Wednesday, May 16, 2012

Cikgu.


Ini tahun ketiga dan masih punya (insyaAllah) tiga puluh tiga tahun lagi untuk teruskan perjuangan tanpa henti di landasan yang sudah dipilih untuk sepanjang hayat ini. Semoga perjuangan kali ini lebih bermakna dengan kehadiran pelbagai jenis orang yang mahu dididik menjadi manusia.Menjadikan orang sebagai manusia adalah suatu yang sukar - dan itu yang dinyatakan oleh seorang pensyarah aku suatu ketika dahulu. Tapi ianya tidak mustahil untuk dilakukan.

Tahun ketiga aku dalam perkhidmatan - sebenarnya nanti pada 26 Oktober baru genap tiga tahun, tapi siapa yang peduli dengan tarikh kan? Heh! Usia mengajar bukanlah ukuran pada aku - tapi bagaimana aku mampu menghadapi setiap hari dengan sabar dan tenang. Walaupun sebenarnya susah juga nak sabar tahun ini, tapi apa boleh dilakukan kalau tidak sabar? Daripada marah tidak tentu hala, baiklah fokuskan bagaimana mahu hidup dengan baik-baik sahaja. Berikan yang terbaik pada budak itu lebih baik aku rasa.

[Sumber gambar]

Terima kasih kepada semua yang memberikan aku sesuatu yang digelar ilmu daripada aku kecil sehingga kini (dan insyaALLAH) kepada masa-masa mendatang. Ilmu itu aku yakin boleh didapati secara formal ataupun tidak formal. Makanya, terima kasih kepada semua yang pernah mengajar aku. Hatta mengajar aku bermain galah panjang - awak boleh digelar cikgu juga - daripada kosong hinggalah aku punya sedikit pengetahuan tentang benda tersebut.

Guru pertama dalam hidup aku - Puan Mulia dan Ketua Keluarga Hebat. Terima kasih Emak dan Abah yang mengajar aku menjadi manusia walaupun aku kurang pasti sama ada aku sudah jadi manusia berguna ataupun tidak. Moga-moga aku sudah mengabulkan sebahagian daripada permintaan Emak dan Abah dalam usaha aku yang mahu menjadi dewasa

Guru-guru di tadika yang melayan karenah aku yang pernah lari dari sekolah, guru-guru sekolah rendah yang memudahkan laluan aku - hanya lima tahun di sekolah rendah, guru-guru sekolah menengah yang memberikan aku pilihan lebih banyak dalam hidup, guru-guru di matrikulasi - yang membuka peluang aku ke pengajian lebih tinggi, guru-guru (pensyarah) di universiti yang melayakkan aku digelar seorang guru - seorang cikgu pada hari ini dan semua guru-guru yang pernah hadir dalam hidup aku tidak kira sebagai seorang kawan, ataupun hanya sekadar berkenalan - anda semua manusia hebat yang sehingga mati akan dikenang sebagai cikgu - yang memberikan sesuatu yang paling berharga buat anak bangsa.

 Zara : Selamat Hari Guru semua. Tidak kira sama ada di lapangan yang sama ataupun tidak.

Sent via iPad
 

10 comments:

muCux said...

Selamat hari guru Cikgu Zara
dapat hadiah apa?

RayRay's Mummy said...

epi teachers day zara~!

Latifah said...

Selamat hari guru kepada semua pendidik...
Semoga Allah membalas jasa guru sekalian dengan balasan kebaikan yang berlipat kali ganda dan semoga kehidupan kalian sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah jua...~ Ameen Ya Mujeeb... InsyaAllah~

*Teruskan mendidik anak bangsa, bukan hanya menjadi sekadar guru, malah jadilah seorang Murabbi... InsyaAllah~

Anonymous said...

Aslkm wbt.

sELAMAT hARI gURU....

Salam alam maya dai silentmen.."airelfatta"

wanyf said...

selamat hari guru,cikgu! :)

Unknown said...

HAPPT TEACHER'S DAY dear =)

Cikgu Aini said...

happy teacher's day!~

takky said...

selamat hari guru kak z...
wah, hantar entri pakai ipad ye sekarang...
awesome....^O^

H A N said...

Assalamualaikum... 1st time ni saya singgah sini... T'tarik dengan gaya penulisan anda...

Wow, cikgu! :)

Shahrizal said...

selamat jari guru, kak Zara :)