Friday, May 29, 2009

Thursday, May 28, 2009

Air Apa Menitis Ke Bawah?


Aku lihat air menitis.
Menitis.
Menitis ke lantai.

Air apakah itu?
Aku alihkan pandangan ke atas.
Ku lihat...

Baldi di tarik.
Baldi hijau...

Tuesday, May 26, 2009

Mulai Semalam Jadual Hidup Aku Berubah Lagi...


Semalam 25 Mei 2009.
Mulai semalam, semuanya berubah.
Berubah secara tiba-tiba.

Satu panggilan telefon yang aku terima tatkala menggunakan perkhidmatan jalur lebar di Pusat Internet Desa merubah hari aku.
Membuka lembaran baru dalam hidup seorang gadis.
Panggilan yang buat aku menunggang motor 100 km/j.

Semalam.
Hari ini dan seterusnya.
Jadual hidup aku adalah seperti ini.

5.45 pagi.
Bangun pagi, Solat Subuh.

6.00 pagi.
Perkhidmatan kepada keluarga bermula.
Sarapan.
Bekalan buat adik-adik.
Memenuhkan botol adik bongsu dengan air kegemaran dia.
Mencuci pinggan mangkuk sementara menunggu mesin basuh berpusing-pusing.

7.00 hingga 10.00 pagi.
Kunci pintu rumah.

Operasi mengemas rumah bermula.
Dari depan ke belakang.
Bantal-bantal.
Surat khabar.
Buku-buku.
Disusun di rak-rak tertentu.

Sediakan minum pagi buat pekerja binaan di rumah.

Baju disidai di ampaian.
Beri kucing makan.
Sediakan bahan untuk memasak.

Memasak makan tengah hari.
Dari menu utama hingga ke penyediaan menu sampingan.
2 hingga 3 lauk untuk santapan seisi rumah.
8 orang di bawah satu bumbung.

10.00 -11.30 pagi.
Sesi mengemas bilik sendiri dan menjaga kaktus peribadi.
Perlukan matahari dan air secukupnya.

Gosok baju dan kemas beg untuk ke tempat kerja.

Menyudahkan kerja-kerja yang di amanahkan.
Oleh Abah dan Emak.

11.40 pagi.
Berangkat ke tempat kerja.
Membawa kenderaan persendirian.

12.30 tengah hari.
Sesi pekerjaan bermula.

6.40 petang.
Sesi pekerjaan tamat.

6.45 petang.
Bertolak pulang.

Siapa aku sekarang?
Pemandu pelancong?
Pelayan restoran?

Bukan.
Aku seorang guru ganti.
Mengganti guru bersalin.

Dari Kimia dan Matematik aku kini menukar identiti buat sementara waktu.
Kemahiran Hidup.
Ekonomi Rumah Tangga dan Perdagangan.
Pendidikan Seni Visual.
Kelas Peralihan, Tingkatan 1 dan 2.

…dan aku juga merupakan guru kelas.

Nota : Hari ini aku ke sekolah lebih awal untuk menemui Pengetua.

Monday, May 25, 2009

Jarum, Gaharu dan Bau Kematian


Jarum.
Selepas menjahit kain kapan,
jarum yang digunakan harus dibawa pulang.
Kata mereka, itu adat.
Aku dapat 2 batang jarum semalam.

Serbuk kuning ditabur di atas kapas dan kain kapan yang terhampar.
Itu gaharu.
Bukan kunyit.

Kematian sentiasa berlegar.
Semalam bukan pengalamana pertama aku.

Al-Fatihah buat tetangga aku yang pulang ke rahmatullah semalam.
24 Mei 2009.
Al-Fatihah.

Sunday, May 24, 2009

Dalam Kain Atau Luar Seluar?


Kerja aku seharian adalah membasuh pakaian.
Menyidai pakaian di ampaian.

Perhatikan baju yang aku cuci.
Aduhai...

Thursday, May 21, 2009

Hidup Aku Macam Kotak


Orang kata hidup macam kotak.

Kalau dalam cerita Forrest Gump,
dia kata,
"Hidup ini macam kotak coklat. Kita tidak akan tahu apa kita akan dapat"



Hidup aku akan jadi macam kotak ini ke?
Hanya empat persegi.

Nota Cinta : Kotak ini dari kekasih gelap aku.


Tuesday, May 19, 2009

Merah Atau Kuning?


Abah pesan pagi tadi.

"Along, isi RM 5 sahaja"

Aku berpakaian ungu.
Sampai situ, aku pening.

Merah atau kuning?
Merah RM 1.70
Kuning RM 1.80

Aku garu kepala.
Pakcik di depan aku senyum.

"Kenapa dik?"

"Tak tahu nak pilih yang mana..."

"Mana-mana pun boleh"

Aku masuk ke bilik berhawa dingin.
Aku hulur wang.
Aku tunjuk tempat aku letak Si Hijau.

"Kuning ke cik adik?"

"Bolehlah"

Aku lihat pemegang.
Betul ke apa aku lakukan ini?
Pening.

Aku letak sahaja.
Mesin berjalan laju.

Monday, May 18, 2009

Dua Hati Belum Bertaut Mesra


Senyum sinis orang aku simpan.
Aku tersenyum.
Pertanyaan mereka hanya mengundang tawa.
Tawa riang dalam hati ini.
Kelakar.



Dua hati tidak akan menyatu.
Sebab hati aku hanya satu.
Terima kasih kerana mengambil berat.

Berat sangat.

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru Buat Semua...


Selamat Hari Guru Buat Semua Guru dan juga bakal guru.
Bakal pendidik bangsa.
Moga yang terbaik sentiasa menjadi milik kita semua walau ada yang memandang rendah pada pekerjaan ini.



Untuk sahabat-sahabat SPC,
kalian antara bakal guru-guru yang terhebat!

Wednesday, May 13, 2009

Ciuman Dan Pelukan Di Bawah Payung...




Hujan di luar rumah.
Tiada nafsu untuk melakukan kerja.

Aku rindu suasana di atas.
Sejuk dan panas bercampur baur.

Monday, May 11, 2009

Pembunuhan Secara Bersegi


Aku di P.I.D.
P.I.D. bukan I.P.D.

Pusat Internet Desa di Pejabat Pos.
Internet yang laju secara menggila.

Aku belum berkesempatan ke TM lagi.
Atau ke mana-mana pusat yang menjual jalur lebar.

Keputusan peperiksaan belum keluar secara menyeluruh.
Penat aku dengan situasi sekarang.
Sila bunuh aku secara bersegi.

Aku suka cetak berbentuk hati.
Kamu ada?

Nota Kaki : Penulisan ini aku tulis secara lintas langsung.
Harap maklum. Sesiapa yang memerlukan nombor telefon untuk menghubungi aku,
sila bertanya kepada blogger yang aku panggil sebagai JAMBU ini.
Jambu, aku rindu kamu!

Sunday, May 10, 2009

Lima Tahun Berlalu, Kalian Tetap Di Hati Aku...




10 Mei 2004
Menjejakkan kaki di bumi matrikulasi.
Aku sungguh bertuah berjumpa sahabat-sahabat seperti kalian semua.

Bila mahu ketemu lagi?
Aduhai...

Thursday, May 07, 2009

Sunday, May 03, 2009

Selamat Ulang Tahun Emak...


3 Mei 2009

Selamat Ulang Tahun Buat Emak Tercinta.
Selamat Ulang Tahun Ke -48.



Emak dan Aku Di Pagi Raya Yang Lepas.
Sayang Emak!

Terima kasih buat segalanya Emak.
Moga yang baik-baik menjadi milik Emak.

Saturday, May 02, 2009

Selamat Ulang Tahun Sayang...


Selamat Ulang Tahun buat bekas kekasih tercinta.
Moga anda gembira di sana bersama isteri dan anak-anak tersayang.
Selamat Ulang Tahun ke 34, DB.

Aku masih menggunakan namamu di alamat surat elektronikku.

Aku kini bahagia bersama kekasih baruku.
Macam kakak Giggle Gal tahu, aku kini merupakan isteri kepada si dia.
Mungkin sekadar khayalan, mungkin juga bertukar kepada realiti.

Friday, May 01, 2009

Mari Aku Kesatkan Bibirmu Sayang...


Aku pandang B.
Aku ketawa.

Z : Mari aku kesat bibir kamu.
B : Kenapa?
Z : Kesan merah tu nampak dengan terlalu jelas.
B : Betul?

Aku kesat bibir B.
Aku pandang tisu.
Kami saling berpandangan, bermakna...

Hari Ini Hari Pekerja, Aku Pula Seorang Penganggur...


Selamat Hari Pekerja Buat Kalian Semua.
Sesiapa yang bekerja, kalian bebas melaksanakan aktiviti kalian.

Siapa yang menanam anggur,
sila pastikan hasil itu sudah boleh dituai.
Boleh kita mabuk-mabuk sebentar.



::Kenangan Dari Depan Pintu G06-214::


Jika kamu membaca coretan aku disini,
sila tinggalkan kesan.

Aku Bukan Aku Yang Lama...


Zara hari ini bukan Zara yang lama.

Zara hari ini adalah seorang gadis yang mempunyai gitar.



Aku mahu meneroka dunia yang lain.
Dunia yang aku cinta.