Awak.
Susah rupanya mahu gembira.
Susah rupanya mahu bahagia.
Susah rupanya mahu nikmati rasa suka.
Dia yang buat awak tersenyum pada mula.
Tapi dia pemusnahnya juga.
Awak.
Betapa awak cinta.
Betapa awak suka.
Betapa awak sayang sepenuh jiwa.
Betapa awak hanya mahukan dia.
Tapi dia yang bikin onar akhirnya.
Dia pemusnah senyuman di muka.
Awak.
Dalam hati awak ada dia.
Dalam hati awak mahu hidup bersama.
Dalam hati awak dambakan kebahagiaan berdua.
Dalam hati awak wujud kisah cerita dua jiwa.
Dalam hati awak hidup taman berbunga.
Dalam hati awak mekar senyuman gembira.
Siapa tahu sudah musnah begitu sahaja.
Oleh dia, perampas senyuman yang dia bina.
[Sumber gambar] |
Awak.
Mulanya awak mahu sembunyikan segala cerita.
Mulanya awak mahu simpan segala kisah jiwa.
Mulanya awak mahu tanam sahaja agar tiada siapa mampu teka.
Tapi awak luahkan juga derita.
Awak tidak mampu tahan duka.
Awak tidak boleh simpan dan pendam luka.
Awak memilih untuk hambur semua.
Kepada mereka yang awak percaya.
Tapi bukan pada si dia.
Awak.
Dia buatkan awak tertekan.
Perasaan awak jadi bahan mainan.
Jiwa awak jadi bahan ujian.
Dia pakai dan gunakan.
Setiap masa menghisap segala kemanisan.
Agar awak mati kekontangan.
Hilang jiwa dan menghadapi kematian.
Keseorangan.
Penuh penderitaan.
Awak.
Dia selalu kata perlukan awak sentiasa.
Tapi perlakuan dia tidak selari butir bicara.
Dalam diam, awak sering tertanya.
Apa yang dia mahu sebenarnya.
Apakah yang berlaku ini cinta.
Ataupun gurauan semata.
Awak cuma sekadar teman di kala bosan sahaja.
Anehnya, bila bosan pun dia cari kawan lama.
Bukan awak yang dia mengaku suka.
Bukan awak yang dia kata tidak boleh hilang dari hidup dia.
[Sumber gambar] |
Awak.
Betapa awak hidup dalam tekanan menanggung derita.
Di mata semua orang, awak gembira.
Di mata semua orang, awak pasung senyuman ceria.
Di mata semua orang, awak berikan gambaran hidup bahagia.
Di mata semua orang, awak menaikkan taraf dia.
Walaupun hakikatnya, awak yang menanggung kesakitan jiwa.
Menyeka air mata yang mengalir akibat perbuatan dia.
Yang sekejap baik, lama pula membawa celaka.
Awak.
Dia suruh awak bersedia.
Kononnya untuk menghadapi apa sahaja.
Awak sendiri kabur dengan tujuannya.
Apa mahu dibukakan segala rahsia.
Yang tersimpan kejap dan tidak pernah terbuka.
Dia mendesak dengan kata ia bakal membuat awak ceria.
Tapi apa yang awak hadapi adalah sebaliknya.
Di mana dia ketika awak memerlukan kehadiran dia?
Di mana dia ketika manusia lain menghentam awak begitu sahaja?
Di mana dia ketika orang sibuk mencari awak dan bertanya?
Awak hadapi segalanya bersendirian cuma.
Hanya awak yang hadam segala derita.
Hanya awak yang menahan empangan air mata.
Bukan dia yang awak cinta.
Awak.
Permainan dia sentiasa sama.
Bukan awak tidak pernah menjadi mangsa.
Tapi awak lembutkan hati dan terima segala.
Dengan harapan tidak berulang lagi peristiwa lama.
Dengan doa agar dia sudah berubah kepada yang lebih baik hendaknya.
Tapi malangnya, apa yang awak hajatkan belum terlaksana.
Dia masih belum puas buat awak rasa berduka.
Dia belum puas hapuskan senyuman gembira.
Entah sampai bila awak mahu tegarkan jiwa.
[Sumber gambar] |
Awak.
Seseorang yang cukup rapat dengan awak sudah memberikan amaran.
Supaya awak tidak lagi lakukan kesilapan.
Semoga awak tenang menghadapi segala ujian.
Sejak awak mula tunjukkan kematangan.
Sejak awak tidak lagi menunjukkan tanda penderitaan.
Sejak awak bagaikan hidup dalam kegembiraan.
Tapi awak, sampai bila awak mampu bertahan?
Sampai bila awak mampu teruskan?
Sampai bila awak mahu hidup dalam lakonan?
Awak.
Dia pemusnah senyuman.
Sejarah sudah membuktikan.
Dia pernah merenggut senyuman awak penuh keganasan.
Dia pernah memusnahkan senyuman penuh kebahagiaan.
Dia pernah memutuskan sebuah hubungan.
Dan tidak mustahil untuk dia ulangi perbuatan.
Sebab dia tidak pernah tunjuk sebarang tanda perubahan.
Untuk menuju kebaikan.
Awak.
Masih mahu teruskan lakonan?
Masih mahu hidup dalam penderitaan?
Masih mahu paksa diri ukir senyuman?
Semuanya terpulang pada tuan punya badan.
Segala nasihat sudah dicurahkan.
Sudah tiba masa untuk buat keputusan.
Nota Kaki :
Orang sibuk nak cari hadiah kahwin (lagi). Hujung minggu ni musim mengawan tiba. Kalau aku kahwin, hadiah impian = mesin kopi atau espresso :p
Zara : Menyayangi orang sepenuh jiwa atau sepenuh hati kadangkala memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Adakah kau sudah bersedia untuk mencanai perasaan sendiri supaya kebal? (Shafaza Zara, 19 Januari 2012)
21 comments:
ah... aku pernah alami situasi ini.. satu tika dahulu sebelum aku boleh menciptakan satu senyuman yang ikhlas tanpa sebarang lakonan.. =)
zara,
kenapa kamu ni kreatif sgt!
ah... aku pernah alami situasi ini.. satu tika dahulu sebelum aku boleh menciptakan satu senyuman yang ikhlas tanpa sebarang lakonan.. =)
mencintai dan menyayangi seseorang sepenuh jiwa adalah sesuatu yang indah tetapi agak pahit pabila kasih itu tidak dihargai....
Manis seperti madu sesebuah pengorbanan pabila kita melepaskan orang yang dicintai pergi....
betapa besarnya pengorbanan itu walaupun hakikatnya kita seperti menelan hempedu yang pahit....
zara..i wonder whether u ever know me. tulisan ini seolah untuk saya.
awak
jika dia pemusnah senyuman kali-2
jadilah pemutus hubungan kali-1
dan pastikan
tiada yang ke-3
ya
bahagia belum tentu
tapi
tidak derita sudah tentu
wonderful!=)
love this entry :)
it resembles me
sakit. terus masuk menusuk hati. :(
sangat terasa dgn entry ini...terlalu menusuk setiap kata...tulisan yg hebat..
sedih. :'(
saya penah jadi camni. patah hati. suka dengan kawan baik sendiri.....
sangat terasa dgn entry ini..tulisan yg hebat..
sangat terasa dgn entry ini..tulisan yg hebat..
Hmm , sangat bermakna (:
aknku telan segalanya keramu.nice post dear.
xnak pikir pasal bende2 nie semua dulu.. sakit kepala..haha
pemusnah senyuman. dalam sungguh.
situasi kat atas ni rasanya ramai dah lalui..sedih kot..isk33.. nice blog..do follow my blog yea~
zara, u as always touch me!
Terkena batang hidung sendiri .
Sekali lagi dia memutuskan hubungan .
Salah aku tidak mendengar kata mereka yang telah memberi amaran .
Bodoh sungguh hati ini .
Terkena batang hidung sendiri .
Sekali lagi dia memutuskan hubungan .
Salah aku tidak mendengar kata mereka yang telah memberi amaran .
Bodoh sungguh hati ini .
Post a Comment