Sunday, January 01, 2012

Selamat Ulang Tahun Ketiga Sayang.



Selamat datang tahun dua puluh dua belas.
Selamat bermulanya tahun masihi yang baru. Kita semua menyelak sehelai demi sehelai kalendar dinding atau meja dan juga di telefon serta gajet masing-masing kan? Melihat permulaan tahun baru Masihi sebagaimana permulaan tahun Hijrah - banyak benda yang perlu dilakukan dalam hidup.  Dan aku sejujurnya, bangun pagi ini dengan satu benda yang aku sudah pasakkan dalam otak semalam, tapi berubah dengan kehadiran mel elektronik daripada seseorang. Awak tahu bagaimana mahu kekalkan saya disamping awak kan?

Apa pun, hari ini, 1 Januari 2012 - adalah ulang tahun blog ini yang ketiga. Terima kasih atas sokongan yang kalian semua berikan sepanjang aku menulis secara rasmi dalam bahasa Melayu ini. Terima kasih yang tidak terhingga kerana masih sudi membaca catatan aku mengenai manusia, permasalahan dan sebagainya. Alhamdulillah, dengan sokongan kalian, komentar yang tidak mampu aku balas (mohon ampun dan maaf) - tahun 2011 aku dipenuhi dengan kemajuan dalam penulisan aku. Sedikit pembaharuan tidak salah bukan?

http://farm8.staticflickr.com/7153/6610085487_45eaaa4b04_z.jpg
| Flickr | Selamat ulang tahun ketiga Dunia Sebelah Zara. | Rujuk kotak kedua.

Ada sesuatu untuk pembaca sekalian. Tidak kira siapa sahaja layak untuk menyertai pertandingan kecil ini. Aku kurang pasti kalau tahun lepas ada buat ataupun tidak, tapi tahun sebelumnya ada. Jadi, untuk tahun ini, bendanya mudah sahaja. Sempena ulang tahun ketiga Dunia Sebelah Zara, ibarat budak kecil yang sudah mampu bertutur dengan baik dan mula belajar menulis, ini untuk kamu semua.

Jadi, apa yang kamu perlu buat sebenarnya? 

01 - Tulis satu penulisan (baca : entry) tentang Dunia Sebelah Zara. Nak tulis tentang aku pun boleh. Heh.
02 - Kamu boleh tulis tentang apa sahaja. Tiada had dalam pemilihan apa yang kamu mahu tulis.
03 - Penulisan boleh dalam pelbagai bentuk kecuali ejaan yang memualkan.
04 - Boleh dihiasi gambar, video atau apa sahaja yang kamu mahu.
05 - Penulisan kamu seharusnya dalam lingkungan 100 hingga 1000 patah perkataan sahaja. (Terkini)
06 - Tajuk terpulang kepada kamu sendiri. (Tajuk adalah bebas)

Syarat-syarat penyertaan :

01 - Terbuka kepada semua pembaca tanpa mengira peringkat umur.
02 - Setiap pembaca hanya perlu menghantar satu penyertaan sahaja.
03 - Jika pembaca tiada blog, Tumblr pun boleh. Tumblr boleh dikatakan mini blog juga kan? 
04 - Pertandingan akan berjalan selama sebulan (1 Januari 2012 - 31 Januari 2012)
05 - Sila tinggalkan pautan (baca : link) penulisan kamu di dalam ruangan komen di penulisan aku ini.
06 - Penyertaan dikira dari segi kreativiti dan bukannya jumlah "Likes" - "G+" ataupun "Tweet".

Hadiah - hadiah :
Tempat Pertama : RM 30 + Buku HERO
Tempat Kedua : RM 20 + Buku HERO
Tempat Ketiga : RM 20.

Saguhati : Bergantung kepada penyertaan bertuah.

Baiklah.
Itu sahaja.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan di ruangan komen. Aku akan cuba jawab mana yang termampu.

Nota Kaki :
Selamat menulis semua.

Zara : Mahukan hari serta tahun yang menggembirakan. Moga yang terbaik menjadi milik kalian semua dan aku juga. Kekalkan senyuman dalam diri semua ya?