Thursday, November 29, 2012

#19 : Ini Cerita Seorang Perempuan


01. Banyak benda yang berlaku dalam minggu ini. Banyak juga tarikh akhir menguruskan sesuatu dikejar - walaupun kalau diikutkan, bekerja dalam cuti sama sahaja pengertiannya dengan tidak bercuti. Tapi, itu belakang cerita sebab apa yang dilakukan menyeronokkan, maka, kalau benda itu dipanggil bebanan sekalipun, ianya masih bebanan yang menggembirakan. Heh!

02. Apa pun, Adam Awraq dah sampai ke tahap servis ke 50 000 km semalam - walaupun dah terlebih dua ribu daripada had yang sepatutnya. Tak sedar disebabkan khayal - ataupun terlampau sibuk dengan urusan lain, makanya, masih boleh dimaafkan barangkali. Terima kasih kepada pegawai di Perodua yang banyak membantu bila ada soalan yang diajukan setiap kali aku servis. Bagus layanan di Perodua.

03. Ada cerita gempar yang dikhabarkan pada mulanya. Aku boleh kata yang aku bersyukur punya penulis BISIK - atas kepakaran bahasa yang tinggi, motivasi yang kuat serta memahami aku - apa yang terlampau berat untuk ditanggung semalam, dapat dipermudahkan selepas berbual dengan dia. Mungkin sebab ada benda yang boleh dikongsi dengan pakar bahasa yang bagus seperti dia. 

04. Terima kasih juga buat Kopi. Ya, anda menenangkan saya yang banyak masalah sejak kebelakangan ini walaupun saya tak dapat sangat membantu dalam masalah anda. Tetapi, bak kata Kopi - berkongsi itu sudah cukup bagus. Mendengarkan (baca sebenarnya) - masalah ataupun hal-hal berkaitan kerja dia, mungkin meringankan sedikit apa yang dilalui. Sekurangnya aku tahu apa yang berlaku dan bagaimana mahu diselesaikan sesuatu perkara itu.

05. Semalam hari yang buruk. Dari pagi membawa ke sepanjang hari - sehinggalah ke malam. Terbukti, orang yang kita anggap kawan, dari bermulanya mereka sebagai manusia yang tidak dikenali, meminta bantuan kita untuk mengangkat projek mereka naik, hinggalah sudah sedikit terkenal (dengan pertanyaan sinikal Kopi dalam isu ini) - mereka sudah melupakan kawan yang kononnya dianggap sebagai kawan sekepala. Ah, tapi manusia memang hipokrit. Dalam industri yang sangat kecil pun mahu buat drama dalam hidup, memang takkan ke mana kata Kopi. Biarkan mereka, asalkan tahu apa yang mahu dilakukan. Wee hoo!

06. Walaupun persahabatan sudah tidak macam dulu (terima kasih kepada makhluk aneh bak kata SS) - yang penting, siapa yang tidak pernah meninggalkan kita dalam apa jua keadaan. Lainlah dengan mereka yang sentiasa pandang buruk orang atas sebab obsesi kan seorang yang lain. Apa pun, buat yang sentiasa bersama, dalam baik buruk, dengan pandangan jujur dalam semua perkara - keinginan untuk terus maju itu adalah sangat penting. Salute!

http://farm4.staticflickr.com/3090/4641966898_926cd156c6.jpg
[Sumber gambar] - Aku akan pastikan yang aku tidak berada di tahap kalian sebab cukuplah sekadar blog tempat aku menulis.

07. Buat yang masih baru membaca blog ini, sedikit peringatan. Disebabkan aku menulis untuk Terfaktab juga, kebanyakan tulisan aku adalah mengambil kira pandangan pembaca sana juga. Mungkin orang yang kenal (ataupun sangka dia kenal, heh!) ataupun sudah lama baca blog ini - tahu bahawa kebanyakan tulisan aku, bukan mengenai aku. Yang berkenaan aku cuma yang ada "Siri - Ini Cerita Seorang Perempuan". Yang lain adalah dari pemerhatian, pengalaman serta penceritaan dan perkongsian orang dalam hidup mereka. Jadi, terima kasih buat mereka yang menjadi inspirasi dalam penulisan aku yang layak tulis di blog sahaja.

Sekian

Nota Kaki :
(dari buku yang aku baru selesai baca)

Here she is, all mine, trying her best to give me all she can. How could I ever hurt her? But I didn’t understand then. That I could hurt somebody so badly she would never recover. That a person can, just by living, damage another human being beyond repair. — Haruki Murakami, South of the Border, West of the Sun


Wednesday, November 28, 2012

[Ulasan] : Mangsa - Gina Yap Lai Yoong | Fixi


Amaran.
Ulasan yang akan anda baca ini tidak mengandungi apa-apa maklumat yang bisa membocorkan jalan cerita. Cuma, ia adalah tulisan pantas aku setelah membaca naskah terbaru Gina Yap Lai Yoong yang juga penulis novel Ngeri yang bagus itu.

http://farm9.staticflickr.com/8349/8222256803_a78f45bf27_z.jpg
[Flickr aku] : Sejambak bunga is too mainstream :p


The novel arrived at 1245 (27 November 2012).
Start : 1315 (27 November 2012)
End : 1500 (27 November 2012)

Bila terbaca tweet yang MANGSA sudah boleh ditempah daripada Faizal Sulaiman, seawal jam 7 pagi (lebih kurang), aku dah tempah MANGSA dan dengan sabar menunggu di rumah.

Sebab kenapa beli MANGSA :

1. Sebab daripada FIXI (perlukan alasan lebih kukuh ke?)
2. Sebab tulisan Gina Yap Lai Yoong yang menulis NGERI, jadi MANGSA adalah wajib dibeli juga.

Ulasan :

1. Sesiapa yang beli MANGSA tanpa baca NGERI - akan terlepas sesuatu yang menyeronokkan walaupun akan tahu siapa pembunuh kedua dalam NGERI. Disarankan baca NGERI dahulu.

2. MANGSA membawa sorotan yang menarik. Sekurang-kurangnya dalam konteks rakyat Malaysia yang asyik dihidangkan dengan Gerak Khas (batuk) - kita akan jumpa polis yang berdedikasi dna tidaklah asyik pergi makan di kedai kopi setiap kali nak melakukan penyiasatan. Heh!

3. MANGSA dimulakan dengan Natalia dan Nazwan - walaupun mula2 kau akan keliru, apa kaitan mereka dengan mangsa yang hilang. Sehinggalah satu ketika - ada perkaitannya. Mestilah kena baca sendiri, mana boleh segalanya diberitahu.

4. Ada watak Hani, Iqbal (sekejap - kenapa nama watak macam Intern FIXI je?) dan Pak Hassim di satu kawasan di Kuala Lipis (Siti Nurhaliza punya kampung?) yang bakal membawa anda semua teruja apabila baca buku ni.

5. Pertanyaan : Takde adegan ganas macam dalam NGERI. Kenapa Gina? Kenapa? Tak dapat nak menyamar jadi konon Dr Reid dalam MANGSA walaupun ya, masih dapat merasakan keterujaan cerita.

6. Ada detektif yang bekerja dengan Inspektor Rashid bernama Detektif Minho (Ehem! Lee Minho aktor Korea ke) yang tangkas dan boleh dikatakan menyokong watak Inspektor Rashid dengan baik sekali.

7. Ada Detektif Hema yang masih menjejak pembunuh NGERI sebab dia terlampau obsesi (perkataan ini mengingatkan saya kepada sesuatu, heh!) dan alangkah menyedihkan apabila, eh, ada sambungan lagi tak selepas NGERI, MANGSA ini? (terus tukar topik)

8. Nama anak Inspektor Rashid adalah Rosmah (tepuk kuat) - Jadi kepada semua peminat nama ini di atas talian, beli buku ini cepat! Tahniah anda semua!

9. Persahabatan Hani dan Jo membuatkan aku seperti rasa nak menangis walaupun diakhiri dengan tragedi akibat kesilapan Detektif Hema yang rasanya perlu pergi ke kursus menembak untuk mencari sasaran yang tepat dan tidak kelam kabut, gelojoh sendiri. Macam Reid Criminal Minds sungguh.

10. Belilah naskah anda sendiri untuk pembacaan yang menerujakan.

11. Tiada aksi terlampau di dalam naskah ini - mengikut ukuran pembacaan saya yang merasakan tiada apa yang inzal pun pada trilogy 50 Shades of Grey (yang setiap satu naskah saya berikan 1/5 bintang) Fifty Shades of Grey, Fifty Shades Darker, Fifty Shades Freed - jadi MANGSA boleh dikatakan bersih dan sesuai untuk pembacaan segala peringkat umur.

Nota Kaki :
Pagi-pagi dihidangkan dengan perjalanan yang panjang serta kisah penuh warna. Aneh.

Tuesday, November 27, 2012

[Ulasan ] : Mental - Shaz Johar | Fixi


Amaran.
Ulasan yang akan anda baca ini tidak mengandungi apa-apa maklumat yang bisa membocorkan jalan cerita. Cuma, ia adalah tulisan pantas aku setelah membaca naskah terbaru Shaz Johar yang juga merupakan penulis Kougar, Tabu, Kopi 3 Rasa (Antologi KOPI) dan juga Bahlul vs Beautiful (Antologi BOLA). Ulasan aku ini adalah salinan daripada Goodreads. Maka, kalau ada campuran bahasa, adalah mohon dimaafkan. 

http://farm9.staticflickr.com/8062/8184215015_28325320cf_z.jpg
[Flickr Aku] : Untuk rekod, buku ini tiba pada 14 November 2012.


Kudos Shaz Johar :)

01. Puas hati buku tiba sebelum waktu kemuncak sibuk. Maka punya waktu untuk membaca dengan santai. Durasi pembacaan adalah tiga jam dengan diselang seli upacara masak dan ritual lain.

02. 'MENTAL' adalah tentang watak Maya yang di dalam rumah yang didiami ada 4 watak lain - Jin, Sierra, Rania dan Rashid. Ada juga tambahan beberapa watak lain - Benjamin, Dr Salman, Pak Bado, Mak Itam, Marlis dan beberapa lain.

03. Ada cameo watak Kisha (Kougar) dan Bibi (Tabu) - Aku suka cara Shaz sebegini. | lebih-lebih lagi kepada pembaca yang membeli pakej '3some' dari FIXI - jadi mereka akan lebih dekat dengan cara penulisan Shaz.

04. Ada terselit beberapa perkara yang dekat dengan dunia realiti. Kalau kau peka dengan hal semasa, jadi kau akan tahu juga.

05. Cerita MENTAL agak tricky - Disarankan agar jangan berhenti-berhenti baca. Sebab nanti akan kurang faham dan kena ulang baca sehelai dua kebelakang.

06. Tulisan Shaz Johar kali ini - punya latar orang gaji mengingatkan aku kepada cerpennya dalam KOPI -"Kopi 3 Rasa"

07. Aku sarankan kalian baca sendiri - dapatkan naskah ini dan selami cerita yang sebelum pengakhirannya kalian akan temui jawapan.

Nota Kaki :
Aku letak ulasan sebab ada orang kata aku dah lama tak ulas buku - tapi merepek menulis komentar di Twitter semata. Maaf.

Awak, Hentikan Semua Ini.


Awak.
Hentikan semua ini.
Jangan biarkan sesiapa sakit hati.
Tinggalkan semua perasaan benci.

Awak.
Jangan pernah datang lagi.
Jangan buat dia separuh mati.
Menahan marah pada diri.

Awak.
Cukup sudah mencari dia.
Jangan buat dia terluka.
Dengan sikap awak yang sambil lewa.
Pernahkah awak terfikir yang dia manusia?

Awak.
Mengapa mahu cari dia lagi?
Tidak cukupkah manusia di sisi?
Yang awak kendong ke sana ke mari.
Dan tinggalkan dia dalam keadaan sunyi.
Yang tenggelam dalam sepi.

Awak.
Biarkan dia cari kebahagiaan.
Hati dia bukan barang mainan.
Yang awak boleh suka tekan butang layanan.
Dia manusia yang punya perasaan.
Mengapa awak tidak pernah fikirkan?

Awak.
Itu bukan satu hukuman.
Tapi satu bentuk pengakhiran.
Dia enggan lagi punya pertalian.
Dengan awak yang lebih banyak menyakitkan.
Bukan hadiah kegembiraan.
Tapi kurnia kesengsaraan.

Awak.
Bolehkah awak ke tepi?
Dia mahu pilih laluan sendiri.

http://farm6.staticflickr.com/5177/5520244154_4b8d9163ab.jpg
[Sumber gambar]

Zara : Bila dia sudah jadi milik orang lain, kadangkala kau hanya perlu senyum dan ucapkan selamat berbahagia tanpa perlu luahkan rasa yang boleh buat dia serba salah dan serba tidak kena. (Shafaza Zara, 27 November 2012)

Sunday, November 25, 2012

Awak, Bukankah Awak Kenal Dia?


Awak.
Bukankah awak kenal dia?
Setiap inci hidupnya ada dalam minda.
Setiap gerak lakunya awak boleh baca.
Jadi, mengapa kerap mahu bertanya?
Tentang dia setiap masa.

Awak.
Bukankah awak kenal dia?
Dari senyuman dia, awak boleh teka.
Dari gerak laku dia, awak sudah boleh cerita.
Dari perkataan terhambur, awak boleh rasa.
Tapi kenapa awak masih lagi mahu persia?

Awak.
Bukankah awak kenal dia?
Dia sudah berpunya.
Untuk apa lagi awak bertunggu tangga.
Untuk apa lagi awak mahu kononnya setia.
Padahal dia tidak pernah cinta.
Dengan awak yang pasang angan gila.

Awak.
Bukankah awak kenal dia?
Diri awak tidak pernah wujud dalam mata.
Apatah lagi terlintas dalam minda.
Bagaimana awak mahu laungkan awak derita?
Menunggu dia separuh gila.
Sedangkan kewujudan awak langsung tiada khabar berita.
Dalam hidupnya, awak tidak pernah ada.

Awak.
Bukankah awak kenal dia?
Penungguan awak hanya buang masa.
Lebih baik awak lakukan benda berharga.
Daripada mengharapkan dia terjaga.
Menyedari kehadiran awak yang renungnya tanpa putus asa.
Sedangkan dia hidup dengan bahagia.
Dengan ceritera dia penuh gembira.

Awak.
Bukankah awak kenal diri sendiri?
Apa yang awak mahukan dalam hidup ini?
Sudah tentu hanya awak yang mengerti.
Kenapa mahu terus seksa diri?
Bergelut dan terus menanti.
Bahkan sudah separuh mati.
Demi dia yang langsung tidak memahami.
Kehadiran awak tidak disedari.

Awak.
Mengapa mahu menunggu kepunyaan orang?
Sudahlah cukup gila bayang.
Jangan sampai mabuk kepayang.
Pusing kepala hingga otak bergoncang.
Awak sendiri tidak suka hak disailang.
Mengapa mahu mencari pasal dan mencetus perang?

Awak.
Sudah tiba masa untuk berhenti.
Dari buang masa menanti.
Lebih baik belajar sayang diri sendiri.
Itu lebih baik dari awak meracau tidak henti.
Belajar kenal hati.

http://farm4.staticflickr.com/3277/2767889592_1d545911c2.jpg
[Sumber gambar]

Zara : Kadangkala kita perlu belajar mengenal diri sendiri sebelum belajar mengenal manusia lain yang wujud dalam hidup kita. Bagaimana mahu tentukan hidup bila hati sendiri pun kau tak mampu baca? (Shafaza Zara, 25 November 2012)

Saturday, November 24, 2012

Awak, Berhenti Seksa Dia.


Awak.
Bukankah cerita sudah tamat?
Mengapa awak mahu muncul dan bikin palat?
Kehidupan dia sudah sangat penat.
Tidak perlu awak datang dalam bayangan musibat.
Kerana dia sudah enggan ambil berat.

Awak.
Untuk apa datang lagi.
Bukankah segalanya jelas kali terakhir awak muncul di sisi?
Dia bukan yang dulu awak kenali.
Dia sudah ada jalan hidup sendiri.
Awak datang kononnya menagih janji.
Tapi ingatkah awak pernah buat dia separuh mati?

Awak.
Berhenti dari seksa dia.
Benarkan dia hidup gembira.
Dia mengira jalan menuju bahagia.
Kenapa awak mahu terus mahu buatkan dia terluka?
Salah apa lagi dia setelah berikan awak kebebasan yang awak suka?

Awak.
Tak penat ke buat orang menangis?
Hidup dia bukan untuk coret kisah tragis.
Sudah cukuplah awak hidangkan rasa sadis.
Biarlah dia punya senyuman manis.
Kenapa mahu buat perangai najis?

Awak.
Dengan awak dia simpan banyak kenangan.
Bukan semuanya penuh kepahitan.
Ada yang dia mahu ingat kemanisan.
Tidak perlulah awak datang dan cemarkan.
Dia mahu mengingati awak sebagai kawan.
Seorang yang memuliakan persahabatan.
Bukan sebagai lawan.

Awak.
Jangan datang lagi.
Dia mohon awak pergi.
Layanlah yang baru  di sisi.
Dia bukan sesiapa untuk awak kini.
Jangan seksa hati.

Awak.
Dia boleh jadi kawan paling baik di dunia.
Tapi dia juga boleh jadi lawan yang mengheret ke neraka.
Bukankah awak mahu meniti jalan ke syurga?
Berhenti cari dia.

http://farm2.staticflickr.com/1336/4727663368_68754dfdc1.jpg
[Sumber gambar]

Zara : Bila senyuman itu bukan untuk kau lagi, bolehkah kau hindarkan diri dan biarkan dia pilih jalan hidup sendiri? (Shafaza Zara, 24 November 2012)

Friday, November 23, 2012

Kahwin Kod.


Terjumpa dengan bekas pelajar masa keluar tadi. Walaupun tak ingat nama, tapi wajahnya masih tak dilupakan. Nampak dalam stroller ada bayi, yang dikendong ada seorang, yang dipimpin seorang - sudah ada anak 3.

Dia : Cikgu, ingat saya lagi?
Aku : Muka ingat, nama maaf, saya terlupa.
Dia : Saya dulu yang menangis cikgu pindah.
Aku : Ah, maafkan saya. Anak ke ni?
Dia : Ya, anak-anak saya semua ni.
Aku : Wah! Tahniah!
Dia : Cikgu dah kahwin?
Aku : Belum.
Dia : Takpe. Cikgu boleh jadi nenek muda pada anak-anak saya.
Aku : Heh!

Nenek muda eh?
>.<"

*******

Kopi : Nak pakai baju warna apa?
Frappu : Pakai baju kaler biru. Kod #13E8EC
Kopi : Ewah. Melampau guna code.

http://farm4.staticflickr.com/3048/2834630097_ce40316983.jpg
[Sumber gambar]

Hari ini dia balik dan kirimkan pesanan lagi.

"Awak, kasut baru saya warna #FFFFFF, #F2F23C & #000000."

Ambik!

Kanvas Putih.


Sebagai satu sokongan dan penghargaan buat rakan-rakan yang hanya dikenali melalui kicauan burung biru tetapi mampu memberikan yang terbaik dalam ruang berkongsi rasa. Jadi ini, antara yang sempat aku tuliskan dalam menahan perasaan yang tidak boleh dicerna.

  • Bila sudah kau layangkan untuk tatapan semua, mereka mungkin hanya terbuntang mata. Entah apa yang mahu ditunggu mereka. 
  • Sebesar mana sekalipun yang kau ada, satu bintik hitam saja sudah dikira noda.  
  • Tak sangka bajingan akan buat akaun baru demi nak mengata. Pergi buka baru untuk tabur dosa? Anehnya manusia gila. Aneh 
  • Ah, dicemari dengan perbualan yang tiada kena mengena. Peraturan bukan mainan kepala. Diam.  
  • Dalam senyum sinis kau penuh benci, jangan kau cemari dengan bilasan nama agama. Mohon jangan pernah cuba.
  • Kau mahu marah sebab susur masa ala kau penuh dengan manusia berpuisi? Ah, mungkin kau lebih senang dengan cheetah kuning gigi! 
  • Sengaja tumpahkan warna merah pada kau, supaya kau tahu aku juga manusia yang ada rasa marah.
  • Maafkan Twitter anda dicemari dengan saya malam ini. Hanya melampiaskan amarah barangkali. Supaya benci itu mati.  
  • Semoga mampu menutupi tubuh kau, jiwa kau yang dengki bila sekumpulan manusia mahu tulis apa mereka gemari. Kau boleh mati. 
  • Bila kami bicara tentang - tentang benda bermakna, kau tuduh kami buat kerja gila. Sialan apakah ini ya semua?  
  • Orang hulur - Dari mahu tulis "Aku cinta kau" terus bertukar jadi - "Dajey hang punya perangai! Serupa !"
  • Susah juga bila orang pandai bertukar bodoh tiba-tiba. yang kau cuba coret berhati-hati warna, kau koyakkan dengan marah. 
  • Ada terentang depan mata. Kau tulis segala carutan hamburkan rasa marah. Dari khinzir, hingga celaka.  
  • Kau campak warna ke yang tergantung di dinding sekolah. Laungan kuat anak buat kau terpana. Kanvas cikgu!
  •  Dalam cerita kita, kau lupa bahawa ada ruang yang masih belum kau boleh jamah. Kau lihat, simpan lakaran dalam minda. 
  •  Orang kata anak2 itu ibarat - tapi mereka lupa warna putih dikaitkan dengan yang meriah
  •   - Kadangkala kain kapan juga dicemari tanah merah, aku tak pasti kau mahu kau juga pecah :) 
  •  Jiwa panas. Parah rasa. Tanggung amarah. Moga aku jam ini tidak dicemari sumpah seranah. Takut diakhiri simbahan darah merah 
  •  Selamat malam - Jangan pernah mati rasa. Biarkan senyuman kekal di wajah, lunak muka untuk homosapiens

http://farm5.staticflickr.com/4130/4950170343_22efd4673d.jpg
[Sumber gambar]

Anehnya, barangkali malam tadi banyak ujian menimpa. Sedang gembira dengan manusia yang sentiasa buat aku lupakan saya marah, sedih dan duka - secara tiba-tiba muncul orang yang merenggut rasa. Mematikan buah bicara dan merangsang rasa marah antara dua manusia yang sedang menghiasi hidup dengan bahagia.

Kanvas putih dicemari rasa amarah.
Jelaga.

Zara : Aneh bila orang tidak memahami apa itu privasi.

Wednesday, November 21, 2012

#18 : Ini Cerita Seorang Perempuan.


Alhamdulillah.
Apa yang dirancangkan, walaupun dalam keadaan sedikit tergesa-gesa dan dihimpit kesibukan serta tuntutan kerja, segalanya berjalan lancar. Muncul satu dua kekangan yang boleh bikin manusia mahu dilempar ke dinding akibat merosakkan perasaan, tetapi syukur segalanya mampu dikawal dengan mengenangkan segalanya atas hormat kepada yang lebih tua. Tidak mengapa, asalkan keluarga tahu apa yang dibuat - segala kacau bilau yang muncul boleh kita cuba pejamkan mata (walaupun ternyata geram masih bersisa).

Begitulah.
Manusia merancang, Allah yang menentukan sama ada perancangan kita akan seperti yang diharapkan atau tidak. Bila mana kita tidak mahu menjadi seperti manusia lain yang terlampau tunduk dengan adat serta budaya yang langsung tidak membawa apa-apa kebaikan bahkan kemudaratan (serta umpatan) - akan ada sahaja makhluk yang muncul untuk menjadikan segala yang dirancang sedikit terjejas dan mengakibatkan kita yang mahu lari dari kebiasaan, terjebak ke dalam laluan yang paling mahu dielakkan. Natijahnya, yang dihamburkan kemarahan bukannya mereka, tetapi kita yang berusaha mengelak - kena marah tatkala mereka semua sudah berhambus keluar tanpa tahu apa-apa.

Ajar diri untuk terima.
Itulah. Beritahu kepada diri bahawa ada manusia yang masih menjunjung adat ke tahap paling tinggi walaupun agama boleh dibuat mainan baling ke tepi. Ya, manusia yang masih pegang dengan pepatah - "Biar mati anak, jangan mati adat" - makanya, dengan orang sebegini, betapa kuatnya kita mahu hindari, dengan ada sokongan keluarga yang bagus juga - tetapi orang begitu sanggup memijak masuk, tanpa mengira sesiapa demi adat, demi budaya yang mereka pertahankan walaupun ternyata tidak membawa sedikit kebaikan pun kepada sesiapa. Hanya kegembiraan palsu dalam kenangan beku masa.

Keras suara.
Tetapkan pendirian - walaupun mungkin ada hati yang terguris tanpa sengaja. Mana mungkin membiarkan diri jadi sasaran kemarahan sahaja, padahal diri tersepit dengan desakan masyarakat yang seperti tidak kenal dengan siapa mereka berurusan. Ah, jangan lupa mereka sangat menjunjung adat sehingga akal terbejat. Orang lain juga ada yang masih nampak adat, masih pandang tinggi adat, tapi tidaklah sehingga melanggar batas apa yang tidak disuka. 

http://farm4.staticflickr.com/3343/3269017842_8f7af7c385.jpg
[Sumber gambar]

Terima kasih.
Kalau mahu disebutkan satu persatu, mana mungkin boleh dinyatakan semua. Tetapi tetap juga mahu ucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama - yang memahami mengapa semua ini harus dilalui dalam keadaan penuh diam, penuh sederhana - penuh dengan apa sahaja tanpa perlu kacau bilau dan segala benda yang hanya mengeruhkan keadaan serta suasana. Apakah manusia tidak layak untuk senyum ikhlas tatkala dia bahagia?

Selsema.
Tarik mukus keluar dan kita mungkin belum rasa lega.
Berdehem sakit sehingga berdengung telinga.
Bunyi nafas mendesah, naik turun - lebih sakit kepala.
Mungkin itu masih sakit dalam jiwa.

Berak.
Kadangkala sembelit - susah keluar macam nak berak.
Berapa lama mencangkung, tiada jatuh berdetak.
Duduk termenung, kadangkala sambil berborak.
Tetap menunggu sampai mahu pecah otak.
Mungkin itu yang dirasakan, rabak.

Demam.
Suhu badan panas, tengok bacaan sampai tergamam.
Sakit tekak, perit - semua makanan hanya dikemam.
Langsung apa  yang dimakan tidak dapat dihadam.
Senyap, menggigil dalam diam.
Mungkin itu yang sedang dipendam.

Zara : Kadangkala kita kena berpura-pura tidak tahu apa yang terjadi, walaupun kebenarannya sudah terbentang di hadapan mata dengan harapan supaya segalanya baik-baik sahaja. Ketap gigi, tarik nafas paling dalam dan berikan senyuman paling ikhlas demi menghadapi hidup ini. (Shafaza Zara, 21 November 2012)

Tuesday, November 20, 2012

Lagi-Lagi Dia.


Setiap kali kau muncul.
Kau cerita tentang si dia.
Hanya si dia.

Setiap kali butir bicara terpacul.
Hanya si dia.
Tentang si dia.

Pernahkah kau terfikir.
Ada benda yang boleh bunuh mereka.
Yang boleh matikan rasa.
Hanya kerana dia.

Cukuplah.
Hari ini ulang tahun dia.
Semalam ulang tahun bersama.
Kau mahu menyanyi lagu apa.
Kau mahu persembahkan hadiah mega.
Itukan kau punya suka.

Lagi-lagi dia.
Mereka sudah separa gila.
Lihat kau nanar dengan si dia.
Apakah jantung kau sudah terpacak panah dewa.
Hingga tiada lain hiasan bibir selain dia.

Kau senyum ceria.
Bukan mereka cemburu.
Mereka tidak mahu kau tenggelam dalam tipu.
Kau cukuplah buta hati dahulu.
Mereka tidak mahu kau hangus jadi debu.
Tapi jiwa kau dah tepu.

Kau merembes cerita tentang dia.
Yang mendengar hanya pasang telinga.
Kutip satu-satu cerita mahu dijaja.
Padahal kau salutkan mereka kawan mati bersama.
Sebab kau tidak terasa ditikam dari belakang tepat di kepala.
Mungkin kau tidak pernah rasa.
Hanya kerana kau mabukkan si dia.
Ah, cinta.

Kau marah bila ketikan telefon mati dihujung talian.
Sudahlah hidup dalam dongengan.
Mereka sudah bosan.
Untuk terus melayan.
Dia hanya bayangan.
Memori kematian.

http://farm9.staticflickr.com/8006/7682842778_234006ac9d.jpg
[Sumber gambar]

Zara : Terima kasih untuk pertolongan yang sangat dihargai. Ah, nasib baik tidak perlu tunjuk muka. Kalau tidak, mesti nampak seorang (seekor?) panda yang besar dengan mata bengkak kerana membunuh masa bekerja sepanjang malam hingga tidak sepicing pun melelapkan mata.

Monday, November 19, 2012

Kita Berbeza.


Tuntutan kerja tidak sama.
Bidang pekerjaan juga berbeza.
Yang seorang boleh duduk diam buat kerja.
Yang seorang lagi memekak marah bila ada tidak kena.
Tetapi dua-dua tidak terlepas dari tekanan jiwa.

Manusia diciptakan sama.
Tetapi setiap manusia ada keunikan mereka.
Seorang tinggi sedikit, kulit cerah dan kecil badannya.
Seorang lagi rendah, gemuk dan gelap pula.
Tapi siapa tahu jika hati boleh bertaut cinta?

Kadangkala mahu saja dikirim cerita.
Buat mulut manusia yang suka mengata.
Yang lebih gemar mencela.
Perbezaan itu menjadikan manusia kenal Pencipta.
Bukan sesuka hati membanding beza.
Dengan merasakan diri mereka lebih bagus daripada sesiapa.
Apa kelayakan yang kau ada?

Serupa.
Dalam banyak perbezaan, ada benda yang sama.
Yang dikongsi kerana minat tanpa paksa.
Satu aroma.

Terima kasih.
Atas nikmat ketagih.
Dua manusia boleh duduk tersengih.
Nikmati kopi yang terhidang dengan gigih.

http://farm4.staticflickr.com/3274/2636518367_1aaf50d42c.jpg
[Sumber gambar] : Mana nak cari ni eh?

Zara : Senyuman yang terukir bukan petanda yang sama dengan jiwa yang melalui. Pernahkah kau terfikir manusia yang paling kuat senyumannya adalah manusia yang sedang tanggung paling banyak derita? (Shafaza Zara, 19 November 2012)

Saturday, November 17, 2012

Hari Terakhir.


Tidur pun tak lena. Entah berapa kali terjaga, berpusing-pusing, guling-guling atas ranjang merah sambil perhatikan dinding biru. Apa yang aku risaukan pun aku kurang pasti. Satu demi satu keperluan aku senaraikan dalam kepala. Mungkin senarai yang aku jengah semalam buat aku jadi separuh gila. Mungkinlah juga - walaupun bukan senarai aku. Tumpang tengok senarai orang pun boleh jadi seriau. Merepek sungguh perangai.

Banyak benda ganggu kepala. Semalam bukanlah hari yang terlampau baik - walaupun aku rasa menjelang petang suasana bertambah gembira. Rasa disebabkan suntikan kafein dalam badan - membuatkan apa yang dihadapi sejak pagi beransur hilang dengan sendirinya. Tak tahu mengapa, satu demi satu dugaan muncul. Manusia yang tak dikenali muncul dengan tidak diketahui niat. Tapi maaflah, aku tak dapat melunaskan permintaan kalian (kecuali seorang terlepas tapi aku terpaksa potong kembali). Sebab, kalau niat kalian baik, sewajarnya kalian hulur dahulu salam perkenalan - dan bukan muncul secara diam. Aneh barangkali buat aku.

(tekan kepala nak bagi tune)

Perut sakit bila mengenangkan adakah apa yang dilalui semua ini adalah mainan atau mimpi. Tapi bagai apa yang dinyatakan oleh seseorang, ini semua adalah magis. Magis yang sendiri tidak akan sangka tetapi melaluinya dengan senyuman sahaja. Mungkin betul, langkah yang tepat adalah bukan sendirian sahaja. Pastinya ada lagi tangan yang membantu, kaki yang melangkah bersama. Seorang diri mungkin baik, tetapi dengan bantuan sesekali sekala, apa yang dimahukan mungkin menjadi lebih jelas daripada sendirian tanpa mampu difikirkan sebab dan akibat.

(perut sakit, tangan sejuk)

Pernahkah kau jumpa seseorang yang duduk meraikan majlis seorang diri? Menghabiskan masa minum sendirian tanpa sedar bahawa dirinya bukan lagi seperti dahulunya?

http://farm9.staticflickr.com/8483/8189601577_00c6b4ef15.jpg
[Flickr aku] : Kegembiraan aku.

Zara : Sudah tiba waktu melangkah jauh.

Thursday, November 15, 2012

Agak Dah.


Kadangkala berbual sekali sekala boleh mendatangkan rasa gembira. Mendengarkan suara yang buat hati rasa suka dan bahagia walaupun jarak boleh tahan jauhnya. Barangkali itu juga penyebab Skype dengan tengok video sahaja boleh bikin masing-masing punya emosi yang acapkali mengundang ketawa serta masam muka. Berubah tidak tentu hala.

Jadi hari itu, entah bagaimana boleh terlintas mahu mendengar suara - itupun terlupa siapa yang telefon siapa, ada perbualan yang mencuit hati dan bikin ketawa (sekurangnya menghilangkan tekanan kerja dan kesibukan yang melanda).

Dia : Susahlah kawan dengan dia ni.
Aku : Susah apanya?

Dia : Ye la. Kawan dengan Lord Zara.
Aku : Dah kenapa? Lord Zara tak bagus ke?

Dia : Nak ada gelaran juga.
Aku : Nak gelaran apa?

Dia : Kalau awak guna Lord, saya nak nama juga.
Aku : Oh. Kalau saya Lord, awak guna Duke la.

Dia : (diam)
Aku : Hello.
 
Dia : Lord dengan Duke mana tinggi?
Aku : Lord (gelak)

Dia : Agak dah. Tak nak. Tak nak.
Aku : Ala ala ala.

[Sumber gambar] : Aku sengaja letak gambar ni. Heh!

Nota Kaki :
Bukankah setiap orang layak mahu cari bahagia sendiri?

Wednesday, November 14, 2012

Perempuan Gagah.


Satu.
Terhentak kepala di bucu.
Seperti ledakan picu.
Terkejut dan terpaku.
Darah menitis, mulut membisu.
Kaku.

Dua.
Dikelilingi manusia.
Yang kadangkala bikin separa gila.
Tapi tak kurang juga yang membentuk dia.
Untuk menjadi lebih dewasa.
Kalaupun bukan tubuh, tapi isi kepala.
Sekurangnya dia tidak bikin celaka.
Pada manusia lainnya.

Tiga.
Dia sedar banyak benda.
Manusia barangkali banyak cerita.
Baik, buruk, sopan, dan celaka.
Yang baik, dia lihat dan ambil rasa.
Yang buruk, ambil pengajaran katanya.
Yang sopan, dibilang suruh ikut setiap tapak pakai kepala.
Yang celaka, dia enggan mahu mencela.
Kan namanya manusia.

Empat.
Kaki disusun rapat.
Dia benci mahu dengar orang mengumpat.
Bukan kerana dia penat.
Barangkali sebab enggan subahat.
Bondanya bising lagi tentang aurat.
Katanya, beliau rasa terjerat.
Dengan pakaian yang kononnya hebat.
Tutup, balut sana sini, pusing berlipat.
Tapi hakikatnya ada bahagian yang ketat.
Makanya, bonda enggan terheret sama di akhirat.
Itu yang dibisingnya selagi anak tidak pamerkan wajah kelat.

Lima.
Hentak kepala.
Manusia hanya pandai hamburkan kata.
Cuba lihat duduk dalam situasi sama.
Apa barangkali mereka boleh terima.
Lihat apa yang diusahakan dikata nista.
Sabar manusia bukankah ada takah dan tahapnya.
Mana boleh hambur segala.
Biarkan dia bertahan dengan segala cela.
Tanam senyuman lekat di muka.
Amboi, cantiknya.
Mari sini tukar tempat dengan dia.
Jangan mengadu sakit pula.

[Sumber gambar]

Hey!
Dia bukan perempuan gagah.
Yang kau setiap kali bersedia untuk marah.
Dia bukan selamanya tahan disergah.
Yang kau boleh ligan sampai makan tanah.

Kadangkala dia mahu juga menangis.
Mahu juga hamburkan segala rasa sadis.
Kongsi cerita dari gembira hingga tragis.
Hidup dia bukannya indah macam alam magis.

Tapi.
Dia sedar banyak waktu hatinya mati.
Kuat mana dia tahan, dia akan menangis sendiri.
Dihempas badan ke ranjang, dan tekup bantal dari tepi.
Biar bantal lencun, tapi tiada makhluk dengar esak sunyi.

Walaupun dia kadangkala tewas.
Tapi dia syukur jiwanya tidak pernah mahu sentiasa lawas.
Ya, macam perut mengamuk ganas.
Dia degil dan kadangkala buas.
Mahu kalah tidak mungkin, dia akan cuba sampai puas.
Ternyata, kadangkala dia masih tangkas.

Perempuan.
Itu orang kenal dia.
Cemuh dia.
Hina dia.
Apa sahaja pada dia yang tiada cela?
Kewujudan dia hanya mainan kata.
Hamburan nista itu makanan - penyangga nyawa.

Jatuh.
Bangun tanpa mengaduh.
Itu prinsip dia yang bikin lelaki kata dia sekuat nyatuh.
Tapi itu hanya gurauan buat gaduh.
Sekuat mana nyatuh, dilenjan orang sampai jatuh.
Jadi tiang, perabot - entah apa lagi, bodoh!
Ah, gurauan mulut, tiada hati yang tersentuh.

Dia lebih suka pulangkan segalanya pada Maha Pencipta.
Kalau hari ini orang mengata muka - dia biarkan sahaja.
Tidak perlu dia rendahkan dirinya.
Sebab dia tahu ciptaan Tuhan, Maha Sempurna.

Perempuan gagah.
Sesekali dia mahu diagah.
Dimanjakan bagai dia dibesarkan dengan kasih sayang yang mewah.
Bukan tanda dia gedik, tapi hatinya mahu juga diluah.
Dilamar dengan penuh maruah.
Perempuan namanya.
Bila dewasa digelar wanita.
Dari yang bujang hingga sudah digelar bonda.
Mereka punya tangan yang menggoncang dunia.
Ataupun kadangkala hanya dengan senyuman bahagia.

Ya.
Tuhan itu ada.
Jahat macam mana pun dia.
Dia tahu Tuhan adalah tempat kembalinya.
Kalau manusia buang dia, bukankah Maha Besar itu juga Maha Kaya?
Tidak mungkin dia akan dipersia.
Ujian yang datang pasti mampu ditanggungnya.
Bukankah itu janji Yang Maha Esa?


[Sumber gambar]
 
Nota kaki :
Salam Awal Muharam 1434H.

#WW 20 : KLWRF 2012


Walau aku tak dapat hadirkan diri, tapi aku harap siapa punya kesempatan - silakan pergi. Aku punya urusan keluarga yang tak dapat dielakkan (dan kalau aku mengelak sekalipun, aku pastinya akan disembelih tentunya). Heh!

http://farm9.staticflickr.com/8058/8183759756_f95b9af371.jpg
[Flickr aku]

Pagi-pagi dah isu serius dalam rumah. Nama sahaja cuti sekolah, tapi 3 cikgu dalam rumah ni perlu selesaikan hal sekolah juga. Homai.

Sunday, November 11, 2012

Kecewa Gila.


01.

Susah juga nak faham bila khabar angin yang tak berapa nak betul boleh tersebar daripada mulut seorang lelaki. Aneh sebab yang selalu dikatakan kepoh tak tentu hala adalah perempuan. Hmm. Nak pula berita yang tersebar kencang melibatkan isu keluarga dan boleh dikatakan maruah juga. Barangkali si pencerita hanya mahu orang tahu tentang dia - tetapi mengenangkan tiada siapa bertanya, maka adalah lebih baik dia buka cerita yang tiada kaitan dengan dia terlebih dahulu, dan akhirnya, apabila umpan mengena - boleh terus masukkan cerita tentang dia.

Mungkin itu yang menyebabkan sedikit sebanyak kau mengundang rasa aneh dikalangan yang mengenali. Kami memahami niat baik kau mahu berkongsi berita gembira sendiri - tetapi bukankah lebih baik kau ceritakan hal sendiri tanpa perlu melibatkan cerita orang lain sehingga sanggup menghantar pesanan lewat jam satu hingga dua pagi?

Aneh.

http://farm3.staticflickr.com/2134/2393745065_92569ac43c.jpg
[Sumber gambar]

02.

Ucapan demi satu ucapan sudah didengari, walaupun suasana sekitarnya amat berbeza dan tidak mampu diterjemah fikiran. Barangkali dengan apa yang berlaku dalam perbincangan meja bulat lewat siang tadi, menjadikan mereka-mereka yang hadir antara orang yang tidak boleh diketepikan dalam hidup walaupun ternyata ada yang lain pun penting juga. Jujurnya, terselit rasa kecewa dengan sikap segelintir yang melupakan mereka yang berjuang bersama - sama, tapi bila difikirkan, setiap dari kita punya kekangan yang tidak boleh dikira.

Mungkin saat anda bergembira, mereka datang meraikan cinta. Tetapi bila tiba saat mereka menyambut hari bahagia, di manakah anda yang dahulunya berjanji penuh berbunga? Ya, mereka mungkin faham, mereka mungkin mengerti, tetapi jangan lupa, anda sudah semestinya khabarkan mengapa tidak hadir ke sisi. Jangan sampai ada yang rabak hati.

Pendekatan menghadiri majlis yang dipelawa, dijemput seikhlas hati adalah sangat baik daripada mengenangkan tidak dijemput (entah atas sebab tidak diketahui) - tetap pergi juga demi menemani seseorang yang terlampau baik mahu ditolak permintaannya. Redhakan sahaja demi senyuman yang entah bila boleh dilihat lagi.

http://farm3.staticflickr.com/2692/4463944861_ea68591edb.jpg
[Sumber gambar]

03.

Sejak kebelakangan ini muncul cerita-cerita lawak yang sebagai tuan punya badan langsung tidak ketahui. Itulah, aneh bila mengenangkan ramai pula yang lebih kenal diri daripada yang mengusung badan berkati-kati. Banyak cerita yang disampaikan dan peliknya, semuanya menjurus kepada perlakuan mahu minta kaki. Wah wah wah, ada yang lupa sental daki sendiri?

Tiba-tiba muncul cerita mengatakan ada yang kecewa, patah hati tak ingat dunia apabila mengenangkan perempuan yang dia suka sudah berpunya. Si perempuan terpinga-pinga mendengarkan cerita daripada mulut ayahnya - yang mendapat perkhabaran daripada kenalannya. Balik rumah, si ibu bertanya sambil bercerita.

(susun cerita ala drama purbakala)

Si Ibu : Tadi di majlis kahwin, ayahmu terjumpa kawan dia.
Gadis : Lantas?
Si Ibu : Katanya mendengarkan kamu sudah berpunya, ada yang kecewa.
Gadis : Siapa pula?
Si Ibu : Tidak dinyatakan siapa, tapi khabarnya kenalan kamu juga.
Gadis : (ketawa) Sejak bila aku punya kenalan yang suka padaku?
Si Ibu : Mana mungkin ibu tahu?
Gadis : Aku tidak punya kenalan bujang, ibu. Kalau ada sekalipun, semuanya sudah tunangan orang.
Si Ibu : Jadi dari mana datang cerita begini?
Gadis : Bahkan aku sendiri mahu tahu.
Si Ibu : Itulah, ibu juga tak faham. Bila ditanya, mengelak pula berikan jawapan.
Gadis : Itu aneh sekali.

(tamat drama purbakala)

Anehnya manusia.

04.

Cubaan manusia menjadi Tuhan barangkali tidak akan pernah berhenti. Merasakan mereka yang menguasai Bumi dan segala isi, makanya, semuanya harus ikut apa mereka kehendaki walaupun ternyata, celaka menguasai diri. Bagaimana mahu tahu semua benda tatkala kau juga manusia biasa. Apakah mampu menimbal balik, tahu semua benda dengan kononnya ikut gerak rasa?

Dunia sudah semakin tua. Tapi itu bukan bermakna kau boleh lenjan semua perkara. Ya, manusia ini ada yang aneh belaka, tapi kau tidak perlu rebut untuk jadi kayu bakar api neraka. Tidak perlu apabila kau sendiri meletakkan manusia lain ada hadnya, tapi kau boleh belasah semua. Apa yang menjadikan kau sangat istimewa berbanding yang lainnya?

Dapat pencerahan di bawah pohon kelapa tatkala kau sedang kira berapa banyak bintang yang bertaburan di dada langit ataupun melunaskan isi perut di ruang sempit di bilik termenung? Manalah tahu kan? Sebab ilham itu datang tanpa kau undang. Tapi jangan kau lupa satu perkara, itu menjadikan kau yang Maha Berkuasa kerana Dia Maha Mengetahui semua benda.

http://farm9.staticflickr.com/8487/8173788319_e7f501da38.jpg
[Flickr aku]

05.

Sedang menelaah sesuatu. Proses yang cuba diselesaikan nampaknya menemui laluan mudah. Moganya, ketibaan itu akan berlaku seperti yang dijadualkan. Barangkali sudah benci mahu menanti.

Nota Kaki :
Rindukan hujan - minum kopi panas - kira rintik hujan.

Hari Minggu.


11.11.12.
Ahad pagi.
Ruang Altamis Awraq.

Bangun pagi dengan timbunan bantal dan buku. Nampak sangat malamnya aku terlena dengan buku yang dikatakan seram tapi aku boleh tertidur hanya dengan membaca. Barangkali tahap seseorang dalam menilai itu sentiasa tidak sama - walaupun diakui ada tulisan di dalamnya yang buat imaginasi aku berlari, berpeluh membayangkan setiap aksara yang terhidang depan mata.

Telefon dipenuhi dengan pesanan entah dari siapa-siapa. Yang ditunggu, tidak pula menjelma. Barangkali itu juga yang dikatakan, masa menunggu adalah pembunuh paling kejam dengan kesakitan yang tiada belas kasihan. Bergantung kepada yang merasa, sama ada mahu terus bertahan ataupun angkat kaki dan ubati kepedihan sendiri. Bergantung pada manusia yang lihat dengan mata hati. 

Terjaga hanya untuk menyelesaikan urusan yang ditunggu sejak beberapa hari. Tenaga kreatif tidak boleh kau paksa sesuka hati, tetapi bila sudah menunggu terlampau lama, boleh menyebabkan sakit hati yang bukan sedikit. Memandangkan pesanan yang diterima menjanjikan hasil yang menarik, aku tak berkira untuk bangun dan menjengah di ruang kerja. Enak, kerjanya bagus - jadi, lupakan sahaja faktanya yang dia lambat bila bekerja. Hah!

Dengan segala kontroversi yang berlaku malam tadi, aku hanya ketawa geli hati. Pembacaan aku barangkali sudah sampai di mana aku mengantuk dan hadam sahaja telan bagai tiada gigi. Kegilaan apa entah sejak kebelakangan ini - aku sudah letih barangkali untuk terus mengawal diri. Aku lepaskan sahaja keinginan aku satu demi satu - bunuh sahaja kalau ada rasa terdetik menjelma. Biarlah aku mati sendirian asalkan orang lain lebih bahagia dan suka. Sudah letih dan terlampau penat barangkali. Nyawa dan nafas aku pendek-pendek untuk habiskan sisa tahun ini.

http://farm9.staticflickr.com/8346/8173635404_82546e3103.jpg
[Flickr aku]

Barangkali ada sebab untuk itu.
Ada alasan untuk mimpi sebegitu.
Cuma kita enggan tafsir dan mati beku.

Saturday, November 10, 2012

Bukan Bukan.


Banyak benda yang kadangkala kita lupa.
Lupa bahawa tak semua orang sama dengan kita.
Lupa bahawa apa yang kita suka, tak semestinya orang suka.

Ya.
Manusia lupa itu.
Ego hingga kepala batu.
Bila ditegur, melenting panas tak tentu.
Ah, bencinya perkara sebegitu.

Rabak jiwa.
Buang masa.
Penuh cela.


[Sumber gambar]
Terlampau runsing.
Kepala pening.
Selamat datang ke kawasan asing.
Putarkan gasing!

Thursday, November 08, 2012

Awak, Itu Kan Fizikal Kurniaan Tuhan?


Awak.
Manusia memang aneh.
Selalu ambil berat benda remeh.
Walaupun diri sendiri sememeh.

Awak.
Dia seorang yang tinggi.
Tapi awak tolak dia pergi.
Sebab awak kata kalau tinggi, susah nanti.
Bila dia tanya kenapa awak buat begini.
Awak kata sukar cari seluar bila tinggi.
Apatah lagi baju hinggalah ke peralatan rumah terkini.
Dia awak tinggalkan sepi.

Awak.
Dia seorang yang cerah.
Menarik kulitnya, putih merah.
Macam kumpulan Korea yang awak berbunuh marah.
Siapa yang lihat dia pasti menoleh, ghairah.
Tapi awak tolak dia mentah-mentah.
Dia hairan dengan sikap awak yang buatkan hatinya musnah.
Dia tanya awak kenapa sambil tahan lelah.
Awak kata terlampau putih seperti berpenyakit parah.
Macam pontianak Twilight yang awak menyampah.
Awak benci Edward Cullen tapi lepaskan pada dia, sampah!

Awak.
Dia seorang yang kurus.
Awak kata dia macam orang tak terurus.
Bagaimana orang yang suka makan boleh jadi lurus.
Tegak tanpa potongan badan, terlampau halus.
Tergamam dia dengan kenyataan awak yang terturus.
Tusuk ke dalam jiwa dia yang mendengar, hati bagaikan direbus.

Awak.
Si dia yang kurus, cerah dan tinggi berlalu pergi.
Tinggalkan awak supaya awak cari pengganti.
Bahkan dia bina hidup yang lebih bahagia tanpa awak di sisi.
Dia pandang awak dari jauh semoga awak gembira nanti.

[Sumber gambar]

Awak.
Perjalanan hidup awak teruskan.
Satu demi satu manusia jadi persinggahan.
Awak teruskan permainan.
Untuk memulakan satu perhubungan.
Dan akhirnya awak terhenti, jumpa seorang teman.

Awak.
Dia seorang yang gelap kulitnya.
Hitam berlengas mungkin sesuai menggambarkan rupa.
Tapi orang lain pandang dia cantik bergaya.
Pada awak kulit dia hitam macam Afrika.
Tapi awak lupa satu perkara.
Ada Afrika yang putih kulit, mulus rupa.
Awak benci dengan dia kerana dia hitam muka.
Awak kata nanti rosak keturunan, baka keluarga.

Awak.
Dia seorang yang rendah badan.
Pendek, bantut adalah sesuatu yang orang permainkan.
Padahal saiznya adalah normal bagi Asia punya ukuran.
Tapi awak tetap tolak dia bagaikan sebuah permainan.
Bila dia tanya dengan air mata berlinangan.
Apa yang dia terima adalah sakitnya jawapan.
Awak kata ini untuk kebaikan keturunan.
Pendek sangat tak baik untuk kesihatan.
Awak, dia terpempan.

Awak.
Dia seorang yang gemuk.
Dia selalu dihina dengan perkataan yang teruk.
Tapi dia tidak pernah mengamuk.
Walaupun hatinya bagaikan dijeruk.
Awak tolak dia dengan jerit dia bagaikan beruk.
Dia tertanya mengapa awak bertindak begitu buruk.
Awak kata tubuh gemuk, hanya akan bikin peluh busuk.
Walaupun kenyataannya dia tidak begitu - hatinya tercucuk.
Jiwa dia kosong bagaikan ditebuk.
Dengan sikap awak yang serupa tenuk.

[Sumber gambar]

Awak.
Si dia yang gemuk, pendek dan gelap pergi.
Dia berjalan menjauhkan diri.
Hati dia patah untuk bersama lagi.
Kata hinaan awak buat dia rendah hati.
Dia bertekad enggan mahu kembali.

Awak.
Sebelum dia bergerak pergi, dia tinggalkan awak satu pertanyaan.
Apakah awak adalah Tuhan?
Awak hina setiap fizikal yang dikurnia, penuh kesempurnaan.
Apakah awak sempurna hingga tiada celaan.
Kalaulah awak ingat apa yang tajam dalam pemikiran.

Awak.
Dalam banyak benda yang awak nilaikan.
Kenapa awak tidak mahu manusia yang bijak akal fikiran?
Bukankah itu lebih bagus dalam merancang keturunan.
Ataupun fizikal itu lebih penting dari aspek keagamaan?
Hidup awak, awak tentukan.

Nota Kaki :
Cedera.

Wednesday, November 07, 2012

Pelancaran BOLA - Antologi Cerpen FIXI


3 November 2012
Sabtu.

7.25 pagi.
Disebabkan bas aku bertolak ke TBS adalah pada jam 7.30 pagi, aku biasanya akan telefon syarikat bas untuk bertanyakan no pendaftaran bas tersebut. Kalau perjalanan ke Kuala Lumpur, memang biasanya akan aku tunggu di Sungai Mati sahaja. Untuk ke bandar sahaja sudah makan masa hampir 30 minit, jika keadaan trafik dan lampu trafik yang banyak beratur itu. Jadi, aku membuat panggilan telefon kepada syarikat bas.

Aku : Assalamualaikum. Kak, bas pergi KL, pukul 7.30 pagi ni, nombor plat dia berapa?
Kak : (entah apa nombor)
Aku : Saya naik dari Sungai Mati eh kak?
Kak : Kita dah tak ambil kat situ lagi.
Aku : Eh, sejak bila?
Kak : Daripada awal tahun.
Aku : Eh kak, saya berkali-kali naik bas ke KL tahun ni dari situ.
Kak : Takde-takde.
Aku : Tolonglah kak. Bas saya 7.30 ni.
Kak : (hempas telefon)

Jilaka!
Terus aku sambar semua beg dan keperluan, pandu keluar Adam Awraq ke stesen bas di Muar. Seperti aku nyatakan di atas, biasanya perjalanan mengambil masa 30 minit, tapi aku memandu dari rumah ke Muar pada pagi berkenaan hanya 10 minit. Ya, laju : semata-mata mahu sampai awal dan ambil bas pukul 8 pagi. Sampai di Muar, letakkan kenderaan, bayar tiket letak kereta seharian dan kejar bas. Nasib baik tak perlu beli tiket baru. Dapat bas dua tingkat lagi. Heh! 

10.20 pagi.
Terminal Bersepadu Selatan.

Lepas berkejar ke tandas, pergi bertemu Syaihan Syafiq (BISIK) dan Faizal Sulaiman (SUMBAT) di Kopitiam - tempat pertama kami bertiga menggila selepas majlis pelancaran KOPI pada bulan Mac. Jadi ya, setelah beberapa lama, baru ketemu mereka yang dikasihi ini. Gembira pastinya, dan kelaparan aku lunaskan dengan makan (kononnya dengan bersungguh). Setelah menunggu, akhirnya Kopi tiba. Hoyeah!

3.03 petang.
Silverfish Books, Bangsar.

Selepas acara membeli belah sedikit keperluan bersama Kopi, minum (atau makan tengah hari) oleh lelaki-lelaki yang menemani dan ketibaan Nizam Archibald dengan Ferrari merah beliau - dicampur dengan adegan sesat, berpusing-pusing di Jalan Telawi - ya, akhirnya kami ketemu dengan kedai buku yang merupakan tempat pelancaran itu sendiri. Saat itu, hujan mulai turun dengan lebat hingga menyebabkan Amir Muhammad (ketua paling cool) menangguh majlis bermula jam 3.30 petang. Sementara itu berbual dengan kawan-kawan yang dikenali dan tidak dikenali - yang baru kali pertama berjumpa seperti Fahmi R yang sanggup datang menjengah (terima kasih!)

Jadi aku ketemu juga dengan Peddo, secara berdepan - membuatkan topik perbincangan petang itu agak berat (kononnya) - sebab selain pembaca, aku juga peminat hasil tulisan dia. Mungkin disebabkan aku tak mampu menulis sebaik, serapi, terperinci seperti mana dia, aku cuma mampu jadi pembaca dan mengulas cerita tulisannya secara berdepan. Haha - pun boleh!

3.30 petang.
Silverfish Books, Bangsar.

Majlis bermula dengan kata-kata aluan penuh comel daripada Amir Muhammad. Seterusnya, para penulis dipersilakan ke depan dengan dimulakan oleh Jejaka Anggun, Shaz Johar (KOUGAR, TABU dan terbaru, bakal keluar MENTAL) - Syaihan Syafiq, Faizal Sulaiman, Zulaikha Siz dan aku. Hahaha. Ya, aku pun ada dengan gimik (konon) berdasarkan tulisan aku dalam BOLA - Jersi Nombor 7. 

https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/398296_10152215632390543_1868218822_n.jpg
[Gambar dari Twitter Fahmi Radzuan] - Macam ada pemindahan pemain kan?

http://farm8.staticflickr.com/7137/8162494495_671182fe34.jpg
Flickr : [Gambar 3 dalam 1 - Baju Terfaktab, Beg Clubmod dan buku BOLA Fixi]

Lagi gambar boleh dilihat di laman Mukabuku BOLA [sini]

Selain itu, ada pelancaran (awal) novel terbaru FIXI iaitu Gergasi. Ya, Gergasi ditulis oleh penulis yang sudi berkongsi pengalamannya dengan kami pada majlis petang itu. Aku rasa saudara Khairul Nizam itu, menulis dengan santai dan membuatkan kita menunggu setiap helaian. Jadi, dapatkan novel tersebut ya?

Aku dapat novel tersebut dengan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh Amir Muhammad pada petang itu. Selain aku, ada 9 naskah lain yang diberikan kepada yang menjawab soalan. Ya, kami semua suka buku.

https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/550257_10152223116720543_591595797_n.jpg
[Ada tandatangan penulis tentunya]

Aku sukakan sesi tandatangan buku yang membuatkan aku kenal dengan pembaca dan selera pembacaan masyarakat Malaysia secara umumnya. Ya, sebab aku senang dengan manusia yang membaca dan lebih baik jika mereka menulis kerana aku berada dalam kelompok yang sama walaupun masih lagi digelarkan penulis marhaen. Hah! Aku penulis miskin juga.

Selepas itu juga Falliq Bella tiba bersama dengan pasukannya. Begitu boleh?

http://farm9.staticflickr.com/8478/8157094770_8790098f32.jpg
[Flickr] - Terima kasih untuk gelang cantik ini Siz. :D

Terima kasih yang banyak membantu aku semasa di sana. Ya, mereka-mereka yang ikhlas (ataupun tidak ikhlas dan terpaksa barangkali) - aku cuma mampu ucapkan terima kasih kerana sudi membantu kerana ia sangat bermakna buat aku. Barangkali aku tidak mampu untuk membayar hasil usaha kalian saat ini, dan aku hanya mampu mendoakan yang terbaik atas segalanya.

https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/536466_298118706956025_452611660_n.jpg
Antara penulis-penulis yang hadir. | Dari kiri : Nami, Kak Dayang Noor (JERAT, HILANG), Faizal Sulaiman, Zulaikha Sizarifalina, Syaihan Syafiq, Zara dan Shaz Johar

10.50 malam
Tiba di Muar dan memandu pulang ke rumah.