Wednesday, October 12, 2011

Sebab Suka Awak : Peluang Menikmati Kebahagiaan Wujud.


Awak.
Selamat kembali. 
Dia belum temui lagi sebab mengapa dia perlu kembali kepada awak. 
Belum lagi walaupun sukar bagi dia menikmati kehidupan baru.
Sukar untuk percaya bahawa sebenarnya perasaan itu hanyalah satu mainan di kala duka.

Kadangkala, bila dia sunyi dia gila.
Kadangkala, dalam ligat kipas berputar, dia hanyut bersama.
Kadangkala, dia biarkan diri tenggelam dalam khayalan penuh gembira.
Cuma itulah, itu bukan petanda dia cinta.

http://farm5.static.flickr.com/4154/5077351154_fbaef27ab6.jpg
[Sumber gambar]

Awak, sebenarnya dia bukanlah sebagaimana yang awak impikan.
Dia tidaklah sekejam dan sehodoh yang awak sangkakan.
Tidaklah cantik ataupun kacak, tetapi dia tetap ada daya tarikan.
Mungkin bukan buat awak yang hanya melihat tetapi tidak pernah memerhatikan.
Tidak juga buat awak yang anggap dia tempat persinggahan.
Dia sebenarnya cuma perlukan persahabatan.


Pastilah awak tetap pada si dia yang buat awak tertawan.
Disebabkan dia menawan.
Dan kalian ada peluang untuk mengawan.
Bila saat bulan menutupi awan.
Bila tiba timbulnya benjolan dan terlerainya cawan.
Mungkinlah kalian akan lebih awal menyambung keturunan.
Tetapi dia tidak pernah ambil peduli sebab itu kerja Tuhan.


Awak, pada dia awak hanyalah kawan.
Entah sejak bila awak datang sawan.
Meroyan.
Anggap dia perlukan lebih dari sekadar persahabatan.
Ternyata awak silap dalam buat perhitungan.
Kini dia mahu melangkah jauh dan memadam segala ingatan.
Buang segala kenangan.

Awak, adakah awak sudah bersedia?
Untuk terima apa segala yang mahu diluah dalam setiap butir bicara?
Dia menunggu penuh debaran walaupun dia tahu ia mungkin sia-sia.
Tetapi itulah, dia masih kawan yang setia.

http://farm3.static.flickr.com/2756/4455387253_bc122d8acc.jpg
[Sumber gambar]

Dia kata dia suka awak sebab awak buat dia tersenyum.
Dia kata dia suka awak sebab awak buat dia gembira.
Dia kata dia suka awak sebab awak mendengar setiap apa yang dia luahkan walaupun gila.
Dia kata dia suka awak sebab awak buat dia rasa hidup bermakna.
Dia kata dia suka awak sebab awak buat dia ketawa walaupun dia sedang berduka.

Sebagai kesimpulannya, dia suka awak sebab dengan adanya awak, dia tahu bahawa peluang menikmati kebahagiaan itu wujud walaupun dia hanya kekal sebagai kawan dalam hidup awak yang sudah bukan lagi sebatang kara selamanya seperti dia.

Tetapi, bagaimana dengan awak?
Adakah awak sudah membenci dia?
Seorang sahabat karib yang pernah berkongsi cerita?

Nota Kaki :
Kadangkala dalam hidup, perkara yang kita lakukan tidak memerlukan sebab ataupun alasan. Alasan itu cuma wujud dalam menjadikan apa yang kita lakukan mempunyai sandaran. Mungkinlah. Bagi sesetengah perkara aku rasa.

Zara : Kita tidak boleh menolak rasa suka ataupun berhenti menyukai seseorang kerana jika keadaannya tepat dan benar serta kena, ia mungkin perkara terbaik yang wujud dalam dunia. Jika ia sebaliknya, ia sebagai bentuk pengajaran bahawa hidup perlu diteruskan.

6 comments:

Nailah Azman said...

Assalamualaikum.

Are you in love adik?

reenapple said...

betul.. kita tidak boleh berhenti menyukai seseorang... ia satu perasaan yang indah... even kita tahu dia takkan jadi milik kita.. =)

Cik Bambam said...

entry ni kena dgn btg idong sndiri.. uhukkk~

kueh bakar said...

Bila tiba timbulnya benjolan dan terlerainya cawan.

ahaks

LynnAiza said...

tukar soalan kakneklah.

are you in love kakak? ;p

brutal tapi comel said...

saya copy paste kata2 Zara : Kita tidak boleh menolak rasa suka ataupun berhenti menyukai seseorang kerana jika keadaannya tepat dan benar serta kena, ia mungkin perkara terbaik yang wujud dalam dunia. Jika ia sebaliknya, ia sebagai bentuk pengajaran bahawa hidup perlu diteruskan. please do inform me kalau saudari tidak bersetuju saya menggunakannya. tq.