Tuesday, May 31, 2011

Kau Sayang Dia Lagi Ke?


Istilah sayang, suka dan sebagainya memang sukar mahu ditelah sebenarnya. Kalau kita suka seseorang, kadangkala bukan bermaksud kita mahukan dia sebagai teman istimewa. Kita mahu dia sebagai kawan sahaja. Ya, kawan yang memahami serta boleh duduk berbual dengan kita.

Tapi, itu yang kita selalu fikir. Malangnya bukan semua orang mampu merentas diri mereka sendiri dan lihat apa yang mereka mahukan dalam hidup. Lebih rela mencanang dan merencana benda lain sehingga terlupa apa sebenarnya kemahuan dalam hidup. Aneh-aneh sahaja manusia kan?

Gambar : Kadangkala hidup ini macam muzik. Tak semua yang kita dengar kita suka. Ada yang kita terpaksa dengar sebab perlu, dan ada yang kita tinggalkan sebab kita tak tahan. (Shafaza Zara, 2011)

Aku ada terbaca dalam kicauan burung di Twitter.

"When your ex asks if you can still be friends right after a break up its the same thing as having a kidnapper tell you to keep in touch."

Jujurnya aku senyum membacanya. 
Senyum dalam erti kata, setuju dan tidak setuju. Bergantung kepada keadaan juga kan? Tidak semestinya terus putus perhubungan bermaksud terus tiada istilah berkawan dan sebagainya. Tetapi itulah, bak kata seorang kawan aku, orang yang pernah kau sayang dan kau cintai, adalah hampir kepada negatif kemungkinan untuk berkawan selepas itu kecuali hati betul-betul kuat. Sekali lagi aku nyatakan, itu semua bergantung bagaimana peenrimaan kita sebagai manusia.
Mungkinlah.

Kawan : Aku baru lepas buang semua benda yang dia bagi.
Aku : Kenapa?
Kawan : Aku dah tiada apa-apa lagi dengan dia.
Aku : Kau buang, nanti kau ambil balik.
Kawan : Lupa nak cakap yang aku dah bakar sekali semua benda.
Aku : Kau kumpul abunya?
Kawan : Nak buat apa?
Aku : Mana tahu kau simpan dalam balang, letak atas meja.
Kawan : Tak adalah.
Aku : Kau sayang dia lagi.
Kawan : Tak.
Aku : Kalau kau tak sayang dia kenapa kau cakap pasal dia lagi?
Kawan : Aku kena bercakap dengan orang, kalau tak aku gila nanti.
Aku : Sebab itu aku kata masih ada terselit rasa sayang.
Kawan : (diam)
Aku : Kenapa diam?
Kawan : Betul, kau betul. Aku memang sayang dia lagi.
Aku : Kau cakap dengan aku hari tu yang kau boleh kawan dengan dia lagi.
Kawan : Aku ingat aku boleh. Rupa-rupanya tak.
Aku : Kenapa?
Kawan : Macam aku je yang cari dia, macam aku je yang ingatkan dia lagi. Rasa bodoh pula.
Aku : Sebab kau betul-betul sayang dia.
Kawan : Tak juga aku rasa lepas berpisah tu. Cuma sebab dah terbiasa dengan kehadiran dia.
Aku : Sebab rutin kan?
Kawan : Mana taknya, bangun BBM dengan dia, sepanjang hari pun BBM. Sebelum ada BBM, memang sentiasa SMS atau telefon.
Aku : Takpe. Rutin kau boleh ubah.
Kawan : Aku baru sedar sesuatu.
Aku : Apa dia?
Kawan : Cara untuk rasa terluka, dilukai dan dikhianati hanya satu. Kekal bujang.
Aku : Itu kesimpulan yang kau dapat?
Kawan : Kenapa? Salah ke?
Aku : Bob Marley pernah berkata bahawa kenyataannya semua orang akan melukai kita, cuma kita perlu tahu yang mana lebih menyakitkan dan membawa lebih banyak sengsara.
Kawan : Boleh tak kalau aku pura-pura benda ni semua tak pernah terjadi? 
Aku : Tujuan kau?
Kawan : Semoga ia tak menyakitkan aku lagi.
Aku : Pura-pura sesuatu benda itu tak pernah terjadi tak akan menyelesaikan masalah. Bahkan ia akan membuatkan kau ada masalah untuk diselesaikan di kemudian hari.
Kawan : Habis apa aku nak buat ni?
Aku : Tukarlah rutin kau. Buat benda lain.
Kawan : Aku dah cuba. Ni pun aku tengah berusaha minta tukar ke cawangan lain.
Aku : Susah bersama dengan dia bawah satu bumbung?
Kawan : Sebab aku tahu aku akan sentiasa suka dia, maka itulah caranya yang aku dapat fikir. Jauhkan diri.
Aku : Semoga berjaya.
Kawan : Aku nak sangat berjaya.

Gambar : Mungkin kenangan itu patut disimpan sahaja. Dikeluarkan kalau perlu melihat apakah yang boleh kita belajar daripadanya. (Shafaza Zara, 2011)

Satu benda yang aku belajar dalam hidup ini adalah, jangan pernah mudah mengalah.
Sebab selagi kita terus berusaha, selagi itulah jalan masih terbuka luas untuk kita tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun. Bukankah telah dinyatakan bahawa manusia itulah sendiri yang mampu mengubah nasib dirinya?

Kita semua berubah.
Tiada siapa mampu mengubah kita.
Dan kita mungkin boleh berubah disebabkan seseorang.
Dan itu lebih baik kalau kita berubah untuk diri kita sendiri.

Sayangi diri kita sendiri dahulu.
Itu sahaja.

Nota Kaki :
Sedang sibuk menguruskan rumah. Ya, tanggungjawab itu tergalas di bahu budak yang berusia dua puluh tiga tahun ini.

Zara : Bagi setiap keindahan, pasti akan ada mata yang memandang. Bagi setiap kebenaran, pasti akan ada telinga yang mendengar.

24 comments:

Rin Saharina said...

love ur entry! :)

jhnrdzi said...

Zara, kita lah yg mengubah diri kita. Samada persekitaran mengubah kita atau kita mengubah persekitaran.

Dan, aku juga ermm, susah nak tinggalkan dia. DIa pergi dan minta utk jadi kawan. MEski mcm mana sekalipun, perasaan cemburu itu tetap ada bila aku lihat dia dgn orang lain.

Kne kuat. Aughmm! Hihi.

misz aisya said...

salam kak.

hmm, tipulah kalau lepas clash kiter boleh terus lupakan dia. benci2 pun, mesti ada simpan rasa sayang. itu normal lah. kita yg perlu kuat utk ubah rutin hidup kita.

kenapa ek setiap kali baca blog akak mesti saya angguk2 setuju..rasa nak copy paste semua ayat akak pastu masuk dlm blog. haha..:p

adixsyukri said...

kata-kata yang cukup indah dan isi yang sungguh menarik nampaknya berjaya membuatkan hatiku terpaut untuk meneruskan pembacaan entri-entri lain =)


yuaspireme.blogspot.com

Unknown said...

ye.masih sayang die.dan sdg cuba berkawan dalam istilah sebenar.kata org kalau sayang, lepaskan jauh-jauh tp apa salahnya berada disisi untuk saling membantu.ya.sgt menyakitkan tp bukankah hidup ni satu pengalaman kerohanian. perjalanan yang kita hayati.melepaskan org yg pernah kita sayang kdg2 perlu, tp melepaskan persahabatan yang bererti , merugikan.
biar tak mampu kita miliki hatinya, tapi bersyukur kita mampu hargai persahabatan.

rohanazainal said...

like ur diz post!!!!! *thumbsUP*

khaizarien said...

telah membuka jalan dan hati sendiri untuk terus berkawan. tetapi malang si dia terus terusan membakar hati ini., mengukit segala buruk dan salah diri ini. haihhh egonya seorang lelaki. lantas dengan itu ku tutup pintu walau untuk menjadi kawan. kerana ianya lebih sakit dari di tinggalkan. bukan tak mahu. sayang mungkin hubungan yang lama. tetapi bila pihak di sana sendiri tidak mahu buang yang keruh memang susah jika sebelah pihak sahaja mahu ambil yang jernih......

tidak semua hubungan harus berkahir dengan pergaduhan dan hilangkan semangat kawan....jika ada peluang untuk jadi kawan rebutlah....

Anonymous said...

have u ever came across this quote?

" If two past lovers can remain friends they were either never in love or they still are."

Tepuk dada tanya selera. :)

saya.dan.saya said...

pukul 1 tgh hari, saya baru ckp,
"lps ni,aku mmg nak lupakan kau terus. nk hilangkan semua memori."

kol 2 sy tdo. pastu mimpi dia kol sy n ckp..
"i miss u,please comeback to me"

hahahaha. ape daaa.
papepun,skang dh dkt 2 thn kami berpisah dan dlm ms dua thn ni, sy x pnh hubungi dia. ms mula2 dulu,dia slalu msj n call smpai nangis2 pujuk sy balik kt dia. tp, oleh kerana sy berpegang pada, " kalau ko dh ludah,ko jgn jilat balik"..makanya, sy berjaya utk buat dia serabut dgn hidup dia. bukan bls dendam, tp nk buktikan yg sy lg kuat dr yg dia sangka!
huhuhu.

Diana Zainal said...

Berkawan pada saya lebih buat perasaan tu hilang... Sy nak berkawan dgn ex sy supaya rasa syg tu hilang...tapi dia mcm xnak je..sbb sy rase dia fikir yg perasaan sy xkn pernah hilang kalau dia layan sy sebagai kwn.. I hate this situation..ya setuju bahagian rutin tu.. 2tahun org tu yg kita cari before tdo and now he's gone! Tapi I think kalau dah berkwn, dah panggil aku engkau, pasti akan ade pendinding dr meluahkn perasaan syg..so automatically it will gone jugak lah kan?

Well pengajaran yg sy dpt, xpayah syg over sgt eh, dah hilang, sakit sendiri kn? :(

Ape nak buat eh pabila kta sygkn org yg mungkin dah xsyg kita?

Tapi betul x sy rase dia pon ada mase mesti la teringt sy kn? Xkan lah dia boleh automatically lupa?and if lupa why can't we just be friend?

Haihhh how I hope sy ade strenght mcm dia..

Bashtiah said...

Macam orang tua-tua kata...
Hati terkenang, mulut menyebut.

ummufathi said...

for the first, yes..selepas sayang, tiada lagi sahabat...but for the second and forever..sayangnya membawa ke syurga, walaupun ku cari serata dunia, tidak ku temui dia..kerana dia telah tiada..pergi yang tidak kembali...

cik ciput said...

yup, bukan senang nak melupakan..lagi2 bila hati pernah terjatuh sayang dan cinta..lagi-lagi pulak kalau itu cinta pertama..perlu kekuatan untuk mengharungi hidup tanpa dia di sisi..

Princess Feyqa said...

kalau sudah terbiasa dgn kehadiran dia, mmg payah sgt nak lupakan...

Cik Bambam said...

nice entry zara!

bila berkata ingin melupakan..ia lebih senang diungkap dari membuatnya sendiri..sumtimes YES its true! :)

axuerha said...

slalu baca blog ni, tapi kali ni terpanggil untuk komen.

Entri ni kebetulan hampir tepat dengan realiti hidup saya.

Bezanya dia katakn dia sudah x sayangkn sy lagi dan nk brpisah tp saya x sanggup sbb sy sayangk dia lalu dia kata saya dan dia masih boleh brsama dgn syarat dia xkn pedulikan sy.

Huhu..agak lucu tapi itulah hakikat

MamaFarhan said...

zara:
(^____^).... like it...

mmg akui, susah utk melupakan namun harus kuat utk masa depan...

Hazrey said...

pes taim aku baca entry kau sungguh sungguh. dua kali baca. hahahahahah. signifikan nok.

apapun, M.U dah bungkus itu hari. Sila nangis.

Pocket said...

gitu lah pompuan sekalian dok kena tipu ngan lelaki,
kalau lelaki kata dia 'sayang'
tu maksudnya dia 'nak'
regardless of as kawan ker, as awek ker, as kekasih gelap ker...

tp entah kenapa... buleh je sang lelaki kata sayang, walhal jumpa pun belum pernah. apa kes?

EX?
sekali hati diragut sidia,
mana buleh nak 'kawan' biasa lagi.
yes, semua orang kata.. aku ok jer ngan EX aku..
tp keadaan tak pernah require for the man to help only one between the EX and another lady friend. Who would u think he'd choose?

Pocket dah mula emotionally melalut kan, waah !! sorry :(

Anonymous said...

sangat suke entri akak yang ni :) Hihi !

eilla karr said...

setuju, dah break tak bermakna tak bleh bkawan kan, tak baik putuskan silaturrahim :)

theflow said...

hype!nice entry
at least i know im not alone
ada org lain yang senasib dgn saya
wuaa meraung kejap
ur entry sumber inspirasi utk i jadi lebeyh kuat! :p

p/s pohon share entry utk dikongsi ye:)

Anonymous said...

hanye mampu senyum :)

Anonymous said...

aku ni lelaki tapi dah terlalu sayang bila dah clash mmg 24/7 ingatkan dia..perasaan lelaki bila dipermainkan oleh perempuan selama setahun:'(