Monday, April 04, 2011

Jangan Pernah Mengalah Bila Kau Kecewa


Senyum.
Ambil kain dan kesat air mata yang sedang mengalir keluar dari tubir mata itu. Jangan menangisi seseorang yang tidak langsung layak ditangisi. Kalau perlu menangis untuk melepaskan kesakitan sekalipun, berpadalah. Tidak mahu sampai bengkak mata, bengkak jiwa melihatkan orang yang dilepaskan itu bahagia. Biarlah dia dengan manusia yang dia cinta. Yang kita-kita ini, mulakan sahaja sesuatu yang baru ya?
Pelukan maya.
Nah!

Gambar : Jangan pernah mengalah walaupun aku tahu kau sedang disakiti dan dikhianati, tetapi perasaan itu akan pergi dengan sendirinya, air mata akan berhenti mengalir dan hati akan sembuh sendiri.

Senyum lagi.
Jangan pernah menangis lagi disebabkan kesakitan itu tidak akan dapat diubati jika terus dilayan dengan sepenuh hati. Fikirkan benda lain boleh? Bila dia yang dikehendaki tiada di sisi, kadangkala boleh hilang nyawa diri. Jangan ketawa sebab dia sedang menangis.
Jangan tertawa.
Jangan!

Dia pernah peluk kamu.
Kamu pernah peluk dia.
Tapi antara kita tidak pernah berpelukan.
Mungkinkah kerana kita fikirkan masa bakal menunggu kita?
Bodoh!

Penipu!
Pendusta!
Pembohong!
Kamu kata kamu sudah belajar semua itu sejak dipangkuan bonda kamu.
Kenapa bukan saat dipegang oleh pengamal perubatan?
Jangan salahkan keluarga!

Gambar : Manusia belajar melalui pengalaman yang telah berlalu, kekalahan dan kesalahan boleh dielakkan jika dapat bertahan pada waktu itu. Tiada istilah kekalahan jika dapat bertahan dengan beban ketika itu.
 
 Hati selalu berasa runsing jika melihat langit sebelum keluar setiap pagi.
Adakah ini langit yang sama sedang ditatap oleh dia?
Adakah saat ini langit itu bakal membawa bahagia atau sengsara?

Selalu terfikir wajarkah membawa payung atau tidak?
Sebenarnya hati dan minda sudah lama mengetahui iaitu tetap akan membawa payung...
Mungkin kerana inilah, payung yang aku fikir membawa kebahagiaan dan kemenangan adalah beban yang lebih berat dari sangkaan aku. 

Senyum.
Ini cuma cebisan coretan biasa-biasa sahaja.

Nota Kaki :
1. Alhamdulillah, teman itu sudah selamat tiba. Eh, nak nombor telefon sini boleh? :)
2. Ada sesuatu menganggu kepala aku sekarang ini. Berkaitan kerja sebenarnya.

Zara : Sekalipun kamu dilukai, teruskan hidup ini. Mungkin kamu akan menyedari bahawa sebenarnya kamu tidak berseorangan dan masih banyak peluang menanti.

32 comments:

spesispenunggu? said...

sangat suka entri nih..huu.. sesuai je ngan mood skrang...;(

Puan Bella said...

setuju.jgn menangisi seseorg y xlayak ditangisi..

Anonymous said...

selepas membaca entry neh...telah memberi semangat baru pd saya. dan sy sker status cik zara kt fb tuh "Don't give up, I know you've been hurt... but the feeling will soon pass, the tears will stop falling, and your heart will heal itself." dan jgk yg ini "Even if your heart is broken, you have to move on. If you don't, you won't realize how many other people there are to fall in love with."

sgt2 bermakna setiap bait2 kata peransang. thanks a lot =)

Raouf Sora said...

kak zara: that's Life..wanna know the difference between School & Life? In School, you're taught a lesson & then given a test..in life, you're given a test that teaches you a lesson..~ ^_^

Fatt said...

zara,
tq atas entry ni..it's inspirational. ubat untuk aku jgk. tq :)

najwa's said...

unstable mood ke zara? (-.-')

Misssurvivor said...

mood sekarang jugak... (T_T) sentiasa disakiti..

suffer8zine said...

bermula dengan kecewa, berakhir dengan bahagia

Terkini : Senarai Keputusan Dan Calon ABPBH 2010-2011 | Penyelesaian Masalah Error Button Older Post

Shareena said...

Tajuk blog selalu best2.. suke baca... so saya kasi akak blog award for creative blog award...
http://shareenadean.blogspot.com/2011/04/big-thank-you-my-blog-been-chosen-to-be.html

ima said...

besar sungguh erti payung tue pada akhir kata entry nie kan kak zara? :)

.: Si BungaKopi : . said...

jg tgh memikirkan perkara yg sama.

takky said...

bertahan la ye...
harap semuanya selamat...
aminnnn......

soffea said...

thanks zara for this wonderful entry. sgt2 terkesan. sgt2 mberi semangat. i'm ur silent reader. suke baca penulisan zara. sume best :) keep it up dear :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@strawberrycincau

Er, moga kamu tabah dear~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Anabella

Kan?

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@»£ã£á¯M¡§§♥ú«

No big deal~
:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Raouf Sora

That's why I always promote "Love Life".

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@fatt

aku harap ia benar dear~

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@najwa's

ha ha ha~

I'm fine dear~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@-ini diary saye-

kena kuat ok?

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@suffer8zine

Mungkinlah~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Shareena

err..thanks~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@ima

sure it is~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Bungakopi

er, fikir apakah?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@takky

er, kak zara ok je~

Raouf Sora said...

kak zara: YES!!! LOVE LIFE!!! HUHU..~xD
kami juga tahu akak kuat..~ ^_^

Annabella Noor Azman said...

biar masa tentukan segalanya. life must move on. biarkan org itu bahagia kalau betul kita ikhlas sygkannya. ada lagi yg lebih-lebih-lebih baik dan layak untuk kita. eceyh ! ;)

Adam Roslan said...

macam tajuk lagu sajo title posting ni. haha. salam ziarah :)

The Red Rambutan said...

Cikgu - Tajuk macam bahasa Indonesia, saya pernah tinggal di Jakarta selama setahun lebih, banyak ayat yang demikian. koh koh koh

Raouf Sora said...

khusus kepada kak zara dan semua pembaca: Testing 123..ehem..cantik ayat mu klasik peri mu,derita yang datang bukan penghalang..jika yang kurang mampu sembahyang,apatah lagi insan yang waras ingin kejarkan..seksa di dunia hanya sementara..yang kekal nanti muncul selamanya..~

*tepuk tangan untuk diri sendiri*
xD

harifa said...

cikgu, dua perkataan je nak taip...
terima kasih..
terima kasih..
terima kasih..

Mahamalas said...

entry hebat.. pembakar semangat...