Friday, March 11, 2011

Sebab Itu Dia Layak Jadi Kawan Sahaja.


Tsunami berlaku di Jepun.
Gempa dengan 8.9 skala Ritcher melanda negara matahari terbit, tempat impian dan juga budak rambut lawa belajar di sana. Alhamdulillah, setakat berita yang diterima, tiada mangsa dari Malaysia. Tempat budak rambut lawa juga jauh dari kawasan kejadian serta kenalan-kenalan dari Jepun serta pelawat ke blog picisan ini masih kelihatan di Twitter. Kalau ada di kalangan kalian ada yang datang dari Jepun sewaktu membaca ini, tinggalkan pesanan boleh? Aku cuma mahu tahu kalian selamat atau tidak.
Itu sahaja.

Oh ya. Cuti sekolah dah bermula. Maksudnya kekerapan Puan Mulia membebel adalah tinggi disebabkan anak-anak dia sudah mula pulang ke rumah. Kalau tidak hanya aku, Abah dan Ayim di rumah. Yang sekolah asrama, yang di maktab dan sebagainya sudah ada, maka, kalau ada sahaja kesilapan di mana-mana, yang lain pun kena tadah telinga dengar ceramah perdana. Pagi Sabtu ini sahaja sudah dengar dia beri tazkirah percuma pada adik yang bakal ambil peperiksaan Tingkatan Lima - suruh pergi kelas tambahan yang dibuat oleh rakannya (bekas cikgu aku juga). Alahai. Pergi sahajalah, aku dulu suka kelas tambahan walaupun aku tak kenal orang dalam kelas tu. Mungkin sebab aku gila nak dapat markah yang baik. 

[Gambar : Aku fikir cinta itu hitam dan putih sahaja. Ha ha ha]

Semalam menderma darah bersama sepupu kesayangan aku (kebetulan dia balik Muar dan berbual di Mukabuku), akhirnya tercapai juga impian sengal aku nak ada orang teman sewaktu menderma darah - orang tu mesti derma darah juga. Kalau dulu pernah merancang menderma darah dengan kekasih (pernah kau jumpa orang macam aku? nak keluar bersama tapi derma darah di hospital? Ketawa) - nampaknya hajat itu tidak tercapai. Maka, dengan sepupu lelaki pun bolehlah. Ayat macam sungguh pasrah kan? Dia dah ada orang punya dah. Jangan buat spekulasi liar.

Dan ya, ada berbual dengan seorang kawan lama semalam. Dia kata aku banyak berbicara dari sebelah pihak sahaja, mewakili kaum sejantina aku. Ah, bukankah aku selalu menulis bagi kedua-dua pihak juga? Manusia seperti aku tidak pernah membezakan antara lelaki dan perempuan disebabkan aku sendiri tidak tahu bagaimana jantina serta perasaan aku diwakilkan. Seringkali dituduh keliru dengan jantina sendiri. Ah! Kau dulu pun pernah anggap aku lelaki kan?
Ketawa.
Geli hati.

Kawan : Bila kali terakhir kau keluar berdua dengan lelaki?
Aku : Kawan ke apa?
Kawan : Kekasih.
Aku : (ketawa) 20 April 2007. Itu kali ketiga dalam hidup dan ya, kali terakhir secara rasmi.
Kawan : Tiada rasa nak keluar begitu lagi?
Aku : (ketawa) Ah, biarlah. Hidup aku senang begini. Kenapa kau tanya?
Kawan : Saja nak tahu.
Aku : Ingatkan kau ejen cari jodoh tadi.
Kawan : (ketawa) Bahkan aku sendiri pun terkeliru dalam hidup aku.
Aku : Kenapa?
Kawan : Aku ada seorang kawan perempuan. Dia baik dengan aku sejak zaman universiti. Dah lama sangat kawan sampai orang sangka kami bercinta, tapi sebenarnya tidak.
Aku : Jadi, apa masalahnya?
Kawan : Aku rasa aku suka dia. Cuma, aku tak pandai beritahu dia yang aku suka dia. Dia macam suka aku juga, cuma aku tak faham dia suka aku sebagai kawan ke apa.
Aku : Tanya pada dia.
Kawan : Kau gila? Ingat senang nak tanya? Buatnya tak sama macam aku sangka, habislah persahabatan kami yang dah bertahun ni. Sejak kami kawan, dia dah bercinta dengan ramai lelaki juga, tapi aku sentiasa ada kalau dia putus cinta ke apa. Masa dia bercinta memanglah dia tak cari aku, tapi bila dia dah tiada hubungan dengan lelaki lain, aku yang pujuk dia jangan menangis ke apa.
Aku : Itu memang baik sangat kau ni. Kau cakap apa kalau dia putus hubungan dengan lelaki lain?
Kawan : "Awak jangan sedih, saya ada untuk terus sokong awak".
Aku : Ayat kau boleh buat perempuan suka pada kau.
Kawan : (ketawa) Malangnya walaupun aku cakap begitu, dia akan tetap jatuh cinta dengan lelaki lain dan dikecewakan. Bila dia kecewa, kami rapat semula.
Aku : Kau betul-betul suka dia?
Kawan : Aku suka dia. Kau nak tahu sesuatu?
Aku : Apa?
Kawan : Aku pernah buat macam-macam nak pikat dia. Guna telefon kawan aku yang lain - konon salah hantar SMS pada dia dan sebagainya. Bagi hadiah misteri tapi entah, dia tak pernah nak tahu lebih lanjut siapa pengirimnya.
Aku : (ketawa) Ini memang betul-betul suka.
Kawan : (ketawa) Bodohkan? Pernah ajak dia jumpa keluarga aku, tapi dia tolak. Mungkinlah dia segan, tapi aku memang serius nak ajak dia jumpa keluarga aku. Sebagai orang yang aku suka, bukan setakat sebagai seorang kawan. Tetapi dengan lelaki lain, dia boleh sahaja jumpa keluarga mereka semua.
Aku : Sebab dia mungkin anggap kau kawan, bukan macam lelaki lain yang dia anggap kekasih.
Kawan : Mungkin jugalah. Aku pernah terfikir, adakah jodoh dia dengan lelaki lain tak panjang disebabkan dia ditakdirkan untuk bersama aku?
Aku : Apakah?
Kawan : Dia tak pernah kekal dengan mana-mana lelaki. Paling lama pun mungkin setahun. Tapi dengan aku, dah enam tahun kami tetap bersama.
Aku : Dia bersama dengan kau sebab kau kawan dia.
Kawan : Aku pun rasa macam tu.
Aku : Kalau begitu, kau dengan aku dah kawan lebih dari tiga belas tahun. Kau dengan aku dikira berpacaran ke?
Kawan : (ketawa) Tak. Itu mustahil.
Aku : (ketawa) Sebab itu aku suruh kau tanya dia betul-betul. Sekarang ni dia dengan mana-mana lelaki ke?
Kawan : Tak. Dah dekat enam bulan dia tak ada dengan sesiapa lagi. Patutkah aku terus kekal disamping dia sebagai seorang kawan atau mulakan dengan sesuatu yang lebih serius dengan orang lain?
Aku : Tanya dengan dia kalau kau nak kepastian. Tapi kalau kau rasa kau patut mula serius dengan orang lain, kau pergilah. Cari kebahagiaan kau sendiri.
Kawan : Aku tak nak bila aku dah mulakan hidup baru, baru aku tahu sebenarnya dia suka aku juga.
Aku : Ada beberapa perkara yang kau kena tanya diri kau.
Kawan : Apa dia?
Aku : Apa nilai dia pada diri kau? Sejauh mana penting dan signifikannya dia dalam hidup kau? Kau nak jadi orang yang penting dalam hidup dia hanya bila dia perlukan teman penghibur sahaja kah? Dan beberapa lain perkara yang kau betul-betul kena jelas. Kalau kau betul-betul yakin dia ditakdirkan untuk kau, silakan. Kalau tak, ada ketikanya kita hanya layak berhenti sekadar kawan sahaja.
Kawan : Mungkin betul apa kau cakap. Aku kena betul-betul fikirkan semula.

[Gambar : Bukankah kita sudah setuju yang masa bukanlah pengukur sesuatu hubungan kan?]

Persahabatan dan percintaan dipisahkan oleh garis yang cukup halus. Kita kadangkala terlajak menganggap persahabatan dan perkenalan terlampau lama itu akan membawa kepada percintaan walaupun hakikatnya tidak. Ada di antara kita yang mungkin berkenalan lama, sehingga membuahkan bibit percintaan walaupun akhirnya terlerai dan kembali semula kepada persahabatan. Itu dikira bernasib baik. Ada yang hilang kedua-duanya sekali. Persahabatan dan percintaan - kedua-duanya tidak dapat dikekalkan. Yang bercinta dengan sahabat baik hingga mendirikan perkahwinan juga ada. Kan takdir manusia itu lain-lain bukan?
Senyum.

Cuma, kalau boleh, bila hadapi perkara begini, usahlah terlampau tumpukan kepadanya. Cuba larikan sedikit tumpuan itu kepada perkara lain, supaya kita akan ada ruang untuk berfikir tentang apa yang terbaik dalam hidup ini. Ini sama dengan apa yang seorang guru berikan nasihat kepada kumpulan yang aku ikuti suatu ketika dahulu. Kata dia, katakan kita buat solat istikharah (bagi mendapatkan petunjuk dan sebagainya) tetapi kita tak berlapang dada dan fokus hanya mahukan orang yang kita suka, maka, petunjuk yang kita akan dapat kadangkala bukan yang sebenarnya disebabkan keinginan hati kita yang berlebihan, tidak mahu menerima kalau ada perkara lain yang muncul.

Tarik nafas.
Ada benarnya mungkin kata dia.
Senyum.

[Gambar : Cinta sejati tidak akan datang dengan mencari pasangan yang sempurna, tetapi belajar dengan melihat pasangan yang tidak sempurna itu sebagai sempurna.]

Nota Kaki :
1. Cuti sekolah dah bermula.
2. Buat kawan-kawan yang melangsungkan perkahwinan, tahniah. Semoga bahagia dan gembira sepanjang hayat. Tak nak ucap sehingga ke anak cucu sebab nanti lepas cucu, masing-masing buat hal pula. Eh?
3. Kena mula belajar untuk peperiksaan nanti.
4. Hati kering tak dapat dikekalkan untuk beberapa perkara.

Zara : Menulis tentang diri sendiri dan manusia sekeliling aku adalah sebab mengapa Dunia Sebelah Zara menjadi kekuatan aku sebagai seorang yang beku tapi masih boleh dirasa kewujudannya. Maaf jika ada yang kurang menyenangi manusia ini. Senyum.

50 comments:

Orkid Edyliyne said...

OE suka cara kak Zara menulis...
dan suka baca...
(n_n)

ppp hidayat said...

wah kak zara..tak sangka kawan-kawan kak zara boleh tahan orangnya kan? ketawa.nasib baik saya suka perempuan.ketawa lg. =)

cikyin said...

Teruskan kak zara :) saya suka baca.

~Ati_Hime~ said...

so true..well said

Syafiq Rosli said...

huhu..sodap je bc entri awak..penuh info..:)

Anonymous said...

Aku rasa kawan itu patut luahkan saja perasaan dia tu.. memang sukar bila mengenangkan hubungan persahabatan itu xkan sama sebelum dia meluahkan perasaan.. 2 keadaan yang mungkin berlaku; perhubungan persahabatan yang mungkin x semesra dulu atau perhubungan cinta akan tercetus.. dia lelaki, ambikla langkah pertama.. soalan mudah, tanya kpd perempuan itu sapa dirinya kpd perempuan itu..dan bgtau yang dia anggap perempuan itu istimewa, dan minta peluang.. sekurang2nya dia xkan mnyesal satu hari nanti,jika tiba2 dia dpt tahu yang perempuan itu sebenarnya cinta dia juga.. berani utk mencuba.. :)

KAMIHIDUP said...

fuh, selesai jugak baca, heee. nice :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Orkid Edyliyne @ OrkEd

Terima kasih adik.
:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@ppp hidayat

apa maksud boleh tahan tu?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@nazirafarahinomar

err..
terima kasih dear~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@~Ati_Hime~

err..which part?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Syafiq Rosli

terima kasih~
XD

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Anonymous

keberanian itu perlu wujud kan?

:)

Anonymous said...

yup semestinya keberanian kena wujud dalam hidup setiap insan.. tanpa keberanian mustahil nak realisasikan impian.. Tapi selalu manusia takut kepada sesuatu yang tak pasti..
-LM-

Anonymous said...

Persahabatan dan percintaan dipisahkan oleh garis yang cukup halus
ada kawan aku cakap, apabila melangkah garis itu, akan menjadi satu pengkhianatan kepada persahabatan.

misz aisya said...

hye kak zara!!

hurm, kawan laki akak tu patut cuba luahkan perasaan dia, tp mesti brsedia mental fizikal. berbincang hati ke hati sbgai kawan.

kalau diterima, bagoslah..
kalau ditolak, make sure jgn tnye kenapa..teruskan prsahabatan itu..

**kak, sye still berkawan baik dgn laki yg dah dua kali sye tolak..yg penting, keihklasan kan?

rekbing said...

seperti y aku nyatakan di twitter kau tempoh hari, aku ok sahaja.

*jari telunjuk jari tengah naik - peace*

memang, persahabatan dan percintaan dipisahkan oleh garis halus. tp garis halus tu begitu kebal, sgt sukar diputuskankan :)

Lalala said...

enam tahun dia setia tunggu? harap prempuan tu sedar

Anonymous said...

Sahabat bertukar menjadi kekasih tapi akhirnya berpatah balik menjadi sahabat.. Keserasian tak terbentuk lebih dari seorang sahabat. Berhenti takat itu.

Soalan untuk kak zara: Ada sahabat pernah cakap : Seorang gadis jangan pergi kerumah lelaki walau si lelaki atau keluarga mempelawa dengan niat ingin serius dalam hubungan, mencerminkan maruah keluarga si gadis katanya.. Apa pendapat akak?

Rin Saharina said...

love the way u write ^__^
ade umppphhhh :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@KAMIHIDUP

Thanks dear.
Ini bukan AUTA macam pakcik tu tau?
hahaha~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Anonymous

manusia nak segalanya jelas pada mereka. benda yang mengelirukan, biasanya manusia lebih sanggup tinggalkan dari habiskan masa mencari jawapan. aneh bukan?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@MATAHARI

Ah.
Kalau begitu, aku pernah mengkhianatinya sekali. Hahaha. Tetapi aku sudah dapat balasan, dikhianati sekali lagi selepas aku berikan kasih sayang tak bertepi.

Tapi takpe.
Itu cerita dulu.
XD

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@miss aisya

Oho!
Bagus kalau masih dapat kawan dan bersama kan?

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@redbean

Mana kamu?
Sobs.
Kenapa aku tak dapat pesanan di Twitter aku?
Kau guna nama apa?
T___T

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Mainur Hasnah

Tapi perempuan tu macam takkan sedar je~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@c.i.k.a.m.i.e.a

Kadangkala jadi sahabat itu sudah cukup baik. Bahkan lebih baik dari menjadi kekasih.

Menjawab soalan tu, ini pendapat peribadi sahaja.

Rasa kurang manis juga (kalau beraya beramai-ramai mungkin dimaafkan kot?). Sebab ada sahaja saudara yang buat macam tu. Kita mungkin dikatakan tidak berfikiran terbuka, tapi mungkin kalau boleh, amat perlu dielakkan sebab belum ada apa2 hubungan, plus, kalau hubungan tak menjadi?

Urgh~
Bahaya~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@saharinasaharudin

Er, thanks.
:)

Anonymous said...

@LORD ZARA 札拉
hurm.. lepas dengar apa kawan kata saya takut walau saya tak pernah buat apa2, saya tak tahu macam impression orang pada saya.. dah terlajak lakunya.. *sigh*

lynna said...

teringat kata seorang kwn dia xkan cuba bercinta dgn kwn2 yang da rapat sebab takut bila percintaan tu putus, maka persahabatan itu turut terputus..simbolik seperti kahwin antara sepupu (anak adik-beradik ibu/bapa), kalau bercerai mcmna hubungan keluarga tersebut rasanya :)

takky said...

cinta...
memang sesuatu yg kompleks bukan???
tapi ianya akan jadi lebih kompleks bila kita x taw cara nk atasinya...
huhuhhhu.....

Anonymous said...

memang aneh..sebab manusia terlalu takut membuka hati utk menghadapi kenyataan.. seperti takut untuk buat bungy jump :) atau menghadapi kematian biarpun itu adalah kenyataan yang akan kita tempuhi hehe
ohh saya sangat suka suka org yang berterus terang tapi bukan mata keranjang :)
-LM-

Fasihah Supian said...

ya, setuju dengan kak zara..kadang kala kawan itu lebih baik,lebih mesra..

teruskan menulis cerita2 dunia sebelah zara, kami membaca :)

Aida Azryn said...

menakutkan la tgk gambo yg pertama.. =.=

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@c.i.k.a.m.i.e.a

Kenapa mesti takut?
Itu awak kena tanya diri awak dear~
:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@lynna

Itu yang bahayanya kadangkala.
Kita bersama dengan orang yang kita sangat kenal baik dan buruknya. Segala kelemahan dan kelebihan dia kita tahu semuanya~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@takky

Cinta simple.
Sangat simple.
Tapi bagaimana manusia menjalaninya, itu yang jadikan ianya kompleks.

Aneh kan?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Anonymous

LM - Macam pernah tahu yang guna singkatan ini. Tapi identiti bukan sesuatu yang penting di sini :)

Ah, menghadapi kematian yang pasti pun manusia takut, apatah lagi menghadapi benda hidup yang mereka mahu nikmati?

Mata keranjang itu elok sahaja dilempang. tak berbaloi untuk disimpan~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@FasiHaH SupiaN

Tapi kadangkala ada orang perlukan lebih dari sekadar rakan. :)

Kita tak boleh nafikan perasaan manusia kan?

Anonymous said...

@LORD ZARA 札拉tapi kak zara, saya dah pun berkunjung.. ada keluarga dia, bukan hanya kami.. =) itu macam mana?

Anonymous said...

kuah kan saja perasaan nya.. mn tau jodoh ade kat situ... hehehehe...

± said...

aku rasa ramai je lelaki jadi cam kawan kau tu. konfius sama ada sekadar suka atau cinta. terutama kalau tak cuba berkenalan dgn orang baru

Raouf Sora said...

kepada kawan kak zara: Rejection doesn’t hurt..expectation does..~
to turn a friendship into love,and to turn a love into friendship, both are hard actually..tp jgn cepat mengalah..klu anda mampu utk bersama die sebagai kawan yg suke pd die secara rahsia selama 6 tahun, tunggu sekejap xkan menjadi masalah..~ :)

btw kak zara, sy suke caption utk gambar terakhir tu.. *wink*

perjalanan pulang said...

masih ada yang sayang

Aisy Zaidan said...

''ada ketikanya kita hanya layak berhenti sekadar kawan sahaja.''
i will keep this in my mind.

Unknown said...

Derma darah dengan kekasih?
Cikgu buat saya teringat pada Yongseo Couple. ;D

cik ciput said...

kalau berkawan dengan bekas kekasih bagaimana pula?dia masih sendiri, saya juga masih sendiri..dan kami lebih gembira sebagai kawan sahaja.. =)

Anis Azalea said...

kadang perempuan memang suka kawan lelaki sebagai tempat mengadu. tapi hanya sebagai kawan. hanya cari idea dan pendapat lain dari kawan2 perempuannya.lelaki jangan mudah keliru.
hal ini jugaa berlaku pada lelaki.

noramalina zapri said...

menarik ... saya rasa awak boleh buat novel .. :) sebab awak suka menulis and ayat2 pun menarik .. ^^

Anonymous said...

suka cara penulisan awak :)
*cempaka di rembulan*