Teman.
Mungkin pada satu ketika kau menikmati hidup yang sangat membahagiakan.
Hidup yang sangat menggembirakan.
Segalanyanya berjalan mengikut aturan.
Segalanya elok terletak dalam acuan.
Tapi kau terlupa, hidup ini ada banyak cabaran.
Ada banyak dugaan.
Kegembiraan itu hanya pinjaman.
Yang dalam sekelip mata boleh ditarik tanpa boleh melawan.
Apa yang kita panggil sebagai ketentuan.
Suatu ketetapan.
Teman.
Di saat kau menyulam bahagia, muncul pula manusia ketiga.
Sibuk masuk mahu menyelit di antara kau dan dia.
Kau cuma tolak, tapi dia berusaha juga.
Pada kau aneh, syaitan mana menjelma jadi manusia?
Memporak peranda satu hubungan yang gembira.
Memusnahkan senyuman bahagia.
Dan mula mengundang derita.
Singgah dalam sebuah cerita.
[Sumber gambar] |
Teman.
Dalam kau mempertahankan hubungan, kau terpaksa mengalah.
Berundur bukan kerana kau kalah.
Tapi kau penat dan terasa lelah.
Hidup kau bertambah payah.
Hubungan menjadi lebih susah.
Kerana hanya kau yang berusaha, tapi si dia buat tidak endah.
Kau lepaskan sahaja, berikan ruang manusia lain mencelah.
Bukan kau tidak cinta, tapi kau lebih rela melepaskan dari terus resah.
Mengenangkan orang yang kau suka sudah berubah.
Teman.
Kau senyum dan berlalu pergi.
Walaupun hanya kau sendiri tahu sakitnya hati.
Orang yang kau sayang mengkhianati.
Bukan sedikit masa sudah kau baziri.
Tapi manusia sentiasa iri.
Apa yang orang lain ada, itu juga yang mahu mereka curi.
Kau relakan sahaja, sebab kau tahu kau tidak akan rugi.
Teman.
Kau jalani hidup baru.
Hidup sendiri tanpa mahu diganggu.
Kau sudah penat menguruskan hidup yang haru biru.
Apatah lagi menyingkirkan perasaan pilu.
Lelah setiap malam menahan sendu.
Mengenangkan pengorbanan yang hilang manis madu.
Tersisa cuma kenangan sepahit hempedu.
Yang kau enggan pandang, dan terus berlalu.
[Sumber gambar] |
Teman.
Kau sudah mulakan hidup semula.
Kau sudah sibukkan diri dengan bekerja.
Kau sudah penuhkan semua ruang masa.
Kerana kau mahu lupakan dia.
Dan buang segala kisah lama.
Dan juga, kau sudah berpunya.
Dalam erti kata, lebih baik berbanding dia.
Walaupun mungkin dia yang pertama.
Teman.
Secara tiba-tiba dia muncul lagi.
Datang menagih kasih yang dia curangi.
Habis diungkit segala janji.
Walaupun dia yang mengkhianati.
Dia seperti lupa diri.
Pada dia, kau akan tetap menunggu di sisi.
Hanya menunggu saat untuk kembali.
Walaupun hakikatnya dia yang pernah menolak kau ke tepi.
Kau diam dan ketap gigi.
Manusia apa dia ini?
Teman.
Kau diam tanpa mahu buat keputusan.
Kau beritahu dia yang kau sudah ada pasangan.
Kau nyatakan pada dia kau sudah mengikat tali pertunangan.
Kau hulurkan juga kad undangan perkahwinan.
Tapi pada dia itu semuanya pembohongan.
Dia tetap mahu menegakkan perjanjian.
Yang sudah berkurun lama ditinggalkan.
Cintanya sudah berkubur tanpa nisan.
Akibat dia hidup dalam kecurangan.
Meremukkan hati kau yang menahan segala kesakitan.
Tapi dia seperti lupa apa yang dia pernah putuskan.
[Sumber gambar] |
Teman.
Dia minta untuk berjumpa.
Walaupun enggan, kau turutkan juga.
Setelah lama terpisah, kau bertentang mata.
Tiada lagi getaran di jiwa.
Tiada lagi sinar harapan bercahaya.
Jiwa kau kosong tanpa sebarang rasa.
Walaupun di jarinya masih tersarung cincin milik berdua.
Di saat itu kau memutuskan, bukan dia orangnya.
Yang kau mahu hidup bersama membina keluarga.
Walaupun dia merayu bagaikan orang gila.
Kau sudah mampu berlalu sambil tersenyum mesra.
Bagaikan tidak berlaku apa-apa.
Nota Kaki :
Buat seorang teman, walaupun hidup ini kadangkala menyeksa dan menyesakkan, ketahuilah, kita mampu untuk berusaha keluar daripada kesusahan sedemikian.
Zara : Kesibukkan melanda hingga Dunia Sebelah Zara agak terabai buat beberapa ketika. Oh ya, pertandingan Dunia Sebelah Zara berlangsung sehingga 31 Januari 2012 ya? :) Tidak semestinya kau tulis puisi, penulisan biasa sudah cukup sebenarnya.
12 comments:
teringat ada satu lagu 80 an tu..cter pasal ni jgk...kalau akak, x mau dah org yg tak syg kita...
itu yg sdang aku lakukan...
mngundurkan diri...
Jalan yang terbaik...
Biarkan dia bahagia bersama insan yng bergelar "kwn baik"..
walaupon hakikatnya aku sendiri tdk pasti bahagiakah dia nanti?...
urm,,
melepaskan insan yg disayangi memang payah....
huhu..coretan cikgu sama ngan kisah saya..elok berundur dan lupa kan..tapi lg kita berundur dia mengikut kita..mcm tidak paham bahasa..pergi dan jgn ganggu ku lagi
lagi kita berundur lagi dia mengikut..mcm xpaham bahasa..pergi jgn ganggu ku lagi..
btl2, sbrnya tak seksa dan menyiksakn pu, kerana dia adalah sebenarnya ujian daripadaNYA..
:)
Mungkin di perhentian seterusnya... ada yang akan singgah ~_^
teringat pulak dekat kawan saya -..-
menagih semula cinta yg telah dicurangi,,
mungkin adalah lebih baik melepaskan ia pergi dari terus-terusan di sakiti...mungkin ade yg lebih baik menanti..
berkaitan dgn keadaan n situasi sy skang.. undurkn diri lbh baik dr menagih kasih pd yg dh xsudi.. Allah akan temukan kite dgn org yg salah dahulu..
hurmm.. mana pernah ada orang yang akan cuba kembali kepada sesuatu yang pernah menyakitkan hati..
Aku berundur. Dia lepaskan. Dan dia dtg kembali, katanya x mampu hidup tanpa aku. Jujur, aku pun begitu. Dan sekarang aku sdg menjalani hiduo yg dulu. Tertunggu2 bila aku perlu berundur skali lagi. T_T
Post a Comment