.jpg
[Sumber gambar]

Saturday, May 11, 2013

Perjalanan 30 : #16


Kadangkala dalam hidup, apa yang kita buat hanya mahu menggembirakan orang lain. Memuaskan hati orang lain walaupun kita terpaksa korbankan kepentingan diri sendiri. Menahan segala kesakitan demi memenuhi tuntutan tanggungjawab ---walaupun apa yang kita lakukan tidak mendapat tempat yang sepatutnya dalam hati manusia lain. Moga keikhlasan yang cuba dizahirkan mendapat keputusan lebih baik dalam cubaan yang sudah entah kali keberapa.

Selamat berjuang.
Menghadapi barisan manusia yang terus menongkat langit dan enggan mahu tumbang. Melihat manusia lain sebagai makhluk hina hanya disebabkan paras rupa - bagaikan mereka adalah Tuhan yang memegang nyawa dan menjadikan segala. Padahal Yang Maha Berkuasa tidak pernah membezakan hambaNya. Biarkan mereka tenggelam dengan keangkuhan dunia walaupun ternyata mereka sendiri datang dari ceruk entah mana dan datang menyabung nyawa - mencari rezeki di kota ternama.

Kalau itu menjadikan mereka angkuh hingga lupa diri, biarkan mereka dengan telatah mereka dan kita boleh senyum sendiri mengenangkan kelucuan makhluk sebegini. Biarkan mereka pergi. Biarkan mereka hadir disisi tetapi anggap sahaja mereka tidak membawa erti.

[Sumber gambar]



Friday, May 10, 2013

Perjalanan 30 : #15


Separuh masa sudah berlalu.

Mengenangkan hidup yang sedang dilalui dengan pelbagai benda mendatang - rebah keletihan saban malam, sama ada tubuh terlampau penat ataupun semakin dimamah kekuatan. Waktu siang dihabiskan dengan bekerja dan menyelesaikan segala urusan menyiapkan projek bersama, malam waktu istirehat sudah lebih kepada rehat ataupun tidur. Langsung badan tidak menerima apa-apa aktiviti menjelang lebih jam sepuluh. Kalau dipaksa sekalipun, memang mamai.

Ternyata, sedikit sebanyak pengalaman dalam hal ini menjadikan aku lebih mengerti mengapa ada orang boleh bertukar menjadi Godzilla bila diasak dengan pelbagai tekanan, persoalan yang menyesakkan minda. Aku memilih untuk teruskan hidup macam biasa, lebih terarah kepada kerja dan enggan menyerabutkan kepala dengan banyak benda.

:)

http://farm9.staticflickr.com/8380/8558907945_1e6237cce4.jpg
[Sumber gambar]




Thursday, May 09, 2013

Perjalanan 30 : #14


Satu demi satu dilalui dengan menahan kekuatan daripada digunakan di tempat yang tidak sepatutnya. Cuba memahami bahawa dalam memilih jalan hidup yang sedikit berbeza dengan orang lain, aku perlu tabah dalam memilih apa yang aku mahu atau aku percaya.

Sehingga kebenaran itu dibukakan buat aku --- aku cuma diam dan kirimkan doa agar segalanya bakal baik-baik sahaja. Barangkali aku sudah terlalu tegar atau tepu dengan segala benda yang dihadapi buat masa ini. Bila punya ruang untuk aku rehat, aku rebahkan diri di pembaringan dan enggan mahu ambil tahu tentang apa-apa.

Biarlah.
Badan sudah terlalu banyak kali digunakan sehingga tahap layu. Lembik, dan tidak berdaya tetapi atas sebab tidak mahu menghampakan permintaan orang lain, digagahkan juga. Masih bangun dengan bertongkatkan lengan dan tampal senyuman bagaikan tiada apa yang terbazir dalam setiap pergerakan. Biarlah.

Senyuman yang paling berharga sudah lama hilang ditelan masa. Yang tinggal barangkali senyuman paksa demi meneruskan kelangsungan hidup. Sudah lama tidak ketawa kerana benar-benar gembira. Tidak dapat dijangka dengan wujudnya manusia yang perlu dihadap sepanjang usia --- keletihan itu lebih sukar dibendung. Perasaan berbaur dengan rasa hormat yang semakin menipis tetapi berusaha untuk dikekalkan. Positif itu penting tetapi bila diuji berulangkali - ah, alangkah pemadam juga menipis bila dilanyak setiap kali, apatah lagi hati manusia kan?

Ujian bakal menjelma lagi.
Entah kuat atau lemah nak menghadapi benda begini.
Buat masa ini ---
Kekalkan senyuman dan doa perasaan negatif mati.
Dan biarkan mulut itu berhenti.


http://farm1.staticflickr.com/67/198319939_1f35c62c2d.jpg
[Sumber gambar]

Wednesday, May 08, 2013

Perjalanan 30 : #13


The most painful goodbyes are the ones that are never said, or never explained.

Satu benda yang paling menyampah dalam hidup ini bila ada orang terus menerus mahu menipu walaupun ternyata sudah terbuka tembelang penipuannya banyak kali. Lebih menyakitkan walaupun kau sudah tahu apa yang berlaku dan cuba untuk bertanyakan --- masing2 akan tetap menyatakan perkara yang mereka konon cuba selindungkan.

Tak bolehkah jika teruskan kehidupan bagaikan tiada apa yang menemukan benang takdir suatu ketika dahulu?

Biarkan segalanya berlalu tanpa perlu menyentuh luka paling dalam yang pernah ditinggalkan. Konsep siapa yang menyebabkan cedera dan hanya dia juga menyembuhkan tidak boleh digunakan dalam semua situasi.

Oh ya.
Lagu "When I Was Your Man" - Bruno Mars, yang diminta untuk didengari itu sudah biasa berkumandang di radio. Terlalu biasa dan entah bagaimana jelak dengan itu semua. Sebagai balasan, difikirkan bahawa lagu Unfaithful oleh Rihanna adalah sesuai untuk ditujukan balik. Tetapi, lagu "Irreplaceable" oleh Beyonce lagi tepat barangkali.

Teruskan kehidupan penuh penipuan dan cukuplah dengan ayat bahawa "janji tak mahu buat lagi"

Apa tidak cukup lagi membunuh dalam diam lebih dari sembilan satu satu hari?

Jika menipu menjadikan hidup kekal bahagia dan sempurna, teruskan sahaja. Tiada yang menghalang dan tiada yang menggalakkan.


Dan air mata yang kononnya tumpah setiap malam itu adalah sebenarnya ketawa yang kau cuba tahan akibat melihat kebodohan mereka yang kau permainkan.

(tepuk tangan)

Catatan :
Ini dituliskan untuk seorang teman dengan ucapan --- kau tidak keseorangan dalam melalui ini semua.

[Sumber gambar]

Tuesday, May 07, 2013

Perjalanan 30 : #12


Mengenangkan apa yang telah banyak dikorbankan demi senyuman semua orang yang tidak pernah berputus asa --- kadangkala kita sendiri akan terpanggil untuk kuat. Walaupun bukan untuk diri sendiri, tetapi menyembunyikan kesakitan demi lihat tiada muka yang memandang penuh simpati, kita sanggup buat apa sahaja.

Begitulah.
Putus asa jangan sesekali wujud dalam diri. Betapa kuat cabaran dan dugaan --- teruskan senyuman, teruskan kehidupan seperti biasa dan layankan pertanyaan orang dengan baik. Kalau ada mereka yang terus menerus menguji kesabaran tanpa henti tanpa mereka sedari, mungkin kau boleh menegur mereka secara baik dengan ayat lebih kurang begini :

"Terima kasih atas layanan baik tempoh hari. Hanya Yang Maha Berkuasa boleh membalas segala budi."

Walaupun kedengaran sedikit sarkastik tetapi selagi mampu diluahkan kemarahan tanpa disimpan, dipendam hingga menanah hati --- luahkan dengan cara baik dan berhemah. Jangan pernah dilayan kebencian dan kemarahan orang dengan perasaan amarah juga. Satu yang perlu diingat bahawa, jangan menjatuhkan tahap sehingga rendah seperti mereka yang menggunakan kebencian dan hinaan demi meningkatkan keyakinan diri.

Biarkan.
Teruskan senyuman.
Kalau mereka mati, hadiri sahaja perkebumian.

http://farm6.staticflickr.com/5165/5282031955_4d91ef4f2f.jpg
[Sumber gambar]

Monday, May 06, 2013

Perjalanan 30 : #11


Kegembiraan itu sukar untuk diimpikan. Dalam banyak-banyak perkara yang dimahukan dalam hidup, mencapai kebahagiaan adalah salah satu daripadanya. Entah mengapa, erti kegembiraan itu makin lama semakin menjauh. Cuba untuk didekati tetapi malangnya bagaikan tiada erti.

Kalau hanya sebelah pihak sahaja yang berusaha, kegembiraan itu tidak akan kekal lama. Semakin lama, semakin penat melayan karenah, sebelah pihak akan jadi putus asa dan enggan mahu teruskan usaha. Puas diacah gembira, diagah mahu teruskan episod bahagia tapi akhirnya - ada sahaja pihak yang terluka dan terus berduka.

Kecewa?
Barangkali ya.

Terkilan?
Semestinya.

Marah?
Sudah dia belajar untuk senyum penuh pura.


http://farm6.staticflickr.com/5059/5523795640_306b76ff84.jpg
[Sumber gambar]

Sunday, May 05, 2013

Perjalanan 30 : #10


Seawal pagi sudah keluar memastikan tugasan bakal dimulakan tanpa sebarang kesalahan. Tanpa sebarang masalah yang bakal merencatkan perjalanan. Ini kali pertama tugasan diterima, semoga segalanya berjalan baik dan dapat pulang ke teratak keluarga tanpa masalah.

Hari ini setiap rakyat yang layak mengundi akan keluar beratur beramai-ramai bagi menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat dalam memilih pemimpin. Tidak kira sama ada wajah baru ataupun wajah lama, pemimpin yang bakal dipilih akan menerajui kawasan dan mengemudi negara selama mereka memegang tampuk kuasa. Semoga pilihan yang bakal dibuat adalah tepat dengan mengambil kira semua aspek yang kita suka ataupun tidak suka.

Sesuatu yang perlu kita ingat bahawa apabila berakhirnya hari ini --- pelbagai kemungkinan mungkin terjadi. Senario negara mungkin bertukar wajah dengan pemimpin baru, dengan pimpinan gaya berbeza ataupun jika masih diberikan mandat kepada muka-muka lama, kita sebagai rakyat akan tetap meneruskan kehidupan seperti biasa. Pergi kerja, pulang kerja, berehat di rumah dan mengulangi rutin harian itu sentiasa.

Keesokan hari bakal menjelma, tanpa mengira siapa menang atau kalah, kita sudah memilih pemimpin yang kita suka. Bukan kita sahaja, bahkan setiap daripada mereka yang layak juga telah menentukan siapa yang mereka mahukan --- sama ada mereka sanjungi ataupun mereka benci. Pilihan di tangan setiap dari kita dan hanya perlu dilunaskan sahaja.

Mungkin pada hari ini kita masih boleh bertepuk tampar dengan calon-calon pemimpin kita, mungkin kita masih boleh kongsi minum dari bekas yang sama dan ketawa meriah dengan jenaka yang entahkan lucu ataupun sekadar menjaga air muka.

Jika ditakdirkan mereka menang pada hari ini, permulaan hari esok barangkali mula mengubah siapa mereka. Pembawakan diri juga berubah. Kita mungkin sudah semakin jauh daripada mereka. Entah-entah sudah dilupakan jerit payah melaung sokongan dari sekecil-kecil perkara sehinggalah memasang bendera sepanjang beberapa batu dan unit marhalah.

Adakah sepanjang tempoh dua minggu ini --- kita telah menolak mereka yang kita sayangi hanya disebabkan oleh perbezaan parti dan warna bendera yang menaungi?

Bila segalanya berakhir tengah malam ini nanti, mereka yang kita mungkin sudah ludah bersulamkan benci itulah yang bakal menyediakan sarapan pagi. Rumah yang kita tidak mahu jejak disebabkan perbezaan ideologi itulah yang bakal kita rebahkan tubuh penat menjelang dinihari.  Sahabat yang kita lemparkan jelingan penuh dendam itulah yang bakal dihubungi untuk bersaing ke tempat kerja mencari rezeki.

Sebab itulah teman-teman.
Pentingnya besederhana.
Mengamalkan sikap terbuka.
Tanpa mengira bangsa ataupun agama.
Serta warna dan jenis bendera.

Selamat keluar mengundi.
Kalian punya masa lagi.
:)

[Sumber gambar]

Saturday, May 04, 2013

Perjalanan 30 : #09


Orang macam aku barangkali perlu diam sahaja - buat bisu dan tuli setiap kali ada yang tidak berpuas hati bersuara. Situasinya mungkin sama dengan menghadapi kawasan kejiranan yang penuh dengan anjing berkeliaran yang menyalak ataupun mengejar tidak tentu hala - lebih baik diam daripada pergi marah anjing tersebut tidak tahu hujung pangkal punca.

Benda yang dilakukan sekadar suka-suka, mengisi masa lapang tanpa melibatkan orang lain dan hanya untuk kepuasan diri sendiri ternyata boleh mengakibatkan ada yang rasa sakit dalam jiwa hingga mahu merobek nyawa orang lain. Nampak benar bahawa bila nafsu menguasai diri, akal menjadi pendek dan kaki tersadung mahu berlari. Orang begini dibiarkan sahaja kerana ada satu tahap nanti, mereka akan tepuk dahi dan kesal sendiri. Memilih pendekatan anjing menyalak bukit atau gunung, gunung tidak akan runtuh - maka berdiam diri adalah lebih baik daripada mengiyakan atau menyalahkan apa golongan sedemikian perkatakan.

Malam tadi hati sedikit terkilan.
Tapi disembuhkan serta merta dengan memikirkan apa yang telah mereka lakukan dalam hidup selama ini. Terkilan bagaimanapun, lihat sahaja bagaimana mereka menjaga aku hingga tahap aku sekarang ini. Berbanding dengan manusia-manusia lain yang bikin mereka kecil hati, bikin aku rabak sendiri - tetapi mereka tetap menggalakkan jalan yang aku pilih sendiri. Doa mereka, penuh keikhlasan membawa aku sehingga satu tahap aku hanya mampu tahan air mata daripada dihamburkan depan mereka.

Mereka istimewa.
Mereka nyawa.

[Sumber gambar]

Friday, May 03, 2013

Perjalanan 30 : #08


Darkness cannot drive out darkness; only light can do that. Hate cannot drive out hate; only love can do that. - Dr Martin Luther King Jr.


Aku memilih untuk menghilangkan rasa sakit dengan senyum hampir setiap masa kecuali waktu-waktu yang aku perlu kekal serius tanpa secalit emosi. Sedikit demi sedikit aku perhatikan, benda-benda kecil pun dijadikan satu perkara wajib yang mahu ditiru tanpa memikirkan sebab dan akibat yang bakal terjadi. Apakah dengan menyalin setiap benda yang sama akan menjadikan kita serupa dengan orang yang kita tiru? Sudah tentu tidak memandangkan setiap daripada kita adalah istimewa.

Kita adalah kita.
Mana mungkin ada orang serupa seratus peratus dengan kita?
Alangkah kembar yang keluar dari rahim yang sama juga berbeza.

Adakah kau akan suka apabila seseorang yang cuba kau kejar sedaya upaya menghampiri kau hanya disebabkan kau punya penampilan yang sama dengan manusia yang dia pernah kehilangan satu ketika dulu? Dia punya pengikat jiwa, penceria suasana dia sendiri sehinggalah dia kehilangan kekasih hati. Munculnya kau entah sebagai perampas atau pengganti --- tetapi tidak sedikit pun dia terlintas untuk menjadikan kau sebagai insan paling istimewa.

Kewujudan kau hanya sebagai tempat melampiaskan rasa kosong, berpura-pura bahagia, melayan kau bagaikan kau punya kepentingan bersama. Ternyata, apabila kau mengetahui dia menyukai kau sebagai tempat membuang masa, kau berusaha untuk mengikat dia dengan menjadikan si dia yang sudah pergi sebagai idola. Segala apa yang si dia dulu ada, kau cuma adakan pada diri kau dengan harapan, kau akan wujud di hadapan mata.

Sehingga bila kau mahu berusaha menambat hati dengan menjadi orang lain dan bukan diri sendiri? Sehingga dia tersentak dan sedar diri bahawa bukan kau yang bertakhta di hati dan kehadiran kau tidak lebih dari sekadar mengubati hati?

Aku sekadar pemerhati.
Pendapat aku tiada nilai di sisi.
Mungkin kau sudah buta mata, terhijab dengan ilusi.
Tapi mohon dengan sangat --- jangan buta mata hati.

[Sumber gambar]


Thursday, May 02, 2013

Perjalanan 30 : #07


Banyak perkara yang diberitakan dalam satu hari sehingga terhenyak kepenatan. Penat. Aku menolak untuk tenggelam dalam rasa aneh dan menyakitkan. Walau bagaimana sekalipun rasa ingin terjatuh, aku heret diri dan bangun demi cita-cita yang aku perjuangkan.

Sesuatu yang mungkin tidak pernah kau fikirkan akan berlaku tetapi bila kebenarannya dibuka - kau akan mula berfikir kembali sama ada keputusan yang kau buat dalam beberapa ketika ini adalah keputusan yang tepat ataupun sekadar menenangkan hati dari masalah yang kau ada.

Rebound life?
Impossible.
No way!

Walaupun satu demi satu kebenaran kau luahkan, tetapi ternyata itu tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa kau sedang menipu dengan menggunakan nama orang lain. Bukankah kau sering mengingatkan bahawa kuasa Internet itu besar sebenarnya. Bagaimana kau mahu menyembunyikan diri, malangnya akan ada mereka yang lain membocorkan hal yang kau sembunyikan. Itu lebih melukakan daripada pembohongan secara terang-terangan yang kau sembunyikan.

Susah barangkali untuk jujur bila kau sentiasa menipu dalam hidup. Sampai bila mahu menyeksa diri sendiri? Membiarkan perasaan mati dalam diam-diam demi menyeksa orang lain yang menyakitkan kau? Cukup barangkali.

Berhenti dari jalan yang kau pilih.
Pilih jalan lain.

Rasa sayang pada diri sendiri buatkan aku terfikir satu benda. Apakah yang bakal aku hadapi dalam hidup bila aku tolak anasir negatif yang datang mendekati? Bahagia. Gembira. Itu lebih penting dari puaskan hati orang tanpa henti dan sembelih jiwa sendiri.

Kau perlu tahu - kalau kau benci aku, tak perlu menjengah apa yang aku tuliskan. Bersihkan hati :)

http://farm2.staticflickr.com/1178/5179222194_cbe22e5a68.jpg
[Sumber gambar]



Wednesday, May 01, 2013

Perjalanan 30 : #06


Tak sangka, akhirnya setelah ambil masa beberapa ketika dan menghabiskan bukan sedikit perbelanjaan demi mencari mereka-mereka yang hilang dari senarai, aku (dan kami) telah buat persetujuan untuk bukakan sedikit ruang agar urusan dipermudahkan. Barangkali kerana benda ini disimpan terlalu lama hingga menyebabkan ada hati-hati yang terluka.

Percayalah.
Tiada niat langsung mahu mengenepikan kalian yang banyak memberikan sesuatu dalam kehidupan aku (dan kami) tapi kami ada sebab tersendiri mengapa lebih senang untuk kekal dengan cara kami sendiri. Barangkali disebabkan kehidupan kami sendiri menjadikan rencana sedemikian rupa hanya untuk dinikmati dengan orang-orang tertentu sahaja.

Apa pun, hari ini seorang lagi dari ahli keluarga bakal dilepaskan untuk membina keluarga sendiri walaupun kalau dilihat dari sudut umur, belum sampai tahap yang boleh menjadi seorang ketua. Tidak mengapa. Jodoh itu semuanya di tangan Yang Maha Esa. Kalau itu jalan yang dipilih, yang ada disekeliling hanya mampu mendoakan yang terbaik sahaja.

Hari ini cuti Hari Pekerja.
Tapi tetap perlu bekerja dengan urusan remeh walaupun hati terpaksa.
Itu pun kalau kau tidak hargai keluarga, memang dasar perlu layaknya dibuang sahaja.

http://farm4.staticflickr.com/3589/4558147012_10afc3c91d.jpg
[Sumber gambar]