Showing posts with label Senggugut.. Show all posts
Showing posts with label Senggugut.. Show all posts

Monday, March 12, 2012

Pakai Itu Dengan Disiplin.


Peringatan : Ini tulisan berbentuk iklan.

Aku sudah menulis tiga kali sebelum ini tentang korset yang digunakan. Kesemuanya boleh dirujuk dalam halaman ini [tekan]. Ada banyak persoalan yang dikemukakan dan aku telah jawab dengan sedaya upaya, harapnya. Ada juga yang bertanyakan kepada aku sama ada pemakaian itu membantu atau tidak. Dan aku suka untuk menjawab soalan-soalan tersebut, di sini lagi :

11. Pakai korset boleh bagi ramping? Betul ke iklan-iklan dalam blog semua tu?
Meh sini aku beritahu.
Kalau kau baca betul-betul maklumat dalam  mana-mana blog ataupun iklan yang dipamerkan tentang korset PB, kebanyakannya aku rasa mereka akan nyatakan yang benda itu boleh menjadikan kau ramping. Tapi, bagaimana kau boleh dapatkan bentuk badan idaman kau tu? Hanya dengan pakai PB sahaja dalam masa 2 hingga 3 bulan dan kau terus meletup kalah model Victoria Secret?

Kenyataannya, kalau kau amalkan segala macam pil pelangsing ataupun makan makanan tambahan yang boleh mendorong kau untuk kurus adalah mengawal pemakanan. Itu yang paling utama. Kalau kau pakai korset PB atau korset apa sekalipun contohnya, tapi kau makan secara tak terkawal, agak-agak berkesan ke tidak? Jangan buat gila. Kalau boleh makan semua benda dan secara tiba-tiba tetap jadi kurus dan langsing, mohon kongsi dengan aku.

[Sumber gambar]

12. Macam mana awak boleh pakai korset tu setiap hari? Gigih eh?
Ini bukan soal gigih ke apa ke. Ini adalah soal disiplin. Macam mana kau boleh makan makanan tambahan setiap hari dengan waktu yang tepat dan pengambilan yang kau kena sukat? 

Rutin semata?
Rutin itu datangnya dari disiplin. 
Ya, disiplin yang tinggi pastinya.
Jadi, kalau kau boleh disiplin dalam mengambil makanan tambahan, maka aku percaya, kau boleh disiplin dalam pemakaian korset. Sebab benda ini kau pakai dari pagi, sebagai contohnya sebelum kau pergi kerja dan buka bila kau habis bekerja dalam 8 jam hingga 15 jam selepas itu. Banyak kali ke? Tidak kan? Pakai pagi, buka malam. Senang. 

13. Kalau masa makan, buka cangkuk pada korset boleh?
Boleh!
Siapa kata tak boleh?
Nak buka terus korset tu pun boleh. Tapi lepas tu kau janganlah merungut tak dapat hasil yang kau mahukan. Dah tu, kau bersusah payah pakai, tapi masa makan, kau buka korset tu dengan harapan kau boleh makan dengan banyak dan korset itu tidak menghalang kau makan. Kegilaan apakah ini? Jadi jangan merungut, meroyan dan merempan bila kau tidak dapat bentuk yang kau mahukan. Sebab macam aku pernah tulis sebelum ini, kita semua (bagi pengguna korset) - ada tujuan masing-masing, kenapa mereka pakai dengan bersusah payah, tahan nafas dan masukkan segala lemak tepu ke dalam pakaian itu?

Baiklah.
Setakat ini sahaja.
Aku kena kerja masa cuti sekolah ini.

Jika berminat, sila cari Kak Sha di sini ya?

Sunday, January 29, 2012

Perempuan Memang Nak Cantik Eh?



Peringatan : [Ini adalah pos berbentuk iklan]

Beritahu aku kalau ada mana-mana manusia yang tidak sukakan sesuatu yang cantik, sesuatu yang menarik dan indah. Sejuk mata memandang kata orang tua zaman dahulu. Jadi, mustahil kalau kita semua tak suka benda cantik, benda menarik dan menenangkan jiwa. Kecuali orang itu gila. Mungkinlah.

Tapi orang gila pun suka benda cantik.
Sebab itu kita biasa tengok dalam drama atau filem, mereka suka main dengan bunga, barang kemas, sebab ya, mereka masih dapat rasa kecantikan sesuatu benda. Yang mengecam kata mereka tidak siuman bagai, mohon untuk betulkan semula pandangan anda.

Jadi, sekarang aku kembali untuk menulis mengenai korset, seperti yang aku pernah tulis sebelum ini. Masih ingat tentang senggugut? Ya, untuk bulan kedua aku memakai korset PB ini, sudah tidak bergantung pada ubat. Aku pakai korset, jadi budak baik dengan buat segala kerja aku, dan alhamdulillah, tiada kesakitan yang aku tanggung macam nak mati. Sakit pinggang boleh dikatakan hampir tiada. Cuma masalah sedikit apabila pakai tuala wanita dan pakai korset, aku risau kalau bocor kena korset. Nasib baik tidak.

http://farm4.staticflickr.com/3031/2703800150_24667fcd9b.jpg
[Sumber gambar] - Sayangnya pakai PB aku tak boleh langsingkan jari. Eh.

Jadi, sekarang aku mahu sambung semula dengan menjawab soalan yang dikemukakan kepada aku. Yang sudah menghubungi Kak Sha, aku ucapkan tahniah. Bagus kalau kamu bertanya terus kepada yang pakar. Aku cuma jawab setakat mana pengetahuan aku, dan pengalaman aku pakai. Soalan sebelum ini boleh dibaca di tulisan ini.


07 - Kenapa nak pakai korset? Perempuan memang nak cantik eh?
Mohon beritahu aku, kenapa wujud pusat pelangsingan badan, pusat kecantikan dan segala jenis pusat apa benda itu yang berkaitan dengan perempuan, kalau perempuan tiada keinginan mahu menjadi cantik. Kenapa mereka mahu menjadi cantik, pastinya alasan setiap seorang adalah berbeza. 

Pakai korset sebab nak nampak cantik?
Aku tak rasa begitu (secara jujurnya). Sebab pada aku, orang yang pakai korset, ada alasan mereka sendiri. Aku pakai disebabkan aku nak cuba betul ke dengan memakai korset tersebut boleh menghilangkan kesakitan senggugut yang aku tanggung selama bertahun ini. Sudah dua bulan, aku sudah nampak hasil, jadi, salahkah aku cadangkan pada mereka yang mengalami masalah serupa, untuk mencuba juga?

08 - Ni dah mula sekolah, dah mengajar, macam mana?
[Ping pong ping pong - bunyi soalan bonus]
Tetap pakai. Mulai tahun ini aku mengajar Bahasa Inggeris dan PJK. Selain daripada Pendidikan Jasmani Kesihatan - aku beri makna lain pada singkatan itu, PAJAK disebabkan aku mengajar PJK dari Tingkatan Satu hingga Lima. Jadi, dalam sehari dalam seminggu, aku boleh dikatakan bersenam hingga 3 waktu pada sebelah pagi. 1 waktu adalah 40 minit, 3 waktu adalah bersamaan dengan 120 minit. Gila memang gila, tapi sekarang kita bercakap tentang korset kan?

Aku mengajar sukan dengan pakai korset juga. Setakat ini, semua regangan, dan pergerakan aku dalam aktiviti sukan tidak terbatas. Boleh sahaja aku mengayuh basikal, lompat bintang, tekan tubi, berlari dan sebagainya dengan memakai korset ini. Sebenarnya, pakai korset ini buatkan badan aku lebih tegak untuk berdiri dan pergerakan aku lebih cantik bila mengajar senaman. (angkat kening)

Dari segi pemakaian, seawal jam 6 pagi (atau kadangkala lebih awal), aku sudah pakai. Dan disebabkan itulah, aku boleh pakai lebih daripada lapan jam (minima) dan maksima 15 jam kalau aku bekerja. Tempoh masa aku berada di sekolah kadangkala tidak menentu. Aku perlu ingatkan bahawa pemakaian korset dengan betul, akan buat kamu selesa, bukan menyeksa.

09 - Susah tak nak buka semula korset lepas pakai?
Setakat ini aku tiada masalah mahu buka korset ini selepas pakai. 
Mula-mula nak buka yang berbentuk seluar itu memang sukar, sebab paha dan punggung adalah sangat besar kan? Tapi bila dah terbiasa, ia bukan masalah lagi bagi aku. Senang kata, ia semudah kau buka semula pakaian dalam yang dipakai setiap hari itu.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhYEDx5F8uA-zMgc9PBq6gSZa3rAkfCcnRZaqunRTXk6AOILYygD5qE1EWV6nkj3fgq2iLyxrQUN1QoXIosDfZeNWyIMV0oPTzUH03ozy2nOrQjbdLSyEgau6liIxfMpVEbZIdIGQVP2Hto/s1600/premium-beautiful-corset-bra.jpg
"Long Brassiere" (LB)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiIjyStoF0MIfaj9SfAGC1YybpIRoq8tdAlMATcIcieRN9fINfBB89op7Vz1785JgG5ow7Qu6EBLOEAx1N2zjJZqJ53BrC5gs3esGU9apmR_2UCJAC_FujmbzSCnKOT_JMvvYAIAzkZ1wFZ/s1600/premium-beautiful-waist-nipper.jpg
"Waist Nipper" (WN)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjuDRjRIfkRCfzmuVMVtsOiuAmLbty0yW6k6so1N5htLpjVWEdBomoQD79b8RJ1suz56ERBo31NNl77pHpYwE5ad1Lbjyqax8iOvxgSpcqfzaRSyowVPCT9Tot_NKpvoBYroY2dOh9apcKu/s1600/premium-beautiful-girdle.jpg
"Long Girdle" (LG) [Dari blog Kak Sha]

10 - Perkembangan selepas lebih sebulan pakai korset ini?
Pakai pakaian dalam ini sudah jadi kebiasaan sejak Kak Sha hantar datang ke rumah pada 11 Disember 2011. Aku mula pakai secara konsisten bermula pada 16 Disember 2011 (selepas tamat kursus). Macam aku ceritakan sebelum ini (sini) - kejayaan aku memasukkan tubuh gempal dengan usaha gigih Kak Sha tarik sekuat tenaga dia ada menunjukkan sedikit peningkatan.

1-  LG
Kalau dulu separuh nyawa aku nak masukkan diri, sekarang ini, aku boleh masukkan dengan mudah berbanding sebelum ini. Bukan kata punggung aku dah mengecil tapi mungkin sudah ada pembentukan atau entah apa namanya, ia mudah sedikit. Jadi, kalau aku berkejar mahu buang air kecil, tidaklah sampai merah muka nak buka. 

2 - LB
Dari cangkuk pertama, aku sudah mampu pakai ke cangkuk kedua dengan selesa. Ya, masa aku tulis ini (29 Januari 2012) - aku sudah berjaya ke cangkuk kedua. Jika sebelum ini, nak pusingkan LB di cangkuk pertama kena menahan nafas bagaikan mahu menyelam, ia bukan satu masalah lagi. Yang kalau kata, aku ni kecil, kau boleh tanya aku secara peribadi, berapa saiz yang aku pakai sekarang ini. Sungguh, aku akan beritahu.

3 - WN.
Kalau pada 28 Januari 2012, aku bergegas menghantar pesanan pada Kak Sha yang WN aku sudah masuk cangkuk kedua, pada hari ini (29 Januari) - aku sengaja cuba ke cangkuk ketiga. Muat dengan selesa weh! Aku macam nak lompat kegirangan bila dah boleh masuk. Macam betul ke benda ini berlaku pada aku, rasa macam nak lompat bintang secara berjemaah dengan diri sendiri di atas katil. Ya, aku boleh beritahu saiz juga kalau kamu nak bandingkan bentuk badan dengan aku, sebab ramai kata aku kurus sebelum ini. Bukan aku kurus, aku pakai baju besar. Sebab tu kau tak nampak.

http://farm3.staticflickr.com/2557/3886563065_fc910ae59f.jpg
[Sumber gambar]

Aku mengambil pendekatan mudah dalam menulis mengenai korset ini dan cara pendekatannya. Aku tidak akan menulis benda yang tidak aku alami sebab aku percaya, kesan pada setiap orang akan berbeza mengikut kesungguhan dan keyakinan kau sendiri.


Kesungguhan yang aku nyatakan di sini adalah, bila kau berazam untuk mendapatkan sesuatu, pasti kau akan berusaha dengan gigih kan? Aku dapat banyak komentar tentang bagaimana kebanyakan pembaca mempunya korset masing-masing, tidak kisah dari jenama apa, tapi bila pakai sekali dua dan rasakan payah, maka mereka tinggalkan begitu sahaja, dan tidak bersentuh lagi. Kenapa perlu buat begitu? Bukankah benda itu kau dapatkan dengan harga yang agak tinggi, mengapa mahu membazir? Ke aku seorang sahaja yang ambil berat tentang harga barang yang aku beli?

Keyakinan adalah, bagaimana mahu beritahu ya?
Kalau kau yakin kau kuat untuk dapatkan apa kau mahukan, kenapa mahu berputus asa begitu sahaja? Pada aku, berputus asa itu adalah kenapa apa yang kau mahukan tidak dapat dicapai. Yakin dengan kebolehan diri, dengan apa yang kau gunakan atau pilih dan cuba sehingga berjaya. Sebab, pada aku, untuk sihat, untuk bahagia, aku perlukan keyakinan diri yang tinggi dalam hidup. Dan bila benda itu semua tiada, bagaimana mahu teruskan kehidupan?

Dan kita semua yakin bahawa Allah ada untuk semua manusia.
Manusia kan boleh berubah dengan usaha mereka sendiri. Jadi, jangan sesuka hati mahu berhenti berharap. Rugi untuk diri kita sendiri.

Baiklah.
Itu sahaja buat kali ini. Kalau kalian perlukan maklumat lanjut, boleh jengah blog Kak Sha yang kecil molek di sini ataupun ke halaman yang aku wujudkan untuk dia dan PB ini. 

Nota Kaki : 
Banyak benda lagi yang mahu dikejar dalam hidup. Aku sudah tidak mahu hiraukan manusia yang mengutuk paras rupa dan bentuk fizikal aku lagi. Cukuplah aku rasa aku menarik bila aku berdiri di hadapan cermin setiap hari.

Zara : Kadangkala seorang perempuan itu tidak perlu beritahu semua perkara yang dia rasakan. Kau sendiri boleh tahu segalanya bila dia berada di samping kau, segalanya tertulis dengan bagaimana dia melakukan sesuatu perkara tersebut. Begitu juga dengan lelaki yang kau sayangi sepenuh hati. (Shafaza Zara, 29 Januari 2012)


Tuesday, January 03, 2012

Selesakah Pakai Ketat Begitu?



Peringatan : [Ini adalah pos berbentuk iklan]

Ingat tak hari tu aku ada menulis tentang senggugut?
Ya, salah satu daripada cara yang aku sebut adalah dengan pemakaian korset. Seperti yang kamu semua boleh baca di laman web dan juga halaman yang aku wujudkan tentang korset Premium Beautiful (PB) itu, sedikit sebanyak ia membantu aku dalam masa beberapa minggu ini. Salah satunya, yang paling penting adalah aku jadi manusia berdisiplin. Setiap hari pakai dalam masa lapan jam secara minima. Jadi, aku dapat beberapa soalan dan pertanyaan tentang PB yang aku gunakan. Terima kasih pada Kak Sha yang berikan aku untuk guna.

http://farm2.staticflickr.com/1181/593146961_d1a045b32f.jpg
[Sumber gambar] - Ini bukanlah yang aku guna. Cuma aku rasa warna ini menarik. Heh.

Kali pertama Kak Sha datang rumah aku, dia tolong pakaikan aku PB ni. Ya, Kak Sha adalah orang pertama masuk tengok bilik aku yang tak serupa orang disebabkan aku sibuk dan terpaksa bergegas ke kursus pada petang tersebut. Kak Sha juga adalah orang pertama tengok betapa gemuknya aku, walaupun aku gelak-gelak menahan malu. Nasib baik Kak Sha ada bawa beberapa set lain sebab ukuran yang aku beri pada dia, ada yang kurang tepat. Peringatan, kalau nak ambil ukuran badan, mintalah tolong orang lain. Diri sendiri kalau ambil, mesti ada lari sedikit. Eleh, kau tengok saiz tubuh sendiri kan Zara? (pandang atas, tangan di dada).

Aku : Saya malulah Kak. Badan saya gemuk.
Kak Sha : Gemuk mananya?
Aku : Gila gemuk ni.
Kak Sha : Belakang badan tak ada lemak pun.
Aku : Paha dengan punggung besar.
Kak Sha : (gelak)
Aku : Betullah kan?
Kak Sha : (gelak) Awak pun kata keturunan kan? Dah, pakai cepat ni.
Aku : (mengeluh) Baik.

Jadi, mari aku jawab beberapa soalan yang ditanyakan secara malu-malu pada aku. Sebenarnya aku pun malu nak jawab, dan ambil masa juga sebab aku kena jawab secara jujur kan?

01 - Selesakah pakai ketat begitu?
Sebenarnya tidaklah ketat sampai kau tak boleh bernafas. Masa kali pertama pakai mungkinlah agak sesak nafas, kau nak masukkan badan serupa pasu (merujuk kepada diri aku sendiri) ke dalam benda yang kecil. Tapi, PB ada ukuran dia sendiri, jadi pakai PB sebenarnya selesa. Yang kalau rasa ketat sangat tu, mesti salah ukuran, kau pakai tibai beli sebab tak sanggup nak beritahu ukuran sebenar. Aku cadangkan, kalau kau rasa ukuran terlampau ketat, jumpa balik dengan siapa kau beli. Jangan seksa badan melampau.

Kalau kau dapat ukuran dan saiz PB yang sesuai dengan badan kau, tiada istilah ketat. Istilah yang lebih sesuai aku rasa, adalah selesa. Ya, pakai benda begini kenalah selesa. Kau bukan duduk dalam zaman Victoria, pakai korset sampai boleh nak patahkan tulang weh. =.="

02 - Lama tak masa nak pakai?
Masa mula-mula cuba, nak pakai 'Long Girdle' (LG) - aku melompat-lompat sebab tak boleh masuk. Nasib baik ada set lain, boleh masuk. Sudahlah memang jenis punggung lebar, paha besar - ditambah dengan beberapa bulan berhenti mengayuh, nak masukkan peha adalah satu seksaan. Gila kau, nak masukkan diri dalam 'long girdle tu, hampir setengah jam, sampai berpeluh. Sadis.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhYEDx5F8uA-zMgc9PBq6gSZa3rAkfCcnRZaqunRTXk6AOILYygD5qE1EWV6nkj3fgq2iLyxrQUN1QoXIosDfZeNWyIMV0oPTzUH03ozy2nOrQjbdLSyEgau6liIxfMpVEbZIdIGQVP2Hto/s1600/premium-beautiful-corset-bra.jpg
"Long Brassiere" (LB)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiIjyStoF0MIfaj9SfAGC1YybpIRoq8tdAlMATcIcieRN9fINfBB89op7Vz1785JgG5ow7Qu6EBLOEAx1N2zjJZqJ53BrC5gs3esGU9apmR_2UCJAC_FujmbzSCnKOT_JMvvYAIAzkZ1wFZ/s1600/premium-beautiful-waist-nipper.jpg
"Waist Nipper" (WN)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjuDRjRIfkRCfzmuVMVtsOiuAmLbty0yW6k6so1N5htLpjVWEdBomoQD79b8RJ1suz56ERBo31NNl77pHpYwE5ad1Lbjyqax8iOvxgSpcqfzaRSyowVPCT9Tot_NKpvoBYroY2dOh9apcKu/s1600/premium-beautiful-girdle.jpg
"Long Girdle" (LG) [Dari blog Kak Sha]

Bila nak pakai "Long Brassiere"(LB)  - tahan nafas, pusingkan benda alah tu macam nak mati rasa. Nasib baik pakai "Waist Nipper" (WN)  senang. Oit, kalau dah pakai LB, tapi WN mencungap, dah teruk sangat aku kan? Eleh Zara, nasib baik Kak Sha tak rakam kau cemas gila bila nak pakai benda tu semua. Kalau tak, habis nampak muka berpeluh bagai. Heh.

Baiklah. Kali pertama pakai memang dekat satu jam. Sebab aku lembap dan kali pertama nak sesuaikan diri kan? Kali kedua aku pakai, ambil masa dekat setengah jam. Sumpah lama. Aku siap sms pada Kak Sha, beritahu dia lambat gila aku pakai, bila aku nak keluar kerja macam mana? Dia gelak, dia suruh aku cuba.

Sekarang ini aku dah pakai dalam beberapa minggu, tak sampai sepuluh minit dah siap. Laju tak aku? Aku cuma ambil masa agak lama nak pakai LB. Perlu ke aku ulang berapa besar peha dan punggung aku? Tak kan? Heh.

03 - Kalau gaya hidup aktif, boleh pakai ke?
Soalan aku, berapa aktif gaya hidup kau itu ya?
Kalau kau jenis keluar mengayuh macam aku, mengayuh basikal maksud aku, tiada masalah nak pakai korset ni semua. Selesa adalah. Satu, kau tak perlu pakai seluar basikal yang ada pengalas tu. Aku memang tak pakai sebab tempat duduk basikal aku istimewa. Dia ada sarung gel yang lembut, jadi pakai LG buatkan aku tak perlu pakai seluar ketat yang biasa aku guna. Sekejap, aku perlu ingatkan, walaupun kau pakai LG, kau tetap kena pakai seluar dalam. Jangan buat lawak tak pakai pula. =.="

04 - Jadi, kalau hidup aktif, mesti berpeluh. Tak busuk ke?
Ini soalan yang sama aku tanya pada Kak Sha. Material PB ini adalah lain daripada lain. Jenis menyerap peluh, jadi tak berbau. Tapi janganlah kau guna beberapa lama tanpa rasa nak cuci atau anginkan. Jadi, apa yang aku lakukan adalah selepas buka PB ini, aku akan anginkan. Jemur, bagi pengedaran udara yang baik dan juga cuci guna tangan, untuk pastikan tidak berbau. Lagipun, bila sehari tak pakai, rasa macam tiada keseronokkan. Ke aku seorang yang rasa seronok? Heh.

Boleh juga cuci di bahagian-bahagian sensitif. Kak Sha cadangkan guna sabun bayi, sebab sabun bayi tak tajam macam sabun biasa. Tak perlu rendam lama-lama sebab cuma ada sepasang kan? Dah kau gigih pakai setiap hari, kenalah rajin.

05 - Dah ambil makanan tambahan, tak naklah cuba.
Bukan aku paksa orang beli. Aku paksa masuk pertandingan di blog pun tidak. Padahal nak beri kau hadiah. Eh. Aku dulu pun ada ambil makanan tambahan, memang berat badan aku turun, tapi bentuk badan tidaklah jadi comel. Aku tetaplah besar juga. Dah, diam, kau memang besar pun Zara.

Aku cuma mencadangkan, katakanlah kau sedang berpantang makanan, sedang dalam program diet kau sendiri, dan kau mungkin ada cita-cita nak melangsingkan badan dengan ada bentuk badan yang cantik, silakan mencuba ini sekali. Aku mungkin tidaklah langsing (ajaib oh kalau jadi) - tapi ramai juga orang yang sudah langsing dengan pakai PB ni. Satu lagi, kita boleh tahu jadi langsing ke tidak sebab dia ada 3 set cangkuk. Kali pertama memang pakai yang pertama dulu. Jadi kalau makin lama cangkuk kau berpindah, apakah maksud itu? 

(tepuk tangan)
Pandai! Maksudnya kau makin langsing disamping kau dapat kekalkan makan makanan tambahan kau. Makanan tambahan bukankah membawa banyak kebaikan juga? Dapat sihat, dapat kurang berat badan dan pakai PB ini, kau akan dapat bentuk badan yang kau nak. 

06 - Kenapa tak pernah nampak ambil gambar pakai korset?

[Sumber gambar] - Nanti aku pakai begini, terus pula kau sebarkan di laman sosial kata aku macam-macam kan? #sarkastik

Aku beritahu Kak Sha, aku memang tak boleh ambil gambar begini. Dia pun kata tak mengapa. Jadi aku harap tidak timbul masalah bagi yang bertanyakan benda sedemikian rupa. Lagi pula, aku rasa setakat ini yang nampak aku dengan pemakaian korset adalah Kak Sha seorang. Dengan keluarga pun aku tak tunjuk. Gila ke apa. 

Baiklah.
Itu sahaja buat kali ini. Kalau kalian perlukan maklumat lanjut, boleh jengah blog Kak Sha yang kecil molek di sini ataupun ke halaman yang aku wujudkan untuk dia dan PB ini. 

Nota Kaki :
Banyak orang tak puas hati aku menulis tentang bayaran sekolah di Twitter. Nantilah aku tulis pasal ini pula ya? :)

Zara : Hidup kadangkala cukup misteri. Tidak semua perlu kita bongkar sebab kita sebenarnya tidak perlu tahu semua perkara. Kadangkala yang tersembunyi itu lebih baik dibiarkan tertanam begitu sahaja. (Shafaza Zara, 3 Januari 2012)


Wednesday, December 21, 2011

Adakah Anda Mengalami Senggugut?



Salam.
Aku pernah menulis tentang tuala wanita dan juga pemilihan seluar dalam. Sesuatu yang dekat dengan golongan perempuan, aku rasa - bahkan satu keperluan secara hakikatnya. Jadi, hari ini aku mahu berkongsi suatu lagi benda yang sering dikaitkan, iaitu senggugut - ataupun orang lebih biasa cakap sakit sewaktu datang bulan atau haid.

Aku mula mengalami gejala ini sewaktu berusia enam belas tahun. Masa itu, aku dalam Tingkatan Lima. Ya, memang ambil SPM awal dari usia. Entah kenapa, padahal aku mula datang bulan dalam usia tiga belas. Lambat? Normal pada waktu aku dahulu. Sekarang aku tengok budak umur sembilan hingga sepuluh tahun dah mula datang bulan. Faktor pemakanan memberi kesan juga agaknya. Jadi, pada mula-mula kena senggugut, aku macam semua budak biasa buat, adalah makan Panadol. Untuk jangka masa beberapa bulan, bolehlah Panadol mengurangkan kesakitan. Lebih dari itu, dan mengenangkan peperiksaan semakin hampir, Emak bawa aku berjumpa doktor.

Emak : Ni anak saya kalau kena senggugut teruk.
Doktor : Dia selalu ambil apa kalau kena senggugut ni?
Emak : Panadol. Tahun ini SPM, kalau kena masa SPM, langsung tak boleh jawab peperiksaan lagi susah. Tolong buat pemeriksaan ya doktor.
Doktor : Mari sini adik. Dah lama datang bulan?
Aku : Umur tiga belas.
Doktor : Sejak bila senggugut?
Aku : Umur enam belas ni.
Doktor : Oh, baru lagi. Nak tanya, kalau keluar darah tu macam mana?
Aku : Er, macam mana apa?
Doktor : Keluar darah ketul-ketul ke, cair ke, banyak ke, macam mana keadaan darah tu?
Aku : Ketul-ketul.
Doktor : Oh, memang sakitlah setiap kali kena?
Aku : Ya.

http://farm7.staticflickr.com/6171/6262655136_432ca822c6.jpg
[Sumber gambar] : Dah la yang aku jumpa tu doktor lelaki, rasa mahu letupkan diri sebab cakap benda begitu. Tapi itu dulu lah. Sekarang kalau sakit, aku terus cakap. Abaikan rasa malu kalau nak nasihat perubatan - itu kata seorang kawan merangkap doktor pada aku. Heh.

Jadi, sejak itu sehinggalah baru-baru ini, kadar kebergantungan aku kepada pil penahan sakit adalah sangat tinggi. Bila aku semakin dewasa, dan daripada pembacaan, aku dapati yang ada beberapa cara untuk mencegah (ataupun mengurangkan kesakitan tanpa perlu makan ubat). Ya, aku tidak mahu mati menelan pil penahan sakit setiap bulan walaupun itu yang disarankan oleh doktor. 

01. Pil penahan sakit.
Aku tukar cara aku makan ubat ini. Bila terlampau sakit sangat baru aku makan. Kalau aku terpaksa bangun pergi kerja ataupun bila aku di sekolah, ya, aku makan. Kalau aku masih mampu bertahan, aku tidak akan makan ubat. Sebab terlampau banyak pil tidak baik kan? Pernah suatu ketika aku makan hampir lapan biji dalam masa satu jam sebab terlalu sakit. Gila, aku tahu.

02. Gaya pemakanan.
Nasib baik aku bukan penggemar makanan ringan ataupun benda berjeruk. Sesekali bolehlah, itupun aku dah tak ingat bila kali terakhir aku makan makanan ringan. Coklat kira makanan ringan ke? Tapi ini bergantung pada orang juga. Ada sesetengah coklat, akibat peratusan bahan di dalamnya, ia mampu meredakan kesakitan. Tapi aku rasa ia lebih kepada psikologi dan juga, hey, coklat benda yang berkhasiat sebenarnya. Cuma benda baik ambil dalam kuantiti yang banyak, mestilah jadi kesan kurang baik. 

03. Aktif.
Kalau dalam bulan itu aku menggila bekerja tanpa henti, sibuk dengan aktiviti luar dan banyak bergerak - insyaALLAH, dalam bulan itu, tidak akan sakit. Kalau sakit sekalipun, tidak teruk. Tapi biasanya, langsung tidak sakit. Tapi mahu menemui kebarangkalian tersebut dengan jadual tidak menentu, agak payah sebenarnya. Senaman amat membantu dan syukurlah aku mengajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah. Yeay!

http://www.kotex.com.my/body-and-you-kesihatan/images/4.1.1_1.JPG
[Sumber gambar] : Tidak payah malu-malu. Ini memang gambar paling baik aku boleh letak. Nanti letak gambar betul, ngeri pula.

Jadi apa cara yang pernah aku buat untuk mengurangkan (dan kalau boleh hapuskan) terus kesakitan ini? Ada beberapa cara yang aku telah lakukan.

01. Pakai tuala wanita berherba.
Tidak perlu aku beritahu jenama apa sebab setakat ini aku jumpa ramai orang jual tuala wanita jenis itu. Aku guna agak lama, menggantikan tuala wanita yang aku pakai sebab dengan pengakuan ramai orang, mereka tidak sakit lagi selepas guna. Itu siap termasuk dengan apa yang dikatakan oleh penjual bahawa tuala wanita di pasaran adalah produk kitar semula dan sebagainya. Malangnya, ia tidak berkesan langsung pada aku walaupun aku guna beberapa lama.

02 . Tuam diri dengan air panas ataupun dengan pek panas/sejuk.
Seorang kawan aku mengajar tentang perkara ini. Cara ini dia cadangkan kepada teman wanita dia dan berhasil. Memang berhasil walaupun hanya untuk sementara. Malangnya kalau aku bekerja luar, kebarangkalian untuk aku letak perut atau pinggang aku dengan pek tersebut adalah nipis dan kesakitan tidak dapat dikurangkan. Terpaksa juga aku telan pil.

03. Tidur.
Ini biasanya boleh selepas aku makan ubat. Dalam keadaan sakit sehingga berguling dan tidak boleh bangun, bagaimana aku nak tidur kan? Ubat dan tidur. Ya, pil biru itu bersusun dalam sistem pencernaan aku. Tapi kalau senggugut datang, selepas itu dapat tidur, bolehlah mengurangkan kesakitan perut dan kesengalan pinggang yang macam mahu putus. Tidak termasuk sakit kepala rasa nak hempas ke dinding boleh lega. Tapi sekejap juga. 

04. Pakai korset/bengkung.
Ini apa yang aku gunakan baru-baru ini atas cadangan seorang kakak. Ya, ini cara terakhir yang aku tidak perlu makan ubat. Alhamdulillah, aku pakai korset yang dia cadangkan (dan beri aku guna) - kesakitan itu dapat dikurangkan dan peratusan aku sakit pinggang adalah menurun. Aku dapat tidur dengan selesa walaupun aku sedang mengalami haid hari pertama. 

https://mail.google.com/mail/?ui=2&ik=54b350b16d&view=att&th=1345c33db684603f&attid=0.1&disp=inline&realattid=f_gwf3kj580&zw
[Ini adalah korset Premium Beautiful] - Boleh rujuk blog kakak - Kak Sha, tersebut di sini.

Masa Kak Sha cadangkan pada aku untuk guna, aku macam, ya, "saya gemuk, bulat secara keturunan, nak suruh saya cuba benda ini pastinya tidak akan berjalan langsung sebab punggung besar, lebar dan sebagainya itu datang secara pakej dalam DNA". Tapi, masa Kak Sha suruh aku baca antara keistimewaan PB ini, ada sesuatu yang aku nampak dan berminat. Ya, senggugut. Benda ini paling penting pada aku. Badan langsing apa semua itu memang tak berapa buat aku gila. (Tampar diri sendiri sebab tahu sendiri besar, jadi kecil adalah ajaib). Jadi buat kali pertama guna ini, aku rasa ada sesuatu yang aku boleh kongsi dengan kamu semua.

Kamu semua boleh lihat halaman yang aku wujudkan tentang Premium Beautiful yang mengandungi tulisan Kak Sha ini sendiri dan boleh pilih apakah kebaikan yang kita boleh berkongsi sedikit. Sebab pada aku benda baik haruslah dikongsi bersama. Macam Kitab Terfaktab dan Hero kan? Heh.

Nota Kaki :
1. Ada orang suruh aku tulis mengenai 'tampon' pula. Aku mana pernah guna. Ada sesiapa yang nak kongsi dengan aku tentang benda itu?
2. Tak pergi ke tempat air - keadaan diri tidak mengizinkan.

Zara : Pakai korset ini buatkan aku berangan macam zaman Victoria. Berangan sahajalah. Bila buka benda itu?