Thursday, April 22, 2010

Pakai Kain Pelikat Sepanjang Hari Di Sekolah : Sangat Klasik Bukan? Cara Denda Halus Seorang Guru.

Salam semua.
Terima kasih buat mereka yang menikmati puisi pagi tadi.
Itu puisi luahan hati.
Walaupun bayangan jejaka hadir dalam mimpi.
Tapi ia terpahat di sini.
Bukan setakat di minda, tapi diri.

Sesiapa yang belum baca, sila nikmati Lorong Cinta Merah Putih.

Hari ini menikmati sesuatu yang menggembirakan di sekolah.
Mahu gelak sampai terasa mahu muntah.
Ketawa tidak dapat ditahan, sumpah.
Sampai aku keluarkan telefon genggam warna hitam merah.

[Aku ada juga ambil gambar mereka - malas mahu letak di sini]

Pelbagai reaksi yang aku dapat di Mukabuku selepas aku mengemaskini status tersebut.
Kebetulan waktu rehat tadi aku sempat menjenguk kembali.
Aku menghampiri pelajar yang dikenakan denda tersebut.

Aku : Kenapa pakai kain pelikat ni?
Pelajar : Sebab pakai seluar kecil ke sekolah.
Aku : Awak jahit bahagian bawah ya?
Pelajar : Ya cikgu. Tadi lepas perhimpunan, kena tahan.
Aku : Siapa yang beri kain pelikat?
Pelajar : Ustaz suruh pakai sampai balik.
Aku : Seluar mana?
Pelajar : Ustaz ambil. Nanti pulang agaknya tengah hari nanti.
Aku : Agaknya lah kan? Boleh saya ambil gambar awak?
Pelajar A : Boleh cikgu (sambil terus betulkan songkok, kain pelikat dan baju sekolah)
Pelajar B : Seganlah cikgu, saya tak nak tengok kamera.
Aku : Senyum ya?

Jujurnya aku rasa guru itu sangat kreatif dan halus pendekatan.
Pelajar sudah diberikan amaran.
Tapi masih degil untuk tidak mendengar arahan.
Ukir senyuman.

http://www.lasplash.com/uploads/1/john_varvatos-fall_2007-collection_9.jpg
[Kalau teringin pakai sebegini sekali pun, sila tunggu di luar sekolah : Penghargaan]

Diam dan angkat kening lebat.
Dia tidak pernah berubah sejak hari pertama nampak kelibat.
Seluar ketat.
Baju singkat.
Nampak seluar dalam terlekat.
Tali leher atas pusat.
Rambut hitam berkilat.
Kening lebat.
Hujung bibir dihiasi tahi lalat.
Bila tersenyum memang nampak memikat.
Panahan seorang arjuna yang suka memusing sikat.

Teringat ketika menulis tentang seluar ketat di sini.

Nota kaki :
1. Pertengahan pagi tadi bertukar pesanan dengan manisan merah jambu.
2. Masih menunggu jejaka bayangan mimpi bangun dari lena.
3. Ketawa lihat pelajar berkain pelikat ke sana ke mari.
4. Bahagia bertapak di hati dan berdoa agar ia disuburkan.

Zara : Punya kelas tambahan Sejarah untuk Tingkatan Tiga petang ini. Moga aku diberikan kekuatan untuk menghadapi cabaran. Sejarah adalah sesuatu yang menarik dan menghiburkan.

13 comments:

Cik Norfa said...

saya sejak sekolah tak sukakan sejarah..mungkin skrg pun masih tak minat subjek ni. agaknya sebab itu sy tak didtakdirkan untuks ertai politik ataupun menjadi guru...sejarah buat sy sgt pening!

NomborSebelas said...

hahahaha..kreatif giler cikgu sekarang :D

http://nomborsebelas.blogspot.com/

Naing Ismail. said...

skola sy memang amalkan benda ni
kalau kena tahan sebab pakai suar kaki kecik dendanya mesti pakai kain pelikat
haha
ntah skang masih amalkan benda yg sama atau tak

TeRRoRRiZZ said...

sekolah tempat belojo bukan tempat berfesyen......
smart la care cikgu tu tegur....
leh aplikasikan nanti...

eStokis L'arome said...

macan mana buat sc mouse ada gambar MU

ciK LyndaWawa said...

student pakai seluar ketat eh??

bh said...

oh uniform..membendung kebebasan=]

hans said...

hahaha
aku ingat zaman aku jer budak2 suka kecik kan seluar
skrg pun ada juga ker
hahaha

Drunbella Khoo said...

sekolah teknik i dulu pun buat denda macam neh.
hihihihi.
tapi denda sebab kaki seluar terlebih besar.
^___^

zulpjj said...

kreatif n moga ia memberi kesan positif pd pelajar yg terlibat.

pernah gaks pakai pelekat ramai2...tp masa xpdc melancong sewaktu bujang dulu. bayangkan limbo rock n karaoke sambil berpelekat....tp semua yg terlibat berpakaian gitu...he3x

Munsyi said...

sudah agak kmu mesti mau pos psl pelikat tu.huhu

letak la gamba.mereeka sudah beri kebenaran bukan?

chotz said...

aku pencinta seluar bawah kecik...semua seluar aku begitu :P
skinny type :)

zahidah dihaz said...

tak tau pun ada denda macam tu pulak sekarang ni =P