Senyum.
Tarik nafas panjang.
Teman, aku cuma mahu kamu terus sabar. Sudah lebih setahun teman, mungkin kamu perlu meneruskan hidup dan mengimbas kembali apa yang pernah aku coretkan buat kamu berdua satu ketika dahulu.
[Gambar : Adakah kenangan bakal membuatkan kita alpa dan leka?]
Penulisan ini pernah aku tujukan buat seorang teman yang melalui kesakitan serta menahan kesedihan yang amat sangat dalam menjalani kehidupan dia. Teman, alangkah pertunangan dan perkahwinan diuji, apatah lagi dengan percintaan. Fasa di mana segalanya bermula.
Awak, ingat lagi kata kunci kita berdua?
Kata kunci hati kita berdua.
Awak ingat lagi?
Masa kita mula-mula kenal, awak cuma nampak permukaan jiwa saya.
Masa mula-mula kita kawan, awak cuma nampak luaran hati saya.
Tapi awak terima dan awak mula tamak.
Awak berdiri di luar hati saya.
Awak ketuk perlahan-lahan.
Awak datang setiap masa, setiap hari.
Awak tanya, bila agaknya awak dapat masuk ke pintunya.
Awak datang setiap hari sehingga saya kehilangan diri.
Awak marah saya - awak kata saya menyelinap masuk ke dalam hati awak tanpa perlu usaha.
Saya termangu - saya dalam hati awak, jiwa awak?
Awak merayu - berikan awak kunci, kata laluan atau apa sahaja agar awak bisa masuk ke dalam.
Saya berikan awak kata laluan.
Awak buka dengan perlahan.
Awak mula berikan sepenuh tumpuan dengan tinggal di situ.
Awak baca setiap helaian manuskrip dalam hati saya.
Lembaran demi lembaran awak baca.
Awak, bila tiba halaman yang sukar untuk difahami, mengapa awak berdiam diri?
Mengapa awak tidak mahu lebih mengerti?
Mengapa awak tidak mahu bertanya kepada saya, tuan punya diri?
Awak, hati yang awak masuki adalah hati saya.
Kamus yang awak perlukan adalah saya.
Awak, adakah awak masih mahu membaca lagi?
Atau mahu berpaling pergi?
*******
Panggilan telefon penuh raungan pagi tadi membuatkan pemanduan aku ditemani dengan esak tangis seorang teman yang baik. Ah, rakan itu sungguh lembut sebenarnya. Maksud aku, hati yang lembut dan empangan yang mudah pecah apabila disakiti oleh manusia-manusia yang tidak mengerti apa yang dilalui.
Gadis : Aku dah berhenti berharap.
Aku : Ya ke?
Gadis : Mengharapkan seseorang berubah adalah menyakitkan.
Aku : Adakah kau turut berubah seiring dengan keperluan dia?
Gadis : Aku cuba jadi yang terbaik demi menjaga hubungan ini, tapi dia masih tidak dapat menerima.
Aku : Kau cuba dan kau buat?
Gadis : Sudah tentu. Jika dia kurang gemar aku keluar dengan kawan-kawan, aku ikut, kurangkan keluar dan habiskan masa di rumah. Lagi pula aku duduk di rumah keluarga, maka pergerakan aku bukanlah meliar.
Aku : Dah hampir setahun benda ni semua terjadi.
Gadis : Tahu. Adakah aku perlu lepaskan dia pergi?
Aku : Kau nak mengalah?
Gadis : Jika aku fikirkan ini yang terbaik bagaimana?
Aku : Terpulang. Baik untuk kau, insyaALLAH baik untuk aku.
Gadis : Aku dah lama bertahan.
Aku : Faham dan aku tahu apa kau lalui.
Gadis : Adakah kau akan teman aku masa aku susah?
Aku : Habis kau fikir apa aku buat selama ini?
Gadis : (ketawa) Kau buat aku ketawa sambil menangis.
Aku : Lebih baik dari aku buat kau menangis kan?
Buat Si Gadis, aku hanya mahu menyambung apa yang pernah aku tuliskan buat kau dahulu. Mungkin kau boleh titipkan pada kekasih hati kau sebagai sambungan yang pernah aku coretkan.
[Gambar : Harap selepas ini tiada lagi luahan kecewa kamu teman]
Awak, hidup saya selama ini ada tiga warna.Putih, hitam dan kelabu.Putih bila saya menikmati hidup gembira bersama awak.Hitam bila saya menikmati saat duka bersama awak.Adakah hidup saya perlu kelabu bila tiada lagi kemesraan antara kita berdua?
Itu sahaja Si Gadis.
Itu sahaja.
Nota Kaki :
1. Perkhemahan sekolah hujung minggu ini batal. Alahai.
2. Sibuk menjelang akhir tahun, banyak yang perlu disiapkan.
3. Menikmati saat membasuh murid-murid tadi.
Zara : Kadangkala dalam hidup ini aku tahu aku perlu mengekalkan sikap sinikal dan sarkastik bila berhadapan dengan situasi di mana aku cuba ditikam dan dihina secara terang-terangan.
17 comments:
hum.. ko kan, sangat pandai menulis..=P
stiap kali baca entri k.zara, mesti terpaku jap. seronok..
btw, moge kawan k.zara cepat ok :-)
Tertanya2... kenapa ya, bila bermula sahaja sebuah perhubungan, pasangan masing2 mengharapkan perubahan? Ini klise sebenarnya.
dan datang seorang perindu...
"hidup perlu diteruskan....hidupkan semuanya..."
saya rasa nak menangis sekarang.
perlu ke kita tunggu dia kalau dia dah tunjuk jalan keluar? :( sebak!
wah.
XD
cikgu zara, sangat sedap dialog mencari kunci hati tu.
hurm... sian kawan ko 2... sbor yea cakp dkt dia.. huhu...
camne ikat2 tali semalam??
ohh.. ^_^ indahnyaaa...very3x nice job cik zara!
aku masih igt entri ko yg tu..hee..
~terima seadanya..cuma yg baik perlulah di ikut..yg buruk tak usah diturut..
comel la kotak2 tu..seswai ngn entri2 ko
kakak, mcm biasa, nice!
anith suka la ur puitis part!!! comellllllll.
kamus yang awak perlukan adalah saya... hahahahaha loike 10x
kebahagiaan dlm perpisahan?
...
nice!
Terkini : Kura-kura comel
ur fwends r sooooOOOoooo LUCKY.....
because she has u....
wish her luck in their relationship...
oh, also wish 2 u 2....^O^
what a nice entry zara...
janji..akan kerap muncul kat sini...
wink* wink**
indahnyer bahasa....=)
jtuh cinta pd blog ini..
=)
awk mesti suka bca novel kan...haha
Post a Comment