Sunday, March 13, 2011

Dalam Mata Dia Hanya Ada Kekasih Pertama


Hingus meleleh.
Aku tak sihat sejak Sabtu malam. Masuk hari ini dah tiga hari aku sakit. Kawan-kawan pergi berbasikal dan aku tertinggal. Bukan rezeki aku lagi nampaknya kali ini. Dah tiga kali terlepas peluang, tapi kesihatan aku lebih penting. Kalau aku berkejar nak berbasikal dan kesihatan aku semakin terjejas, banyak benda yang akan terbengkalai. Tak mengapa, lepaskan hasrat yang itu dan tumpukan supaya kesihatan akan bertambah baik. Senyum.

Maaf jika ada yang kurang faham dengan tulisan aku semalam. Sakit yang berat dan otak yang tepu membuatkan bahasa serta wacana aku langsung tidak seiringan. Apa yang aku cuba hidangkan tidak dapat dijamah dengan sempurna. Ada yang makan sedikit, tiada rasa dan langsung berlalu cuma. Ada yang cuma hadamkan dan muntah semula. Ada yang menjenguk, kelihatan tidak menarik dan tinggalkan sahaja. Ah, gelagat manusia yang caca marba.

[Gambar : Keberanian itu ada baik dan buruknya. Percayalah]

Kebelakangan ini, semakin ramai yang meluahkan masalah mereka kepada aku. Kepada yang aku berkesempatan untuk membalas dengan cepat, aku harap, sedikit pandangan peribadi aku dapat membantu kalian. Tidak, aku bukan penyelesai masalah. Aku lebih kepada berbincang sebab yang betul boleh selesaikan benda yang terjadi hanyalah diri mereka sendiri. Pandangan peribadi aku dalam dua hari ini mungkin dalam keadaan mamai di bawah pengaruh ubat, jadi kalau tidak memenuhi kehendak, aku hulurkan maaf sekali lagi.

Senyum.
Buat yang terkejut mendengar suara aku yang lebih garau, kasar daripada biasa, sudah aku katakan yang aku kurang sihat. Macam malam tadi, beberapa panggilan telefon dari rakan sekerja serta rakan mengayuh aku terima. Tidak dapat bersama mereka, bahkan mereka yang biasa mendengar suara aku juga terkejut dengan suara yang pastinya lain daripada selalunya.
Ketawa.

Kawan : Kenapa suara kau?
Aku : Demam dan selsema.
Kawan : Ingat jantan mana punya suara malas.
Aku : (ketawa) Keji betul.
Kawan : Ni, apa kau tulis dalam blog tu?
Aku : Kenapa?
Kawan : Tak faham aku.
Aku : (ketawa) Semua orang pun kata tak faham.
Kawan : Bila kau sakit, ayat kau makin gila rupanya.
Aku : (ketawa) Tak sangka aku jadi lebih gila masa sakit. Aku nak salahkan sel neuron dan entah apa lagi dalam otak aku ini.
Kawan : Sudah-sudah.
Aku : (ketawa) Kenapa telefon?
Kawan : Salah ke telefon kau?
Aku : Selalu kau tegur aku di Mukabuku sahaja. Jarang amat kau telefon kecuali kau betul-betul memerlukan aku. 
Kawan : Sebagai lelaki, aku memang kurang bercakap. Kalau dengan kau, habis aku jadi macam perempuan sebab bercakap tak berhenti walaupun kromosom aku lebih kurang macam kromosom kau yang keliru dengan identiti sendiri.
Aku : (ketawa) Boleh jadi aku lelaki, boleh jadi aku perempuan.
Kawan : Aku memang lelaki. Baiklah. Nak mudahkan cerita, kau ingat lagi pada J?
Aku : Teman wanita kau? Ingat.
Kawan : Aku dah agak semua orang akan sangka kami masih bersama.
Aku : Eh? Dah berpisah ke? Aku tengok kau dengan dia lagi je.
Kawan : Sebenarnya dah lama kami ni kawan sahaja, dah tiada apa-apa. Cuma entahlah, aku pun tak tahu macam mana.
Aku : Cuba cerita.
Kawan : Dalam hati J, dia masih hidup dengan kenangan kekasih lama dia walaupun lelaki tu dah kahwin dan punya anak dua. Aku ni sepanjang kami bersama, cuba nak jadi lelaki yang memahami - kalau dia cerita tentang lelaki tu, aku akan neutralkan kembali supaya dia tak tenggelam dengan kisah lama.
Aku : Jadi?
Kawan : J putuskan hubungan kami sebab dia kata dia tak boleh lupakan lelaki tu. Dia kata, tak adil bagi hubungan kami sebab dalam fikiran dia cuma ada lelaki itu. Aku cuba rasionalkan dia, beritahu yang lelaki itu dah kahwin, bahagia. Dia nak kacau pun tiada guna, tapi dia degil. Tetap sayang lelaki itu walau apapun yang terjadi. Jadi aku lepaskan dia, buat apa dia suka.
Aku : Sekarang apa masalahnya?
Kawan : Dia datang balik pada aku. Dia kata kami kawan sahaja. Tapi cara dia layan aku, dah macam dulu-dulu. Macam kekasih dia walaupun aku tahu, dia teringat lagi kekasih pertama dia. Aku akui, aku sayang dia lagi, cintakan dia lagi, tapi kalau dia buat begini, aku macam terjerat dengan perasaan sendiri.
Aku : Angkat kaki. Tinggalkan dia.
Kawan : Dia sebahagian dari aku. Jauh mana aku pergi, dia tetap akan dapat cari aku.
Aku : Hapuskan segala jejak kau. Jangan bagi dia hidu langsung.
Kawan : Aku sayang dia.
Aku : Nah! Kalau macam tu, kau sanggup bersama dengan dia bila dalam mata dia hanya ada kekasih pertama?
Kawan : Mungkinkah dia akan berubah?
Aku : (ketawa) Aku tak boleh ramal manusia. Tapi dah berapa lama kamu bersama sebelum ini? Lima tahun tapi dia masih tak berubah kan? Mungkin dia akan berubah kali ini, tapi kau juga kata cara layanan dia masih sama seperti dahulu.
Kawan : Aku dah suruh dia cari teman lelaki lain, tapi dia buat endah tak endah. Dia kata dia ada aku.
Aku : Kenapa macam parasit tu?
Kawan : (ketawa) Kau samakan dia macam mikroorganisma pula.
Aku : Sebab dia hisap nikmat, kebahagiaan dengan ada kau bersama dia. Tapi kau? Bahagia ke?
Kawan : (diam)
Aku : Kau bahagia ke?
Kawan : Aku tak tahu. Kadangkala aku gembira sebab dia gembira, tapi sedih bila tahu dia bukan bayangkan aku dalam hidup dia. 
Aku : Apa maksud cinta pada kau?
Kawan : Soalan apakah itu?
Aku : Kalau kau dapat jawab soalan tu, baru kau boleh buat keputusan yang betul.

[Gambar : Apakah maksud cinta pada kau?]

Ada orang kata, cinta pertama itulah segalanya. Cinta pertama yang menjadi penentu kepada cinta seterusnya jika cinta pertama gagal. Mungkin juga cinta pertama itu berkekalan sehinggalah ke akhir hayat - bersama dengan orang yang memang ditakdirkan jadi milik kita. Tidak mengapa, itu pendapat masing-masing. Tapi, jika cinta pertama itu sudah gagal dan pasangan (bekas pasangan) itu sudah memulakan hidup baru, apa salahnya jika kita juga mulakan hidup baru?

Tidak ada ruginya. Buat baik pada diri sendiri. Berikan peluang kepada diri sendiri untuk bahagia. Salahkah mengecapi kebahagiaan tatkala orang yang kau hanya boleh pandang sudah mengalihkan tumpuan kepada tanggungjawab dan amanah yang dia kendong atas impian dia sendiri? Dengan tidak cuba melupakan kenangan lalu, sebenarnya kau menyeksa cinta baru yang memerhatikan dengan penuh duka. Apakah mahu kesengsaraan mengekori sepanjang usia?

Mungkin tidak boleh melupakan cinta, perasaan kepada manusia yang pernah berkongsi rasa. Tapi, tanya diri sendiri, apakah pernah berusaha? Mengalihkan tumpuan kepada benda yang lebih utama? Cinta memang tidak pernah mati, tetapi manusia akan mati. Itu kau patut tanamkan dalam hati.

[Gambar : Masih mahu terus mencari, berhenti atau menanti? Itu kau yang tentukan sendiri]

Nota Kaki :
1. Dalam proses penyembuhan.
2. Otak degil - masih mahu terus belajar walaupun sakit.
3. Terjumpa beberapa blog yang katanya mendapat inspirasi dari blog picisan ini. Ah, kalau inspirasi sekalipun, tidaklah perlu meniru bulat-bulat ya? Aku jadi pelik sendiri.
4. Ada orang gunakan bahasa blog ini sebagai pertuturan rasmi dengan aku. Ampun! Aku tidak sekejung itu walaupun hakikatnya manusia beku.

Zara : Dalam dunia yang semakin hari semakin kejam, aku cuma kenal dua perkara. Senyum dan ketawa riang walaupun kesakitan bakal memusnahkan benteng terakhir ketabahan dan kekebalan sebuah marga. :)

22 comments:

Unknown said...

semoga zara cepat sembuh :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@EZAN IDMA

Thanks dear :)

syahmi said...

Ingatkan im the only person yang tak faham post smalam. Haha. Semoga cepat sembuh. :)

Anonymous said...

sama mcm kisah aku
masih sygkn yg lama
wlaupn dah ada yg baru.

lynna said...

adui ada juga manusia yang mau hidup macam tu..
kalau org da tak suka, move on la, cari kebahagiaan sendiri, kenapa nak membodohkan diri utk sesuatu yang memang kepunyaan diri.. keliru sungguh hidup perempuan itu..
dan-dan kepada lelaki tu, cinta sebelah pihak saja bolehka akan bahagia, sebab jika 1 pihak saja berusaha dan 1 pihak tak nak berkerjasama sampai bila hubungan itu bertahan?? bukala mata, luaskan pemikiran, dan berdoala byk2.. :)
Teringat lagu You Keep Me Hangin' On haha

najwa's said...

ala, mungkin kawan zara tu susah nak lupakan pompuan tu. bila hati dah sayang.. huhu..

(-.-') relationship is really complicated.

Unknown said...

kadang-kadang kena lepaskan untuk kebahagiaan sendiri..:)

KAMIHIDUP said...

ada jugak yg xpaham post semalam, heee, semoga cpt sembuh. buat novel ye, heee. :)

cik fiza said...

salam singgah
cinta mmg complicated dan pelik..
ssh nk tafsir sbb tiap org ada kefahaman tersendiri ttg cinta...
tp kes kwn Zara ni sy rasa mmg sedih sbb dia x dpt nk melepaskan.. mmg sakit perasaan tu.. tp kdg2 kita perlu jd pentingkan diri.. sy pn sdg cuba jd pentingkan diri juga kerana situasi tu mcm lbh kurg yg sy rasa...

p/s: semoga lekas sembuh :)

APi said...

aku terpesong sedikit..

penulisan kau memang menjadi inspirasi aku..
tapi adakah aku tertiru sepenuhnya?


mentaliti vs moraliti

oreo oreo said...

semoga sihat cepat cepat kak zara! alhamdulillah sakit waktu cuti sekolah. dapat berehat daripada anasir luar mugkin kan.

semoga cepat sembuh! =]

Fasihah Supian said...

zara kuat! senyum dan ketawa dalam menempuh kehidupan!moga cepat sembuh sis zara!:)

Unknown said...

kesian, kan pd mereka...

aku juga ada kwn sebegitu.tp dia pulak masih berhubung dgn ex-nye.dia jg xmampu lupakan ex-nyer.kerana syg yg teramat.meka terkdg masih keluar bersama walau ex-nyer suda ada teman yg baru.dan katanya teramat sygkn kasihnye yg baru.

aku katakan mbe-ku,

jgn jd bodoh,mgkin dpn ko, dia xkesah ko berhubung dgn-nya.tp diblkg ko...mgkin kita xtahu..
mgkin dia mganggap ko perempuan murah!

sentap sungguh member aku.tp, aku berkata satu yg benar, bukan?

member aku terus simpan kata2 ku ini...dn sedg berusaha utk melupakanya~

Unknown said...

hey, aku juga tak berapa sehat...kena flu...penat bersin dan menarik nafas~

moga kita sembuh dgn cepat~ xD

dayah said...

cepat sihat :) ala , berdoa dan sabar cari buku baru la pd si kawan k

Unknown said...

masih teringat yg lama event hampir 4years we break up.
tapi secara tiba2 dia dtg blk. perlu ke dipertimbang kan :x

semoga cepat sembuh ZARA :)

ppp hidayat said...

kak zara sakit rupanya..huhu :((
semoga cepat sihat..:)
saya suka nota kaki yang nombor 4.. :)

Adziim said...

Cuba lelaki itu lamar perempuan. Tak payah suggest tunang. Kahwin terus. 5 tahun sepatutnya dah ada harta benda cukup untuk bina keluarga agaknya?

Bagi psiko sedikit dan mungkin perempuan itu kahwin atas dasar kasihan dan mungkin lepas itu baru mula kenal erti sayang sebenar. Sayang sebelum kahwin dengan lepas kahwin lain. Maybe dengan cara ini perempuan itu boleh lupa kekasih pertama.

± said...

ok, kali ni hadam.. >_<
rupa2nya byk manusia sedih dan menyedihkan di dunia ni.
we are what we’ve chosen/decided

Raouf Sora said...

ingatkan sy sorg je x faham..rmi gak ghopenye..kak zara, lecturer sy pesan yg sakit tu umpama Allah menghapuskan dosa2 kecil kite..get well soon..~:)

Sam said...

Maaf Zara, aku minat dengan cara persembahan blog kau...maaf aku tiru.
Dan maaf juga sebab aku selesa berhubung dengan guna bahasa blog kau. Sila beri masa aku untuk ubah ya =)

KaKi Jalan said...

teringat kata2 sorg kwn:
ko 2 da tua,lau kau laki jadi laki, lau kau ppompuan jd pompuan... :(